Salam buat semua. Hari ini genap sudah 3 tahun cik Z memulakan pengajian pHd. 3 tahun bunyinya macam lama kan? Secara relatifnya, jika anda berkahwin 3 tahun lalu, anda mungkin dah punya sekurang-kurangnya seorang anak berusia 2 tahun sekarang ni. Tapi realitinya bagi cik Z, serius macam tak terasa langsung ianya berlalu. Seolah-olah jam masa cik Z terhenti begitu saja. Macam tak percaya yang cik Z dah pun lalui 3 tahun penuh cabaran ini dengan penuh warna warni.
Kisah perjalanan pHd cik Z sebenarnya dah pun bermula 4 tahun dahulu iaitu sejak kali pertama cik Z mulakan langkah mencari supervisor. Tapi untuk entri ini cik Z hanya ingin fokus dan berkongsi apa yang dah berlaku selepas 3 tahun sejak kali pertama cik Z jejakkan kaki di UM, tanggal 12 September 2011. Hari ini bila cik Z selongkar buku catatan, file-file research, dan gambar-gambar sepanjang 3 tahun yang lalu...barulah terasa, wahhhhhh memang lama sebenarnya 3 tahun ni.
Bermula dengan hanya satu file pada 2011, kini cik Z dah pun ada hampir 20 file. Rekod catatan bulanan research work yang mulanya hanya 1 helai, kini dah pun 36 helai. Bila tengok gambar-gambar peribadi 2011-2014, jelas sekali banyak perubahan yang dah berlaku. Terbukti masa tak terhenti langsung. People change, and I probably did change too. Biasalakan, kita ni selalu nampak apa yang berlaku pada orang lain, tapi jarang sekali perasan perubahan diri sendiri.
Sempena genapnya 3 tahun ni, cik Z pun nak bermuhasabah diri. Apa agaknya yang dah cik Z dapat, timba dan pelajari sepanjang 3 tahun ini ya? Atau dengan kata lain, apa maknanya 3 tahun itu bagi cik Z. Dalaman atau luaran?
1. Dari segi luaran, memang ketara sangat cik Z dah berubah. Dulu-dulu pakai glasses, sekarang dah tak pakai. Tapi yang tak bestnya dulu-dulu kurus tapi sekarang macam bam bam sikit. Oh ada juga yang kata cik Z makin cun.. he he kalau betul terima kasihla yer.. ha ha masuk bakul la pulak kan.
2. Hari demi hari cik Z semakin berfikiran positif. Yang ni salah satu perkara yang paling cik Z perasan. Bila-bila pun, dalam apa keadaan pun, nampaknya cik z sentiasa berfikiran positif. Sampaikan ada yang tegur betapa simple mindednya cik z sekarang ni. Tanpa cik z sedari, cik z selalu ucapkan pada diri sendiri ayat ni. "Its okay, everything will be fine, everything happen has reason, and you can do it." Dan sekarang ni tanpa cik z sedari, cik z selalu juga sebutkan ayat yang sama dengan ramai orang.
Tapi rasanya ini bukanlah sesuatu yang boleh berlaku secara tiba-tiba. Bila difikir-fikirkan semula, ini mungkin salah satu cara cik z motivasikan diri sendiri (self motivate) selepas melalui macam-macam masalah dan dugaan dalam macam-macam perkara terutamanya sebelum mula belajar dulu. Kesan positifnya, bila cik z selalu jer berfikiran simple dan positif secara tak langsung kuranglah tahap stress. Dan akhirnya semua kerja yang dirancang lancar ajer. Dan life pun rasa makin seronok, fun and easy. Harap-harapnya bertahanlah sifat ini dalam diri cik z selepas ini.
3. Selain sibuk dengan pHd research, salah satu pencapaian terbaik cik Z sepanjang 3 tahun ini ialah berjaya menjejakkan kaki ke beberapa negara di dunia. Secara tetiba cik Z dah pun bergelar travel blogger dan mempunyai banyak pengalaman travel yang tak ternilai harganya. Sepanjang tahun 2012-2013, cik Z dah pun jejakkan kaki ke Jeju Island & Seoul South Korea, Doha Qatar, Sri Lanka, Siem Reap & Phnom Penh Cambodia, Ho Chi Minh Vietnam, Istanbul Turkey, London, Paris, Milan, Venice, Rome, Athens, Hong Kong, dan Macau. Opps kalau nak tahu antara hobi cik Z melihat peta dunia. Jadinya bolehlah dikatakan macam dreams do come true jugalah bila dapat pergi kesemua tempat-tempat ni.
Ada banyak kesan positif yang cik Z dapat dari hobi travel ni. Selain dapat melihat dunia dari sisi berbeza, salah satunya ialah kemahiran penting yang dapat cik Z timba ialah kemahiran membuat keputusan dalam masa kritikal dan juga good time planner. Dan nampaknya cik Z juga semakin konfiden dan berani menyuarakan pendapat. Kemahiran berkomunikasi dengan strangers pun dapat ditingkatkan. Semuanya ini sangat-sangat membantu cik Z dalam menyiapkan pHd. Malah jangan tak tahu, pergi jalan-jalan melancong ni juga selalu buatkan cik Z rasa lebih fresh dan bersemangat bila balik ke Malaysia, dan kesannya research progress pun semakin baik dan lancar.
4. Berhijrah itu sememangnya sesuatu yang sangat bagus. Sepanjang 3 tahun ini, cik Z dapat kenal ramai kenalan baru dan belajar menghargai diri sendiri. Kenalan-kenalan baru ini termasuklah pakar-pakar statistik/mathematic/lain2 dari dalam dan luar negara yang dah pun banyak pengalaman. Terasa sangat kerdil bila berada disamping mereka. Namun satu nilai yang paling cik Z kagumi ialah sifat rendah diri dan baik hati mereka yang rata2 tidak lokek ilmu dan friendly.
Di sini juga cik Z bertemu ramai rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengerah keringat dan memerah otak nak siapkan master dan pHd. Setiap orang ada cerita tersendiri. Bukan semuanya bernasib baik. Ada ketikanya, cik Z selalu rasa sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya cik Z lebih bernasib baik berbanding sesetengah orang. Disini, kami juga saling bantu membantu dalam banyak perkara. Pengalaman yang tak kan pernah dilupakan. Sekadar mendengar juga satu bentuk bantuan yang tak ternilai harganya. Terima kasih semua.
5. Pencapaian peribadi terbaik cik Z dalam tempoh 3 tahun ini ialah berjaya menghabiskan research dan menyiapkan first draf thesis dalam tempoh 2 tahun 8 bulan. Syukur Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah juga. Walaupun tidak berjaya bergraduasi on time, namun cik Z tak sedikit pun rasa terkilan kerana cik Z dah buat sebaik mungkin. Keputusan untuk membuat perlanjutan tempoh cuti belajar juga sangat tepat kerana sehingga hari ini ada banyak lagi perkara/kerja yang belum diselesaikan. Thesis pun belum boleh hantar lagi.
Akhir-akhir ini, cik Z juga kerap diminta membantu rakan-rakan lain dalam research group kami. Sejujurnya cik Z rasa sangat gembira setiap kali dapat menolong. Walaupun pertolongan yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun melihat orang lain gembira cukup untuk buat hari cik Z ceria sepanjang hari. Serius tak tipu. Somehow i found happiness in other's smile.
Sebenarnya mungkin banyak lagi perubahan/lesson learn yang tak dapat cik Z tuliskan disini. Macam biasalah bila nak ditulis semuanya lupa. Walau apapun, cik Z sangat-sangat bersyukur atas setiap apa yang Allah takdirkan untuk cik Z selama ini. Ya lah mungkin cik Z tidak dikurniakan rezeki jodoh yang cepat tapi sekurang-kurangnya Allah bantu cik Z dari sisi yang lain pula. Untuk rakan-rakan pembaca diluar sana, terutama yang sedang menuntut ilmu, good luck dan all the best. Gunakanlah tempoh minimum 3 tahun cuti belajar yang dihadiahkan itu dengan sebaik mungkin. Ingatlah setiap sen yang kita dapat tu bukan hak milik kita seorang. InsyaAllah adalah keberkatannya dimana-mana nanti jika kita gunakan setiap saat dengan bermanfaat.
2011, 2012, 2013, 2014,...hope my dream come true,...upcoming photo should be in Convocation Day October 2015. InsyaAllah.
"The more I read
The more I learn
The more things I dont know
The more curious I am
The more I wanted to search
What I have lost
A mystery that only Allah knows
A path that I chose
To explore and thankful
For the rest of my life"
31 July 2012, KL.
p/s: Moga-moga konvo tahun depan tak la keseorangan lagi. Bunyi macam sedih ajer kan. Mohon sudilah kiranya doa-doakan cik Z ya. Thanks in advance.
Wassalam.
Saya doakan cik z berjaya dlm semua lapangan yg diceburi.
ReplyDeleteTerima kasih syieda, untuk awk dan semua rakan2 blogger juga cik z doakan berjaya di dunia dan akhirat
ReplyDeletesemoga berjaya cik z untuk viva nanti. siapa yang bersungguh-sungguh tu insha Allah akan berjaya. 3 tahun merubah cik z, pastinya perubahan yang lebih baik. Tahniah dan kite turut berasa bangga dengan pencapaian cik z sekarang. semoga apa yang cik z kecapi ini diberkati selalu. Mesti tak sabar nak mengajar kan. hehe..
ReplyDeleteThanks for ur wish nora, tapi viva lambat lg tu. Thesis pun blm submit. Akk pun berbangga dgn awk juga sbg perintis staf utk sambung belajar di us.
DeleteRindunya nak reunion.
perjalanan pendidikan yang tidak terhenti...tahniah miss z... kita mampu doa aje segalanya akan berjalan lancar...
ReplyDeleteTerima kasih atas titipan doa. Ya mmg betul perjalanan mencari ilmu mmg x kan pernah berhenti. Moga org lain pun begitu jua.
DeleteTahniah krn berjaya sampai ke tahap ini....bkn senang utk berada setinggi ini...dah berjaya nanti jgn lupa kami kat bawah...hahahaha...
ReplyDeleteUM ka? Dkt jer kita rupanya yer....sy selalu gak berurusan dgn student post-grad ni....baru smlm entertain sorang GRA...mcm2 dia tanya...huhuhu
Thanks, insyaAllah akan sentiasa igt semua org. Rakan2 maya mcm k liza ni pun sbnrnya byk membantu saya juga. Mcm sy tulis kat ats tu sekadar mendengar pun sy dah cukup rasa berterima kasih.
DeleteOpps dekat ke kt rupanya. Akk kat bhgn apa ye? Hr ke finance? Jom jumpa n borak2.