Summer Trip Europe DAY 10. Sabtu, 15 Jun 2013. Hari ini kami akan memulakan perjalanan ke Athens Greece, destinasi terakhir yg bakal kami singgah di bumi Eropah. Sekali lagi kami memilih EasyJet untuk terbangkan kami. Waktu penerbangan kami ialah jam 3.55 ptg dan dijangka tiba 2 jam kemudian di Athens (6.55 ptg waktu Athens).
Ikut perancangan asal, konon-kononnya macam nak jalan-jalan kejap sekitar Rome sebelum ke Roma Fiumicino Airport. Tapi bila bangun pagi nampaknya mood malas telah berganda, jadi no more jalan-jalan. Going straight to airport saja kesudahannya. Jam 11 pagi kami dah pun check out dan jalan kaki ke Termini Station. No more sesat barat. Senang ajer rupanya nak ambik shutle bas ke airport. Tempat shutle2 bas ni letaknya kat bahagian tepi kanan bangunan Termini Station. Ada banyak pilihan shuttle bus. Naik jer la mana2 yg dah nak bergerak. Kali ni kami dapat bas yg harganya Euro4 ajer. Jimat Euro1.
Kat Roma Fiumicino Airport ni, ada satu terminal khas untuk Easy Jet sahaja. Lama jugak kami melepak kat sini sementara nak tunggu check in open. Bila dah masuk departure hall plak, no. gate untuk flight kami lambat sangat nak dikeluarkan. Memang lambat sangat, dah tinggal 20 minit sebelum masa berlepas barulah keluar kat skrin, pastu dia letak plak kat gate paling hujung. Maka panjanglah kami berbaris bila dah sampai kat depan gate. Siap delay lagi plak tu. Paling kesian ada sorang pakcik ni siap jatuh terjelupuk dan terkencing mungkin kaki dia kebas sangat berdiri lama. Kecoh satu airport. Oh kecian sungguh pakcik tu. Teringat lagi muka dia sampai sekarang.
Shuttle bus no X95 dari Athens airport ke Syntagma Square. Basnya panjang, rasanya macam 2 bas panjang yg disambungkan bersama.
Sampai kat Athens, dah jam 7 malam. Hari masih cerah, tapi matahari sebenarnya dah pun mula jatuh. Atenas Eleftherios Venizelos Airport tak sibuk langsung. Kami mencari shuttle bus no X95 dari menuju ke Syntagma Square. Tiketnya perlu dibeli di satu kaunter khas kat luar airport, betul2 bersebelahan dengan tempat shuttle2 bus ni semua parking dan ambik penumpang. Harga tiket ialah Euro5.
Bahasa dan tulisan utama di Greece ialah Greek. Pertama kali nampak tulisan Greek macam jakun jugaklah. Sepanjang perjalanan nak ke Syntagma Square, pantang nampak papan tanda leka kami cuba membaca apa yg tertulis. Bentuk muka bumi Athens sangat unik dan berbeza. Ada banyak sangat bukit bukau yg hampir kesemuanya togel macam tak de pokok. Wah tak sabar nak memulakan pengembaraan di Athens pula.
45 minit perjalanan, bas yg kami naik akhirnya berhenti kat satu jalan berbukit. Kiri kanan nampaknya ada banyak bangunan2 kedai. Pemandu bas bangun dan menyebut Syntagma Square. Oh dah sampai rupanya. Ingatkan Syntagma Square ni bus station, rupanya tepi jalan je pun. Turun dari bas, kami terus nampak ada deretan taxi kuning menunggu penumpang kat seberang jalan. Hari dah mula nak gelap. Cepat2 kami gi kat satu taxi dan minta hantarkan kami ke SOHO hotel di no. 25 Menandrou. Tak sampai 10 minit dalam taxi, kami pun sampai kat depan hotel yg dicari. Harga taxi Euro5.
Lobi SOHO hotel.
Urusan check in mudah saja. Staf bertugas super friendly dan fasih berbahasa inggeris. Lobi hotel SOHO ni multiple function sebenarnya. Ada mini pantry. Air panas, kopi, tea, gula semua ada kat sini. Ada banyak meja2 dan kerusi disediakan untuk memudahkan penghuni makan minum kat sini ataupun untuk melayari internet.
Suasana bilik kami. Sangat luas dan selesa. Harga bilik ni Euro25 satu malam.
Bilik kami terletak kat tingkat 8 kalau tak silap. Selain bilik yg luas dan super selesa, kami sangat sukakan view dari tingkap bilik kami ni. Dari kedudukan yg agak tinggi ni kami dapat lihat pemandangan Athens yg serius sangat unik. Bagunan-bangunan kat Athens ni bentuknya lebih kurang sama jer. Warnanya pun lebih kurang juga, yg mana hampir kesemuanya berwarna putih cream. Pokok-pokok pula hampir tak der yg besar. Jadi bila matahari memancar, pantulannya kat bangunan2 tu buatkannya nampak seperti lighting effect semulajadi. Paling menarik juga dah semestinya pemandangan matahari terbenam dicelah-celah gunung yg dapat kami saksikan sendiri selama 3 hari disini.
Cik Z akhiri entri kali ini dengan deretan gambar matahari terbenam paling cantik yg pernah kami saksikan.
Malam pertama di Athens kami makan maggi jer sebab tak larat nak mencari makanan diluar. Nasib juga pagi2 tadi kami dah bersarapan lengkap sebelum check out. Misi kami esok hari ialah mencari Acropolis. Jumpa lagi dalam entri seterusnya, Summer Trip Europe DAY 11: Athens. Banyak sangat gambar-gambar menarik yg kami ambil di Athens. Sampai tak tahu yg mana satu nak dipilih untuk dikongsikan kat dalam blog ni.
Wassalam.
Saya suka athens! Tatau napa. Ada satu feeling yg x tau nak ckp camana.
ReplyDeleteeh sama la cik Z pun suka sangat Athens. Rasa macam tak nak balik plak hari tu.
DeleteSukanyeeee nak ke Athenss..x tau bila nak sampai siniii
ReplyDeleteTak pa masuk dalam wish list dulu
DeleteHello! I realize this is somewhat off-topic hoever I needed to ask.
ReplyDeleteDoes runningg a well-established website like yours
take a lot of work? I am completely new to operating a
blog however I do write in my diary everyday. I'd like
to start a blog so I will be able to share my experience and
feelings online. Please let me know if yyou have any
kind of ideas or tips for brand new aspiring bloggers. Appreciate it!
Feel free to visit my sie healthy
ohh..Athens..wait 4 me...tetiba heee
ReplyDeleteAthens panas tapi seriusly berbaloi-baloi pi sanai
Deletebesttnnyaaaa
ReplyDelete