Sunday, 5 October 2014

Petua nak buat ketupat daun yang cantik


Salam Aidiladha buat semua. Sempena hari raya ni cik z nak kongsikan satu petua turun temurun yang keluarga kami gunakan setiap kali membuat ketupat daun. Orang Johor dan ketupat daun dah semestinya macam isi dan kuku. Keluarga kami khasnya memang jadi hidangan wajib setiap kali raya mesti ada ketupat daun, kuah lodeh dan rendang. Alhamdulillah semua adik beradik cik z pandai mengayam ketupat, dan kini ilmunya diperturunkan ke generasi ketiga pula.

Petua yang cik z maksudkan, adalah seperti berikut. 

1. Ambil satu helai daun kelapa. Dengan menggunakan pisau kecil, buang bahagian daun  sebelah luar yang sedikit gelap warna hijaunya kira-kira 1-2 mm. Kemudian barulah buang lidinya.

2. Ambil sehelai kain dan lap dulu daun yang telah dibuang lidinya.

3. Anyamlah ketupat mengikut keselesaan. 

4. Basuh beras.

5. Isikan beras dalam kelongsong ketupat. Biasanya kami isikan 1/3 penuh.

6. Panaskan air bersih. Bila mendidih masukkan ketupat. Masak selama sekurang-kurangnya 4 jam. Sentiasa tambah air jika telah berkurangan.

7. Setelah 4 jam berlalu, masak seperiuk air. 

8. Ambil sebaldi air bersih. Letakkan sebelah menyebelah dengan seperiuk air panas yaang baru dimasak tadi.

9. Matikan api. Angkat ketupat satu persatu. Kemudian celupkannya kedalam air bersih. Selepas itu celupkan pula ketupat tadi kedalam air panas.

10. Siap untuk digantung dan dimakan.

Hasilnya adalah seperti dibawah ni.

 

Selamat mencuba.

3 comments:

  1. Ooo..kiranya dr dlm rebusan tu celup dlm air sejuk pastu air panas balik la yer?
    Tq cik z..patut la sblom ni lebam je rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a betulla tu. Satu lg secret ialah lap daun tu seblm anyam. Kalau buat semue secret ni confirm dpt ketupat yg cantik berseri he he.
      P/s x pe shieda thn dpn msh ada lg insyaallah

      Delete
  2. terima kasih Cik Z kongsi petua ni

    ReplyDelete