Tuesday, 10 September 2013

Mencari makanan halal di Hong Kong

Pulang saja dari Hong Kong, ramai yang bertanya makan apa kat sana? Mesti susah kan? Ha ha jangan risau okay. Mencari makanan halal rupa2nya bukan satu masalah besar di Hong Kong. Ke mana saja anda pergi, di mana saja anda duduk, Insyaallah pasti akan ada sekurang2nya satu restaurant makanan halal kat situ. Tak percaya? Siapa sangka kan? Mungkin kita harus berterima kasih dengan ribuan immigrant dari Indonesia, India, Bangladesh, dll yang membanjiri Hong Kong. Kerna disebabkan mereka, restaurant halal tumbuh bagai cendawan di Hong Kong. Sedikit fakta yang cik Z dapat dari lonely planet, 

If Hong Kong were 100 people, 93 would be chinese, 2 would be Indonesian, 2 would be Filipino, and 3 would be others.

Dalam entri sebelum ini, cik Z telah pun kongsikan website ini yang menyenaraikan senarai kedai makanan halal di Hong Kong. Wow sangat best okay. Siapa sangka hanya berbekalkan senarai tersebut, percutian kami tiba2 berubah menjadi ala2 jalan2 cari makan a.k.a rasa halal antarabangsa. Rasa seronok pulak cuba pelbagai makanan he he. Satu perkara yang boleh dipuji dan wajar dicontohi oleh banyak negara ialah bagaimana pihak berkuasa Hong Kong meletakkan papan2 tanda penunjuk arah jalan yang sangat tepat dan banyak di sekeliling Hong Kong. Malah siap dengan penunjuk arah nombor bangunan pun ada. Jadinya dengan hanya berjalan kaki dan berbekalkan sekeping peta, kita boleh saja cari kedai2 yang tersenarai tu berpandukan alamatnya. Seronok okay macam cari treasure hunt.

Tapi macam biasala, walaupun banyak kedai bukan semuanya menepati citarasa ataupun menawarkan harga yang berpatutan. Secara puratanya, anda memerlukan sekurang2nya HK50-90 untuk satu hidangan di Hong Kong. Mahalkan? Itu belum termasuk harga air ya. Air mineral di HK harganya sekitar HK8-10. Air berkabonat seperti coke/pepsi pula sekitar HK9-15. Agar sukar mencari kedai menjual air sejuk/air buah2an di HK. Kami berjaya menemuinya di Temple Street Market dan Ladies Mrrket. Harganya agak mahal sekitar HK20-30, tapi kami berpuas hati dengan rasa buahnya yang ump.

Sejujurnya, cik Z masih lagi trauma dengan Istanbul Kebab. Ha ha yang ni memang tak sempat lagi nak cerita kisahnya. Ringkasnya sebab dah selalu sangat terpaksa telan Istanbul Kebab sepanjang 3 minggu di Europe hari tu, sampai tengok nama pun macam dah tak boleh dah. [spoiler: Ianya bukan seperti kebab yang anda makan di Malaysia ataupun Korea ya]. So secara automatiknya, kami memang tak singgah mana2 Istanbul Kebab di HK.

Restaurant pertama yang kami singgah ialah Al-Maidah restaurant yang terletak di No 13, G/F, Tsim Sha Tsui Mansion, 83-97 Nathan Road, Tsim Sha Tsui yang terletak kurang 100 meter dari Chung King Mansion. Walaupun dekat tapi kami terpusing2 juga cari sebab ada lebih satu pintu masuk ke Tsim Sha Tsui Mansion. Lagipun masa tu kami tak perasan lagi cara susun atur bangunan kat sini yang ikut nombor genap/ganjil. Bila dah sampai, kami pun pesanlah Nasi beriani daging dan air coke macam dalam gambar kat bawah ni.  


Dari segi portion wah memang banyak dan rasanya okaylah boleh diterima tekak. Cuma masalahnya kedai ni agak kecil dan sempit, selain pilihan makanan yang agak terhad. Paling tak best ialah harganya yang agak mahal. Bayangkan untuk nasi dan air ni saja kami habis dalam HK107 seorang. Wah tak boleh jadi ni. Over budget la kan.

Sebelah malam, hari yang sama kami cuba pula ke Ebeneezer's Kebab & Pizzeria, di alamat Shop 1C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsui. Hanya 10 minit berjalan kaki dari Chungking Mansion, kami temui restaurant ini betul2 dihujung Ashley Road yang dipenuhi dengan pelbagai jenis restaurant dari serata dunia. Agak lama juga kami pikir nak makan apa sebab pilihan makanan kat sini memang banyak dan variety dari kebab, nasi putih berlauk kari atau boleh juga pilih nasi berlaukan masakan indian style, nasi beriani pun ada, malah pizza pun ada. Akhirnya menu yang menjadi pilihan kami kali ini ialah kari ikan dan kari ayam bersama nasi putih. Sedap okay. Antara kari tersedap yang pernah kami makan. 


Harganya HK48. Reasonable price. Nampaknya kami tak salah memilih kedai. Dipendekkan cerita, akhirnya restaurant ni menjadi restaurant favorite kami sepanjang di Hong Kong. Tiap2 hari kami berkunjung ke sini he he. Setiap kali pergi restaurant ni pasti penuh sampai orang terpaksa tunggu kat luar. Rasa2nya ini adalah antara restaurant termurah di Hong Kong. Rupa2nya juga kalau kita pergi makan kat sini antara pukul 11-6ptg harga makanannya lagi murah. Kalau tak silap satu set nasi putih+kari+coke hanya HK40. Gambar2 kat bawah ni antara menu yang pernah kami cuba di sini. Ada lagi sebenarnya tapi belum sempat ambil gambar kami dah ngap dulu. Perut dah lapar he he. 






Pendek kata memang best la makan kat sini. Semuanya sedap dan berpatutan. Favorite kami ialah nasi putih+kari ikan. Padahalnya kalau kat Malaysia kami tak pandang pun kari. Seriously sangat sedap dan paling penting termurah yang kami jumpa di Hong Kong. 

Makanan Indonesia juga boleh didapati di Hong Kong. Kat mana nak cari? Tempatnya ialah di Causeway Bay area. Ada beberapa restaurant halal yang boleh anda temui di sini. Dalam banyak2 tu kami sempat singgah di Warung Malang yang beralamat di Flat B-2, 2/F, 9-11 Pennington Street, Causeway Bay. Yang kelakarnya masa kami pergi tu kami nampak ramai orang beratur nak naik tangga, so kami pun ikut je la. Rupa2nya diorang ni semua beratur nak masuk satu kedai makanan cina yang lain. Ha ha malu tau. Nasib baik ada sorang akak Indonesian ni yang baik hati tanya kami buat apa kat situ.

Beberapa hari tak dapat makanan Malaysia, tiba2 duk tengok senarai menu yang banyak dan nampak best belaka sampai kami tak tahu nak pilih apa. rasa macam nak cuba semua je ni. Harganya juga bolehlah dianggap murah kalau ikut standard orang Hong Kong la ye. Mula2 kami order nasi ayam penyet beserta air cendol macam kat bawah ni. 




Belum siap makan rasa macam nak makan rojak buah so kami order la satu. Lepas je habis makan nasi dan rojak tetiba teringin plak nak rasa bakso. Ha ha betul2 macam jalan2 cari makan ni. Semua yang di pesan habis kami licinkan. Sedap okay.  Macam tak percaya kan. Malah pakcik yang tukang kira harga pun siap tanya betulker kami pesan semua benda tu. Betul la pakcik. Oleh sebab dia tak percaya juga akhirnya dia bagi diskaun bayar HK200 je semua sekali he he. Malu la pulak...


Sebenarnya ada lagi satu tempat makan yang kami tak sempat nak singgah iaitu Islamic Centre Canteen di Masjid Ammar, Wan Chai. Khabarnya kalau gi sini boleh cuba masakan chinese food yang halal. Kesimpulannya, percutian kami di Hong Kong jadi lebih best sebab kami tak sempat nak berlapar. Cumanya kenalah redha je dengan harganya yang agak mahal tu ya. So kalau nak pi Hong Kong sila sediakan duit lebih untuk makan ya. Ini pun kami kira jimat dari segi sarapan sebab kami bawa roti dan tuna dari Malaysia. 

Untuk pembaca dan kawan2 semua, selamat mencuba. Jumpa lagi wassalam.


12 comments:

  1. Thank you so much, This really help

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya pak Cik.

    ReplyDelete
  3. Salam dik..TQ dik, sgt2 membantu ni..
    Insya Allah kak gi HK next month, nnti klau ader nk tanya, boleh kak email.
    Salam kenal dri kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh sajer. Selamat melancong ke HK.

      Delete
  4. Salam. Kak dah balik dri HK, mmg Ebenezeer tu best. Akak pun pilih tmpt tu..apa jer kmi order smua sedap. TQ kerana info adik tu. Kak pi msa winter, so cuaca sgt2 menyenangkan, nyaman dan tangkap syahdu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua makanan kat Ebenezeer sedap. paling suka dan masih teringat2 sampai sekarang yg nasi+kari ikan tu. Dia punya nasi makan gitu jer pun sedap. Serius tak pernah jumpa nasi rasa macam tu kan m'sia. Seronok bila dgr info yg ada ni dapat bantu org lain.

      Delete
  5. baca lagi entry nih sebb bbrp hari lg nak g HK, tq cik Z atas info berguna nih

    ReplyDelete
  6. Akhir may ni akan ke HK, tips terbaik cari makanan halal....tq sis...

    ReplyDelete
  7. Nice info..tenkiuuu..

    ReplyDelete
  8. Thanks sis banyak membantu dengan entry ni. Sue nak ke HK 10sept dengan anak 2... Risau carik makanan kat HK

    ReplyDelete
  9. Artikel yang sangat menarik, Bisnis Franchise Menggiurkan buat yang ingin memulai bisnis

    ReplyDelete