Monday 4 February 2013

re-search, re-plan, re-do

Salam semua. Sekejap je dah bulan Feb, macam baru je semalam ucapkan selamat tinggal tahun 2012. Cepat sungguh masa berlalu. Sepanjang January hari-hari cik Z dipenuhi dengan kerja-kerja research dan kebanyakan masa di habiskan dengan menulis program di SPlus. Pada mulanya semua berjalan lancar, nampak macam tak de masalah i.e dapat cari model estimator, dapat kira error malah semua jawapan nampak macam betul. Bila semua dah okay nampaknya dah boleh buat simulation study with random data.  Tapi, bila start je testing... ehh kenapa pelik sangat ni? Apsal tak sama dengan teori? WHY? Seribu persoalan datang.

Selalunya bila masalah timbul, cik Z akan cuba fikir dan cari penyelesaiannya sendiri dulu. Yelah kadang2 manusia ni kan banyak silapnya, even tertukar negative sign dengan positive sign pun dah boleh timbulkan masalah besar.  So apa lagi cik Z pun cubalah baca balik semua teori, check balik programming yang dibuat.. Tapi, anehnya masalah lain pulak timbul.   Kira macam beranak-beranak plak. Kiranya dalam masalah A ada masalah B dan C.....  Masa ni memang tak keruanlah duk memikirkan macam mana nak setlekan semua masalah. Selagi tak selesaikan, selagi tu tak boleh nak buat simulation study.  Nak makan tak lalu, nak tidur pun termimpi-minpi, masa drive pun duk pikir jugak. Paling kecian kawan2 kat lab yang terpaksa pinjamkan telinga mendengar keluhan cik Z.  Tak kira la kan faham ke tak asalkan ada orang nak tolong dengar. Dah macam buat double PHd plak kan. 

Jalan terakhir terpaksalah mengadu kat sv. Kesian sungguh sv kita, terpaksa kerja overtime sama2 tolong pikir. Paling tak sangka sanggup plak call malam2 tanya dah boleh buat ke tak? Malah sanggup plak datang hari cuti untuk discuss kat KFC. Terharu tau. Kalau orang lain cuti umum/cuti weekend untuk berehat2 tapi sepanjang bulan Januari ni kami dah macam tak de cuti plak. Hasil penat lelah akhirnya masalah pun dapat disetlekan walau tak semuanya berjaya tapi dapat jugalah memikirkan jalan keluar plan B. 

Lepas je masalah tu selesai, barulah boleh tulis semula simulation study dan mulakan testing. Setakat hari ni Alhamdulilah 1 condition dah pun berjaya keluar resultnya selepas tunggu selama 3 hari. Nak tunggu ni pun seriau juga takut tak keluar resultnya or terberhenti kat tgh2 jalan sebab selalu je jadi macam tu. Kecian laptop kita berkerja keras siang dan malam. Semuanya ada 16 condition, bayangkan berapa lama nak siap semua tu. Bila running simulation ni, cik Z paling risau bila banyak cuti, Sebabnya bila cuti tak boleh pergi lab dan tak boleh running simulation kat lab. Kan ke dah rugi kat situ.  Macam baru ni cuti 3 hari cuma boleh buat kat rumah.  MInggu depan pun cuti banyak gak. Bila banyak cuti macam biasalah mood buat kerja pun makin menurun... tapi sedihnya tak boleh pi mana2 sebab kena tunggu result keluar hu hu.

Lesson learn yang cik Z dapat sepanjang bulan ni ialah "No Research without failure". Now I know what is research. Research means re-search, re-plan, re-do until you succeed and reach some objective. Hidup tanpa masalah pun tak seronok jugak kan. At least dapat jugak merasa pelbagai pengalaman hidup yang tak terbayar nilainya.  Thanks a lot to both my sv's dan jugak rakan2 lab yang juga sebenarnya sama2 busy dan berdepan dengan macam2 masalah research juga. Kecian kami semua tak boleh pi cuti2. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian juga. 

Oh ya ada 2 cerita kelakar yang cik Z nak kongsikan kali ni. Dua2 citer ni berlaku ada kaitannya dengan ke'busy'an kami dan akhirnya berlakulah dialog2 kelakar kat bawah ni.

Cerita 1:
Cik Z dan Siti gi ke Maybank syeksen 14 PJ untuk renew credit card. Masa on the way balik tu, cik Z ternampaklah ada 1 branch Maybank kat tepi jalan, so dengan innocentnya cik Z pun tanyalah siti;
CIk Z: Eh kat sini pun ada Maybank gak, yang ni kat syeksen apa plak? Macam dekat je dengan yang tadi? 
Siti: (ketawa macam tak ingat dunia)
Cik Z: Eh kenapa?
Siti: La akak tak perasan ke? kan tu Maybank yang kita pi tadi.
Cik Z: Ha??????????
Lepas tu dua2 ketawa macam nak pecah perut. Ya Allah boleh ke tak perasan padahal baru je tak sampai 30 minit keluar dari Maybank tu tadi. Tu la kesannya bila kepala duk pikir macam2.

Cerita 2:
Siti: Penatnya bulan ni kan.
Cik Z: Ha a rasa tepu betul kepala ni.
Siti: Bestnya kalau dapat pi jalan-jalan tepi2 laut ke mesti best kan kena tiup2 angin.
Cik Z: Ha a kan, jom kita cari tempat2 best yang dekat2 KL ni.
Siti: Jom 
Cik Z: Eh kat sini pantai mana yang paling dekat?

Siti: Pantai Dalam kot?
Cik Z: ????? (terus ketawa nak pecah perut)
Siti: Apsal kak?
Cik Z: Kalau Pantai Dalam memang dekat sangat la tu.... he he 
Siti: O ala sebenarnya nak sebut pantai remis tadi  kui kui kui..


Sampai disini saja. Jumpa lagi di lain masa dan ketika. InsyaAllah.






2 comments:

  1. Hehe.. lawak terbaik.. cik z, seronoknya dengar research progress u.. i jeles taw.. i plak sibuk dgn presentation kelas n buat homework. menci.. huhu

    ReplyDelete
  2. All the hardworks may help you one day. Anyway attend class pun ada bagusnya banyak dapat ilmu baru. Kalau buat full research ni dapat satu benda je. Hari ni dapat tahu one of my lab mate from Bangladesh dah siap research and tengah buat writing padahal baru je nak masuk sem 3. Gila expresss kan.. terpreasure sat kat kami yg lain ni. Tapi dia tak pi mana2 pun buat research 24 jam.

    ReplyDelete