Tuesday 20 January 2015

Tempoh bertenang

Hai hai hai apa khabar semua? Nampaknya cik z dah dijangkiti penyakit malas. Lately balik rumah nak tidur je kerjanya. Kecianlah rumah maya ni terabai dia... Diam tak diam dah sebulan dah pun cik z kembali bekerja. Errr cepatnya la kan. Sejujurnya buat masa ini cik z masih lagi teraba-raba mencari arah atau mood terbaik. Masih lagi di gear 1 atau 2 jer kot.  Tempoh 39 bulan study leave rupa-rupanya sangatla lama, adakalanya menyebabkan cik z rasa lost/ hilang arah.

Setiap hari disini, terasa sangat berlainan. Jika 3 tahun dulu cik z tinggalkan uni dengan title senior tapi kini cik z rasa macam junior sangat. Suasana baru, wajah-wajah baru, cara kerja serba baru. Teknologi mengubah segalanya. Apapun cik z masih berusaha menyesuaikan diri. To survive in this lonely world, kononnya. Hi hi hi...


Oh ya, satu perkara yg menghantui pemikiran cik z buat masa ini ialah "how to survive as a lecturer with phd degree". Walaupun cik z masih belum berjaya lagi nak dapatkannya, tapi secara naturalnya kita semua tahu bukanlah mudah nak mencapai target sasaran kerja tahunan phd staff. The responsibility is double. Setiap hari bagaikan berada dihujung tanduk. Oh risaunya.

Sebulan lagi semester baru akan bermula. Perasaannya bercampur2 juga. Moga-moga teaching skills masih ok tak berkarat. Kalau dulu teaching is priority. Research langsung tak de. Tapi sekarang kena la pandai-pandai cari masa untuk research juga. Rela dalam paksa gitu. 

p/s: Waiting for everyone to comeback. Miss u all.

 
Ni antara kawan cik z di rumah hi hi.



6 comments:

  1. dont worry cik Z...u can do it..sentisa ingat Allah sentiasa bersama..jika buntu cari lah 'ia' kerana JM pernah lakukan nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JM for the sweet advice. Yah I can do it...huhu

      Delete
  2. Rindunya kat ko zana..... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Lyn..lama lagi baru boleh dapat jumpa ko balik semula.

      Delete
  3. Assalamualaikum zana..
    Akak dah jln2 kt blog ni. Best2 baca terutama part travels.
    InshaAllah nnti kita jumpa yek bulan 4.

    ReplyDelete