Wednesday, 25 December 2013

My Istanbul's Diary Part 9: Spies Bazaar dan Grand Bazaar


Bertemu kembali dalam bahagian terakhir kisah 5 hari perjalanan cik Z dan rakan2 di Istanbul. Rabu 5 Jun 2013. Sekitar jam 3.30 petang kami bergerak dari Gulhane Park menuju ke Spice Bazaar yg terletak di Eminonu. Niat asal sebenarnya nak naik tram dari Gulhane Station ke Eminonu Station, tapi entah dari mana datang semangat terlebih rajin, sebab bila tengok balik peta rasa macam tak berbaloi nak bayar TL3 untuk 2 station. Jadinya kami pun buat keputusan jalan jer la pelan2. Padahal kaki dah penat ni. Bayangkan dari jam 8.30 pg lagi kami dah berjalan kaki.


Mujur pemandangan yg dapat kami lihat sepanjang jalan tu best, menarik dan berbaloi. Ada feel the real Istanbul kat sini. Pada mulanya kami ikut laluan tram. Tapi agak menyeramkan sebenarnya sebab laluannya agak kecil walaupun kiri kanan tu penuh dengan kedai2. Bila tram lalu je rasa badan pun bergoyang sama. Kebanyakan kedai yg kami jumpa ialah kedai cenderamata dan Turkish Delight. Harga fridge magnet kat sepanjang jalan ni jauh lebih murah dari Sultanahmet. Boleh dapat dengan harga TL1 satu. Kami jugak dengan selambanya masuk ke kedai2 Turkish Delight sambil2 survey2 harga. Yang bestnya kita boleh ambil dan rasa. Tak beli tak per. First time makan pemanis mulut tradisional Turki ni memang sedap rupanya. Ada macam2 perisa. Paling sedap kalau yg ada banyak kacang pistachio. Ada sebab kami tak beli lagi hari ni sebab kami kan nak ke Eropah, jadinya kami plan nak singgah Istanbul semula utk beli sebelum balik ke KL nanti. Tapi jangan tak tahu semuanya tinggal impian jer. Kisah lanjut Insyaallah cik Z kongsikan nanti. Sebahagiannya dah pun cik Z ceritakan di sini.

Antara kedai Turkish Delight yg sempat kami singgah.

Ada sedikit aura suasana Eropah disini.

Macam biasa ada banyak masjid yg boleh ditemui.

Waktu Asar. Tempat wuduk kat bahagian luar masjid ni ajer. Unik kan.

Selepas hampir 30 minit berjalan, akhirnya kami tiba di Spice Bazaar. Kat depan Spice Bazaar ni ada satu dataran kecil. Dari sini kita boleh nampak Galata Tower diseberang Golden Horn. Ramai umat manusia kat dataran ni. Nampaknya untuk trip kali ini Galata Tower tak sempat kami singgahi. Balik hotel malam tu kami dapat tahu yg SV kami and the geng pi Galata Tower dan diorang kata best jugak tengok view Istanbul dari atas Galata Tower ni. Nampaknya nak kena repeat lagi la ni he he...

Galata Tower kat belakang nun.

Spice Bazaar ni memang salah satu tempat wajib dikunjungi di Istanbul. Tempatnya tak de la besar mana. Kat sini kita boleh beli buah2an meditarinean, spies, makanan tradisional Turki, cenderamata, T-Shirt dll. Sebenarnya agak payah nak membeli kat sini seba pengunjung yg tersangatlah ramai sampai kedai pun tak nampak. Peniaga kat sini boleh cakap pelbagai bahasa. Aim kami ialah window shopping dan survey harga. Paling best tak lain tak bukan sessi merasa Turkish Delight. Jom kita tengok apa yg ada disini.








Kami beli T-Shirt disini. Harga TL10. Kainnya sangat lembut dan sedap dipakai.

Sampai sekarang bila tengok balik gambar2 kat Spies Bazaar ni cik Z masih lagi duk teringat2 fresh Turkish Delight yg kami rasa kat sini. Tak boleh lupa juga dengan buah tin. Oh sedapnya. Sedihnya tak dapat beli. Mujur sangat ada terbeli FM dan sehelai T-Shirt buat kenang2an. Kalau tak memang tak der sebarang kenangan di Istanbul kecuali gambar. Itupun nyaris2 tak der jugak. Nasib baik dah sempat transfer ke Adia sebelum ke London.

Seterusnya dari Spies Bazaar kami ambil keputusan berani mati, jalan kaki plak ke Grand Bazaar. Tapi kan.. tak tahu nak kata kami dah buat keputusan yg betul ke tidak, sebabnya keadaan jalan nak pi ke Grand Bazaar ni sebenarnya menaiki bukit. Hu hu dah tak boleh nak menyesal dah. Sepanjang jalan ni dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai dari fesyen, textile, handbag kulit, kasut, perabot  dan peralatan rumah. Jaket2 wanita yg labuh dan trendy tu bersepah2 dijual kat sini. Cantik2 plak tu. Harganya pun tak mahal. Kalau belum ada confirm dah terbeli satu. Seronok gak ya duk negara 4 musim ni he he.



Grand Bazaar ni letaknya di Beyazit. Ada banyak pintu masuk ke Grand Bazaar. Katanya ada lebih 2000 kedai kat dalam kawasan shopping mall ni. Kebarangkalian nak sesat kat dalam  ni pun memang tinggi. Puas berjalan kami jumpa satu pintu masuk ke Grand Bazaar hampir jam 5 petang. Tapi mungkin sebab dah penat dan lapar boleh plak kami tak de perasaan nak membeli apa2 kat dalam ni. Ada macam2 jenis kedai, dari jewellery, antiques dll. Semua ada lah. Khabarnya barangan kulit pun murah kat sini.


Kami masuk dari pintu ini.






Kalau tak nak sesat kat Grand Bazaar baiklah ingat pintu mana masuk. Papan tanda pun ada gak kat dalam ni, jadinya kena tahu arah yg kita nak tuju. Kami mencari pintu keluar ke Beyazit Station. Jawapannya, Gate 7.


Dari Gate 7 ini kita jalan sikit jer dah nampak tram station. Untuk hari terakhir ni kami makan di sebuah restaurant di tepi tram station. Sajer kan nak rasa pengalaman makan yg berbeza. Boleh lihat disini apa yg kami makan. Kami duduk disini sehingga jam 6 petang.

Menjelang senja, Beyazit tram station sangat penuh dengan umat manusia. Lebih 3 kali tram sampai tapi kami masih tak jugak dapat menyelit masuk. Wrong timing ok. Bosan menunggu dan berdiri, entah macammana salah seorang dari kami menyebut, jom kita try naik taxi. Burn TL3. Kami cuba tanya2 taxi yg berderet2 kat Beyazit station tu. Malangnya semua tak nak bawak kami bila kami kata nak ke Findikzade. Tak berbaloi katanya, jalan jem. Oh macam mana ni. Tengok2 kat tram station tadi orang makin ramai plak. 

Tergerak hati nak tengok peta. Ada 5 station nak kena lalu sebelum sampai ke Findikzade. Entah macam mana tetiba kami tergerak hati why not kami cuba jalan kaki jer sebab rasanya macam tak jauh sangat. Lagipun seriously memang ramai org yg berjalan juga. Hari dah makin nak gelap. Wah ini dah jadi hari berjalan kaki sedunia. Sepanjang jalan kami jumpa banyak penjaja kecil. Orang Turki ke bukan tak pasti. 

Melepasi 2 tram station, tetiba kami terkedu dan hilang arah. Ada 2 cabang jalan yg besar dan kami tak pasti jalan mana yg patut kami tuju. Akhirnya kami terpaksa patah balik ke Laleli tram station dan naik tram dari situ. Kat sini pun kami tetap kena tunggu beberapa tram lalu baru boleh naik. Macam2 kan. Daripada nak cepat sampai kononnya, kami jadi lebih penat dan rugi TL6. So kawan2 jangan ikut perangai kami ya.

Sampai jer bilik hotel semua terbaring kepenatan. Rasanya hampir jam 8 baru sampai kot. Tapi terpaksa gagahkan diri mengemas beg untuk destinasi seterusnya esok, London. Memang tak cukup rehat dan tidur sebab esok pagi2 nya tu pukul 6 kami dah kena bergerak ke airport. Kisah selanjutnya kita jumpa dalam siri jelajah Eropah pula ya.

Apapun, trip ke Istanbul masih segar diingatan. Bumi Istanbul, bumi bertuah yg memisahkan benua Asia dan Eropah. Satu pengalaman yg tak mungkin dilupakan. Jumpa lagi. Wassalam.



Saturday, 21 December 2013

My Istanbul's Diary Part 8: Istanbul Archeology Museum, Gulhane Park, dan Istanbul Museum of Science & Technology in Islam


Rabu, 5 Jun 2013. Selepas Aya Sofya, itenary kami yg seterusnya ialah Istanbul Archeology Museum, Gulhane Park, dan Istanbul Museum of Science & Technlogy in Islam. Its Museum Day. Ha ha ini gara2 ada Museum Pass, makanya nak tak nak kenalah pergi kan. Kalau tak pergi takut menyesal la pulak nanti. Walaupun sebenarnya cik Z ni bukanlah penggemar museum dan agak selective kalau nak pergi ke museum. Biasanya, kalau museum yg berkaitan sejarah barulah cik Z berminat nak masuk. 

Istanbul Archeology Museum ni terletak dalam kawasan Topkapi Palace. Kalau dari Aya Sofya dalam 10-15 minit jugaklah jalan kaki baru sampai. Perut sebenarnya dah mula nak bunyi2. Jadinya kami singgah beli jagung rebus kat satu stall yg ada betul2 kat tepi jalan sebelum masuk ke pintu gerbang masuk ke Topkapi Palace. Tapi yg tak bestnya masa kami nak bayar tu remaja yg tukang jual tu mintak kami bayar TL5 sebiji. Padahal dah sah2 harganya TL1.5 jer terpampang kat papan tanda. Lagipun kami dah pernah beli kat stall lain. Bila kami kata kami tak jadi beli dia plak marah tak boleh pulang..o boleh plak macam tu ye.. buat spoil mood kami jer. Dengan tak ikhlasnya kami bayar kat dia. Tak baik tau menipu pelancong. 

Rasanya boleh naik kereta ni utk ke Archeology Museum, tapi kami segan nak tanya dan org yg jaga tu pun buat tak tau jer. Akhirnya kami jalan je la.


Sebelum sampai ke bangunan utamanya, kita dah dapat lihat serpihan2 batuan yg pastinya hasil pencarian arkeologi di Turki. 

Ada beberapa bangunan dalam kawasan Istanbul Archeology Museum ni. Sekali pandang macam kecil jer tempat ni. Tapi bila dah masuk, ha ha tak larat nak tengok semuanya. Penat berjalan, turun naik tangga lagi. Pelbagai artifak dipamerkan disini dan disusun mengikit kronologi sejarah Turki. Jom kita tengok apa yg ada disini.




























Dari bahagian kanan Istanbul Archeology Museum, kami melalui satu laluan kecil yg sangat redup dan tenang. Dari sini sebenarnya kita dah boleh nampak Gulhane Park yg menghijau dibahagian kanan kami. Cuma pintu masuknya yg tak pasti kat mana. Rupa2nya senang jer. Jalan terus hingga ke hujung pastu nampak satu pintu gerbang. Itulah dia pintu masuk ke Gulhane Park.

Menuju ke Gulhane Park.

Gulhane Park dilihat dari Istanbul Archeology Museum.

Pintu gerbang Gulhane Park.

Kami jatuh cinta dengan keindahan dan ketenangan taman rekreasi ini sebaik saja kami melangkah masuk ke Gulhane Park. Cemburunya melihat org Istanbul duduk bersantai atas rumput sambil membaca buku dan berkelah. Seronoknya kalau dapat belajar di Istanbul. Istanbul Museum of Science & Technology in Islam terletak dalam kawasan Gulhane Park. Bangunan museum ini boleh dilihat sebaik sajer kita masuk dalam taman ini. Tapi sebelum masuk ke museum tu kami sempatlah ronda2 sekitar Gulhane Park dulu. Jom kita tengok apa yg kami lihat di sekitar Gulhane Park.

Istanbul Museum of Science & Technology in Islam boleh dilihat kat belakang tu.


Uniknya pasu bunga ni.

Berangan jadi student kat Istanbul University.


Lautan bunga ros.


Kalau ikut hati nak jer ronda2 ke seluruh kawasan Gulhane Park yg besar ni, tapi sebab dah pukul 3 ptg jadi kami sempat ronda2 bahagian yg dekat2 dengan museum tu jer. Lepas tu terus masuk ke dalam Istanbul Museum of Science & Technology in Islam. Masa ni kan sebenarnya kami dah letih sangat. Kaki pun macam dah nak tercabut. Tapi gagahkan diri jugalah tengok2 apa yg dipamerkan. Mujurlah Museum ni taklah besar mana. 30-40 minit dah boleh habis. Apa yg dipamerkan dalam ni sangat bagus dan informatif. Kalau ada anak2 kecil/remaja memang bagusla kalau dapat bawa ke sini.  

Peta dunia ciptaan pengkaji muslim.

















Yang uniknya bangunan museum ni diperbuat daripada kayu. Kat tingkat atas tu, ada tingkap ala2 rumah kampung plak. Cik Z tinggalkan entri ini dengan gambar kat salah satu tingkap tu yer.. Feeling2 model ha ha. Insyaallah entri terakhir trip ke Istanbul akan menyusul selepas ini. Jumpa lagi. Wassalam.