Wednesday 4 December 2013

Kuantan di hatiku

Isnin lalu, buat pertama kalinya perjalanan pulang ke KL dari Johor ditemani hujan lebat sepanjang jalan.  Seriusly, hati terasa begitu kecut. Hanya mampu berharap dan berdoa agar selamat tiba di KL dan perjalanan dipermudahkan. Terdetik juga dihati, kot2 ada tempat yg dah naik air ni. Sungguhlah rupanya. 

Semalam, beberapa tempat di Johor dan Pahang mula dilanda banjir. Aneh sekali, walaupun cik Z orang Johor tapi hati terasa sedih, sayu dan risau membaca kisah2 mangsa banjir di Kuantan. Bukannya apa, tempat jatuh lagikan dikenang kan. Kuantan memang sentiasa dekat dihati memandangkan lebih 6 tahun jugak cik Z berkelana kat sana sebelum cuti belajar di KL.

Tahun ini banjir di Kuantan dikatakan terburuk sejak 10 tahun. Ada gak yg kata sejak 60 tahun. Mujur juga rumah cik Z di Kuantan tak terjejas langsung walau katanya dah jadi pulau juga semalam. Mudahan-mudahan hujan berhenti turun dan air banjir surut seperti sedia kala. Bertabahlah warga Kuantan khususnya para sahabat yg terjejas sama.  Doa cik Z dari jauh untuk kalian. Amin.

No comments:

Post a Comment