Friday 16 November 2012

Feliz Telcon Hotel Jeju & WindRoad GuestHouse

Budget hotel dan Guest House tumbuh macam cendawan di South Korea.  Macammana nak cari? Paling mudah boleh cari di booking.com, hostel.com ataupun agoda.com.  Untuk trip ini, cik Z membuat tempahan bilik melalui booking.com untuk Jeju Island dan hostel.com untuk Seoul.  10% pembayaran dibuat semasa tempahan online dan selebihnya bayar semasa check in. Harga bilik untuk 2 orang selama 2 malam di Feliz Telcon Hotel, Seogwipo Jeju ialah 80000w. Untuk Windroad Guest House, harga bilik untuk 2 orang selama 5 malam ialah 182000w.

Keadaan  bilik kami di Feliz Telcon Hotel. Sangat selesa dengan kemudahan bilik air, tv, pantry, computer dan meja solek. Tema bilik ni Korean style, maksudnya tidur diatas comforter.
Windroad Guest House terletak di Hyehwadong, Jongno Seoul. GH ini terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari Sungkyunkwan University iaitu university tertua di Korea.

 
Subway terhampir ialah subway line 4 Hyehwa station iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki. Suasana di sini memang meriah kerana kedudukannya di kawasan universiti dan juga art culture.

 
Dereten kedai menghala ke Hyehwa station


Bilik di GH ini sememangnya agak kecil tetapi masih cukup ruang untuk solat.  Kemudahan pantry, mesin basuh, microwave dan internet disediakan di ruang hadapan.









No comments:

Post a Comment