Saturday, 1 November 2014

Pertama kali buat kek

Dua tiga hari ni, tekak terasa-rasa nak makan kek. Nak singgah beli kat Secret Recipe, kemalasan berganda-ganda plak. Lebih-lebih lagi sekarang ni bila petang ajer hujan, aishhh memang payah la nak menyinggah ke mana-mana. Kebetulan semalam petang masa pi cari barang-barang dapur kat kedai runcit dekat dgn rumah ni, ternampaklah pulak kotak tepung naik sendiri. Maka apa lagi terus je cik z ambik masuk bakul he he. Padahal resepi pun tak de lagi ni. 

Dalam kepala duk terbayang-bayang rasanya bahan yang lain-lain tu semua dah ada kot kat rumah. Sebab rasanya nak buat kek marble ajer ni. Macam konfiden ajer kan. Padahalnya, jangan tak tahu yg cik z ni memang seumur hidup tak pernah lagi buat kek sendiri. Selalunya cik z jadi tukang tengok dan tukang makan ajer. Pelik tak? Walaupun cik z ni suka masak, tapi satu-satunya masakan yang paling cik z tak berminat nak cuba ialah buat kek. Sebab utamanya, cik z rasa macam leceh giler kot nak baking ni. Nak timbang menimbanglah, pastu nak kena pukul2 telur semua tu. 

Oh ya dah kata tak pernah buat kek, dah semestinyalah cik z tak ade mixer kan. Kelakor tau. Dah balik rumah, barula teringat yang kat rumah ni tak de mixer dan penimbang. Oh ho macam mana ni yer? Maka bermulalah pencarian resepi diruang maya. Macam-macam jenis resepi ada kat internet ni. Pilihan cik z dah semestinya yang gunakan cawan ajer. Cari punya cari, jumpalah beberapa resepi yang bersesuaian, tapi ada ajer bahan-bahan yang tak ada kat rumah ni. Contohnya macam susu pekat dan ovellete. Eh mana ada benda2 tu. Ada juga jumpa satu resepi ni dia pakai susu cair tapi tak pakai majerin plak. 

Akhirnya petang ni, cik z dengan bersemangatnya dah pun membuat sedikit pengubahsuaian pada resepi-resepi yang ada dan hasilnya adalah seperti berikut. Cik z gelarkan resepi kek ni "resepi kek marble asal boleh ajer". He he ...

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin
4 biji telur
1 cawan gula halus/kastor
1/2 cawan susu cair
Esen Vanilla
2 cawan tepung naik sendiri (diayak dahulu)
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:

Masukkan marjerin, telur dan gula ke dalam blender dan blender kesemuanya sampai kembang. Masukkan pula susu dan esen vanilla. Blend lagi biar sebati. Tuang adunan dalam bekas. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati kesemuanya. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian. Campurkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan dan kacau sehingga sebati. Sapu marjerin ke sekeliling loyang 4 segi. Lapiskan adunan sedikit demi sedikit sehingga habis. Bakar adunan selama 50 minit dengan suhu 170C.




Dan hasilnya....



Yang menariknya, kek yang cik z buat ni hasilnya agak lembab dan lembut. Mungkin sebab guna susu cair kot. Dan...kek yang terhasil ni tak melekat langsung kat loyang. Seronok plak bila pertama kali buat kek, menjadi pulak tu. Naik sekata dan cantik ajer jadinya. Cuma bab coraknya tu maybe kena practice lagi la kot. Ngada-ngada kan, padahal orang lain tu siap cheese cake bagai pun tak hairan. he he...


Apapun, selamat mencuba. Khas untuk sesiape yang tak de mixer dan penimbang kat rumah ya.

  

6 comments:

  1. Nmpak sedap....gud job. Tetiba rasa nak mkn kek...

    ReplyDelete
  2. Buleh gak le try ni... guna blender xyah susah pk mixer bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila...sbnrnya blender tu main try and error jer, sekali boleh gak rupanya he he. Habislah tak laku mixer lepas ni ha ha

      Delete
  3. waahhh! even first time baked pon... n barang tak cukup pon.. still dapat hasil yang baik! hihihi.. =D

    ReplyDelete