Sunday 3 November 2013

My Istanbul's Diary Part 2: Makan-makan

Part 2 is here. Sementara rajin ni baiklah cepat2 tulis kan. Bercerita tentang makanan di Turki, sudah semestinya Turkish Kebab dalam kedudukan teratas. Pergi je lah ke ceruk mana sekalipun kat Istanbul ni pasti akan dapat lihat restaurant atau kedai kecil menjual kebab. Sebelum pergi Istanbul, tak tahu pula yg kebab ni ada macam2 bentuk, rupa dan rasa. Kebab kat sini jauh berbeza dgn kebab yg kita makan kat Malaysia. Bila dah sampai kat sini uiihh terkejut kami.

Malam pertama di Istanbul kami makan di Ali Baba Kebab. Restaurant ni letaknya lebih kurang 200 meter dari Grand Anka Hotel. Ada beberapa restaurant lain sepanjang jalan ni tapi inilah kedai paling murah yg kami jumpa. Masa first time lalu kat sini kami sungguh terkejut tengok minuman keras dijual bersepah-sepah kat kedai2 runcit juga kedai makanan. No wonder ramai yg marah bila kerajaan Turki mula kuatkuasakan larangan penjualan minuman keras di tempat awam.

 
 Ali Baba Kebab.

Senarai menu di Ali Baba Kebab.

Kat restaurant ni hanya sorang je yg boleh cakap english. Kami duduk kat meja dalam restaurant. Wahh bila tengok senarai menu terus blur, semuanya tak pernah tengok tulis bahasa turki plak tu. The biggest mistake yg kami buat malam ni ialah tak tanya betul2 kat owner restaurant ni apa yg ada kat menu tu. Sebenarnya masa ni mata dah ngantuk tapi perut lapar. Masa ni dalam pukul 10 mlm waktu Turki (3pg waktu M'sia). Jadinya yg ada dalam kepala, nak cepat makan dan balik tidur. Dalam banyak2 makanan dalam menu yg panjang tu ada 2 makanan yg kami boleh faham maksudnya iaitu Tomato Kebab dan Yogurt Kebab. Maka tanpa berfikir panjang teruslah order.

Sementara tunggu tu tetiba diorang bagi Turkish Tea.  Ehh tak order pun ni. Tapi dia kata yg ni free utk malam ni sebab kami dari Malaysia org jauh he he. Dah bagi free kita minum je lah kan. Tapi kan teh ni pahit+kelat semacam, dah letak 3-4 cube gula tu pun masih pahit lagi.

Turkish Tea.

Macammana rupa Tomato Kebab dan Yogurt Kebab ni ya kawan-kawan? Sesuai benarlah dengan namanya, Tomato Kebab ni memanglah tomato+daging kebab yg dicucuk seperti sate. Set ni datang sekali dengan roti dan sedikit nasi. Tapi nama pun tomato kebab kan jadinya kuantiti tomato 3 kali lebih banyak berbanding daging. Dah rupa tomato bakar dah ni.  Bayangkan macam mana nak telan ni? Apapun, tomato kebab ni tak boleh lawan Yogurt Kebab ya jika ambil kira dari kategori makanan paling pelik yg pernah kami jumpa. Puas kami gelak bila cuba dua2 makanan ni. Memang antara pengalaman paling kelakar yg kami dapat di Istanbul. Kalau nak bayangkan rasanya macam ni, cuba ambil daging pastu potong2 dan bakar, lepas dah masak letak kat pinggan dan tuang plain yogurt..tadaa siap sudah Yogurt Kebab. Pelik kan tekak orang Turki ni. Tapi kalau diorang datang kat tempat kita pun mesti diorang pun pelik tengok makanan kita he he. Untuk 2 makanan ni kami bayar 29TL. Agak mahal kan. Kalau duit kita kira2 RM55 dah ni. Dah beberapa hari kat Istanbul baru kami sedar yg tomato dan yogurt ni makanan kegemaran orang Turki.

Yogurt Kebab

Tomato Kebab

Hari2 seterusnya, kami dah pandai sikit. Tak nak lagi terkena makanan yg pelik2 so sebelum order kami tanya dulu apa yg ada dalam makanan tu ataupun macammana rupanya. Nasib baiklah diorang ni layan ye. Hasilnya dapatlah kami makan makanan Turki yang kena dan sedap di tekak macam kat bawah ni. Tapi namanya memang tak masuk kepala la. Setiap kali makan kat Ali Baba ni kami akan order 2 jenis makanan berbeza dan share utk 3 org. Sekali makan kami kena sekitar 25-35TL. Ini without drink sebab kami biasa beli bungkus je ataupun selamba je minum air mineral yg bawak sendiri. Antara sebabnya ialah kat menu tu air yg ada ialah tea ataupun minuman bergas jer. Tiap2 hari datang beli makanan kat sini sampai owner kedai dan staf2nya pun dah kenal dengan kami. 3 jenis makanan yg ada kat bawah ni memang super sedap.




 Bersama mak owner Ali Baba Kebab.

Kat bilik hotel kami tak disediakan kettle jadinya nak tak nak time dinner memang kena cari makanan kat luar. Cuma ada 1 hari je kami dah tak tahan nak makan kebab, maka dengan muka kesian pi mintak air masak kat dapur hotel.  Hasilnya tu dia yg kat bawah ni dapatlah kami makan maggi, he he first time ni dapat makanan berkuah dan pedas.  Kalu nak tahu makanan Turki ni semuanya kering dan tak pedas.


Sarapan pagi kat hotel pun tak kurang unik dan menariknya. No bubur/nasi. Makanan berat yang ada hanya roti. Paling teruja bila nampak macam2 jenis madu semestinya original dihidangkan. Siap dengan sarang2nya sekali tu. Rasa sihatnya hari2 minum air madu. Roti pun cicah madu. Selain tu ada buah2an Mediterranean seperti buah tin, cerry, peach, lemon dan zaitun, juga pelbagai jenis manisan turkish delight. Ada juga pelbagai jenis kekacang. Cheese, Fresh Tomato dan yogurt pun memang wajib ada. Cik Z paling suka makan buah tin tu sebab buahnya fresh, besar dan manis. Tapi sedihla bila ingat2kan buah tin ni sebab angan2 nak beli bawa balik ke Malaysia tak tercapai. Kenapa? Yg ni kena tunggu cerita entri yg lain la pula ye.

Selain di Ali Baba Kebab, ada 2 tempat lain yg sempat kami singgah makan. Di Sultanahmet Area, kami singgah makan kat restaurant dalam gambar di bawah ni. Kalau pi Sultanahmet pasti akan nampak kedai ni sebab lokasinya kat corner lot berhadapan dengan laluan tram. Kalau nak ke tram station memang akan lalu kedai ni. Dalam banyak2 kedai makan kat sekitar ni, inilah antara kedai termurah yg kami jumpa. Macam biasa walaupun kami order Chicken Doner Kebab bersalut roti pita, tapi sos tak de ya kawan2. Harganya dalam 7TL.





Hari terakhir kami sempat singgah late lunch di Beyazit. Nama restaurant tak ingat plak nak tengok tapi lokasinya juga kat tepi laluan tram betul2 kat depan Beyazit Station. Mula2 kami duduk kat meja tepi sekali sebab macam best kan tengok orang lalu lalang dan suasana sibuk tram dll. Tapi silap besarlah sebab bila duk sini ramai plak peminta sedekah mintak duit dan makanan. Boleh diorang minta air yg kitorang tgh minum. Eh seram tau.



Kesimpulannya kalau nak datang istanbul sila bawa sos dalam paket siap2 dan bawa kemana2 yer. Confirm berselera nanti.  Harga makanan kat sini secara puratanya memang agak mahal. Nak kata portionnya besar pun tak juga. Tapi dah jalan negara orang kenalah cuba makanan  diorang ye tak? Banyak makanan kat sini ada pengaruh eropah. Contohnya banyak makanan ada cheese. Tak pasal2 cik Z jadi suka makan cheese. Jangan tak tahu balik dari Europe jer terus rasa tak boleh nak telan kebab, tapi pantang nampak pizza rasa nak ajer. Dan jangan terkejut ya kawan2 yg dah lama tak nampak cik Z. Dah macam dipam-pam plak he he.

Okaylah ini saja untuk entri ini. Jumpa lagi dalam next diary di Istanbul. Wassalam.



No comments:

Post a Comment