Tuesday 4 December 2012

Cerita Gembira Hari Ini

Salam semua. Hari ni cik Z gembira sangat sebab berjaya mendapatkan parameter estimator bagi regression functional model yang cik Z bangunkan. Alhamdulillah. Selama sebulan nampaknya kerja keras cik Z berjaya mendatangkan hasilnya. Walaupun cuma a bit part of this new topic, tapi rasa macam nak menjerit satu dunia je he he. Ngada-ngada kan.  Sebenarnya cik Z pun tak sangka boleh solve secepat ini. Puas dah memikir memerah otak akhirnya 2 hari lepas terfikirlah satu idea ni selepas phone call with my sv. Dan Alhamdulillah hari ni berjaya sudahkannya. 
 
Bila dapat je teruslah cik Z inform kat sv dengan semangatnya kan. Yang kelakar tu, sv terus kata okaylah dah boleh balik kampung. Nanti lepas balik baru sambung balik simulation study. Wah memang syok la kan. Terus terbayang buah durian, rambutan dan pulasan kat kampung tu. Anyway, thanks sangat pada sv yang rajin mendengar walaupun sibuk dan juga siti yang selalu juga terpaksa dengar cerita research cik Z.  Lepas balik kampung ni haruslah kena lebih rajin kan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment