Tuesday, 4 March 2014

Semester 6, Writing, Extension of Study, dan Candidature Defend

Semester 6,  Writing, dan Extension of Study 

Salam semua. Dah lama juga rasanya cik Z tak update apa2 cerita berkaitan PhD life. Super busy dengan rutin yg hampir sama setiap hari sampaikan tak perasan cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah pun masuk bulan Mac 2014. Bermakna cik Z kini telah pun berada dalam semester ke-6 ataupun lebih tepat lagi 6 bulan terakhir sebelum tempoh cuti belajar berahir. Serius macam tak percaya. 

Selain sibuk menghabiskan baki2 simulation study untuk topik yg terakhir, sekarang tengah sibuk menulis thesis juga. Thesis writing is never ending process. Serius entah bila nak siapnya. Banyak lagi yg belum ditulis. Padahal dah lama mula menulis sikit2. Tapi bila research dah hampir selesai makin serabut pulak nak mengait2kannya. 

Phase of writing cik Z ni juga berkait rapat dengan Extension of Study. Dalam dilema samada nak apply extension ke tidak. Tak berani nak predict boleh siap ke tak first draft writingnya sebelum penghujung April/Awal May. Sebab kalau boleh SV nak suruh siapkan Viva dulu baru boleh balik ke Kuantan. Kalau tak berjaya nampaknya cik Z terpaksa jugalah apply extension ni agaknya. 

Candidature Defend

Jumaat lepas, 28 February 2014, cik Z diminta membentangkan hasil kajian yg telah berjaya dicapai dalam slot Candidature Defend. Alhamdulillah, dah pun berjaya melepasi satu halangan besar yg menggerunkan ni. Kat UM ni semua PhD student perlu melalui 4 kali slot presentation wajib iaitu Proposal Defend, Candidature Defend, Last Presentation before thesis submission, dan Viva. Maksudnya sekarang ni cik Z dah pun melepasi 2 halangan besar dan ada lagi 2 halangan besar yg lain menunggu kat depan. 

Selain tu kami juga perlu present paper dalam International Conference sekurang2nya sekali dan yg paling susah dah semestinya ialah kena ada 2 paper yg accepted to publish dalam ISI journal. Setakat ini Alhamdulillah, nampaknya kesemua syarat tu dah pun tercapai. Syukur sangat.

Bercerita tentang Candidature Defend, nampaknya cik Z agak bernasib baik sebab evaluater/examiner yg terlibat berada dalam mood yg baik (evaluater ni agak terkenal dgn cara menyoalnya yg agak menakutkan) walaupun waktu/hari untuk slot ini dah pun berubah sebanyak 3 kali daripada waktu asalnya. Jadual asal ialah 12 Februari, pastu postponed ke 19 Februari, dan akhirnya postponed ke 28 Februari plak. 

Masa 28 February tu pun ada kisah sampingan juga. Waktu asal untuk slot cik Z ialah 4.35 ptg dan cik Z ialah org yg terakhir. Pukul 3.15 ptg, telefon berdering.. tetiba cik Z diminta untuk present pukul 4 ptg pulak sebab student yg dijadualkan sebelum cik Z katanya tersekat dalam jammed. Maka kelam kelibut la cik Z mengemas barang dan berjalan kaki ke IPS. Paling rasa terharu sebab SV dan evaluater pun sanggup datang last minute call. 

Untuk report pula, cik Z dah kena hantar masa 7 February lagi. Kenangan sungguh menulis report ni sebab last minute diorang suruh hantar. Habis burn cuti tahun baru cina kena pulun siapkan report ni. Jadinya bayangkanlah report tu dah pun berada di tangan evaluater hampir sebulan lamanya. Serius dia dah khatam report tu kulit ke kulit. Soalan nak tanya pun dah siap list. 

Tapi kan ada hikmahnya juga, sebab sementara nak tunggu tarikh sebenar presentation yg asyik berubah2 tu cik Z isi masa dengan writing thesis pulak start dari abstrak. Jadinya secara tak langsung cik Z pun rasa lebih konfiden dengan apa yg dah cik Z buat. Dan akhirnya masa presentation day, Alhamdulillah cik Z boleh jawab semua soalan yg diajukan. Tak banyak sangat sebab dah jelas katanya. 

Masa yg diperuntukkan untuk presentation ialah 20 minit dan 15 minit untuk QnA. Tak taulah sebab cik Z cakap laju sangat ataupun cik Z hanya present benda yg penting ajer, tapi belum pun 20 minit tu berakhir cik Z dah pun habis present ha ha. Giler cepat habis. Terkejut semua. Padahal 2 org yg sebelumnya siap bunyi2 loceng lagi. Tapi jangan tak tahu, takut nak present tu tetap ada sampaikan bila dah habis tu SV cik Z komen dan tanya pasal apa suara bergetar. He he lagi mahu tanya kan ha ha. 

Selepas melalui fasa Candidature Defend yg menakutkan ini cik Z belajar beberapa perkara yg rasanya bolehlah kawan2 praktikkan juga. Kat  bawah ni cik Z kongsikan sedikit tips apa yg perlu ada ataupun apa yg panel nak tahu berkenaan research kita. Tips ni khas untuk kawan2 yg terlibat dengan Candidature Defend jer sebab rasanya  tak semua universiti ada slot ni.

1. Short Introduction only. Simple but focus on research area and background of study. Spend one minute maximum here (kalau lama sangat org dah tak dengar dah pun). 

2. Elemen terpenting yg mesti ada/ditunjukkan/highlight dalam presentation ini ialah problem statement, objective, flow of study (methodology), research schedule, current phase/status (put %) for each topic, number of objective achieved, some of important findings, our contribution, list of publications, dan list of conferences. Kebanyakan panel lebih berminat nak tahu elemen2 yg tersenarai kat atas ni ajer sebab Candidature Defend ni ialah kayu pengukur pencapaian pelajar selepas 5 semester. 
  
3. Tak perlu explain atau sebut setiap perkataan yg ada dalam slide terutama bhgn Literature Review. Ambil/highlight yg penting ajer. Kebanyakan pendengar lebih suka baca sendiri apa yg tertulis di slide. Letakkannya dalam bentuk table of Chronology mungkin lebih baik sebab sekali tengok dah nampak apa beza yg previous researcher buat dgn apa yg kita nak buat.

4. Sesetengah panel suka tanya soalan berkaitan data yg kita gunakan. Make sure kita benar2 tahu apa yg kita buat dan data jenis apa yg paling sesuai kita gunakan dalam research kita. 

5. Kalau semua elemen kat atas dah pun kita jelaskan dalam presentation, biasanya panel dah tak kan tanya lagi. Tapi ada juga sesetengah panel sengaja nak uji kefahaman kita atau sebanyak mana kita tahu apa yg kita buat dgn tanya balik apa yg kita dah present. 

Moga2 sedikit tips yg diberikan ini dapatlah membantu kawan2 yg memerlukan.

Sejujurnya bila merenung kembali perjalanan PhD selama 2 tahun 6 bulan yg dah pun berlalu, cik Z rasa agak impress dan bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya mencabar diri melakukan sesuatu yg baru dari zero. Biarpun mungkin tak lah bagus sangat, tapi cik Z tahu yg cik Z dah pun buat yg terbaik. Insyaallah tak der penyesalan. Doakan cik Z dapat siapkannya secepat mungkin ya. 

Wassalam.

10 comments:

  1. Salam Cik Z. Seronok mendengar kisah akak, sentiasa bersemangat, tidak putus asa walaupun banyak dugaan melanda sebelum2 ni. Nampaknya akak on the track sekarang ni, tahniah sangat2 tau. Kite bangga dengan akak. Alhamdulillah.. Subhanallah, rahmat Allah kepada akak mencurah2 dan dipermudahkan dalam PhD. Semoga kite dapat mengikut jejak langkah akak. Fuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes mood ke laut juga. Problem with research sentiasa datang dan pergi. Almost everyday ada jer masalah baru yg keluar. Tapi kena sentiasa positifkan diri. InsyaAllah mesti ada jalan keluarnya. Cepat atau lambat jer. Petuanya, jangan simpan masalah. Share dgn org lain. Seorang kawan PhD baru2 ni cakap kat akak macam ni, "Selama ni saya ingat saya s'org jer yg selalu bermasalah dgn research sampai stress dan hilang mood nak buat kerja, tapi bila selalu jumpa akak barulah tahu org lain pun sama jer, dan rasa bersemangat nak buat kerja bila dapat share apa yg kita buat dgn org lain". Misteri kan, padahal kita cuma share jer dgn bercerita, nanti tetiba datanglah idea entah dari mana. Aura berjangkit kot ha ha.
      Oh ya tadi jumpa SV dapat small compliment dari dia. Katanya dia sangat suka dengan cara akak buat slide Candidature Defend terutama figure utk Flow of Study. Katanya tak pernah nampak lagi org buat macam tu dan sangat bagus sebab sangat clear. Seorg kawan yg lain pula puji tentang Table of Chronology/historical flowchart utk literature review. Seronok juga bila kita dapat beri idea utk org lain macam ni. Tak la rasa macam syok sendiri he he.
      Apapun, best of luck utk awk juga. Bangga sebab ada kawan belajar kat US.

      Delete
    2. Tahniah tahniah.. i bet that must be an excellent presentation with good slides. boleh tak nak tiru? email saya. hihi..

      Delete
  2. mohdjami@email.sc.edu

    thank you!

    ReplyDelete
  3. Cik Z, thank you. dah dapat dah emel.. love u. hihi

    ReplyDelete
  4. cik z, kak yanti msg facebook sy, die ckp byk kali nak komen kat blog kita, tapi tak boleh, error katanya. dia nk minta izin slide tu jugak sebenarnya. boleh ke sy forward ke dia. lagi satu, dia tanya akak guna latex ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye ke? pelik gak yer, mungkin line dari uk tak ok kot. boleh forward jer kat kawan2 bff tak per he he. Akak guna word, nanti akak ingat nak buat satu entri tentang writing by word management, tapi tak sempat lagi ni. Insyaallah dalam masa terdekat.

      Delete
  5. Ok cik Z. terima kasih. moga ini menjadi asbab mengalirnya byk pahala kpd cik z kerana berkongsi ilmu. hidup untuk memberi :)

    ReplyDelete
  6. send sample slide of CD please to abubakarsirketuhanan@gmail.com
    Thanks.

    ReplyDelete