Thursday 25 December 2014

Kisah pindah randah

Kali ini cik z nak berkisah tentang keserabutan menguruskan pindah randah dari KL ke Kuantan hari tu. Walaupun cik z ada banyak pengalaman pack dan unpack barang untuk berpindah, tapi inilah pengalaman paling sukar dan menyesakkan kepala yg pernah cik z alami. Antara sebab utamanya ialah kerana cik z ada kekangan masa untuk menghantar thesis dan juga menguruskan semua urusan berpindah sebelum tempoh cuti belajar berakhir. Jadi boleh bayangkan tak macam mana kelam kelibutnya hidup cik z masa tu. Kalau bolehlah nak ajer ada 10 tangan dan kaki supaya boleh diagih-agihkan kesana kesini. Nak tambah serabut, ada sebahagian barang cik z berada di Johor, Jadinya cik z perlu juga memikirkan bila nak pi ambik barang-barang tu juga. 

Dengan kekangan masa yang agak terhad, cik z hanya mula mengemas barang-barang pada 2 minggu terakhir sebelum berpindah. Tak sangka banyak betul barang-barangnya sampai tak cukup kotak-kotak yang ada. 1/3 buku ajer rasanya. Terpaksa juga beli beberapa storage box. Dalam tempoh 2 minggu ni gak tiap-tiap hari cik z akan angkut balik barang-barang dari office ke rumah. Perghh memang menguji kesabaran sebab rumah cik z ni aras 3 tak de lift. 

Sebahagian barang-barang yang dah siap untuk diangkut.

10 hari sebelum berpindah cik z mula telepon lori. Tapi malangnya nombor yang cik z ada ni dah full book pula. Dua tiga hari juga cari contact number yang baru. Dan akhirnya cik z beranikan diri cuba call satu nombor yang diiklankan di mudah.com. Alhamdulillah cik z dapat servis yang tip top dari syarikat ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak cari lori bolehlah contact diorang ni ya. Cik z ambil lori 5 tan dan oleh sebab rumah cik z ni tak de lif so harga total yg cik z kena bayar ialah RM1200. Semua barang-barang cik z ni diorang yg tolong angkatkan.



Selain berkemas dan lori, antara perkara lain yang cik z kena uruskan ialah:

1. Astro - Boleh call ajer ke Hotline number. Tapi memang lamalah nak tunggu dan buat permohonan pindah ni. Apapun oklah juga daripada nak kena ke servis centre plak kan. Sedikit info, kalau nak pindah ni pihak Astro akan datang bukakan piring kita dulu barulah kita boleh pindah ke alamat yang baru. Bayaran RM150 (rasanya), sorry tak ingat sebab kali ni cik z tak cabut piring sebab masa pindah ke rumah ni dah ada piring. Jadi untuk di Kuantan pihak Astro hanya datang pasang piring yg kita dah buka tu dan tak perlu bayar apa-apa lagi. Yang bestnya pihak Astro datang pasang pada hari cik z sampai di Kuantan. Bagus bagus tak de la kebosanan sangat kan.

2. Streamyx - Yang ni tiada pilihan kena juga pergi ke TM. Sebabnya kita perlu pilih nombor yang baru untuk tempat baru kita. Yang bestnya internet line cik z masih boleh dipakai sehinggalah saat nak berpindah. Servis yang diberikan juga agak bagus. Sehari selepas berpindah pihak TM dah pun datang untuk buat penyambungan talian. Cik z kena bayar RM80.

3. Coway - Yang ni cik z hanya perlu call staf Coway yang selalu datang servis kat rumah. Yang bestnya kita hanya perlu call diorang sehari sebelum berpindah. Jadinya pagi-pagi nak pindah tu diorang datang dan cabutkan semua paip-paip yang digunakan dan tolong kemaskan masuk kotak. Pastu diorang akan buatkan report berpindah untuk kita. Tak perlu buat bayaran apa-apa untuk kali pertama berpindah. Cuma yang tak bestnya bila dah sampai Kuantan, cik z terpaksa tunggu 5 hari untuk penyambungan semula sebab kebetulannya super busy plak staf-staf Coway kat sini melayan permintaan pelanggan.

4. Servis kereta - Kebetulannya milage kereta cik z dah pun terlebih KM. Sajer je kan nak menambah tahap kebusyan.

5. Balik Johor - Oleh sebab cik z tak cukup kaki tangan, makanya 3 orang anak buah cik z dah menawarkan diri nak jadi bibik untuk tolong cik z. Kebetulan memang nak kena balik kg untuk ambil barang-barang yang ada di kg, so ambillah diorang ni sekali. Jadual cik z memang padat mengalahkan pak menteri. 

4 Dec : Hantar thesis, servis kereta
5 Dec : Uruskan Astro dan Streamyx. Kemas semua barang di office dan bawa balik ke rumah. Sambung kemas barang kat rumah. Special thanks untuk kak uda yg kebetulan singgah sebelum pulang ke Kedah. Kekonon nak tumpang solat je sudahnya tolong cik z mengemas he he.
6 Dec : Balik Johor, kemas barang-barang nak bawa balik kuantan
8 Dec : Balik KL semula, call Coway, sambung mengemas
9 Dec : Pindah ke Kuantan
12 Dec : Lapor diri kerja
14 Dec : Angkat semua buku-buku ke office baru
16 Dec : Balik Johor semula hantar anak-anak buah (Kebetulan dapat 7 days unrecorded leave)

3 orang bibik cik z he he, di Kawasan Perkelahan Pasir Kubor Sungai Lembing 

10 dan 11 Dec tu kebetulan seorang kakak cik z datang dari Johor. Walaupun rumah tak siap kemas lagi kami sempatlah berjalan dan berkelah di Kawasan Perkelahan Pasir Kubor Sungai Lembing dan juga ke Teluk Cempedak. 

 
Teluk Cempedak

Ini dia sebahagian deko rumah cik z kini.

 
Sebelum anak-anak kakak cik z balik, sempatlah diorang meninggalkan sedikit kenangan art work kat dinding rumah cik z ni hi hi. Entah bilalah dia dapat cari pensil tu.

 
Belanja bibik-bibik ni makan kat Seoul Garden. Suka giler diorang sampai macam tak nak balik dah.

Alhamdulillah selamat sudah kerja-kerja pindah memindah ni. Perghh memang penatnya tak terkata. Itupun mujurlah ada anak-anak buah yang ringan tulang nak membantu dan kakak-kakak yang tetiba muncul. Terima kasih semua. May Allah bless you all.

Wassalam.



3 comments:

  1. Replies
    1. Ni lepas geram namnya lyn hi hi. 3 thn aku pikir nak mendekonya ha ha

      Delete
  2. Ooo...ini rupanya lg satu phd ko. Hahaha

    ReplyDelete