Saturday, 24 August 2013

Selamat tinggal cermin mataku.

Nostalgia 19 tahun

Tahun 1994, cik Z memulakan tingkatan 1 dan tinggal di asrama. Oleh kerana cik Z tak hadir ke sesi pengenalan diri 3 hari sebelum bermula kelas jadinya tempat duduk cik Z ialah di bahagian belakang sekali. Mulanya tak de masalah pun. Anehnya, hari demi hari cik Z dapati tulisan di papan hitam semakin kabur, kabur dan kabur. Sejak itu selama 19 tahun cermin mata menjadi teman setia cik Z kemana saja hampir di setiap ketika kecuali tidur, solat dan mandi.  

Selama 19 tahun juga dah macam2 jenis cermin mata pernah cik Z pakai. Yang bulat, 4 segi, lonjong, segi2 semua ada. Saiz pulak ada kecik ada besar, ada yang ada bingkai penuh, separuh bingkai ataupun tak de bingkai. Yang besi yang plastik. Jenis kanta pun dari yang tebal, multicoated, yg tipis je dan banyak lagi. Kiranya kalau jenis2 cermin mata ni memang kategori expert la. Setiap kali buat cermin mata plak, power asyik je la bertambah. Bermula dengan 100++ sampailah yang terkini tahun lepas ialah 650. Kalau tak pakai cermin mata ni sure tak nampak apa. Meraba2 cari cermin mata lepas bangun tidur, solat atau mandi dah jadi rutin harian. Kesian kan. Lagi satu masalah kalau bukak je cermin mata, automatik deria pendengaran macam sedikit berkurang atau terjejas.

Bila pakai cermin mata ni sedikit sebanyak hidup jadi lebih terbatas dan adakalanya menimbulkan masalah. Masa zaman sekolah dulu, cermin mata selalu je jadi senget bila main bola. Bila solat berjamaah kadang2 ada je orang yang tersepak atau terdudukkan cermin mata kita. Bila pergi aktiviti luar yang melibatkan air, selalunya kena tanggalkan cermin mata. Hilang nikmat penglihatan. Bila dah ada anak2 sedara pulak, cermin mata cik Z selalu pulak patah atau pecah dikerjakan diorang. Bila jalan waktu hujan, penuh titis-titis air dekat cermin mata terasa macam nak aje letak wiper kat depan tu. Bila naik kereta waktu hujan atau cuaca sejuk ataupun waktu malam, keluar je kereta cermin mata mesti penuh kabus. Bila pergi travel, nak solat selalu ada masalah kat mana nak letak cermin mata sebelum ambil wuduk. Ahhh kalau disenaraikan memang panjang lah. 

LASIK?

Pernah dengar tentang LASIK? Sejak 2-3 tahun yang lalu cik Z mula membaca artikel berkaitan prosedur yang dinamakan LASIK ini atau nama penuhnya Laser Assisted in situ Keratomileusis atau biasanya orang sebut laser eye surgery. Bunyinya menyeramkan kan. Dalam seram2 tu banyak juga artikel berkaitan lasik yang pernah cik Z baca termasuk prosedurnya, kos surgery, kat mana boleh buat, pengalaman pesakit, siapa Dr terhebat, malah siap pi tengok video macam mana prosedur tersebut dilakukan. Dalam diam2 cik Z pun memasang angan-angan. Insyaallah jika diizinkan Allah cik Z nak cuba buat LASIK. Teringin juga merasa hidup tanpa cermin mata.

Bila dapat sambung belajar di KL, angan-angan cik Z semakin membara, Sebabnya cik Z memang bercita2 nak buat LASIK dengan Prof Dr Muhaya di Prince Court Medical Centre (PCMC). Aim cik Z ialah untuk buat LASIK selepas habis bayar kereta dan sebelum graduate. Yela kosnya bukan seringgit dua. Hasil pembacaan sekurang2nya kena ada RM7000 dan kena buat sebelum umur 35 tahun kalau tak kosnya bertambah nanti. Nak kumpul duit sebanyak tu pun banyak juga cabarannya. Selalu je terpaksa dibelanjakan untuk urusan yang lain. Sudahnya hampir setahun jugaklah angan2 cik Z terpaksa disimpan on and off. 

Buat temu janji di PCMC

Kisahnya, awal Julai lepas bila tengok passport nampaknya dah nak kena buat passport baru sebelum ke HongKong. Terlintas difikiran, rasanya lebih baik cik Z buat LASIK sekarang memandangkan pasport tu boleh buat untuk 5 tahun terus. Kalau buat untuk 2 tahun macam leceh plak kan nak pergi ke imigresen banyak kali nanti. Tapi ada masalah lain pulak, duitnya belum cukup lagi. Aduh pening kan. Setelah puas berfikir panjang, cik Z pun beranikan diri menelefon ke LASIK Centre PCMC. Tujuannya nak tanya lebih lanjut berkaitan prosedur LASIK beserta kos. Cik Z dail nombor ni ye kawan2, 0321600332. 

Staf yang angkat telefon tu memang well trained nampaknya sebab semua soalan cik Z terjawab. Dalam 15 minit panggilan cik Z dapat tahu banyak perkara, Antaranya ialah sesiapa saja yang nak buat LASIK perlu menjalani satu screening test selama 1 hari dan perlu datang dengan menbawa kawan/ahli keluarga. Sebabnya kita kena melalui 17 jenis ujian penglihatan dan salah satu ujian tersebut akan menyebabkan pandangan mata kita kabur selama sekurang2nya 5 jam. Kalau semua ujian tu berjaya, barulah kita boleh buat appointment untuk prosedur LASIK dan bayar RM6990+10(service). Prosedur tersebut boleh je dibuat keesokan harinya kalau nak. Bayaran ni termasuk semua kos screening test, serta ubat2an yang perlu dipakai sebelum, semasa dan selepas LASIK. Kalau tak berjaya kena bayar RM6++ untuk kos screening test. Dan, yang paling nak tahu ialah macamana nak bayar. Jawapannya, kita boleh bayar guna kaedah installment credit card ataupun cash. Kalau guna Maybank Card, boleh buat installment up to 36 month ye. Sound interesting kan.

Oh ya lagi satu masa cik Z call tu ialah seminggu sebelum Ramadhan. Jadinya cik Z macam curiousla kan eh bolehke buat LASIK masa berpuasa? Jawapannya, tak de masalah okay je. Dipendekkan cerita, akhirnya cik Z pun decidelah untuk buat appointment untuk screening test. Ingatkan boleh sesuka pilih tarikh yang kita nak, rupanya tak semudah itu ye sebab ramai orang dah berderet2 buat appointment. Cik Z dapat tarikh yang kosong ialah seminggu selepas tu iaitu pada 10 pagi Selasa, 9 Julai 2013, betul2 sehari sebelum Ramadhan.

Screening Test

Selasa, 9 Julai 2013. Hari ni nampaknya cik Bong terpaksa jadi driver cik Z tolong hantar dan jemput. Nasiblah kami duduk kat kawasan yang sama so tak de la rasa bersalah sangat. He he terima kasih daun keladi ye Bong. Jarak dari rumah ke PCMC tak jauh sangat dalam 25km saja. Oh ya PCMC ni letaknya kat Jalan Kia Peng berdekatan dengan Bukit Bintang. Konon macam dekat kan alih2 lambat juga kami sampai disebabkan jem walaupun 8.30 pagi dah keluar rumah. 

Sampai kat PCMC dah 10.15 pg, kelam kelibutla cik Z mencari LASIK centre yang terletak di aras 3. Nasibla tak susah sangat mencarinya. Untuk pesakit yang pertama kali datang, kami diminta untuk pergi ke bahagian pendaftaran yang letaknya di hujung sebelah kiri aras 3. Bila sampai kat situ terkejut cik Z tengok mak ai ramainya orang. Tapi mujurlah dah buat appointment kan, jadinya sampai2 terus isi form dan kurang 20 minit selepas tu bermulalah screening test. Berdebar2 okay sepanjang ujian dilakukan. Ada macam2 jenis ujian mata yang cik Z kena buat, antaranya mengukur tahap kerabunan (with and without machine), ketebalan kornea dll. 

Sepanjang proses ini, cik Z terpaksa berulang alik beberapa kali dari hujung kiri ke hujung kanan aras 3 PCMC, kerana tak semua ujian boleh dilakukan di LASIK centre yang kat belah kiri tu. Perbezaan utama antara 2 bahagian ini ialah, yang kat sebelah hujung kiri tu ada meja pendaftaran manakala LASIK prosedur dijalankan kat bahagian yang belah hujung kanan tu. Sepanjang tempoh 3 jam berulang alik tu ada jugala terserempak dengan Prof Dr Muhaya yang sibuk kesana kemari. 

Paling mendebarkan bila Cik Z bertemu dengan seorang doktor (tak ingat namanya) yang tugasnya menerangkan apa itu LASIK dan memberikan kita idea/hint tentang boleh atau tidak kita buat prosedur LASIK untuk mata kita. Selepas membuat beberapa ujian penglihatan dalam keadan bilik terang serta gelap, doktor tersebut akan meneliti semua data ujian yang telah dilakukan sebelumnya dan membuat sedikit pengiraan menggunakan software tertentu. Yang buat cik Z berdebar ialah sebab doktor tu duk cuba jaya masukkan beberapa nombor dengan muka berkeriut2. Mahunya tak berdebar kan. Masa tu cik Z dah terfikir, agaknya mata cik Z ni tak sihat dan mungkin tak boleh buat LASIK. 

Dan nampaknya telahan cik Z sedikit mengena. Rupa2nya kornea mata cik Z agak nipis iaitu kurang daripada average sedangkan power mata cik Z agak tinggi. Paling berisiko mata sebelah kiri sebab memang ketara ianya lebih nipis berbanding sebelah kanan dan powernya pun  lebih tinggi. Jadinya menurut doktor tersebut, mata cik Z tak kan sembuh sepenuhnya walaupun selepas menjalani prosedur LASIK. Wahh masa ni macam2 perasaan ada, sedih, terkilan uihh tak terkiralah. Lagi sedih bila dia cakap ketebalan kornea ni memang begitu semenjak lahir. Lepas dia bagi tahu tu, dia bagi cik Z sedikit masa untuk fikir apa nak buat (nak teruskan ke tidak). Memang masa ni dah rasa agak down, tapi entah dari mana datangnya kekuatan tetiba cik Z terfikir nak tanya beberapa soalan dulu sebelum buat keputusan. Yelah tak mahulah menyesal nanti kalau buat keputusan yang salah.  


Soalan pertama cik Z ialah, apa yang orang lain buat jika berada dalam situasi yang sama macam ni? Jawapannya, 50:50.  Maksudnya 50% teruskan juga dan 50% tak jadi buat. Lepas tu cik Z tanya lagi, apa yang dia maksudkan dengan tak kan sembuh sepenuhnya tu. Jawapannya, selepas LASIK mata kanan cik Z masih ada power yang tinggal sebanyak 50 manakala yang belah kiri 150. Oleh sebab beza kanan dan kiri tu agak besar jadinya mungkin hasil penglihatan nanti tak berapa baik terutama pada waktu malam yang memungkinkan cik Z tak dapat drive pada waktu malam. Untuk nak bagi cik Z lebih faham, doktor tu pun buatlah eksperimen dalam keadaan gelap apa bezanya menggunakan cermin mata yang sekarang ataupun selepas LASIK. Ya memang ada beza iaitu kesan cahaya tu cik Z nampak ada sedikit kembang. Seterusnya cik Z tanya lagi, kalau siang hari ada masalah tak? dan kalau belah malam tu ada tak kaedah nak atasinya. Jawapannya sedikit melegakan cik Z. Tak de masalah untuk waktu siang, dan kalau belah malam tu untuk long distance drive bolehlah buat cermin mata lain. 

Dalam masa yang sama otak cik Z ligat berfikir. Bukan senang nak buat keputusan ni ya. Ada risiko, tapi mengenangkan betapa teringinnya merasa hidup tanpa cermin mata dan tak nak juga lepaskan peluang ini begitu saja, makanya cik Z pun buatlah keputusan nekad. Yes I'm willing to try. Masa tu dalam kepala cik Z hanya fikir satu perkara, dapat melihat dengan jelas dalam waktu siang pun dah cukup bersyukur. Tu pun nikmat Allah juga. 

Sebaik je cik Z buat keputusan, jururawat bertugas terus je mengukur tekanan mata dan letakkan ubat titis ke dalam mata cik Z. Tujuannya ialah untuk menarik urat2 mata. Selepas kira2 30 minit, cik Z dapati mata cik Z dah jadi kabur langsung tak boleh melihat dekat dan bila jauh tu macam tak berapa fokus. Ini maksudnya ubat titis tadi dah pun menunjukkan tindak balasnya. Bila dah bertindak balas, kita kena buat 1 lagi ujian untuk check ada beza tak sebelum dan selepas ubat titis diletakkan. 

Proses terakhir ialah bertemu dengan Prof Dr Muhaya untuk membuat pengesahan. Jadual Prof Dr Muhaya memanglah padat jadinya staf bertugas suruh cik Z pi lunch dan solat dulu. Asalnya cik Z tak terfikir pun nak pi lunch sebab tak de kawan kan. Tapi tak sangka pulak boleh berkenalan dengan Su yang datang dengan ibunya Makcik Ana. Diorang ni sangatlah peramah. Dan oleh sebab cik Z datang sorang2 so diorang ni lah temak borak2 cik Z sepanjang membuat ujian. Akhirnya tanpa disangka dapatlah cik Z kawan lunch hari tu. Sebenarnya mujur juga ada Makcik Ana ni sebab bayangkan macammana kami berdua (cik Z dan Su) nak order makanan dan cari surau sebab semuanya kabur. Nak tengok senarai menu langsung tak nampak dan bila dah dapat makanan tak tahu pun apa yang disuap. Serius tak nampak okay. Paling tak sangka masa nak bayar tu tetiba Makcik Ana ni kata nak belanja. Mahu tak terkejut kan dah la baru kenal. Bila pikir2 balik, mungkin juga Makcik Ana ni kecian dengan cik Z, sebab orang lain semua datang berteman tapi cik Z datang sorang2. Bukan apa tak naklah menyusah kan cik Bong menunggu berejam kat PCMC kan.

Akhirnya dalam pukul 2.30 ptg dapatlah cik Z bertemu muka dengan Prof Dr Muhaya. Pertemuan yang singkat dan padat. Hanya 5 minit, tapi impaknya terasa. Pada cik Z, Prof Dr Muhaya sangat positif orangnya serta sentiasa mengeluarkan kata2 berupa pujian seperti good job dan excellent. Dalam masa yang singkat itu, Prof membuat sedikit pemerhatian pada kedua2 belah mata menggunakan alat khas sambil meninjau data2 hasil dapatan ujian2 sebelumnya. Paling menggembirakan bila Prof kata, okay boleh buat appointment. Tak de masalah ni InsyaAllah raya ni dah bermata baru he he kelakor okay.

Lepas tu dengan semangatnya, cik Z pun teruslah membuat appointment untuk prosedur LASIK. Walaupun boleh buat seawal esok hari tapi cik Z fikir ada baiknya kalau cik Z buat pada hari Jumaat sambil2 mengambil berkat Jumaat pertama Ramadhan 1434H malah boleh juga merehatkan mata dihujung minggu sebelum kembali ke UM. Cik Z bernasib baik, ada lagi 3 tempat kosong daripada 12 tempat untuk prosedur hari Jumaat 12 Julai 2013. Sebelum pulang, cik Z diminta pergi ke kaunter pembayaran dan ke farmasi bagi mengambil ubat yang akan digunakan sebelum, semasa dan selepas prosedur dilaksanakan. Perlu diingat, prosedur LASIK hanya akan dijalankan selepas pembayaran dibuat. Jadinya cik Z selesaikan semua pembayaran hari ni juga menggunakan kaedah maybank credit card installment selama setahun. 


3 jenis ubat titis mata yang dibekalkan. Maxidex dan Vismed akan digunakan semasa dan selepas prosedur manakala Vigamox perlu dititiskan 4 kali sehari selama 2 hari sebelum prosedur dilakukan.

D-Day

Jumaat, 12 Julai 2013 bersamaan 3 Ramadhan 1434H. Hari yang dinantikan telah tiba. Sepanjang malam tidur pun tak lena dek kerana risau tak terbangun sahur. Sebabnya pagi ni cik Z kena makan ubat pain killer yang dibekalkan sebagai persediaan melakukan LASIK. Bunyinya macam seram kan. Seumur hidup mana lah pernah masuk operation room aghh macam2 perkara terlintas di fikiran. Berperang antara tak sabar dan seriau. Pagi ni cik Z perlu sampai di PCMC pada jam 9. Kaedahnya first come first serve. Siapa sampai dulu dialah yang buat dulu. 

Seawal jam 7, cik Bong dah pun jemput cik Z dirumah. Sekali lagi terpaksa mintak tolong cik Bong kita. Lepas tu kami singgah kejap di UM untuk ambil Siti. Terima kasih la pada dua orang kawan cik Z ni yang sudi nak temankan cik Z pada hari penuh bersejarah ni he he selepas cik Z duk citer kisah buat screening test sorang2 yang sangat sedih dan kecian he he. Tapi macam biasalah jalan kat KL ni kalau tak jem tak sah namanya. bayangkanlah lalu smart turnel pun jem.


Smart turnel yang tak berapa nak smart pada hari Jumaat 12 Julai 2013.

Jam 9 kami masih dijalanraya, maka berserah je la. Dah konfim2 terlewat. Su pun dah siap call tanya cik Z kat mana tak sampai2 lagi. Kami sampai di LASIK centre sekitar jam 9.30 pagi dan cik Z menjadi pesakit ke-7 yang akan menjalani prosedur LASIK pada hari tersebut. Semua kerusi yang tersedia telah dipenuhi oleh pesakit dan ahli keluarga kecuali kerusi yang berhampiran dengan meja jururawat. Maka, selama 3 jam seterusnya itulah kerusi kami pada hari itu. Oleh sebab kerusi ni letaknya kat belah depan jadinya sepanjang masa lah kami menjadi saksi pelbagai aksi setiap pesakit sebelum dan selepas menjalani prosedur LASIK. Yang menariknya semua orang yang keluar lepas buat LASIK mestinya tersenyum lebar dan menyatakan kegembiraan dapat melihat. Jadinya kuranglah rasa berdebar bertukar jadi excited dan tak sabar nak tunggu nama sendiri dipanggil masuk. Kiranya ada hikmah jugalah sampai lewat. 

Jururawat kat sini pun yang kelakarnya siap aturkan setiap pesakit untuk ambik gambar dengan Prof. Diorang juga tak lupa panggilkan setiap ahli keluarga yang datang untuk sama2 menyaksikan prosedur dijalankan. Siap duk pesan kat ahli keluarga jangan lupa ambik gambar kenangan. KIra macam meriahla suasananya.

Gambar terakhir bercermin mata.

Oh ya lupa plak nak cerita, sebagai persediaan melakukan prosedur LASIK, setiap pesakit diminta untuk tidak memakai sebarang wangian serta barangan kosmetik pada kulit muka selepas mandi. Mesti datang dalam keadaan neutral ya. Okay sambung semula. Satu demi satu pesakit di panggil masuk. Akhirnya sekitar jam 11.30 pagi selepas 5 kali keluar masuk toilet (sebab sejuk sangat kat ruang menunggu tu) barulah nama cik Z dipanggil masuk untuk membuat persiapan. Daripada 12 orang yang membuat appointment hanya 9 orang yang hadir. Jadinya masa turn cik Z tu ruang menunggu ni pun dah jadi senyap dan hampir tak de orang. Most dah balik. 

Lepas tu cik Z diminta masuk ke dalam ruang menunggu khas yang lain. Sebelum masuk tu kena tukar selipar khas dulu. Bila masuk je bilik ni, kita akan dipakaikan pakaian khas warna putih beserta serkup kepala. Yang bagusnya tak perlu pun buka tudung. Kemudian jururawat bertugas pun minta kita duduk/baring di kerusi khas yang disediakan untuk menenangkan fikiran sambil2 membaca nota ringkas tentang apa yang patut kita buat semasa prosedur dijalankan. Wahh masa ni tak denya nak bertenang. Dub dab dalam hati. Semua ayat Quran yang terlintas kat kepala puas dibaca berulang kali. 

Sekitar 15 minit kemudian, nama cik Z dipanggil lagi. Datang seorang jururawat memberi penerangan ringkas berkenaan prosedur. Kata dia, masa buat prosedur tu cuba bertenang dan hanya lihat saja titik hijau di tengah2. Jangan tercari2 titik tu walaupun ianya hilang. Lepastu pastikan bila masuk dalam nanti cakap tak sabar nak buat LASIK dengan Prof sebab kata dia Prof tak suka kalau kita berfikiran negatif. 

Habis dengar penerangan terusla cik Z pergi ke bilik LASIK. Ingatkan dah terus nak buat. Sekali tu tengok2 pesakit sebelum cik Z masih ada kat dalam tu. Bila nampak je cik Z dah ada kat luar pintu, tetiba jururawat bertugas yang kat dalam tu panggil cik Z masuk. Hairan lah cik Z. Rupa2nya Prof yang panggil. Tujuannya untuk cik Z tengok secara live prosedur yang dijalankan keatas pesakit tersebut. Wahhh....speachless okay. Secara dekat plak tu. Berdiri betul2 sebelah Prof.  Kata Prof, dia memang suka buat macam ni supaya orang seterusnya merasa lebih bersemangat, tidak takut dan tenang sepanjang prosedur dijalankan. Wow memang hebatlah Prof Muhaya, boleh plak dia terfikir kaedah yang bernas ni. Seriously sangat membantu dan berkesan. Yang bestnya boleh plak dia suruh kita tanya dan bercakap2 dengan pesakit yang tengah buat tu apa perasaan dia dan apa yang dia rasa.

Bila siap je prosedur pesakit tu, maka giliran cik Z pun tiba. Mula2 kita diminta buka cermin mata dan lihat huruf2 yang terlekat didinding. Konfim la tak nampak kan. Okay lepastu kena berbaring atas katil dan jururawat akan siapkan kita dengan membasuh mata dan menitiskan ubat bius. Sekejap je kesan ubat bius pun dah terasa.  Ada dua prosedur yang kita akan lalui di dua mesin berlainan iaitu corneal flap dan laser. 

Bersedia diatas katil.


Akhirnya prosedur pertama pun bermula dengan membuat corneal flap (tak pasti istilah ni betul ke tak). Prosedur bermula dengan mata kanan. Satu alat khas diletakkan dikelopak mata untuk elakkan mata berkelip manakala satu lagi mata ditutup dengan kapas rasanya. Prof membaca doa sepanjang melakukan prosedur dan sentiasa mengajak kita bercakap. Alunan zikir kedengaran disegenap bilik. Rasa macam sayu pun ada. Alhamdulillah tak rasa apa2 walaupun memang jelas kelihatan sepertinya lapisan mata kita dibuka. Kurang 5 minit prosedur ini pun selesai untuk kedua2 mata. 

corneal flap

Siap prosedur pertama, katil kita dipusingkan ke mesin kedua yang akan melakukan laser keatas mata bagi membetulkan/membentuk kembali lapisan kornea. Inilah dia prosedur yang dapat cik Z tengok secara live tadi. Sedikit sebanyak memang membantu menenangkan hati. Rasa tak sabar plak nak melaluinya. Seperti prosedur pertama, prosedur ini juga bermula dengan mata kanan dan Prof membaca doa khusus yang menyebut nama kita. Oh terharunya. Antara doanya ialah supaya kita dapat gunakan anugerah mata yang terang ini nanti dengan melihat perkara2 yang baik seperti membaca Al-Quran. 

Sinaran Laser hanya dipancarkan kira2 30 saat ke atas mata kita. Semasa proses tersebut dijalankan kita akan terbau sesuatu yang hangit seperti terbakar. Seperti pesakit tadi, cik Z pun dapat berkongsi perasaan dan pengalaman dengan pesakit seterusnya. Kiranya semua orang saling membantu. Sambil2 buat tu Prof sempat bercerita yang kesemua pesakit dia hari ni sangat tenang dan bagus. Mungkin juga sebab bulan Ramadhan. Prof kata kalau kita tengan, mata kita akan cepat sembuh InsyaAllah.




Kurang 15 minit, selesai sudah LASIK prosedurku. Bangun je dari katil, memang boleh nampak suasana bilik lebih sharp dan terang. Tak de kabur2 lagi dah. Cumanya kita dapat rasa ada macam titisan air dalam anak mata jadi macam ada sikit gangguan la dalam melihat. Tapi semua tu normal katanya. Lepas 5 minit cik Z pun dah bergambar dengan Prof Muhaya. Prof sempat berpesan yang dalam hidup ni kita kena berani membuat perubahan dan perlu sentiasa positif. Bila kita positif, InsyaAllah penyakit pun tak berani datang. Terima kasih Prof kerana menyempurnakan impian cik Z.

selesai sudah.

5 minit selepas LASIK.

Tu dia kena pakai sun glass yang glamor ni selama 24 jam.

Post LASIK

30 minit selepas LASIK, kita dah pun dibenarkan pulang. Sebelum tu juruerwat akan ajar kita macam mana nak gunakan ubat titis mata yang dibekalkan. Mula2 tu, setiap 5 minit selama 4 jam kita kena titiskan vismed. Lepas 4 jam boleh pakai sekerap yang mungkin. Maxidex dan Vigamox pula perlu dititiskan 4 kali sehari selama seminggu. Ubat2 titis ni semua memang sangat membantu. Setiap kali lepas titis, kita akan dapat lihat kesannya yang mana vision kita akan semakin jelas dan jelas. Sepanjang perjalanan balik, seronok plak cik Z duk perhatikan papan2 tanda sambil2 membaca setiap patah perkataan yang terpampang. Miracle okay semua boleh nampak.

Penjagaan mata selepas LASIK agak leceh juga. Dalam masa 1-2 minggu yang pertama tu memang tak boleh gosok mata langsung. Air paip pulak kalau boleh jangan sampai masuk dalam mata sebab boleh menyebabkan mata kita buta. Seram kan. Malam pertama selepas LASIK kena tidur dengan sun glass sebab wajib pakai sun glass tu selama 24 jam. Nak cuci muka dan basuh rambut memang mencabar. Sampai sekarang pun walaupun dah lebih sebulan cik Z masih belum berani basuh muka dan rambut macam biasa takut buih sabun/syapu termasuk dalam mata.

3 hari selepas LASIK, cik Z dah pun memandu ke UM. Alhamdulillah selamat pergi dan balik cumanya kepala rasa sedikit pening sebab mungkin mata terlalu fokus dan bekerja keras. Setiap hari penglihatan semakin baik cumanya cik Z ada masalah double vision bila tengok komputer ataupun melihat tulisan yang ditampal didinding. Mula2 tu rasa frust juga, tapi lepas call PCMC dan tanya diorang kata normal dan InsyaAllah akan sembuh dalam masa sebulan-3 bulan. 

Hari ke-sebelas iaitu 23 Julai 2013, cik Z ke PCMC semula untuk rawatan susulan. Masa ni mata cik Z masih ada lagi masalah double vision tu. Ada beberapa ujian dilakukan seperti mengukur tahap penglihatan kita serta darjah kekeringan mata. Keputusannya, vision terkini cik Z ialah 6/6 untuk mata kanan dan 6/12 untuk mata kiri. Maksudnya kat sini mata kanan cik Z dah sembuh sepenuhnya perfect vision kecuali mata kiri yang sememang nya tak kan dapat full vision tapi ianya okaylah tu maksudnya. 


Selain tu, cik Z juga ada masalah lain iaitu mata cik Z terlalu kering sebab tu lah masalah double vision masih ada. Jadinya cik Z kena pakai 2 jenis lagi ubat titis mata selama sebulan iaitu Restasis dan Hylo-Comod. Bukan semua orang kena pakai ubat ni ya. Insan terpilih je he he. Restasis ni untuk mengaktifkan sel2 mata yang berkaitan dengan air mata. Maksudnya nak bagi mata kita keluarkan air mata semulajadi. Yang Hylo-Comod tu pulak untuk mata kering. Kalau nak tau 2 ubat ni je harganya dah RM366.50. Nasib baiklah ada duit dalam tangan masa tu. Lepas sebulan ni kalau ada rasa mata kering je boleh guna Systain plak yang boleh dibeli dimana2 farmasi.

Hari ini, dah pun lebih sebulan berlalu. Alhamdulillah masalah double vision dah hampir tiada. Waktu malam plak, kalau drive tu memang betul kadang2 kita akan nampak cahayanya kembang. Buat masa ni oleh sebab cik Z tak de nak pi drive jauh2 so tak de keperluan kot nak buat cermin mata khas. Rutin harian berjalan seperti biasa. Cuma kadang2 tu terlupa yang kita dah tak pakai cermin mata so bila nak ambil air sembahyang atau nak tidur automatik tangan naik kat mata. Muka pulak selalu je rasa macam tak siap.

Teknologi semakin hebat. Tak pernah pun terlintas difikiran mungkin 19 tahun dulu, yang satu hari nanti cik Z akan dapat melihat kembali tanpa cermin mata. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini merasai kembali nikmatmu yang pernah hilang. Setiap hari terasa lebih bermakna. Alhamdulillah. Selamat tinggal cermin mataku.


8 comments:

  1. Alhamdulillah, cik z dpt semula nikmat melihat tanpa cermin mata. Kite pun berangan jugak nak buat lasik ni tapi kena tunggulah sampai duit dlm tabung Alya cukup. haha.. blh gitu amik duit anak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah....Tahniah sudah dapat mata yg normal kembali. Mengasyikan membaca tulisan ana tu.

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy buat lasik di excelview midvalley kuala lumpur.
    Namun pandangan sy masih tidak jelas. Berbalam . Pandangan malam amat teruk.. kehidupan sy dan keluarga terjejas teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ker? keciannya. mungkin mereka tiada peralatan atau kepakaran yang terkini. thanks for the info. good untuk pembaca-pembaca yg lain juga.

      Delete
  4. Brapa ehk kos untuk rawatan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm7000 utk bawah 35 thn. 35 ke atas rm8000. Ini harga jika buat di prince court

      Delete
  5. Salam..
    Ubat2 titis tu pakai sampai bila yee,
    Ada ubat2 dan titisan yg diperlukan setiap bulan

    ReplyDelete
  6. boleh Tau bagaimana selepas operation pulih...Dan boleh rabun semula ke...

    ReplyDelete