Sunday, 10 August 2014

Ini baru raya?


Sedar tak sedar dah pun masuk minggu ke-2 bulan Ogos. Harapnya masih belum terlambat untuk cik Z ucapkan salam syawal buat semua pembaca blog ini, he he. Macammana dengan sambutan raya kalian semua? Untuk cik Z, biasa-biasa ajer tak der yang istimewa.


Rutin biasa cuti raya untuk cik Z bermaksud masak dan mengemas a.k.a bibik sepenuh masa. Dan jangan tak tahu sejak semua adik beradik cik Z berumahtangga dan punya anak-anak kecil, rutin wajib ini nampaknya menjadi bertambah banyak dan memenatkan. Sampaikan bila hari raya pertama tu, cik z yang anak dara ni la yang jadi orang terakhir pakai baju baru.  Nak ambik-ambik gambar dengan baju raya? Sila lupakan. Rasanya dah lebih 5 tahun tak sempat langsung nak bergambar di pagi raya. Sedangkan yang ada anak-anak kecik boleh pulak best2 bergambar kan. Aishh macam mana tu?

Tahun ni pula buat pertama kalinya tak de sesiapa pun yang balik awal menyambut malam raya di kampung. Yang ada cuma Kak Long sekeluarga dan cik Z sajer. Jadi boleh bayangkan tak macammana kelam kelibutnya kami menyiapkan hidangan raya untuk dijamu dipagi raya dan dihantar kepada jiran tetangga. Sampaikan abah cik Z yang tak berapa sihat tu pun sanggup mencemar duli tolong potong daging dan potong bawang. Serius memang dah lama abah cik Z tak memegang pisau. Risau dia tengok kami buat tak siap-siap agaknya. Hidangan wajib orang Johor dah semestinyalah ketupat yang dianyam sendirikan. Memang tak terkatalah penatnya. Dalam pada tak cukup kakitangan tu macam tak percaya dapat juga kami menyiapkan rendang daging, ayam masak merah, sambal, kacang, sambal goreng jawa, dan kuah lodeh.  

 
Ayam masak merah dan rendang daging.

Sambutan raya di Johor biasanya diserikan dengan marhaban dari rumah ke rumah. Untuk kampung cik Z, marhaban 1 Syawal dikhaskan untuk kaum bapa dan lelaki, manakala 2 Syawal untuk kaum wanita pula. Rutin wajib ni memang menyeronokkan. Tiap-tiap tahun, Cik Z memang suka nak mengikut. Bukannya aper, cuma setahun sekali ni ajerlah cik Z dapat berjumpa kembali dengan jiran-jiran (yang rata-ratanya sekarang ni dah pun uzur). Dan biasanya juga kalau balik dari marhaban ni perut memang kenyangla he he he sebab macam-macam makanan dihidangkan di setiap rumah. 

Bersedia untuk bermarhaban. Marhaban peluang keemasan bagi anak-anak kecil mengutip duit raya... Bebudak dua orang ni dah tak sabar tu nak pergi.

Tahun ini juga cuti raya agak pendek bagi kebanyakan orang. Di Johor contohnya, cuma ada 6 hari sebelum cuti berakhir memandangkan hari Ahad ialah hari bekerja/bersekolah semula. Makanya setelah ditolak 2 hari raya pertama dan kedua yang sahih2 tak boleh beraya ke mana-mana sebab ada marhaban, hanya tinggal 4 hari yang free. Raya ke 4 dan ke 5 pula ada adik beradik cik Z yang dah mula bekerja. Raya ke-6 pula masing-masing dah sibuk nak menghantar anak-anak pulang ke asrama. 

Apapun,sempat jugalah cik Z berkonvoi raya bersama adik beradik yang ada pada raya ke-4. Seharian kami berkonvoi mengunjungi saudara mara, makcik dan pakcik sebelah abah dan arwah mak yang masih ada disekitar Parit Raja, Batu Pahat dan Rengit. Tahun ini nampaknya, semakin ramai yang semakin uzur. Sungguh menginsafkan. Ada juga yang tinggal sendirian kerana anak-anak sibuk bekerja dan tinggal jauh di KL. Lumrah orang tua, lebih selesa duduk dirumah sendiri berbanding mengikut anak-anak, katanya. Abah cik Z juga tak terkecuali. Mujur ada Kak Long yang sanggup berkorban pulang ke kampung bagi menemankan abah.

Di rumah satu-satunya adik abah yang masih ada iaitu cik Limah. Cik Nin suami cik Limah pun tengah sakit dan baru keluar hospital.

Di rumah salah seorang kakak arwah mak iaitu Wak Gayah. Satu-satunya kakak arwah mak yang mempunyai wajah hampir seiras dengan arwah mak.

Jumpa ferrari? Jakun semuanya.

Gembira semuanya dah dapat duit raya dari Atuk Gayah.

Di rumah Wak Long Mijah, kakak ipar arwah mak.

Walaubagaimanapun kegembiraan cuti raya keluarga kami tahun ni berakhir dengan tragedi. Alkisahnya, pada raya ke-5 iaitu Jumaat secara tiba-tiba ayah cik Z mendapat sakit mata. Dan tak semena-mena seorang demi seorang ahli keluarga kami terkena juga sakit mata ni.  Pada hari Ahad, 5 orang dah pun terpaksa mengkuarantinkan diri. 

Pada mulanya, cik Z rasa sangat bersyukur sebab tak terkesan dengan penyakit mata ni, dan berjaya pulang ke KL dengan selamatnya pada Isnin. Tapi nampaknya tiada pengecualian. Sampai je KL, tak semena-mena tengok mata dah pun merah dan bertaik mata. Esoknya bangun pagi ha ha mata dah tak boleh bukak, malah dah sepet juga. Nasib baiklah klinik dekat ajer (tak sampai 5 minit drive dari rumah). Makanya, terpaksalah cik Z menyambung cuti sambil mengkuarantinkan diri. Ini baru betul-betul cuti, ye tak? Memang makan tidur ajerlah jawabnya.

Rupa-rupanya juga, pada hari yang sama tu, cik Z dapat tahu dah 11 orang ahli keluarga cik Z mendapat sakit mata. Serius ramai kan. Nampaknya kami semua tak cukup cuti raya agaknya, jadi masing-masing dapat extra cuti almost seminggu lagi. Yang bekerja tak boleh gi kerja, yang bersekolah tak boleh pergi sekolah, yang duduk asrama terpaksa dijemput pulang.

Hari ini Alhamdulillah, nampaknya mata cik Z dah hampir sembuh sepenuhnya. Syukur sangat sebab esok nak kena travel ke Kuantan selama hampir seminggu sebab ada conference. Harap semuanya okay saja nanti. Bukannya apa risau juga kalau tetiba secara tak sengaja mennjadi pembawa kuman sakit mata ke Kuantan pula nanti. Selepas 3 tahun, ini kali pertama cik Z akan jejakkan kaki semula ke Kuantan. Untuk kawan-kawan di Kuantan, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa nanti. Wassalam.

 
Note: Opps lupa pulak nak ucapkan terima kasih untuk blogger Jari Manis yang dah kirimkan cik Z kad raya hari tu. Siap dapat duit raya lagi he he. Semoga JM sihat selalu dan semakin bersemangat menulis di ruang maya ini. 

10 comments:

  1. Hoyeeee citer raya cik Z dah keluar so selamat hari raya maaf zahir dan batin ye cik Z, mmg meriah time raya kan semua dpt berkumpul dan ziarah menziarahi mengeratjan lg silaturrahim. Sakit mata? Sakit mata berjangkit lah tu semoga cik Z sembuh sepenuhnya ya aminnn
    Ohhh dh terima kad raya tu? sama sama :-)o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertunggu-tunggu ke 😀😀😀 perasan sungguh ni. Memang sakit mata berjangkit tapi x dapat dipastikan dari mana asalnya kuman kumannya datang. Makanya terpaksalah terima saja dengan redha.

      Delete
  2. cik z, i tertunggu2 post raya dari cik z.. bestnyer, meriah nampak.. dan cik z semakin cun. slmt hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks so much he he ada juga yg tertunggu tunggu. Ye ker makin cun? Kalau betul Alhamdulillah, next year bila jumpa jgn tak kenal plak he he he.....

      Delete
  3. salam cik z

    bapak jugak orang johor, panggilan atuk tu sinonim tak kira atuk lelaki atau atok pompuan hehehe
    tapi semua atok bapak dah lama meninggal dunia , maka tak dpt rasai lagi kemesraan mereka
    teringat atok esah dan atok yam

    bapak je orang johor yang sampai tua ni tak tau nganyam ketupat, nasih baik org rumah dulu walaupun org KL sempat belajar menganyam dengan arwah emak

    cakap pasal marhaban, dedulu bapak kekecik masa marhaban selalu mengelat hehehe
    tak pernah abis ikut marhaban, sampai tengahari je dah balik cabut rumah cipta pelbagai alasan, perut sakit le dan mcm2 hahaha

    lepak ikut pasal mula pagi dan nanti habis kat tengah malam dah subuh jantan pukul 12.00 malam jugak

    mmg tahun ni raya kat johor rasa pendek dan kejap je
    dah 2-3 tahun semenjak arwah emak pulak meninggal, kami dah tak raya kat kg lagi . Yang tinggal hanya pusara arwah ibu dan ayah serta atok kat perkuburan bakri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn risau bukan bapak sorang x reti anyam ketupat. Abah saya pun x reti juga. Nasiblah semue anak pandai buat x kira lelaki ke perempuan.
      Dulu2 mmg pernah juga marhaban sehari suntuk camtu tp skrg kami dah pecah2kan jd x derla penat sgt nak berjalannya.

      Delete
  4. best kan ada sedara mara ramai....me tak pernah merasa pegi ziarah mcm tu....setiap kali raya sama ada lepak sorang2 kat rumah atau pegi rumah adik beradik jer...

    marhaban pun takder kat kelantan....kami cuma tukar2 juadah raya shj...tp ada jugak geng2 masjid arwah ayah yg dtg mkn2 slps solat raya tu...naik rumah turun rumah sampai petang...arwah ayah pun join jugak...itu kami kalo nak salam raya dgn arwah...sblm dia gi masjid..kalo tak mlm lah baru jumpa dia balik...hihihi kenangan masa kecik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tanya kawan2 negri lain most x der marhaban.
      Raya ni sebenarnya masa zaman budak2 jer kot yg best bila dah tua ni biasa2 jer rasanya.
      Mcm cik z sejak arwah mak x der mmg hampir x der perasaan pun nak beraya ni.

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Cik Z....

    Meriah sungguh...xsabar nak beraya di Malaysia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya dan maaf atas segalanya. Its ok yanti jadikannya motivasi utk cepat2 siap. Insyaallah raya tetap hadir

      Delete