Salam semua. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah pun bulan Julai. Gara2 pi bercuti haritu nampaknya banyaklah kerja2 yang tertangguh ditambah pulak dengan kerja2 yang baru menjelma ha ha teruslah jadi menggunung segalanya. Paling tension bila nak trace semula beberapa file programming yang terkini kat dalam pendrive. Walaupun cik Z ni kengkononnya seorang yang agak sistematik, tapi biasalah kekadang terlupa juga nak asingkan file yang paling terkini dan yang paling okay ke folder yang lain.
Minggu lepas, journal paper kedua cik Z kena reject. Tapi sebab yang ni tak de la lama sangat menunggu resultnya (3 bulan je) so tak de la rasa sedih ataun tension bebenor. Kalau nak tahu cik Z tulis paper ni selama 3 bulan gak. So kiranya dari mula tulis hingga kena reject ni adalah dekat 7 bulan semuanya. Bunyi macam lama tapi serius tak terasa pun. Nak tunjukkan yang betapa cepatnya masa berlalu. The major reason of rejected, macam yang orang2 lain pun biasa kena iaitu paper yang dihantar tak berapa relevant dengan skop journal yang dihantar dan tak de sumbangan besar pun. Tak pe la kan, be positive banyak lagi journal2 lain kat dunia ni.
Tapi realitinya, nak cari journal yang sesuai tidaklah semudah yang disangka. Puas juga meneliti dan mencari. Competition pun tinggi. Amatur macam PhD student ni memanglah kena banyak2 bersabar. Prof Tamu kami cerita, sesetengah Prof kalau paper diorang kena reject diorang siap fight dengan reviewer dan editor. Itu kalau dah taraf Profesor ye. Kalau macam kami ni duduk je la diam2.
Hari ni Prof Tamu kami sempat juga kongsi pengalaman pertama kali dia hantar journal paper. Lama dah tahun 70 an dulu. Masa tu komputer internet semua tak de. Apa yang dia buat ialah pi library dan tengok journal2 yang ada kat library tu mana yang bersesuaian. Zaman tu, pilihan journal memang terhad dan kebanyakannya memang kena ada teory baru yang hebat2 malah biasanya mesti ada proving. Bila dah tulis paper, pergilah pejabat pos dan poslah paper tu ke alamat editorial journal. Tunggu2 lepas 3 bulan baru dapat balasan. Alih2 dalam surat balasan tu kata yang editor kepada journal tu dah pun passed away. Wahh macam2 kan.
Pastu dia citer lagi kalau zaman dulu memang ambil masa lama nak accept paper sebab banyak buang masa kat pengeposan. Kadang2 tu 3 tahun pun baru nak buat correction lagi. Yela cuba bayangkan, mula2 penulis hantar ke satu editorial. Katalah penulis duk kat Bangladesh (contoh je ni sebab Prof Tamu kami ni orang Bangladesh), pastu dia hantar ke editorial journal di USA. Lepas tu pulak reviewernya kat UK dan Australia. Lepas dah review, editor plak kena hantar ke editor semula pastu editor plak kena pos pulak komen tu ke penulis untuk buat correction. Pastu ulang balik proses tadi. Wahh mana tak lama kan. Kalau zaman sekarang dengan adanya email semuanya mudah dan cepat. Bersyukurlah kita hidup di zaman dunia dihujung jari ni.
Seminggu lagi dah pun masuk bulan Ramadhan. Selamat berpuasa semua. Minggu depan juga cik Z akan mula running simulation kat lab komputer. Semalam dah kira2 nampaknya kena ada 3 bulan untuk dapatkan semua result walaupun ada banyak pc yang boleh guna serentak. Wah masakla nak turun naik lab tu. SV pun dah suruh tulis paper lagi hu hu. Macam mana ni resultnya pun belum ada. So nampaknya Ramadahan ni memang kena kerja keras la jawabnya.
Oh ya sebenarnya dari minggu lepas lagi cik Z dah berkira2 nak tulis tentang trip ke Europe tapinya asyik je la tergendala. So harapnya bulan Julai ni dapatlah tulis sikit2. Takut makin lama makin lupa plak cerita yang nak dikongsikan.
Okaylah jumpa lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment