Wednesday, 24 July 2013

Bersahur lebih mudah dengan Coway

Salam semua. Setelah bertapa lebih 3 minggu akhirnya dapat juga cik Z tulis catatan terbaru hari ni. Sebab2 bertapa InsyaAllah cik Z kongsikan dalam entry yang akan datang. Bagi suspen sikit okay he he.

Tahun ini Ramadhan cik Z rasa sikit berbeza. Sebabnya kali ni cik Z ada Water Purifier dari Coway yang membantu cik Z menjimatkan masa masak air terutama semasa bersahur. Yang bestnya Water Purifier buatan Korea yang cik Z beli ni ada intelligent button. Pilih je nak air apa, samada panas, normal, atau sejuk. Lepas tu letak cawan dan tekan je button yang disediakan.. keluarlah air sepenuh cawan. Best kan.   Seronok sangat, tak payah susah2 nak masak air lagi. Kualiti airnya pun sangat bagus langsung tak de bau atau rasa klorin. Seolah2 macam kita minum air mineral yang beli dari kedai. Ada juga jaminan halal daripada Jakim.

Petit Water Purifier dari Coway. Harga sebelum diskaun RM3400. 

Kebetulannya sekarang ni ada promosi Coway. Kalau kita beli 2 barang so kita boleh dapat diskaun 20%.  So cik Z pun grab lagi satu produk iaitu Air Purifier Dolomiities design. Saje je nak menambah hutang bulanan kan.  Almaklumlah sejak dua menjak ni jerebu saja kat KL ni. Terseksa nafas walaupun duk dalam rumah. Air Purifier ni beratnya dalam 7kg je dan cik Z boleh je angkat masuk bilik bila malam. Design ni pun ada inteligent button gak dan katanya boleh inactivate H1N1 virus. Betul ke tidak Wallahualam. Tapi katanya dua produk ni memang award-winning product. Yang bestnya kita boleh tahu tahap kualiti udara dengan hanya melihat warna lampu kat bulatan yang tersedia. Paling ok warna biru. Kalau warna merah tu maksudnya udara tak bersih.

Air Purifier Dolomiities design. Harga sebelum diskaun RM2300. 

Kepada kawan2 yang berminat nak beli produk2 ni boleh lihat promosinya disini ya. Tinggalkan je sms pada nombor yang diberikan nanti diorang akan call balik dan datang jumpa kita. Ada 2 jenis pembayaran iaitu beli atau sewa beli. Kalau yang beli tu kita boleh dapat 10% diskaun untuk 1 produk atau 20% diskaun untuk lebih 1 produk. Boleh bayar cash atau monthly installment.  Selepas setahun nanti kita kena bayar yearly service charge sebanyak RM500. Lagi satu cara ialah kaedah sewa beli. Yang ni kita bayar RM110 sebulan (utk Petit design) selama 5 tahun. Lain produk lainlah harganya.

Ha ha tetiba macm jadi promoter kan. Free promosi je ni. Saje nak berkongsi something yang menarik untuk semua. Okaylah jumpa lagi untuk next entry. Selamat berpuasa semua. Wassalam


6 comments:

  1. Hidup ko ni penuh dengan unsur ke"korea"an. huhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha tapi yang ni tak disengajakan. kebetulan je ni.

      Delete
  2. "Saje je nak menambah hutang bulanan kan." kah kah kah.. lawak cik z

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat, lepas je habis bayar kereta...pandai je otak ni nak buat hutang balik.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. As salam....Tahniah cik Z sebab menjadi pengguna BIJAK kerna memilih COWAY...

    Jika INGIN MENGETAHUI produk produk Coway,boleh CALL/WHATSAPPS:

    Zulfiqry(ZulBikers) Dealer Coway:019 451 3720

    Thanks Cik Z....=]

    ReplyDelete