Isnin 17 Jun 2013. Hari terakhir di Athens. Penat mendaki puncak Acropolis semalam belum pun hilang nampaknya. Tapinya misi kami di Athens masih belum selesai. Untuk hari terakhir ini kami bercadang untuk ke Ancient Agora, Theatre of Dionysos, dan Plaka ajer. Sekali lagi pagi ini kami menapak ke Monastiraki. Yang bestnya pagi-pagi ni kat sekitar Monastiraki square penuh dengan gerai-gerai menjual buah-buahan segar. Wahh teruja kami melihatnya.
Macam-macam jenis buah ada. Harganya pun boleh tahan murah juga. Rambang mata macam nak beli jer semua jenis yg ada. Akhirnya cik Z pilih anggur sebab geram dengan saiznya yg luar biasa besar tu. Mujur rasanya pun sedap sangat.
Lepas beli buah, kami sambung jalan lagi kali ini menuju ke Ancient Agora. Ancient Agora ni letaknya tak berapa jauh sangat dari tapak Monastiraki Flea Market. Kurang 10 minit jalan dah sampai. Sepanjang jalan tu kita akan melalui satu lorong yg kiri dan kanannya penuh dengan restaurant dan souvenir shops.
Sampai sudah kat Ancient Agora. Tapak arkeologi yg ini memang agak besar keluasannya. Mujurlah kami samapi kat sini masih pagi dan matahari tak berapa panas lagi.
Ancient Agora ni kedudukannya ialah di kaki bukit Acropolis. Mengikut sejarahnya, Acropolis ialah pusat keagamaan manakala Ancient Agora ialah pusat jual beli (market place) merangkap pusat hiburan/pertemuan rakyat tempatan untuk beraktiviti sosial. Aihh dah macam cikgu sejarah plak ni. Kalau nak tahu cik Z ni minat gak la bab-bab sejarah peradaban dunia he he.
Athens dan batu memang tak dapat dipisahkan. Jom kita pi tengok apa yg ada kat bangunan yg ada banyak tiang kat belakang tu.
Tada... sekarang kami berada di hadapan Museum of Ancient Agora.
Sebahagian artifak yg dipamerkan. Hebat kemahiran mengukir batuan orang Athens dahulu kala ni.
Kedudukan Museum tadi memang agak dekat dengan pintu masuk ke Ancient Agora, Sebab tu kami tuju ke museum tu dulu sebelum pusing-pusing sekitar Ancient Agora. Okay jom kita lihat apa yg masih ada disini.
Ini ialah Church of Holy Apostles.
Ada pengalaman kelakar masa kami jalan-jalan kat sini. Satu ketika kami duduk melepak kat bawah satu pokok bunga pink sambil makan anggur. Tetiba ada plak datang seekor anjing kearah kami. Apa lagi kelam kelibutlah kami cari tempat selamat, err tapi anjing ni macam pandai tau dia macam sengaja main acah-acah dgn kami macam tahu2 jer yg dua org budak ni takut anjing. Kesudahannya, kami cancle terus tak jadi makan anggur terus cari jalan keluar.
Jalan sampai ke hujung Ancient Agora, kami temui satu pintu masuk yg berbeza dari pintu masuk yg kami masuk awal-awal tadi. Kat sini pun ada pondok pengawal juga. Dan kami dapati ada beberapa kumpulan pelancong yg berjalan turun dari satu arah. Tak mahu confuse2 kami pun pi tanya kat petugas yg jaga pondok tu. Oh ho rupa-rupanya kami boleh berjalan kaki ke Acropolis dari Ancient Agora. Kiranya ini macam jalan short cut la. Cuma yg tak bestnya, kenalah mendaki bukit yg makin lama makin curam.
Ini dia laluan menuju ke Acropolis dari Ancient Agora.
Ini antara laluan yg kami lalui. Tapikan, kawan-kawan semua sila jangan tiru apa yg kami buat ni ya. Semput beb. Boleh tahan tinggi dan curam jugaklah laluan ni. Kami perasan yg ramai kumpulan pelancong lalu laluan ni untuk turun dari Acropolis ke Ancient Agora. Cumanya laluan ni tutup awal sebelum jam 4 atau 5 ptg rasanya.
Akhirnya berjaya juga kami mendaki. Pemandangan yg superb macam semalam juga. Exit dari Ancient Agora ni ialah di kawasan berpagar yg kami duk ambil2 gambar dalam entry sebelum ini.
Ini dia penunjuk arah ke Ancient Agora.
Seterusnya, kami jalan santai-santai laluan yg sama yg kami lalui hari sebelumnya. Tetiba rasa macam tak der lah jauh sanagt Acropolis ni. Hari ni kami sekali lagi buat pusingan 270 darjah mengelilingi Acropolis. boleh jer nak lalu yg dekat ke sebelah kiri tapi kami sengaja pusing ke sebelah kanan juga. Jalan waktu pagi dengan petang memang terasa bezanya. Kalaulah cik Z jadi warga Athens, memang hari-harilah cik Z sanggup berjalan/berjoging kat kawasan ni. Serius nyaman dan best ajer suasananya.
Ada banyak pokok-pokok besar macam ni. Rasa macam nak ajer panjat dan melepak kat atas tu. Tapi kaki tak cukup panjang la pulak.
Ini dia peta penuh kawasan Acropolis. Destinasi kami yg seterusnya ialah Theater of Dynosis yg terletak di kawasan South Slope of Acropolis.
Acropolis dilihat dari kawasan South Slope of Acropolis.
Sekitar kawasan Theater of Dynosis.
Tapak Theater of Dynosis. Masih jelas kelihatan tempat-tempat duduk yg di bina dalam bentuk bulatan.
Tapak Theater of Dynosis.
Dari Theater of Dynosis, kami berjalan kaki pula ke Plaka. Tujuan utamanya tak lain tak bukan ialah mencari souvenir. Memang rambang mata nak mencari mana yg berkenan. Macam-macam ada. Suasana di sekitar Plaka pun tak kurang menariknya. Seronok jalan-jalan kat sini sebab penjual-penjual kat sini cool ajer tak der nak paksa-paksa kita untuk membeli.
Jangan lupa beli T-Shirt dengan tulisan Greek. Boleh tulis nama kita atau apa saja menggunakan tulisan Greek.
Dari Plaka kami jalan kaki semula ke Monastiraki. Akhirnya, berjaya juga kami tamatkan penjelajahan kota Athens. Daripada 7 senarai Ancient Cities yg terdapat dalam Ancient Cities Pass, kami berjaya cover 5 tempat. Dua lagi iaitu Keramikos dan Olympian tak terlarat kami nak menjengah. Patutlah Ancient Pass tu boleh digunakan 4 hari. Boleh tahan penat jugalah nak menjelajah kota Athens ni sebab semuanya kena guna kaki.
Monastiraki.
Hari ini kami gunakan khidmat kaki sepenuhnya. Tak mahu lagi kena tipu dengan driver taxi. Sebenarnya dari tempat kami tahan taxi semalam tu nak ke Plaka tak sapai 10 minit berjalan pun. Tapi tak pe lah kan sekurang-kurang bertambahlah juga pengalaman kami. Keseluruhannya dengan tema santai, kami berjaya samapi semula di Soho Hotel sekitar jam 3 ptg. Untuk late lunch and dinner kami beli nasi berlauk kat kedai halal depan hotel kami ajer. Seronok sebab dapat makan nasi he he.
Sebab utama kami tamatkan acara jalan-jalan kami awal hari ni ialah untuk kemas beg dan bersiap-siap untuk balik ke Malaysia awal pagi esok. Yehhhh.... Akhirnya kan selepas 17 hari berkelana nak balik dah rupanya. Selasa 18 Jun 2013, seawal jam 3 pagi kami dah bangun dan bersiap. Mujurlah subuh pun awal. Jam 4.30 pagi kami dah naik taxi ke Atenas (Eleftherios Venizelos) International Airport. Taxi ni pihak hotel yg panggilkan. Yang bagusnya diorang panggilkan taxi driver perempuan untuk kami. Taxi driver ni plak baik sangat baya-baya mak-mak je gayanya dan siap peluk-peluk kitorang masa turunkan barang he he. Harga taxi Euro38.
Sebelum tinggalkan Europe, perkara wajib ialah buat VAT claim. Senang ajer rupanya. Mula-mula pi kat Imegresen mintak cop pastu pi kat kaunter claim yg disediakan terus dapat money cash. Ha ha tetiba kaya balik semula. Sesetengah barangan kita tak boleh dapat VAT claim terus. Tapi tak de masalah masukkan ajer kat peti surat kat Airport. Tunggu 3-4 bulan nanti dapat check ke rumah kita.
Perancangan asal kami hari ini ialah untuk singgah shopping di Istanbul semasa transit. Sebab kalau ikut jadual penerbangan kami akan ada kira-kira 10 jam masa kosong. Tapi semuanya tinggal angan-angan ajer. Masa kami drop luggage tu kami diberitahu yg kami tak dibenarkan keluar dari Istanbul Airport sebab salah seorg dari kami tak der passport. Serius bosan giler menunggu.
Tepat jam 7 pagi kami tinggalkan bumi Athens dengan Turkish Airlines. Best juga Turkish Airlines ni sebab breakfast yg dihidangkan memang sedap. Lagi best sebab laluan Athens-Istanbul ni ialah Aegan Sea dan kepulauan Greek. Sambil breakfast diatas awan sambil tengok pulau-pulau bertaburan kat bawah..wah macam dalam mimpi ajer.
Alhamdulillah tamat sudah pengembaraan kami di Istanbul dan Eropah. 18 hari dengan ribuan kenangan. The End.
comel dak dua org tu.. hihi. lepas ni jalan mana plak cik z..
ReplyDeletetak der plan kemana2 dalam masa terdekat ni.
DeletePengalaman dan kenangan akan menjadikan kita satu pencerita yg hebat.......best baca citer cik z..
ReplyDeleteterima kasih. liza pun apa kurangnya.
Delete