Amacam menarik tak gambar kat atas ni? Itulah dia monumen kebanggaan Rome, Colosseum yg tersergam megah beribu tahun lamanya. Ini kisah hari ke-9 penjelajahan kami di bumi Eropah. Hari ini, Jumaat, 14 Jun 2013, kami berada di Rome Italy. Genap sudah 2 minggu kami tinggalkan Malaysia untuk siri jelajah ini (termasuk Istanbul).
Imbas kembali catatan terakhir dalam entri sebelum ini. Setelah bersusah payah, akhirnya kami tiba di Freedom Traveler Hostel sekitar jam 1.30 pagi, dan hanya dapat pejamkan mata sesudah subuh sekitar 3.30 pagi. Semasa check in, kami diberitahu yg free breakfast ada disediakan di restaurant yg terletak betul2 dihadapan hostel. Masa yg diperuntukkan ialah dari 8-10.30 pagi. Tapi yg kelakornya gara-gara kepenatan, kami dah tidur mati. Terus lupa yg sebenarnya kami tak makan apa2 pun malam sebelumnya. Sekali tersedar jer tengok2 jam dah 9.45 pagi. Oh tidak..., perut dah berkeroncong. Makanya macam lipas kudung kami basuh muka, gosok gigi, capai tudung, bersiap lebih kurang terus turun ambil kupon.
Oh ya lupa nak citer tentang lift yg menakutkan ni. Ini ialah satu-satunya lift yg ada di Freedom Traveler. Cara nak gunakannya ialah dengan membuka dulu pintu lift itu dengan kunci khas yg perlu diambil di kaunter. Lift ini hanya digunakan semasa check in atau check out sahaja. Masa2 lain sila turun naik tangga ya. Mujur bilik kami tingkat 2 ajer. Yg seramnya lift ini open view dan materialnya hanyalah besi2 berjaring tu ajer. Bila dia bergerak, keluarlah bunyi2 macam nak putus...Eii seram plak bila ingat2kan semula.
Pertama kali dalam sejarah hidup, pi tidur hotel, turun sarapan tak mandi he he. Tak pelah kan janji perut diisi. Kami suka sarapan yg disediakan di restaurant kecil ni. (Maaf gambar memang langsung lupa nak ambil). Hampir semua pelanggan dalam restaurant ini ialah penghuni Freedom Traveler. Yg pasti semuanya juga budget traveler.
Sarapan ala orang puteh seperti biasa roti dan jem. Cumanya kat Italy ni roti yg dihidangkan serius sangat sedap dan agak besar. Ada banyak jenis roti, tapi setiap org boleh pilih 2 jenis roti yg berkenan dihati. Dah macam kedai roti la pulak. Semua roti2 ni dibuat fresh disini juga. Selain tu kita diberi juga 2 keping roti kosong yg agak keras dan boleh pilih air panas atau juice.
Okay perut dah kenyang, masa untuk menjelajah Rome pula. Yg bagusnya hostel ni, diorang bagi siap2 map kota Rome kat setiap penghuni. Map yg disediakan ni memang pihak hostel sendiri yg buat dan semua maklumat penting ada kat situ. Contohnya kedudukan hostel, senarai attraction siap dengan lukisan bentuk sebenarnya serta sejarah ringkasnya, dan yg paling penting kedudukan attraction dengan subway paling dekat serta senarai laluan subway. Best kan. Senang kerja kami.
Map of Rome yg dibekalkan oleh Freedom Traveler. Dengan masa yg agak limited (pukul 12 tghr baru kami mula jalan), hanya 3 attraction utama Rome menjadi pilihan kami hari ini iaitu Colosseum, Vatican City, dan Piazza di Spagna (Spanish Step),
Ini keadaan platform salah satu subway Metro station di Rome (kalau tak silap yg ini ialah Termini Station). Dari Termini Station, kami pilih blue line dan turun di Colosseo Station. Hanya 2 station dari Termini. Untuk tiket kami ambil 1 day pass berharga Euro6.
Keluar jer dari Colosseo Station, tak perlu susah payah jalan jauh2 dah. Terus jer nampak Colosseum kat depan mata. Hanya perlu melintas jalan ajer. Lega.. lagipun tapak kaki cik Z memang tengah sakit ni. Masih terasa sakitnya walaupun sebelum pergi tadi dah tampal hansaplast.
Antara souvenirs shop yg ada di sekitar Colosseum.
Kami tak punya banyak masa untuk masuk ke dalam Colosseum. Jadinya apa yg kami buat ialah pusing keliling Colosseum tu ajer. Cuaca di Rome juga panas terik seperti MIlan dan Venice.
Antara sudut yg menarik.
Penat berjalan, kami lepak-lepak kat bawah pokok tepi2 tu. Nampak tak kat bawah pokok tu ada pasangan pengantin tengah buat wedding photo shoot.
Untuk view yg lebih variety dan jelas, boleh naik atas bukit tu ya. Sebab kaki cik Z sakit so hanya Fizz yg naik atas tu.
Sebelum balik kami sempat ambil gambar di sudut yg ini. Dari sini nampak jelas bentuk bulatan Colosseum. Keseluruhannya, walaupun hnaya berada di kawasan luar Colosseum, dalam 1 jam juga kami duk kat sini.
Destinasi seterusnya ialah Vatican City. Dari Colosseo Station, kami naik subway ke Termini Station dan bertukar dari blue line ke red line, kali ni kami perlu turun di Ottaviano-S.Pietro Station. Perjalanan kali ini agak panjang. Gambar di atas ni ialah antara view pertama yg kami nampak selepas keluar subway station. Pokok-pokok kat lorong ni semuanya warna merah daunnya.
Dari Ottaviano-S.Pietro Station nak ke Vatican City ni bukan dekat rupanya. Jalan punya jalan tak sampai-sampai. Tapi yg bestnya sepanjang jalan tu banyak sangat kedai/butik baju/kasut/beg/jam/aksesori. Semuanya made in Italy.
Vatican City mula kelihatan. Tapi jangan tertipu ya. Jauh lagi sebenarnya.
Pintu masuk ke Vatican City. Dari kedudukan dalam gambar kat atas tu kena jalan 10-15 minit baru sampai kat depan ni.
Tiang-tiang besar yg mengelilingi St Peter's Square, Vatican City.
Vatican City ialah negara terkecil didunia. Ini ialah St Peter's Square yg terletak di tengah-tengah Vatican City.
St Peter's Square.
Kami pusing-pusing kawasan St Peter's Square ajer.
Masa cari-cari jalan keluar dari Vatican City tu kami nampak beberapa org penghuni Vatican yg sebenar.
Ini bahagian luar Vatican City.
Tak pasti air apakah ini? Air minuman kot. Tapi memang kami ada jumpa beberapa tempat yg macam ni.
Okay destinasi seterusnya ialah Piazza di Spagna. Nak ke sini kena turun di Spagna Station (juga di blue line).
Piazza di Spagna ni mujur sangatlah tak berapa jauh dari Spagna Station. Ini dia view yg kita akan nampak beberapa ketika selepas melangkah keluar dari Spagna Station.
Jalan ke depan sikit, disebelah kiri kita akan nampak deretan tangga-tangga tu. Inilah dia Spanish Steps.
Spanish Steps. Masa ni panas terik sangat, jadinya tak berapa nak ramai sangat org nak duduk atas tangga-tangga tu.
Jom kita cuba naik ke atas tu pula.
Ini view dari tengah-tengah Spanish Steps. Kat bawah tu ialah Water Fountain. Sekitar Piazza di Spagna ni ada banyak butik branded item. Contohnya macam kat lorong yg tengah-tengah dalam gambar kat atas tu. Kat kiri dan kana jalan tu ada Prada dan Gucci.
Ini view dari anak tangga paling atas Spanish Steps.
Ramai orang duduk mengelilingi water fountain ini. Siap ada yg main2 air lagi. Ada gak yg baling duit syiling ke dalam tu.
Seterusnya masa untuk jalan2 disekeliling Piazza di Spagna. Ramai org kan?
Kami menyelusuri lorong yg kat tengah2 tadi.
Masa untuk cari makanan pula. Ada banyak pilihan restaurant kat lorong-lorong belakang sekitar Piazza di Spagna.
Tak tahu nak makan kat mana akhirnya kami pilih restaurant kat atas ni dan makan pasta.
Lepas makan kami berjalan semula menuju ke Spanish Steps. Nampaknya dah makin ramai orang duduk-duduk kat tangga-tangga tu.
Pertama kali merasa musim Summer di Eropah, jenuh nak tunggu hari gelap. Balik semula ke Freedom Traveler dah jam 8 malam pun sebenarnya. Rasa macam dah lama kami berjalan tapi masih terang lagi. Berakhir sudah kisah hari ke-9 kami di Rome. Kemana kami selepas ini? Jumpa lagi kisah seterusnya nanti. Wassalam.
Yup...hostel tpt kami duduk pun bg map yg sama...senang kan. Semua attractions ada..complete. tak pyh nak beli map mcm kat venice...hiks
ReplyDeleteBetul la tu. Cumanya kami tak sempat la nak cover semua attraction yg ada.
DeleteAwatla tak teringat nak ke spanish steps. Kena ripit ni..katanya kat sini ramai mamat hensem. Bolehlah jamu mata. Hiks.
ReplyDeleteAlahai camner boleh tak tersinggah plak ni? Kalau nak cuci2 mata silalah repeat ke sini... he he. Pelayan restaurant semua hensem..italian look la katakan ha ha.
DeleteAda kenangan tak best bila kena curik kat Roma Termini..walupunnn begitu..rome tetap cntikkk di mata saya...
ReplyDeletealahai ciannya, apa yg hilang? Kawan travel cik Z hilang passport dan laptop di Paris. Tapi lagi ada kejadian diluar jangka lagi kita akan ingat satu2 tempat tu.
Deleteas salam....suka bc blog cik z...padat dan penuh informasi....cik z u ada akaun facebook?
ReplyDeleteterima kasih sudi baca tulisan cik Z yg tak seberapa ni. cik Z ada akaun fb tapi langsung tak aktif. Aktif kat blog ni ajer.
Deleteok takpe...i nak share ur blog ngan kenkawan...boleh kan?
ReplyDeleteboleh sajer, apa salahnya.. sharing is caring
Delete