Monday 4 February 2013

Travel Album


Tada..Ini dia koleksi terbaru cik Z. Sepanjang minggu yang lepas cik Z berjaya meluangkan masa yang tak kurang banyaknya untuk menyiapkan koleksi travel album kat atas ni. Total semuanya ada 8 album dengan jumlah gambar sebanyak 1319 keping hasil tangkapan terpilih di Korea, Qatar, dan Sri Lanka. 


Alhamdulillah dapat jumpa kedai cuci gambar yang murah di Amcorp Mall hasil suggestion by Siti. Sebelum tu dah pun tanya beberapa kedai dan semuanya agak mahal. Kat kedai ni boleh dapat sekeping gambar 4R dengan harga serendah 40 sen (tapi makesure kena banyak) dan boleh mintak extra discount dari pakcik owner kedai yang baik hati. Kualiti gambar sangat memuaskan. Most gambar terutama yg gambar pemandangan nampak macam poscard je.  Dah lama sangat sebenarnya tak cuci gambar (dalam 7 tahun kot) sampai tak tahu rupanya gambar 3R dah tak wujud lagi.  Album gambar tu pulak beli kat Jusco AEON Midvaley dengan harga RM29.90 sebuah.  
  

Lepas ni kalau ada yang bertandang ke rumah cik Z bolehlah luangkan masa tengok2 album gambar ni. Insyaallah lepas ni cik Z akan ada hobi baru iaitu cuci gambar dan susun gambar. Lama tak buat kerja ni tapi macam seronok pulak. Cumanya lepas ni tak boleh la nak tunggu lama2 sangat bila ada gambar baru kalau tak.. masak la nak menyusunnya. Habis satu rumah jadi macam kedai gambar.


No comments:

Post a Comment