Thursday 30 May 2013

15 bulan menunggu

Salam semua. Cik Z nak kongsikan cerita gembira ni.  Nak tahu tak malam semalam cik Z rasa happy dan excited sangat sampai tak boleh tidur hu hu.

Kisahnya sebelum tidur semalam terbukaklah email. Sekali tu cik Z perasan ada email dari Chiangmai Journal of Science. Kalau nak tahu cik Z memang dah lama tunggu email dari diorang ni. Sebabnya 15 bulan yang lepas atau tepatnya pada 21 February 2012 cik Z ada hantar journal paper ke situ dan pada 23 February 2012 tu diorang respons cakap dah hantar untuk reviewer. Tunggu punya tunggu 6 bulan berlalu masih tak de respon. Lepastu banyak kali gak la cik Z re-email dan dalam banyak2 email tu cuma 2 kali je dia respon balik cakap masih under review.

Lama-lama rasa fed up juga dah la kali pertama tulis journal paper kan. Lagi-lagi bila memikirkan dah nak masuk 2 tahun dan syarat kena ada 2 paper ISI masih belum tercapai. Research yang tengah berjalan pulak dah terdrag berminggu-minggu sebab masalah simulation study yang terlalu lama nak keluar resultnya dan computer memory yang tak cukup. Wahh pening kan. 

Akhirnya email yang ditunggu-tunggu pun tiba malam tadi. Dub dab dub dap masa nak bukak. Sekali bukak je, tertulislah ayat seperti berikut:

I am pleased to inform you that your paper entitled: "A New Efficient Approximation for Concentration Parameter of Circular Data" has now passed through our refereeing procedure and has been accepted
for publication as a full-length paper without further revision.

Eh biar betul ni? Rasa macam mimpi plak. Serious tak percaya. Ada lah lebih 10 kali baca balik ayat ni samaada betul ke tidak. Alhamdulillah syukur tak terhingga. Sebab tak sangka penantian selama lebih 15 bulan akhirnya tak lah sia-sia. Paling lega, sekurang-kurangnya satu syarat lulus pengajian dah pun lepas dan boleh la tarik nafas lega dan tersenyum sikit. Terasa macam ada bateri yang dicharge semula dalam badan. 

Sejujurnya lepas setahun berlalu cik Z tak de letakkan harapan pun yang paper ni akan lepas. Tapi kuasa Allah kan. So kiranya travel trip minggu depan ni memang betul2 menjadi hadiah peribadi yang bersebab kukuh he he... Tak de la malu sangat dengan SV nanti. Mana taknye asyik jalan je kan. Walau diorang kata tak pe tapi sendiri mahu ingat la kan.

Apapun, lepas balik cuti ni kena gandakan usaha sebab masih jauh lagi perjalanan PhD yang perlu ditempuh.  Tak tahu pula apa lagi masalah dan cabaran yang bakal menjelma. Lesson learn dari peristiwa ni, tak rugi kalau kita bersabar dan menunggu sebab insyaallah pertolongan Allah itu akan datang bila tiba masanya.  Jangan berhenti berharap dan bermimpi. Sesuatu perkara yang diperolehi dengan penuh kesukaran itu lebih terasa nikmatnya dan lebih manis untuk dikenang.

Good Luck juga buat rakan-rakan yang lain. Cik Z doakan yang terbaik buat semua. Jumpa lagi. Wassalam.   

Rahmat Ujian-Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu




2 comments:

  1. Bestnyer....tahniah zana! Harapnya aku pon blh publish paper mcm ko

    ReplyDelete