Sunday 17 February 2013

Seoul DAY 2: Nami Island - Namdaemun - Namsan Tower


Jumaat 22 Jun 2012, hari kedua di Seoul. Hari ni kami akan ke Namiseom (Nami Island), Namdaemun dan Namsan Tower.  Perjalanan kami bermula seawal 7.30 pagi memandangkan Namiseom terletak di Gapyeong iaitu kira-kira 63km dari Seoul. Untuk ke Gapyeong, kami menaiki subway line 4 dari Hyehwa, turun di Dongdaemun Station, tukar ke subway line 1 dan turun semula di Cheongnyangni Station. Dari Cheongnyangni Station, kami menaiki ITX express train terus ke Gapyeong Station. Kos bagi semua perjalanan menggunakan subway tak ingat nak kira sebab kami guna T-money je. Dari Gapyeong Station, kami naik taxi ke Namiseom Entrance dengan bayaran 2800won.  Kami tiba disini kira-kira jam 8.40 pagi. 

Namiseom Map.  Namiseom ialah sebuah pulau kecil berbentuk half moon yang terletak di Sungai Bukhangang, Gapyeong berkeluasan hanya 462809 m persegi

Sedikit sejarah berkenaan Namiseom.  Nama pulau ini di ambil dari nama General Nami, seorang general zaman Joseon Dinasti yang dikatakan mati di pulau ini ketika berumur 28 tahun kerana disalah anggap sebagai pengkianat negara oleh King Sejo (1455-1468). Pada tahun 1965, Mr. Minn Byeong-do membeli pulau ini dan mula mengubahsuai keseluruhan pulau kecil ini dengan pohon2 yang ditanam secara terancang.  Drama Winter Sonata yang meletup ke seluruh dunia pada tahun 2002 telah mempopularkan pulau ini sebagai destinasi pelancongan utama di Korea.  Semua info ini ada dalam pamplete yang diberikan kepada setiap pelancong.

Ada 2 cara yang disediakan untuk pelancong menyeberang sungai ke Namiseom samada menggunakan feri dengan bayaran 8000won ataupun menggunakan zip-wire dengan bayaran 38000won.  Kami naik feri je. 

Zip wire station

Jeti, tempat tunggu feri untuk ke Namiseom. 

Atas feri. 

Selepas 5 minit perjalanan, feri pun mendarat di Namiseom. Hari masih awal dan pelancong pun masih belum ramai. Feri yang kami naik adalah feri kedua yang beroperasi hari ni. Kami disambut dengan ucapan selamat datang dalam Bahasa Malaysia oleh kakitangan yang bertugas. 


Berbekalkan map yang diberikan kami memulakan penjelajahan dari sebelah kanan pulau (bahagian lurus).  Kami jalan kaki je menikmati pemandangan menarik pohon2 yang tersusun rapi pelbagai saiz dan jenis.  Pulau ini sangat bersih dan nyaman sekali. Kalau tak nak jalan kaki pun boleh, pelancong boleh naik train pusing2 ke seluruh bahagian pulau ataupun naik basikal yang boleh disewa. Kemudahan chalet dan hotel juga ada disini.


Seronok tengok tupai ni melompat2 dari pohon ke pohon.







Puas berjalan akhirnya kami tiba di bahagian tengah pulau yang menempatkan deretan restaurant, kedai2 dan beberapa binaan khas memperingati drama Winter Sonata.  

Patung ni di buat betul2 mengikut ketinggian sebenar pelakon utama Winter Sonata. Tinggi betul diorang ni, cik Z kat paras bahu tu je.




2 jam berjalan, perut pun dah lapar. Jadinya kami pun cari lah kedai makanan halal Drama Cafe.  Hari ni kami jadi pelanggan pertama cafe ni.
  
Dapur masak dan kaunter tempahan serta bayaran.  

Senarai menu. Kami order menu pertama (nasi, kimchi & telur goreng) harga 5000won dan kimchi pancake harga 7000won.  Air kosong free.

Kat dalam pinggan tu Kimchi Pancake (ala2 lempeng bezanya letak kimchi yg dipotong2), rasanya pun sedap dan crunchy. Yang dalam tuppaware tu nasi+kimchi+telur goreng. Cara nak makan, pakai sarung tangan tu dan goncang dulu. 

Lepas goncang baru boleh makan. Menu ni sangat simple tapi sedap dan mengeyangkan.  

Lepas makan nasi kami tergoda dengan ice shaving (aka ABC) so terbelilah menu ni harganya 6000won.

Sementara nak tunggu zuhor, kami pun jalanlah lagi sekitar Namiseom.  Hampir tengah hari barulah nampak pelancong semakin ramai. Kali ni barulah kami nampak beberapa warga Malaysia. 












Yang bagusnya kat Namiseom ni, surau disediakan untuk pengunjung muslim bersolat. Letaknya di tingkat dua Chinese Galery. Keadaan suraunya selesa dengan sejadah dan telekung siap tersedia, cuma tiada penghadang untuk lelaki dan perempuan.  Tapi tak isah la kan janji ada tempat solat.

Musolla di Namiseom.

Jumpa ni masa nak jalan balik.

Lepas solat kami pun berjalan balik ke jeti pulau dan sempat naik feri pukul 1 tghr.  Sampai je kat jeti, terkejut kami tengok orang punyalah ramai beratur panjang nak naik feri ke Namiseom.  Bersyukur tak terhingga sebab dah pergi awal.  Untuk ke Gapyeong Station semula, kami naik taxi kali ni harganya 2400 won.   

Gapyeong Station

Kat Gapyeong Station, kami dah terbuat kesilapan tanpa sedar iaitu silap naik train. Sepatutnya kami kena naik train express tanpa henti ITX terus ke Yongsan tapi kami dah tersilap naik train biasa Gyeongchun Line.  Kesannya kami terpaksa spend lebih 1 jam 30 minit untuk sampai ke Namdaemun. Dari Gapyeong kami turun Sangbong Station, tukar ke line 1 naik train lagi dan turun pulak kat Dongdaemun, lepas tu tukar line lagi ke line 4 dan turun kat Hoehyeon Station. Untuk ke Namdaemun Market kami keluar di Exit 5. 

Gambar2 sekitar Namdaemun Market ada kat bawah ni.  Macam2 ada disini dari makanan, pakaian, peralatan dapur, kasut, sourviner dll.  Setiap ceruk jalan penuh dengan kedai.  Kebanyakan peniaga disini ialah ajjumma (makcik2).  Kalau kita tak jadi beli barang cepat2 lah lari sebab ajjumma2 ni bising gak mulutnya. Kawasan ni memang tempat tumpuan  pelancong dan warga tempatan. Alang2 dah kesini kami pun belilah set sudu, chopstics dan mangkuk korea. 













Puas pusing2 Namdaemun Market, kami pun pergi semula ke subway station naik train ke Myeongdong Station yang letaknya cuma 1 station dari Hoehyeon Station.  Kali ni kami keluar di Exit 3 dan berjalan kaki terus ke Namsan Tower Cable Car Station.  Keadaaan jalan menuju ke Cable Car Station sangat mencabar kaki dan minda. Makin lama makin curam mendaki bukit.  Malu gak la dengan orang2 korea yang selamba je jalan kaki siap pakai high hills.  Yang kami ni kejap2 berhenti he he. Sampai kat stationnya, walla ramai pulak orang beratur almaklumlah kejap lagi dah nak sunset so ramailah yang nak tengok sunset kat atas Namsan Tower. Harga tiketnya 8000won. 

Namsan Tower Cable Car Station

Akhirnya kami berjaya naik cable car ke Namsan Tower. Ini view dari cable car. Masa perjalanan lebih kurang 5 minit.

Ini dia Namsan Tower. Macam Menara KL kan? 

Keluar dari Cable Car kena mendaki lagi kira2 5-10 minit barulah sampai ke Namsan Tower.

Sebahagian Seoul Fortress.

Sampai di puncak Namsan kami tak lepaskan peluang melihat pemandangan bandar Seoul yang pesat membangun dan dikelilingi dengan bukit2 yang seolah2 menjadi pagar mengelilingi Seoul zaman berzaman.  Sebahagian Seoul Fortress juga masih wujud disini. 

View dari puncak Namsan.

Antara tarikan utama di Namsan ialah pokok2 mangga ni.  Ada banyak lagi kat bahagian lain.

Pintu masuk Ke Namsan Tower.

Lagi view dari puncak Namsan.

Tengok tu banyak betul mangga2 cinta kat sini.

Puisi Cinta.

Perjalanan turun dari Cable Car.

Hari semakin gelap. Kami turun dari Namsan sebelum sunset. Dari Cable Car Station kami berjalan kaki semula ke Myeondong Station. Kali ni tak de masalah sebab turun bukit. Dari Myeondong kami terus naik train balik ke Hyehwa. Berakhirlah perjalanan hari kedua kami di Seoul.  Sepanjang di Seoul kami makan malam nasi segera yang berharga 1100won per cup berlaukkan serunding, sambal tempe, ikan masin, telur masin dan sambal kicap yang dibawa dari Malaysia.

Ini saja untuk kali ni.  JUmpa lagi dalam next entry. Anyeong Wassalam.



No comments:

Post a Comment