Friday, 30 November 2012

November yang memenatkan

November terasa cepat sangat berlalu. Esok dah pun Disember. Sepanjang bulan ni cik Z dilanda kesibukan. Penat sangat rasanya.
 
Pertamanya sebab bulan ni cik Z baru saja memulakan research topic yang baru, Functional Relationship Model for Circular Data. Sebenarnya cik Z dah pun start baca-baca topik ni bulan May yang lalu, tapi terstop kejap sebab topik yang sebelumnya perlu penambahbaikan lagi. Jadinya faham-faham jelah, semua yang dah dibaca sebelum ni memorinya entah hilang kemana. Sudahnya puaslah cik Z memerah otak memahamkan semula topik ni. Untuk topik yang baru ni cik Z perlu mahir membuat derivation (2nd partial derivative). Masalahnya semua equation yang terlibat ialah trigonometri. Bukan setakat sin and cos, tan inverse pun ada. Hu hu nak menangis rasanya. Rasa kagum sangatlah dengan statistician terdahulu. Gila hebat diorang ni kan? Ialah sedangkan statistics pun dah susah ni tambah pulak calculus.  Kiranya bulan ni cik Z rasa macam pelajar pHD yang sebenar pulak ha ha sebab tiap-tiap hari duk pegang formula dan kertas. 
 
Kedua, cik Z juga sibuk menguruskan hal-hal berkaitan Conference di Doha dan percutian last minute ke Sri Lanka. Dah macam kerani aka PA rasanya. Untuk conference cik Z akan pergi bertiga dan ke Sri Lanka berdua je.  Asalnya kami tak bercadang pun nak bercuti ke Sri Lanka. Tak tahu pun apa yang ada kat situ. Malah tak pernah terfikir pun nak pergi ke situ. Awal October kami start searching for the cheapest flight ticket to Doha, dan hasilnya ialah we need to use Sri Lankan Air. So plan asal beli tiket 17/12 dan balik 22/12. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya tiket 22/12-25/12 sangat mahal (>RM2300 return) disebabkan Christmas Holiday. Start 26/12 barulah harganya back to normal (RM1889). Jadinya teruslah tukar plan transit di Sri Lanka for 3 days.
 
Masa ni kami tak tahu lagi nak pergi mana dan sebagainya. Last two weeks barulah cik Z start baca-baca dan buat research trough internet untuk plan itenary, rupa-rupanya Sri Lanka ni bestla jugak dan banyaklah sebenarnya places to go. Siap ada World Heritage Sites lagi. Kalau sesiapa perasan cik Z memang suka tempat-tempat bersejarah ni. Kalau nak round 1 Sri Lanka kena ada 15 hari sekurang-kurangnya. Tiba-tiba rasa sangat rugi kalau tak gunakan kesempatan ni sebaik mungkin. Ialah kan bukan senang nak sampai sana. Lepas pikir panjang so kami decide tambah lagi 2 hari dan cuba contact Sri Lanka Air by email. Alhamdulillah lepas berbalas-balas email yang banyak juga selama 2 hari akhirnya kami berjaya tukar tiket ke 28/12 dengan charge tax 20USD per person.
 
Selain flight tiket, kami juga kena book hotel di Qatar dan Sri Lanka. Bulan lepas lagi sebenarnya kami dah book hotel di Doha dan Sri Lanka (1 day in Galle and 1 day in Colombo).  Tapinya last two weeks juga barulah kami dapat tahu yang hotel kami di Doha nanti agak jauh (lebih kurang 2km) dari official conference hotel. Official conference hotel ni bukanlah tempat conference bakal berlangsung tapi free bus akan disediakan setiap hari jam 8 pagi dari hotel ini ke Qatar University. Jadinya terpaksalah kami cancle out hotel yang dah di book dan cari hotel lain. Masalah utama kat Doha ni, hotel memanglah banyak tapi harganya pun... boleh tahan juga. Paling murah pun RM210 for double room. Itupun 2 star hotel je. Sebab tulah kami tak mampu nak duduk kat conference hotel (RM370 per night), gila mahal kan. Alhamdulillah dapatlah cari 1 hotel harga RM210 semalam yang jaraknya 700 m by walk ke conference hotel. Menapaklah kami nanti pagi-pagi nak kejar bas.
 
Untuk trip ke Sri Lanka pulak nanti kami akan ke Galle, Colombo, Kandy, dan Sigiriya. So kenalah booking hotel untuk 3 tempat ni tak termasuk Sigiriya. Nak tambah lagi kerja, kami juga perlu apply visa untuk ke Sri Lanka. Nasiblah boleh buat trough internet. Harganya 20 USD per person. Oh ya untuk ke Qatar, visa pun diperlukan juga, tapi yang ni pihak conference dah tolong uruskan. Alhamdulillah kurang satu kerja, cumanya kena send a copy of passport ke sana. Yang ni dah settle dan dah dapat pun visanya, tapi 90% dalam bahasa arab so memang tak fahamlah. Yang fahamnya ada tulis nama, tarikh lahir dan tarikh akhir passport he he.
 
Persiapan untuk conference di Qatar pun satu hal juga.  Slide presentation memang tak kan sempat buat di Malaysia. Nasiblah dapat second day presentation, so sempatlah nak buat kat sana nanti. Cerita pasal Qatar, kelakar juga ni sebab cik Z terpaksa beli jubah untuk dipakai di sana nanti. Bukan apa takut pulak bila kat sana nanti jadi perhatian orang. Hasil research, orang-orang kat sana selalunya memakai jubah berwarna hitam. Puas jugaklah cik Z mencari yang termampu di bayar. Rupa-rupanya jubah ni harganya mahal. Paling murah pun RM60-80 yang plain je colornya. So cik Z dah beli 3 helai + pinjam jubah Uda 1 helai. Cukup sangatla tu kan untuk 4 hari kat sana.
 
Wah panjang lebar celoteh cik Z kali ni he he. Dalam pada sibuk-sibuk dengan pelbagai urusan kat atas tu sempat jugak cik Z grab cheapet ticket ke Cambodia dan Vietnam bulan March nanti. Kisahnya, tetiba pula Air Asia buat promotion untuk penerbangan Feb-April.  Nak dijadikan cerita, baru je 2 ke 3 hari sebelum tu duk berangan nak pi Cambodia dengan siti bila-bila ada promotion ticket. Elok sangatlah kan. Sebelum beli tu kami buat research dulu sebab takut jadi macam Sri Lanka kan. Masa nilah baru tahu boleh pi ke Ho Chin Min dari Phnom Penh boleh guna express bus (200++ km je jaraknya). So kami pun belilah tiket KL-Siem Reap dan balik Ho Chin Min-KL. Total harga tiket RM317.40. Murahkan? Puaslah travel tahun depan nampaknya.
 
Setakat ni total budget untuk ke Qatar dan Sri Lanka belum finalise lagi sebab belum habis research lagi pasal transportation kat Sri Lanka nanti. Nampaknya hujung minggu ni memang kena finalisekan itenary sebab minggu depan nak kena balik kampung pulak.  Gila lama tak balik sampai Long pun dah msg suruh balik. Pulasan, rambutan, durian semua dah masak katanya. Wah ni yang tak sabar nak balik ni. Jangan sakit tekak sudahlah nanti. Tapi yang ni pun masalah gak sebab tak tahu lagi hari apa boleh balik sebab kena jumpa SV dulu. Nak balik pulak 2 hari tak cukup, kurang-kurang kena 4 hari. Aduh macam-macamkan masalahnya.
 
Gitulah kisahnya. Hope this coming disember lebih tenang dan dipermudahkan. Ameen.
 
 
 

Sunday, 25 November 2012

Lee Seung Gi is back

Sejak variety show 2D1N (KBSW chanel 391) musim pertama berakhir dan Lee Seung Gi pun dah tak joint musim kedua memang agak jaranglah nak tengok muka Lee Seung Gi ni kat kaca TV. Apatah lagi bila rancangan bual bicara Strong Heart (OneHD chanel 391) pun bertukar MC lagilah tak muncul kat mana-mana TV.  Akhirnya pada 22 Nov yang lalu Lee Seung Gi muncul dengan mini album yang baru dan 5 lagu baru. 
 
 
Ini dia lagu utama dalam album ni tajuknya Looking Back. Music video ini dilakonkan oleh Lee Seung Gi sendiri dan 2 orang child actor dari drama May Queen. Dengar lagunya dan hayati video klipnya seakan-akan melihat sebuah drama pendek pula.  Teringat pula masa zaman sekolah dulu kan. Personally cik Z suka lagu ni dan bagi 5/5 bintang.
 
Tiga lagi lagu pun best juga boleh dengar kat bawah ni ye. Specil credit and thanks for the uploader. Rajin betul diorang ni translate semua lagu ke english language. Apa pun enjoy.
 
Words That Say I Love You
 
  
An Invitation For Me
 
  
Forest
 
 

Sangumbari Crater, Manjanggul Cave, Kimyeong Maze Park

Hari kedua kami di Jeju bermula seawal 7.30 pagi (6.30 pagi waktu Malaysia). Secara kebetulan semua pemandu teksi di korea pada hari  tersebut mengadakan mogok membantah harga teksi yang terlalu murah (Masa kat Jeju kami tak perasan pun pasal harga teksi ni, sebab pada kami macam mahal je tapi bila dah kat Seoul dan naik teksi, seriously harganya memang murah sangat compare to Malaysia). Mujurlah owner hotel yang baik hati telah berbincang dengan ajjushi dan ajjushi setuju membawa kami melawat bahagian timur Jeju dengan harga yang sama seperti semalam 150000w dengan kereta ajjushi sendiri.  Puas jugalah kami negotiate harga tapi tak dapat juga sebab katanya route kami hari ni sangat jauh dan mungkin ada beberapa tempat yang tak dapat di cover.  Orang Korea memang punctual. Tepat jam 7.15, owner hotel dah ketuk pintu kami memberitahu yang ajjushi dah tunggu kat bawah. Nasiblah kami dah siap sebab subuh pun awal (3.17 am) dan pukul 5 pagi dah pun terang benderang.
Destinasi pertama, Sangumbari Crater yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari hotel kami di Seogwipo City. Untuk sampai di Sangumburi Crater kami melalui Hallasan Nasiaonal Park dimana terletaknya gugusan gunung-gunung di tengah Jeju Island. Terdapat juga pelbagai jenis tumbuhan yang tak pernah cik Z lihat di Malaysia, bunga-bunga tinggalan Musim Bunga (Spring) yang mula mengering dan juga ladang-ladang kuda yang tak kurang besarnya.  Summer di Jeju, nampaknya semua tumbuhan yang ada di kiri dan kanan jalan berwarna hijau sama seperti di Malaysia.
Tarikan utama di Sangumbari Crater ialah sebuah kawah gunung berapi yang berkedalaman lebih 100 meter dan berkeluasan 650 meter persegi.   Entrance fees yang dikenakan ialah 6000w. Kelebaran seluruh kawasan ini adalah melebihi 2km.
Jam 8.30 pagi di Sangumbari Crater. Kamilah pelawat pertama hari tersebut dan entrance gate pun tak buka lagi. Tapi Ajjushi tolong inform penjaga kawasan ni yang kami nak masuk awal. So kami dapat masuk dulu bayar kemudian. Sebelum masuk ajjushi dah ingatkan kami supaya spend 1 jam je kat dalam ni.
View pertama yang anda boleh nampak selepas naik tangga/laluan berbukit selepas entrance gate. Dalam padang ni ada beberapa buah kubur/monumen yang dikepung batu. Kawasan padang yang luas ni dikepung oleh batuan hitam.
Laluan pejalan kaki yang disediakan di sini diperbuat dari getah rasanya. Sangat best lalu atas ni sebab kaki tak rasa penat pun walupun berbukit. Laluan ni disediakan mengelilingi seluruh kawasan Sangumburi Crater. Sebelah kanan dalam gambar nilah terletaknya padang yang luas kat gambar atas tu.
Akhirnya sampailah ke kawasan kawah gunung berapi. Kawah gunung berapi ini (yang sebelah kanan dalam gambar ni) dipagari dengan pagar kayu yang cantik dan kemas.

Inilah dia rupa kawah gunung berapi yang luas macam stadium ni.

Peringatan untuk pengunjung

view dari Highest point di Sangumburi Crater

Highest point at Sangumburi Crater

Laluan terakhir untuk turun ke entrance gate semula. Kiri dan kanan pagar tu ialah lalang yang dibiarkan tumbuh. Laluan ni dikatakan paling cantik semasa musim luruh iaitu pada musim ini lalang-lalang ini akan berbunga. Sampai je kat area ni kami tengok jam dah pukul 10. Tak sedar masa berlalu, maksudnya dah 1 jam setengah kami berada disini dan terlewat setengah jam dari masa yang dijanjikan dengan ajjushi. Sampai je kat kereta ajjushi terus kata yang kami memang tak kan sempat nak pergi semua tempat yang diminta hari ni.  Ha ha tak pelah nak buat macam manakan.

Seterusnya kami menuju ke Manjanggul Cave yang terletak kira-kira 30 minit dari Sangumburi Crater. Manjanggul Cave juga tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites. Pada masa dahulu, gua ini merupakan tempat laluan lava gunung berapi. Laluan sepanjang 1 km dibuka untuk pengunjung. Entrance fees yang dikenakan ialah 2000w.

Di hadapan entrance gate. Penerangan lengkap mengenai Manjanggul Cave di sediakan disini dengan peta informasi yang menarik.

Menuruni tangga menuju ke Manjanggul Cave. Tangga-tangga ni ada beberapa stage yang agak tinggi juga. Masa turun ok je tapi bila nak naik semula semput.

Bahagian dalam gua. Keadaannya gelap, licin, dan sejuk sampai ke tulang. Kalau pergi sini masa winter macam manala rasanya ye? Makin jauh kedalam makin terasa sejuknya. Sebab tak tahan sejuk kami hanya mampu menapak hingga ke pertengahan laluan (kira-kira 400m). Walaupun tak sempat habis, sekurang-kurangnya dapatlah juga merasa pengalaman pertama kali menyusuri gua bwah tanah ni.

Keluar je dari entrance gate, ajusshi macam pelik je tengok kami dah keluar. Tapi seganlah kan nak cakap yang kami ni tak jalan sampai habis pun he he. Lepas tu kami naik kereta semula menuju ke Kimyeong Maze Park. Baru je duduk tak sampai 10 minit dah pun sampai. Rupanya dalam area yang sama dua-dua tempat ni.

 
Inilah dia full map Kimyeong Maze Park. Entrance fees yang dikenakan ialah 3300w dan setiap pengunjung dibekalkan dengan map percuma. Map ni sangatlah penting untuk membantu kita mencari jalan keluar kalau-kalau sesat kat dalam maze tu nanti. Agak ramai juga pelancong disini yang rata-ratanya datang bersama keluarga. Memang meriah tempat ni dengan jeritan disana-sini nak cari jalan keluar ha ha. Kalau tengok kat map tu ada 2 bridge kecil dan besar. Bridge yang besar tulah jalan keluarnya, so kena cari jalan macam mana nak sampai ke situ ye.
Rupa bentuk maze dari atas bridge kecil.
Bawah bridge siap ada amaran lagi
Sesekali merasai pengalaman menyelesaikan maze dengan diri sendiri bukannya dengan pen dan kertas je memang menyeronokkan. Jangan tak tahu kami pusing 2 kali juga maze ni sebab sesat. Bila dah dapat cari jalan keluar gembira bukan main.
View dari main bridge yang besar.
Satu-satunya gambar kami berdua di sini diatas main bridge.
Kami spend masa kira-kira 1 jam dalam kawasan ni. Bestnya kalau Malaysia pun ada tempat macam ni, sesuailah untuk family outing. Masa kami keluar dari sini jam dah pun pukul 12 tengahari lebih dan perut pun dah berkeroncong dengan matahari tegak atas kepala. Ajjushi pun macam faham je kan terus je bawa kami cari kedai seafood yang sesuai. Untuk jimat masa ajjusshi pun cari kedai makan di kawasan sekitar Songsan Ilchubong Peak (destinasi kami selepas ni).

Laluan kami ialah sepanjang sea coast bahagian timur Jeju. Nampaklah pemandangan lautan membiru yang menakjubkan. Songsan Ilchubong Peak kelihatan dalam gambar ni (yang macam bukit tu).

Hidangan kami yang berharga 52000w. Macam biasa harga ni termasuk sekali side dish (kali ni ada banyak dalam 6), nasi, mee dan air. Dalam tu ada macam-macam jenis seafood. Paling best ialah ketamnya. Adalah dalam 4 ke 5 ekor kot.

 Okaylah ini saja untuk kali ni. Jumpa lagi di entry yang lain. Anyeong.



 

Saturday, 24 November 2012

Teddy Bear Museum, Yeomiji Botanical Garden, Cheonjeyeon Waterfall, dan Jusangjeoli Cliff Daepo

Bertemu kembali. Lepas lunch destinasi kami seterusnya ialah Teddy Bear Museum, Yeomiji Botanical Garden, Cheonjeyon Waterfall, dan Jusangjeoli Cliff Daepo.  Keempat-empat attractions ini terletak di dalam kawasan Jungmun Resort iaitu dibahagian barat Seogwipo Jeju. Untuk kawan-kawan yang merancang ke Jeju Island eloklah cari map Jeju dan plan your trip nicely. Kalau rasa-rasa ada banyak masa dan juga budget yang lebih sekurang-kurangnya peruntukkan 3 hari penuh di Jeju sahaja. Bukan apa Jeju ni sebenarnya luas (1,849 km2 ) dan ada lebih 100 attractions yang boleh dilawati termasuk 7 yang tersenarai dalam UNESCO world heritage sites. Kalau nak cover semua mungkin perlu 5-7 hari di sini.
Oklah balik semula kepada tajuk asal posting ni,Jungmun Resort terletak kira-kira 30 minit dari Sanbangsan dan attraction pertama yang kami tuju ialah Teddy Bear Museum. Entrance Fees yang dikenakan ialah 8000w. 
Bahagian hadapan Teddy Bear Museum
Secara peribadi, cik Z bukanlah peminat tegar teddy bear. Tapi bila dah masuk kat dalam tu kagumla juga dengan creativity pemilik museum ni menyusun atur pelbagai jenis teddy bear pelbagai tema, saiz dan rupa bentuk. Souvenirs pun ada dijual juga. Cumanya, pada pendapat cik Z fees yang dikenakan agak mahal dan tidak berpatutan dengan keluasan museum. So untuk kawan-kawan yang ada tight budget tu, tak pergi ke sini pun tak pe ye. Kat bawah ni cik Z letakkan beberapa keping gambar teddy bears yang di pamerkan di dalam museum.
Tema apa ni ye? Sorry lupalah
Yang ni temanya Disneyland


Yang sebelah kiri tu tema pengantin baru di raja, yang kanan.... ahh lupa lagi 

Yang ni Teddy Bear dari seluruh dunia

Yang ni Family Panda. Saiznya sangat besar. Lebih besar dari cik Z.

Keluar je dari museum, kami terus naik taxi menuju pula ke Yeomiji Botanical Garden. Tak sampai 10 minit dah sampai.  Entrance feesnya 8000w.  Tempat ni sangat luas, ada bahagian indoor dan outdoor garden dari seluruh dunia. Dianggarkan kira-kira 2,000 tropical and subtropical plants ditanam di kawasan ini. Bayangkanlah betapa besarnya tu. 4 garden dari Korea, Jepun, Italy, dan Perancis terletak di bahagian luar. Sebuah menara observatory juga terdapat didalam bangunan indoor berdinding kaca.
Bangunan yang menempatkan Indoor Garden dilihat dari bahagian luar

Japanese Garden

Korean Garden

Sekitar Korean Garden

Italian and French Garden

 
Kolam Tropika (yang ni macam kat Malaysia)
Lautan kaktus
  
Pemandangan dari menara observatory

Cik Z spend lebih 1 jam dalam botanical garden ni sebabnya kami jalan kaki je relax-relax. Ada satu part tu kami siap baring-baring lagi atas rumput yang lembut bawah pokok sambil menikmati pemandangan awan. Romantik gitu ha ha. Oh ya kalau kawan-kawan tak nak jalan kaki macam kami, boleh je naik train yang disediakan.  Tapi tak dapatlah nak ambil gambar banyak-banyak macam kami.  Rasa berbaloi-baloi jugalah masuk dalam ni dengan bayaran yang dikenakan. So cik Z fully recommend tempat ni ye.
Next attraction, Cheonjeyeon Waterfall. Tempat ni terletak bersebelahan dengan botanical garden. Keluar dari botanical garden, belok kiri jalan kira-kira 5 minit sampailah kat entrance gatenya. Bayaran yang dikenakan 2500w. Untuk sampai ke waterfall, pengunjung perlu melalui satu bridge yang jaraknya kira-kira 100m (ni anggaran cik Z je). Pemandangan dari atas bridge ni memang menakjubkan. Boleh nampak lautan yang membiru, gunung Halla yang tertinggi di Jeju, dan batu-batuan sepanjang laluan waterfall. Tapi ketinggian bridge ni pun boleh tahan juga. Kalau sesiapa yang takut tinggi memang tak lepas lah dari bridge ni.

Bridge menuju ke Cheonjeyeon Waterfall dilihat dari botanical garden. Panjang dan tinggi.

 
Atas bridge. Masa ni agak ramai pelancong kat sini. Tapi tak semua berani melepasi bridge yang panjang ni sampai kehujungnya.


Mula-mula naik bridge ni cik Z berdua dengan Fizz, tapi bila dah sampai 1/3 Fizz terus surrender. Jadinya cik Z pun jadilah pelancong sorang-sorang kat atas tu.

Salah satu view dari atas bridge boleh nampak sebahagian waterfall

Habis je laluan bridge, ada satu garden dan selepas garden ni akan ada tunjuk arah ke waterfall bagi sesiapa yang ingin melihat waterfall dari jarak dekat. Jaraknya 30m untuk first waterfall dan 270m untuk second waterfall. Bunyinya macam dekat kan? So dengan berkobar-kobarnya cik Z pun lalu lah jugak. Tapi cik Z hanya berjaya sampai ke first waterfall. Kenapa? Sebab laluan yang ada semakin kecil dan sunyi, dah sampai separuh cik Z patah balik sebab seram ha ha. Sorang-sorang kan. Jadinya kalau kawan-kawan yang pergi ramai-ramai tu jangan lupa singgah kat sini ye. Experience jalan atas bridge tu memang boleh ingat sampai bila-bila.

Ni lah rupa laluan nak ke waterfall. Tangga berbatu yang agak licin.

 First waterfall

Last destination kami untuk hari pertama di Jeju ialah Jusangjeoli Cliff Daepo. Jarak dari Cheonjeyeon Waterfall kira-kira 10 minit drive. Attraction ini tersenarai dalam salah satu daripada 7 UNESCO world heritage sites di Jeju. Entrance fees 2000w. Memang ramai pelancong disini melihat keajaiban alam semulajadi. "The Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jejudo Island. The Jusangjeolli was formed when the lava from Mt.Hallasan erupted into the sea of Jungmun."

Batu-batuan ini kelihatannya seperti dibuat oleh mesin

Full view dari observation deck


Satu observation deck disediakan disini, tapi nak ambil gambar kena beratur ye sebab ramai sangat  

Pemandangan sekitar kawasan  ni sememangnya menakjubkan juga. Rupa-rupanya beginilah rupa bentuk lava gunung berapi bila terkena air laut. Terasa kebesaran Allah. Untuk kawan-kawan yang nak ke Jeju, makesure anda masukkan attraction ni dalam itenary ye, sure berbaloi.  Berakhirlah trip hari pertama kami di Jeju. Penat tak terkata dengan tak mandi selama 2 hari dan tidur yang tak cukup. Jadinya malam pertama kat hotel memang cik Z tidur sepuas-puasnya. Charge battery ha ha. Okaylah jumpa di posting seterusnya. Anyeong.




Tuesday, 20 November 2012

Laptop baru

Semalam Cik Z ke Digital Mall, Syeksen 14 PJ. Tempat ni dekat je dengan UM kira-kira 10 minit drive. Kalau pi ke sini dah semestinya nak beli gadget baru.  Kali ni cik Z nak hadiahkan diri sendiri satu laptop baru sempena birthday cik Z minggu depan. Eh macam promote diri sendiri pulak kan. Sebenarnya kebetulan je tu. Reason sebenarnya sebab cik Z nak cari laptop kecil yang boleh dibawa travel ataupun ke conference. Setelah puas turun naik 4 tingkat Digital Mall, inilah dia hasil tangkapan cik Z.
Comel kan?
Laptop baru ni comel je 10.1" saiznya. Jenama Lenovo model Ideapad S110-flower. Harga RM999 dapat percuma sleeve case dan targus armor ultra mini optical mouse. Perincian yang ada INTEL ATOM N2800 (1.86GHz, FSB,1MB L3 CACHE), 2GB DDR3 RAM, 500GB SATA HDD, BLUETOOTH, WEBCAM, WIFI,10.1'' SD LED SCREEN, WIN7 STARTER,I NTEL GMA3150, 6 IN 1 CARD READER, 6 CELL BATTERY. So far cik Z berpuas hati dengn laptop baru ni cuma masih tak boleh connect internet via wireless kat rumah ni. Tak tahulah sebab apa. Nampaknya cik Z kena calling-calling TM lagi la ni. Internet connection kat rumah cik Z ni asyiklah bermasalah. Memanglah menguji kesabaran.

Monday, 19 November 2012

Dokkaebi Road, O’ssuloc Tea Museum, Sanbangsan Mountain

Hujan menyambut kami di Jeju Island. Selepas ke kaunter pertanyaan mengambil Jeju map kami terus keluar dari airport untuk mencari taxi tour. Taxi memanglah banyak, tapi yang jadi masalahnya semua driver yang kami tanya tak tahu berbahasa inggeris. Akhirnya setelah puas bertanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuklah bahasa badan, seorang ajjushi (pakcik) menunjukkan kami taxi yang sesuai. Lega, selesai satu masalah.

Taxi tour kami. Harga 150000w untuk 1 hari. harga ni ditetapkan selepas kami beritahu senarai destinasi yang kami nak pergi.

Masuk je dalam taxi, barulah kami tahu rupa-rupanya ajjusshi yang akan bawa kami ni rupanya langsung tak tahu cakap inggeris malah tak faham dan tak tahu membaca tulisan rumi. 100% bahasa Hangul (korea) siap dialect Jeju lagi, terpinga-pingalah kami cuba nak diagnose apalah yang ajjusshi ni cuba nak katakan. Ligatlah otak cik Z berputar cuba nak ingat word2 korea yang mudah.


Cuba teka lukisan apa ni? Dengan bersusah payah Fizz cuba explain kat ajjusshi yang kami ni tourist muslim dari Malaysia. Nasib baiklah ajjusshi faham.


Bila ajjusshi dah tahu yang kami ni dari Malaysia, ajjusshi terus telefon someone. Rupa-rupanya ada perkhidmatan juru alih bahasa dan untuk orang Malaysia jurubahasanya ialah orang Indonesia. Jadi harga taxi tour ni mahal sebab termasuk sekali harga jurualih bahasa ni. Tapi bila fikir-fikir balik oklah juga sebab kami dapat beritahu destinasi kami dan ajjusshi pun boleh carikan kami tempat makan yang halal hasil suggestion daripada jurualih bahasa kami.
Destinasi pertama kami ialah Dokkaebi Road (Mysterious road). Ini dia explaination tentang tempat ni yang cik Z dapat dari KTO website.
"The Jeju Mysterious Road, also known as Dokkaebi Road, lies on a hill at the foot of a mountain, and connects two major highways on Jejudo Island. It has earned its name, as objects and liquid appear to roll and flow up the hill instead of down, when, in fact, such image of gravity defiance is an optical illusion rendered by the seemingly high surroundings."
Tapi sebab hari hujan, jadi kami tak dapat pun experience tu. Ralat jugakla.
Sekitar Dokkaebi Road. Tak nampak apa pun sebab hujan yang agak lebat.
Destinasi kedua kami ialah O’ssuloc Tea Museum yang terletak kira-kira 30 minit dari Dokkaebi Road. Tiada entrance fees dikenakan. Apa yang ada disini? Ladang teh yang terbesar di Jeju. Terasa damai melihat kehijauan dedaun teh saujana mata memandang.


Di tengah-tengah kehijauan ladang teh, sebuah museum teh didirikan. Dalam museum ini pelancong akan dapat melihat sejarah penghasilan teh, pelbagai jenis teh dan cawan teh dari seluruh dunia. O’ssuloc Tea adalah jenama teh yang dihasilkan diladang ini. Cik Z juga berpeluang merasa teh O’ssuloc secara percuma. Rasanya lebih kurang teh cina. Selain minuman, daun teh disini juga divariasikan kepada pelbagai produk makanan, kesihatan dan juga kosmetik.
Pemandangan dari menara observatory
 
  
 Sebahagian ruang dalaman museum

Sebahagian lanskap bahagian luar museum

Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar menarik yang tak dapat cik Z kongsikan disini. Oh ya O’ssuloc Tea  juga ada dutanya iaitu Actor Yoo Ah In (Sungkyunkwan Scandal, Fashion King). Lebih satu jam disini memang tak terasa masa berlalu.  Pendek kata, cik Z memang highly recommend tempat ni untuk sesiapa yang akan ke Jeju Island nanti. Sesuai untuk menenangkan fikiran dan melupakan masalah buat seketika.


Destinasi seterusnya, Sanbangsan Mountain. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari O’ssuloc Tea Museum. Agak lama tetapi tidak membosankan. Jeju Island sememangnya syurga alam semulajadi. Ramai pelancong ke Sanbangsan untuk berdoa di Temple. Tapi kami tak naik pun sebab kena panjat tangga-tangga batu yang boleh tahan juga tingginya. 
 
Sanbangsan


Temple di Sanbangsan 


Yongmeori Coast terletak berhadapan dengan Sanbangsan. Hanya walking distance jaraknya. Pemandangan disini agak menakjubkan juga. Gunung dan laut bagai bersatu gitu.

 
Yongmeori Coast  dilihat dari Sanbangsan

Sekitar Yongmeori Coast. Batu-batuan di Jeju berwarna hitam kerana pulau ini terhasil daripada letusan gunung berapi.

Selepas berjalan-jalan di sekitar Sanbangsan dan Yongmeori Coast, ajjusshi membawa kami ke sebuah kedai seafood yang berdekatan. Kami order Fish grilled set for 2 person. Harganya 13000w. Air kosong sejuk diberi secara percuma. Set ini datang sekali dengan 5 side dish iaitu ikan bilis goreng, kimchi, tauhu kering goreng, dan 2 jenis sayur.

Fish grilled set for 2 person

Licin pinggan

Sesungguhnya kami memang kelaparan. 1 hari dah tak makan nasi. Hidangan korean food pertama kami, lulus. Sedap dan mengenyangkan. Teringat-ingat sampai balik Malaysia. Oklah ini sahaja buat kali ni, jumpa lagi. Anyeong.