Tuesday 1 January 2013

Makan-makan di Qatar

Selama 5 hari di Qatar, memang cik Z tak nampak nasi putih. Lunch yang disediakan semasa conference pula menghidangkan sepenuhnya hidangan masyarakat arab dengan nasi berempah bercampur ayam. Hidangan sampingan yang lain kebayakannya kering dan tak pedas. Manisan yang disediakan pula sangat manis seperti gula. Paling pelik air tin bergas diberikan kepada setiap orang. Hari pertama bolehlah terima bila dah hari-hari ulang masakan yang sama (serious memang sama) faham-faham je la kan. 
 
Walaubagaimanapun kami bernasib baik sebab bila malam je kami boleh beli makanan di sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel kami (2 minit je jalan kaki). Nama restoran ni Nasco Cafeteria. Harga makanan yang dijual disini sangat berpatutan dengan kuantiti yang banyak. Biasanya kami kongsi 1 hidangan untuk 2 orang, so memang jimat kos.
 
Nasco Cafeteria.
 
 
Chicken Briyani, QAR 10 sahaja. Paling sedap yang kami pernah makan di Qatar dan Sri Lanka.

Nasi Majubose QAR 6.

Chicken Grilled BBQ. QAR12. Our favorite dinner dish. Tiap-tiap hari beli. Chicken grilled paling sedap yang kami pernah rasa. Boleh pilih nak spicy atau tidak. Pilihan kami sudah semestinya spicy. Hidangan ini merupakan signature dish Nasco cafe.


Masalah utama di negara-negara Arab ialah air minuman. Nak minum mesti kena beli air mineral. Botol kecil QAR1 botol besar QAR2. Nak minum air panas pun mesti kena guna air mineral ni. Dekat restoran pun kalau order air kosong akan diberi air mineral botol kecil tu juga. Favorite kami di Qatar ialah jus buah-buahannya yang di kisar tanpa gula. Hanya campur sedikit air mineral dan kisar. Tiada ais pun. So purely fruit juice. Hari-hari rutin kami ialah beli fruit juice, lagipun harganya murah dan berpatutan. Macam-macam juis yang kami cuba seperti grape, ruman(delima), mixed, nanas dan jambu.

Grape juice QAR4. Yang ni memang tak pernah jumpa di Malaysia.

 
Nasco sepecial. QAR6
 
 
Okay habis dah slot makan-makan. Akan datang cik Z akan kongsikan pula tempat-tempat menarik di Doha. Jumpa lagi.
 
 

2 comments: