Rabu 5 Jun 2013. Misi utama kami hari ini Hagia Sophia (Aya Sofya) yang terletak di Sultanahmet. Memang menjadi impian cik Z sejak zaman sekolah lagi nak jejakkan kaki dalam bangunan penuh bersejarah ini. Sampai je kat Istanbul, sungguh tak sangka rupa2nya kami bertiga menyimpan impian yg sama, Berganda seronok dan terujanya kami dapat sama2 berkongsi momen penuh nostalgik ini. Kelakar juga bila mengingatkan bagaimana sesi borak kami dibilik hotel tiba2 bertukar menjadi begitu ilmiah dan penuh dengan cerita2 sejarah sebaik sajer kami discover persamaan ini. Siapa sangka kan orang Math pun suka sejarah.
Sedikit trivia berkaitan Aya Sofya. Asalnya Aya Sofya ini ialah sebuah gereja iaitu Eastern Orthodox (537-1204), Roman Catholic (1204-1261), dan sekali lagi Eastern Orthodox (1261-1453). Pernah juga musnah beberapa kali akibat gempa bumi, tetapi ianya sentiasa dibaikpulih dan penambahbaikan sentiasa dibuat dari masa ke semasa. Apabila Sultan Mehmed II (Sultan Muhammad Al Fatih/ Mehmed the Conquerer) berjaya menakluki Constantinople pada 29 May 1453, gereja ini telah pun ditukarkan menjadi sebuah masjid. Solat Jumaat pertama telah didirikan di Aya Sofya pada 1 Jun 1453. Malangnya apabila empayar Turki Uthmaniah tersungkur pada tahun 1931, Aya Sofya telah ditutup selama 4 tahun dan akhirnya dibuka semula sebagai sebuah museum pada tahun 1935 oleh kerajaan baru Turki. Baru-baru ini ada ura2/cadangan oleh kerajaan Turki untuk mengembalikan semula fungsi Aya Sofya sebagai sebuah masjid. Walaubagaimanapun, sehingga kini, Aya Sofya masih kekal menjadi saksi sejarah kegemilangan tamadun Kristian dan Islam yg tak kan pernah terpadam.
Pintu masuk
Museum Aya Sofya ni boleh dilawati setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Tak kiralah waktu apa pun, pelancong memang sentiasa ramai beratur untuk masuk kat dalam ni. Jadinya untuk jimatkan masa sila tiru macam kami ya. Beli dulu Museum Pass kat Topkapi Palace atau mana2 musum yg ada dalam senarai, lepastu barulah boleh terjah ke Aya Sofya. Bila kita dah ada Museum Pass ni, tak perlu lagi beratur. Boleh terus je ke bahagian kawalan keselamatan berhadapan pintu masuk utamanya. Tunjukkan Museum Pass dan boleh terus masuk. Kalau kena beratur pun kejap jer.
Dari Pintu utama
Majoriti pelancong datang kesini dalam kumpulan yg diketuai oleh pemandu pelancong. Memang havoc dan agak celaru. Jadi kena bertabahlah untuk dapatkan view/shot yg menarik. Masuk je pintu utama tu, oh tergamam kami. Terserlah kehebatan seni arkitektur tinggalan Byzantine dari segenap sudut. Pintu2 kat museum ini diperbuat dari besi berwarna hitam, besar dan tinggi binaannya. Interior dalaman bangunan ini dipenuhi dengan dinding2, lantai dan tiang2 yg diperbuat daripada marble dan batu2 besar pelbagai warna, menjadikan suasana didalamnya sentiasa sejuk dan nyaman. Antara ciri utama yg ada disini ialah dekorasi mosaics pelbagai karekter yg masih boleh dilihat di dinding/ceiling bahagian atas museum. Kalau tak mendongak memang tak kan nampak kebanyakannya.
Antara mosaic yg masih boleh dilihat.
Kalau tengok karekter yg terpapar pada mosaic mesti rasa pelik kan. Sebenarnya, semua mosaics yg ada ni ialah image2 asal yang telah pun ada sebelum Aya Sofya dijadikan masjid. Apabila Kerajaan Turki Uthmaniah mengambil alih bangunan ini, mereka telah menampal plaster diatas setiap mosaics ini kerana image yg kelihatan semuanya menggambarkan agama Kristian. Mungkin ada hikmahnya kenapa mereka tidak menanggalkan terus mosaics2 ini. Semasa proses restoration (1931-1935), pihak museum berjaya menemui kembali struktur asal mosaics ini. Malahan sebenarnya ciri2 asal Aya Sofya iaitu gereja masih lagi wujud dan langsung tak dimusnahkan oleh kerajaan islam Turki Uthmaniah ni. Indahnya Islam. Sejarah membuktikannya.
Ukiran menarik di ceiling yg nampak semakin terhakis dimakan waktu.
Salah satu pintu besi.
Dari pintu masuk tadi tu, kami berjalan ke bahagian kiri dahulu. Dinding di sepanjang laluan kat sini dipenuhi dengan poster yg menceritakan sejarah Aya Sofya. Dinding disepanjang laluan ini diperbuat daripada batu bukannya marble. Kami meluangkan masa lebih 15 minit membaca dan menghayati perjalanan sejarah bangunan ini. Maklumat yg dipaparkan lengkap dan menarik sebab penuh dengan gambarajah. Jadi tak de la kita rasa bosan membacanya.
Boleh luangkan sedikit masa membaca sorotan sejarah Aya Sofya di sini.
Salinan asal transkripsi yg menceritakan sedikit kisah peristiwa yg pernah berlaku di Aya Sofya.
Berjalan terus hingga kehujung, kita akan jumpa pintu lain untuk masuk semula ke ruang yg mula2 kita jumpa tadi. Kat sini kami menemui satu pintu kecil yg agak menyeramkan. Mula2 tu kami teragak2 nak masuk pintu ni, tapi bila nampak sekumpulan pelancong beramai2 masuk so kami ikutlah dari belakang. Ha ha nasib baik kami ikut diorang kalau tak dah menyesal. Kalau nak tau pintu inilah laluan untuk kita sampai ke tingkat 2 Aya Sofya.
Masuk je pintu ni kita akan rasa macam masuk dalam gua atau ruang bawah tanah yg ditarah. Keadaannnya agak gelap. Hanya sedikit cahaya kelihatan dari lubang2 kecil yg diletakkan lilin/lampu kecil. Laluan kecil ini makin lama makin curam seolah2 kita mendaki ke atas.
Sampai je kat atas ternganga kami. Mengkagumkan. Dari atas ni kita boleh lihat dengan jelas bagaimana keadaan dewan solat utama Aya Sofya. Boleh nampak dengan jelasnya ciri2 sebuah masjid dengan kaligraphi kalimah Allah, Muhammad, Hassan, Hussin, Ali, Abu Bakar, Umar, dan Uthman tergantung di bahagian atas sekeliling dewan utama. Ada juga mimbar. Ditengah2 antara kalimah Allah dan Muhammad tu pula kelihatan jelas satu mosaic dengan imej utama yg menggambarkan kepercayaan penganut Kristian.
Ada satu perasaan aneh yg berlegar2 dalam hati dan fikiran. Tak semena2 bulu roma terasa meremang. Seolah2 terbayang suasana Solat Jumaat pertama yg didirikan disini pada 1 Jun 1453 genap 560 tahun yg dulu. Sayunya hati mengenangkan apa yg telah terjadi. Impak membaca sorotan sejarah Aya Sofya sebelum naik ke tingkat atas ni tadi benar2 terasa. Lama kami terpaku merenung dari atas segenap ruang yg ada. Sebelum kita turun ke bawah, mari kita lihat apa yg ada kat bahagian atas ni dan apa yg boleh dilihat dari sini.
Pusara pun ada disini.
Blue Mosque dilihat dari tingkat 2 Aya Sofya.
Antara cenderamata yg dijual.
Laluan naik dan turun atas bawah Aya Sofya ni berbeza rupanya. Bila turun tu kita akan terus nampak dewan utama. Sebelum melangkah masuk ke dewan utama tu kami nampak ramailah pelancong berkumpul dan beratur kat satu ruang ni. Rupa2nya kat sini ada satu dinding tu yg dinamakan Wishing Column. Tengok gambar kat bawah ni.
Wishing Column. Ada satu lubang kat situ yg kononnya kalau kita letakkan ibu jari kat situ dan pusingkannya sambil berdoa, doa kita akan diperkenankan. Rasanya ini antara beberapa ciri asal Aya Sofya yg masih kekal.
Seterusnya mari kita lihat pula apa yg ada di bahagian dewan utama ni dari pandangan bawah. Kubah utama Aya Sofya kelihatan gah sekali. Bahagian hadapan ruang solat yg ada mimbar dan mihrab tu sebenarnya tak dibenarkan masuk, cuma boleh lihat dari jauh jer.
Tamat sudah pengembaraan kami di dalam Aya Sofya. Seterusnya kami singgah kejap kat dalam kedai cenderamata kat dalam tu. Tapi tak de apa yg menarik. Kebanyakan barang yg jual kat dalam ni memang boleh tahanlah mahalnya.
Keluar dari Aya Sofya pula, kita boleh lihat sebahagian puing2 tinggalan empayar Byzantine yg telah musnah. Semua ini masih lagi dalam kawasan Aya Sofya.
Kami tinggalkan Aya Sofya dengan perasaan yg bercampur gaur. Hampir 3 jam kami habiskan masa disini. Oh besar sekali bangunan ni. Rasa macam nak tercabut kaki sebenarnya. Tapi kami sangat berpuas hati dengan pengalaman ini. Tak kan rasa menyesal dan pastinya berbaloi.
Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment