Khamis, 7 Mac 2013. Hari ini kami akan meninggalkan Phnom Penh menuju ke Ho Chi Minh, Vietnam. Tepat jam 8 pagi, kami dijemput dengan van ke terminal bas bagi menaiki bas VIP express Sorya 168. Tiket bas ni pun kami beli dari GH dengan harga USD12. Sarapan pagi kami hari ini sekadar air kosong dan biskut kering serta coklat memandangkan tiada cerek disediakan dibilik kami. Alhamdulillah kondisi bas kali ini nampaknya lebih baik daripada bas yang kami naik dari Siem Reap kelmarin. Bas yang kami naik kali ini adalah bas 2 tingkat dengan kerusi VIP dan ruang antara kerusi yang lebih luas. Semua beg kena letak kat tingkat bawah. Toilet pun ada kat situ. Agak bermasalah bagi kami yang bawa beg besar dan berat untuk angkut beg naik atas bas. Kami adalah orang yang terakhir sekali naik dan bila kami naik tu ada pulak satu keluarga dah duduk kat kerusi kami dan boleh plak dia suruh kami duduk kerusi asing2. Nasiblah bila kami berkeras nak duduk kat kerusi kami diorang tak banyak soal. Mungkin sebab memang salah diorang.
Bas bergerak tepat jam 8.45 pagi. Tak lama lepas tu, seorang staf datang mengutip passport semua penumpang. Seterusnya, perjalanan berjalan lancar dan bas kami juga ada menaiki sebuah feri menyeberangi sungai kira-kira 10 minit. Tak pasti kat mana sebab tak de siape pun yang beritahu.
Bas menyeberangi sungai.
Malang tak berbau. Lepas 2 jam perjalanan tiba2 je ada air meleleh dari atas tempat duduk cik Z. Rupa2nya air aircon yang keluar. Banyak pulak tu sampai basah baju cik Z. Nasib baiklah staf yang bertugas rajin lalu lalang dalam bas. So cik Z terpaksalah tukar ke kerusi lain kat bahagian depan. Terpisahlah kami berdua, serius bosan giler sebab duk sorang2. Teringat plak trip ke Korea. Masa tu pun cik Z pernah terkena air aircon meleleh dalam flight Air Asia.
Pukul 12 thgr, bas kami berhenti di sebuah kedai makan untuk rehat selama 30 minit. Kat sini kami beli buah mangga dan jagung untuk mengalas perut. Secara kebetulan ada satu bas lain pun stop juga kat kedai makan ni dan kami terjumpa semula 2 orang Malaysia dari Penang yang kami terjumpa di Central Market hari sebelumnya. Sungguh tak sangka. Rupanya mereka punya itenary memang sama serupa dengan kami iaitu Siem Reap-Phnom Penh-Ho Chi Minh.
Naik je bas semula, pihak bas terus announce yang dalam 10 minit kami semua akan sampai di Vietnam Border dan kami semua diminta bersedia untuk immigration check. Kat border ni ada 2 check point. Check point pertama adalah milik Cambodia yang mana kat sini kami semua kena beratur mengikut giliran passport yang di panggil oleh pihak bas. Sebelum kami turun tu, pihak bas dah tolong cop kan dan bila kat check point tu adalah beberapa step keselamatan yang kena ikut seperti kena scan semua jari jemari untuk cek cap jari. Bila semua penumpang dah selesai, kami naik bas semula dalam 5 minit lepas tu berhenti lagi kali ni kat check point kedua iaitu milik Vietnam. Kat sini prosesnya lama sikit. Mula-mula kami semua kena angkut semua beg dan barang yang kami ada ke dalam bangunan immigration. Pastu kena beratur sampailah nama kami dipanggil sorang2 untuk scan beg. Masa ni rasa tension sangat sebab tangan bahu semua penuh beg pulak tu satu kerusi pun tak de.
Vietnam Border.
Alhamdulillah tak de masalah dengan immigration walaupun sebenarnya risau sebab barang kami yang obviously lebih banyak berbanding orang lain. Nasib baiklah 2 orang Malaysia tadi kat depan kami dah, kalau tak malula jugak sebab diorang berdua tu bawak bag pack kecik je, giler sempoi. Akhirnya perjalanan diteruskan 3 jam lagi sehinggalah ke Ho Chi Minh. Kami semua diturunkan ditepi jalan yang sibuk di District 1 Ho Chi Minh. Jam masa tu dah pun pukul 4 petang. Mujurlah kat jalan ni senang nak dapatkan teksi bermeter, dan rupa2nya tempat kami turun ni tak de la jauh sangat dari An Tam Hotel yang kami dah book.
An Tam Hotel hotel terletak dilokasi strategik di sebatang jalan yang cik Z anggap seperti litle Malaysia di Ho Chi Minh. Ben Thant Market yang super popular tu letaknya kat hujung jalan ni dan boleh dilihat dari hotel ini. Ada banyak lagi hotel, kedai makanan halal, dan juga butik baju kurung kat atas jalan ni. Toleh kiri ke kanan ke konfom akan nampak orang Malaysia kat sini. Sampai je kat hotel dan check in kami teur je pi beli nasi bungkus kat kedai Basiroh barulah naik ke bilik. Seriously sangat penat sampaikan kami rasa lepas ni kalau pi jalan merentas negara tak mau dah naik bas lagi. Tapi apapun, pengalaman yang kami rasa ni sangat berharga gak.
Sampai ke malam penat kami pun tak hilang lagi, tapi kami gagahkan juga diri turun ke bawah untuk mencari tour package ke Cu Chi Tunnel esok hari. Memula tu kami gi tanya kat hotel kami harganya USD12 seorang. Pastu kami cuba cari lain2 package yang ditawarkan oleh agen yang lain. Puas gak lah kami jalan pusing2 sana sini nampaknya yang paling murah ialah yang ditawarkan oleh hotel kami. So kami pun book je lah dari hotel kami. Kami juga sempat berwindow shopping di sekitar Ben Thant Night Market sambil2 memikir apa yang nak dibeli nanti.
Jumaat, 8 Mac 2013. Kami diminta untuk tunggu di lobi hotel jam 7.45 pagi. Seperti yang dijanjikan, tourist agent datang menjemput kami untuk naik bas yang sedia menunggu di jalan besar. Bas membawa kami ke satu tempat yang lain untuk menukar bas yang akan membawa kami ke Cu Chi Tunnel. Bas yang kami naiki berkapasiti 30 orang namun agak uzur. Secara kebetulan kami menemui sepasang warga emas dari Ulu Kelang Malaysia yang sama2 ingin ke Cu Chi Tunnel. Seronok berborak dengan diorang ni.
Ho Chin Minh ialah bandar motosikal. Jalan yang kami lalui dipenuhi dengan motorsikal yang tak terkira banyaknya. Bandar ini juga kaya dengan traffic light menyebabkan jalan sentiasa jammed dan penuh. Maka bersabar je lah kami duduk kat dalam bas yang berbunyi-bunyi tu. Oh ya setiap bas dilengkapi dengan seorang tourist agent yang fasih berbahasa inggeris. Tourist agent kami sangat berpengalaman dengan Cu Chi Tunnel kerana telah dilahirkan dan dibesarkan didalam turnel ini.
Sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, kami semua dibawa melawat ke satu kilang membuat souvenirs yang rata2 pekerjanya cacat kerana menjadi mangsa peperangan Vietnam-Amerika serta agent orange. Yang kelakarnya, kat sini kami hampir2 ditinggalkan oleh bas sebab kami tersilap tunggu kat bas yang salah. Kesannya tempat duduk kami diambil orang dan kami terpaksa duduk terpisah jauh2. Rupa2nya banyak kerusi bas yang tak okay jadinya diorang ni cepat2 naik bas untuk cari kerusi yang lebih okay. Tak sangka juga yang pelancong2 kulit putih ni kurang mannersnya.
Kilang buat souvenirs.
Kami tiba di Cu Chi Tunnel pukul 10.30 pagi. Sebelum tiba disini kami melalui kampung2 dan kebun2 getah. Kat sini semua pelancong berjalan berkumpulan diketuai oleh seorang tourist agent. Tourist agent berulang kali mengingatkan kami agar tidak terpisah kerana dikuatiri sesat. Ya sebenarnnya kami kini telah memasuki satu kawasan hutan yang pernah menjadi medan peperangan ketika perang Vietnam-Amerika tahun 1962-1971. Cuma bezanya dengan hutan2 yang lain ialah pokok2 kat sini semuanya masih rendah dan kecil saiz batang/dahannya kerana umurnya yang masih muda. Kami diberitahu masa perang dulu semua pokok kat sini tak boleh hidup sebab asyik kena bom.
Laluan masuk ke kawasan Chu Chi Tunnels.
Mendengar taklimat dan menonton video bagi memhami sejarah kewujudan Chu Chi Tunnels. Kawasan yang warna merah tu ialah kawasan yang ada Chu Chi Tunnels.
Sedikit triva berkenaan Chu Chi Tunnels. Chu Chi Tunnels adalah terowong bawah tanah yang telah dibina secara sistematik di Chu Ci, Saigon (Ho Chi Minh) oleh orang kampung dan Viet Cong tentera gerila vietnam semasa perang Vietnam menentang Amerika. Terowong ini dilengkapi dengan sistem pengudaraan, keselamatan, serta bilik2 yang menempatkan senjata, makanan, dan ubat-ubatan. Pada masa tu semua orang tinggal kat dalam terowong yang kecil dan sempit ini. Dikatakan, terowong yang panjang dan berselirat ini turut bersambung dengan terowong2 lain yang wujud di seluruh Vietnam. Namun, terowong ini terkenal kerana menjadi penyumbang utama kejayaan Perang Vietnam serta masih wujud dan dipulihara sehingga hari ini. Sepanjang 121km terowong terletak didalam kawasan War Memorial ini.
Kesan bom membentuk lubang yang besar pada permukaan tanah.
Lubang untuk masuk ke dalam terowong. Sangat kecil saiznya kerana orang Vietnam secara dasarnya bersaiz kecil.
Perangkap yang ada besi tajam kat dalamya. Kalau termasuk dalam ni.... Viet Cong sangat kreatif. Ada macam2 jenis perangkap yang diorang cipta berinspirasikan alam semulajadi. Ada yang namanya durian trap sebab bentuknya macam durian yang berduri.
Lubang udara dan juga asap masakan. Oh ya masa zaman ni diorang akan masak hanya pada awal pagi untuk pastikan yang asap masakan tu dilihat seperti kabus/embun dipagi hari.
Lagi jalan masuk ke terowong. Kami boleh cuba masuk ke terowong guna beberapa laluan yang macam ni.
Berjaya keluar dari terowong setelah merangkak selama 5 minit didalamnya. Satu pengalaman yang tak terbeli. Tak dapat bayangkan macammanalah diorang ni boleh hidup kat sini bertahun2 lamanya tanpa cahaya. Katanya ramai juga yang mati sebab sesak nafas bukan sebab kena bunuh, kat dalam ni.
Bersama pakcik dan makcik dari Ulu Kelang. Kagum dengan diorang ni sebab masih bertenaga dan bersemangat.
Kami habiskan masa hampir 3 jam di sini. 3 jam tu jugak kami sentiasa berjalan mengelilingi kawasan Cu Chi Tunnels. Masa kat sini kami juga diberi makan ubi rebus bercecah kacang tumbuk bagi merasai sendiri makanan yang dimakan oleh orang Vietnam semasa perang. Perut lapar dapat ubi rebus panas.. wah memang ngam lah.. tapi tak de la dapat makan banyak pun. Rasalah sorang sikit. Pengunjung juga boleh cuba menembak jika mahu tapi kena beli sendiri pelurunya.
Habis je tour, kami terus balik ke Ho Chi Minh. Kecian sangat kami kelaparan. Tak bawak apa2 plak tu sebab tak sangka tak de tempat beli makanan. Pakcik makcik yang kecian kat kami pun siap bagi pisang dgn telur rebus kat kami. hehe . terima kasih banyaklah. Pukul 3 ptg baru sampai kat hotel, apa lagi beli nasi bungkus lagi lah kami. Kesimpulannya tour yang kami pergi hari ni agak memenatkan sebab kena banyak berjalan tapi memberi banyak ilmu baru serta kesedaran buat kami.
Sebelah malam, kami gagahkan diri ke Night Market untuk shopping. Satu je yang cik Z tak suka kat sini ialah sikap peniaga yang suka memaksa pembeli malah ada yang siap kejar lagi kalau tak jadi beli. Hilang mood nak membeli, dah la penat kan. Mujurlah ada Siti yang dah pernah datang sini so dah tahu kedai mana nak beli.
Sabtu, 9 Mac 2013. Hari terakhir di Ho Chi Minh. Flight kami sepatutnya berlepas pulang ke KL pukul 4.10 petang, so kami pikir nak jalan2 sekitar bandar Ho Chi Minh dulu untuk ambik2 gambar tapi sebab ramai sangat orang nak chek in hotel hari ni, terpaksalah kami check out sebelum 12 tghr. Tak tahu nak melepak kat mana dengan beg yang banyak terpaksalah kami terus je ke airport. Nak lagi haru, flight pulak delay dekat pukul 5 baru gerak so sampai KL pun dah lewat. Yang kelakarnya cik Z siap terjatuh eskalator dekat KL Sentral dan lutut lebam sampai 2 minggu baru okay.
Berakhir sudah travelogue kami di Cambodia dan Vietnam. Pelajaran terbesar yang kami perolehi ialah nikmat keamanan dan juga lepas ni kalau nak pi travel mana2 kami kena ambil kira travelling time. Kalau boleh lepas ni kami kena elakkan perjalanan yang panjang samada naik bas atau train sebab ianya sangat memenatkan dan akan rosakkan mood kita untuk jalan2.
Jun ini Insyallah cik Z akan ke Istanbul untuk conference, so travelouge cik Z akan kembali lagi nanti. Jumpa lagi dalam entry yang lain pula. Wassalam.