Saturday, 21 June 2014

Jom buat Tart Gulung yg rangup dan berbau harum

 

Salam semua. Sempena Ramadhan dan Syawal cik Z ingin kongsikan resepi Tart Gulung kegemaran cik Z ini. Resepinya simple ajer tak perlu timbang menimbang. Hanya gunakan secawan mug untuk menentukan kuantiti bahan2 yg diperlukan. 

Bahan-Bahan:

1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:
1. Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan sedikit perisa Vanilla
3. Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh.
5. Gulunglah tart mengikut keselesaan anda.
6. Sapu kuning telur diatasnya.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.

Anggaran: 
130-140 biji tart gulung 

Selamat mencuba.

P/s: Untuk langkah demi langkah boleh lihat disini


18 comments:

  1. Dalam cara buat tu ko tulih marjerin+planta. Planta tu kan marjerin. Huhuhu....Aku sbenarnya nak tau macam mana step ko blh dapat rupa tart yang ada garis2 tu n macam mana cara gulungnya tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he dah betulkan. O cara gulung lupa nak ambik gambar plak. Yang garis2 tu ada alat khas dia mmg utk tart gulung. Sebenarnya kan lin aku tak rancang pun nak buat tart ni tetiba sebelum puasa kan, tapi ada la pulak kwn sesam pHd ni dia mengidam nak makan tart aku (tahun lepas masa raya dia ada rasa), dan beria2 pujuk aku untuk buat dan jual. So alang2 tu aku pun buatlah sampel sikit semalam he he.

      Delete
    2. Untuk step by step, InsyaAllah next time masa nak buat aku snap gambar dan tunjukkan detail semua stepnya.

      Delete
    3. Salam,

      Lyn dah buat inform, kami dtg Sheffield...hehehe

      Delete
  2. Jm mmg suka dgt tart nenas ni setiap kali rsya mesti beli. Wahh dh ada resipi ni leh ls try. Nasib baik sukatan guna cawan mug je klau perlu timbang2 ni x gemar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik z pun tak suka guna penimbang, leceh kan. cik z suka yg main campak2 ajer. Jadinya terhasillah secret recepy yg ini. Alhamdulillah dah lebih 10 tahun guna resepi ni dan InsyaAllah rasanya agak lain dari mana2 tart gulung yg dijual dipasaran. Sekali cuba mesti nak lagi gitu he he.

      Delete
  3. Dulu2 selalu tempah dgn kwn ofis, tp 2-3 thn ni asik hancur jer tart dia wat....nak transfer msuk balang kuih pun tak blh, pegang jer berkecai. Dah ada resepi ni nak try wat laaa....thnk cik z

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tart yg liza buat tu guna butter sebab biasanya bila guna butter dia akan lembab sikit teksturnya. Raya tahun ni cubalah resepi yg ni pulak, tapi jgn terkejutsebab rasa tart yg ni mmg lain.

      Delete
  4. rindu kuih tart cik z. sedap sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala terharu plak ada yg rindu dgn tart ni, Tak per raya tahun depan cik z bawakan sebalang utk nora.

      Delete
    2. Cik Z,

      Post lah kat kami....mmg rindu sgt nak makan kuih tart nie...

      Delete
    3. Sampai uk nanti dah tak der ruper tart nanti kalau pos.

      Delete
    4. Nanti you bagi detail pic buat line yg mcm lyn tanya yek..leh lah I try buat jugak....Thanks in advance..

      fn: I pun terkezut u extend sebb aritu balik ketua jabatan ckp lain, but xper, perancangan Allah itu pasti lebih baik yang kita dapat lihat hikmah disebaliknya.. wtever pun Cik Z, I mmg proud dgn you...Well done!! at least you mmg dah hantar first draft before habis cuti belajar..

      Delete
    5. InsyaAllah akn diusahakan sblm raya nanti. Bab extend tu, i okay ajer. U all pun jgn stress2 sgt tau. Cepat atau lambat x penting yg penting siap.

      Delete
  5. aummm yum yum yum...dh memanggil2 ni kak..x sabar nk ngap..hehe

    ReplyDelete
  6. yey!! sedapnyee... tapi Z.. saya x leh makan sebulan ni:p kene tunggu dulu... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ini mmg betul diet. Harap berjaya la yer

      Delete