Thursday 12 September 2013

2 tahun yang mencabar

Hari ni genap 2 tahun cik Z berkelana di KL demi satu impian bergelar Dr. PhD. Permulaan yang payah, namun siapa sangka kini hanya tinggal kurang 1 tahun lagi, Insyaallah impian cik Z akan menjadi kenyataan. Wah tengah bersemangat ni. Semoga kesabaran cik Z selama ini terbayar dengan senyuman. Buat masa ini ada 3 lagi simulation study yang perlu cik Z bereskan. Jika tak de masalah paling cepat pun April 2014 nanti baru siap running semua simulation studynya. Perjalanan masih panjang. Masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Ini juga merupakan semester ke-5 cik Z disini. Bermaksud sebelum masuk semester ke-6 nanti cik Z akan menempuh candidature defend pula. Uihh bagaikan baru semalam membuat presentation dalam proposal defend alih2 dah kena buat candidature defend plak. Sampaikan terfikir di kepala, betulke sekarang ni masa berputar 24 jam sehari? Aneh kan?

Setiap orang punya jalan cerita tersendiri. Sebelum memulakan cuti belajar 2 tahun yang lalu, sebenarnya cik Z terpaksa menunggu selama 6 tahun sebelum giliran tiba.  6 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Dalam tempoh ini giliran sambung belajar acap kali berubah. Ada banyak sebab, tapi sebagai pensyarah tugas utama semestinya mengajar. Atau mungkin juga sudah ketetapan Allah dan mungkin juga cik Z bukanlah orang yang suka menentang arus. Maka, ikut sajalah kata ketua jabatan kan. Dalam tempoh itu juga, ramai kenalan yang sama2 mendaftar kerja pada tahun yang sama dengan cik Z dah pun melanjutkan pelajaran. Malah ada sebahagian tu dah pun balik dan bergelar Dr. 

Bergelar pensyarah biasa tanpa gelaran Dr. sememangnya mencabar. Adakalanya, walaupun pendapat atau kerja kita lebih bagus tapi pada akhirnya sesetengah orang tetap menyebut yang kita ni pensyarah biasa aje. Justeru cik Z selalu saja mengingatkan diri sendiri, seandainya satu hari nanti cik Z berjaya bergelar Dr., janganlah sesekali cik Z membangga diri dan memandang orang lain sebelah mata. Memanglah nak genggam ijazah pHd tu bukannya mudah kan tapi itu bukanlah tiket untuk kita mendabik dada mengatakan kitalah yang terbaik dan betul segala. Biarlah dapat lambat pun yang penting macammana ianya dilalui dan diingati. Wah sorry terlebih emosional hari ni he he.

Walau terpaksa menunggu lama, tapi cik Z fikir ada banyak hikmah dan ilmu yang cik Z timba sebelum memulakan PhD yang rupa2nya sangat berguna dan membantu memudahkan perjalanan PhD cik Z sekarang ini. Seolah2nya 6 tahun itu merupakan satu tempoh latihan praktikal paling berguna. Pengalaman sememangnya menjadikan kita lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan, Antaranya,

1. Percaya tak kalau cik Z katakan yang sebelum memulakan Phd sebenarnya cik Z langsung tak tahu apa2 tentang research area yang bakal cik Z buat iaitu circular statistics. Memang buat keputusan berani mati ni. Kiranya cik Z memang bermula dari kosong. Memang merangkak2 lah masa nak mula tu. Satu2nya perkara yang cik Z dapat cari di perpustakaan uni masa tu ialah statistic dictionary yang memaparkan satu baris maksud circular statistics. Bayangkan macamana nak buat research proposal dengan hanya berbekalkan sedikit hint topic yang diberikan oleh bakal sv. Kalau diingat2kan semula macam tak percaya pulak dah pun nak masuk tahun ketiga bergelar pelajar. 

Masa nilah, pengalaman membuat nota pengajaran untuk 7 subjek sepanjang 6 tahun mengajar tersangatlah membantu. Daripada 7 subjek ni bukan semuanya main area cik Z ya. Walaupun kemahiran utama cik Z ialah Applied Statistics, dulu2 cik Z selalu je diamanahkan mengajar subjek lain yang ramai pensyarah tak nak ajar seperti Basic Mathematics dan kalkulus sebabnya remeh dan leceh lebih2 lagi bila yang diajar tu tak pernah ambil subjek add math di sekolah dulu. Cik Z juga pernah diamanahkan mengajar subjek Discrete Structure and Application hanya kerana cik Z pernah mengambil subjek computer programming semasa di peringkat degree serta berpengalaman mengajar pelajar dari fakulti komputer.  

Sebenarnya ada bagusnya juga bila kita mulakan research dengan zero knowledge. Oleh sebab kita tak tahu apa2 jadinya secara automatik kita akan lebih rajin dan serius. Apa yang cik Z buat ialah cuba bayangkan yang ini ialah subjek baru yang bakal kita ajar kepada orang lain. Dan bila namanya nak mengajar orang sudah pastilah kita kena tahu banyak perkara dan pastilah kita tak kan buat sambil lewa kan. Jadi semua perkara walau sekecil manapun menjadi penting untuk dibaca dan dicatat. 

Oh ya bercerita tentang computer programming, sepanjang 2 tahun ini sebenarnya hampir 60% masa yang ada digunakan untuk menulis programming code dan membuat simulation study. Jadi ada 2 perkara yang selalu bermain di fikiran cik Z. Pertamanya, cik Z rasa sangat terhutang budi dan berterimakasih dengan Prof Shah yang pernah mengajar cik Z dan rakan2 subjek programming C dan C++ semasa undergraduate dulu. Kalau bukan kerana ketegasan dan kehebatan beliau belum tentu cik Z masih boleh mengingat dan menulis code programming sehingga ke hari ini. Bayangkanlah setiap minggu kami dibekalkan dengan satu tugasan programming yang berbentuk mathematical selama 10 minggu berturut2. tapi kalau nak tahu markahnya hanyalah 1% bagi setiap tugasan. Kenangan tak tidur malam menulis code masih terbayang2. Keduanya, secara kebetulan dalam subjek Discrete Structure and Application, pelajar akan diajar bagaimana memahami code programming baris demi baris serta bagaimana menukarkan masalah kepada code. Jadinya cik Z rasa memang telah ditakdirkan Allah bila cik Z mengajar subjek ini secara automatiknya masa buat PhD ni cik Z selalu aplikasikan apa yang pernah cik Z ajar kepada student sebelum ni. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

2. Pengalaman membuat dan merangka subject planning pula sangat membantu ketika cik Z membuat thesis outline dan research planning. Dulu2 masa mengajar, subject planning ni memang perkara asas paling penting yang mesti diikut atau sekurang2nya kena disesuaikan dengan objective pengajaran, perjalanan kelas dan semester. Mungkin juga dah jadi habit, jadi bila buat research planning pun secara automatik cik Z akan selalu je update dan refer. Jadinya Alhamdulillah sehingga kini cik Z masih lagi berada di landasan yang betul. Ya sememangnya ada pertukaran serba sedikit thesis outline dari masa ke semasa tapi sekurang2nya kita sentiasa beringat yang kita mesti siapkannya dalam satu tempoh tertentu. 

Dua tahun dulu semasa pertama kali berjumpa sv selepas mendaftar, kedua2 sv cik Z mengingatkan yang kita kena aim yang research ini mesti disiapkan dalam tempoh 2 tahun. Jadinya seboleh mungkin, research planning yang dibuat adalah dalam range 2 tahun. Kini selepas 2 tahun berlalu barulah cik Z faham apa yang cuba sv cik Z sampaikan. Kenapa kita kena aim masa yang singkat. Sebabnya bila kita buat research ada banyak variable yang kita tak nampak dan tak pasti yang akhirnya nanti akan melambatkan atau menyebabkan banyak masa kita terbuang. Jadinya seboleh mungkin untuk topik2 awal yang lebih mudah tu cuba siapkan lebih cepat berbanding masa yang kita peruntukkan. Kalau nak thau untuk topik yang cik Z tengah buat sekarang ni dah setahun dah cik Z spend time untuk dia berbanding ikut perancangan awal 6 bulan aje. Nasib baiklah kita ada extra 1 year kan dari masa asal yang kita rancang 2 tahun dulu tu.

3. Pengalaman menulis modul pengajaran dan buku pula membantu bila cik Z nak menulis thesis dan memilih tajuk/topik yang perlu ditulis/dimasukkan dalam setiap bab. Mungkin sebab dah selalu sangat menaip equation masa dulu2 jadinya sekarang ni bila nak taip equation tu macam laju lah sikit. Cuma macam biasalah yang jadi lambat tu bila nak pikir ayat/perkataan apa paling sesuai untuk ditulis nak bagi examiner faham ni.

4. Pengalaman membuat power point slide untuk 7 modul pengajaran pun membantu juga. Jadinya bila sesekali kena buat slide presentation, cik Z tahu dah apa yang perlu dihightlightkan dan tak der la terkial2 sangat nak membuatnya.


Selain tu kalau ada yang bertanya mana lebih stress? Kerja ke belajar? Jawapannya sama je kot. Bezanya masa sambung belajar ni kalau nak hilangkan stress sekurang2nya kita boleh cuti bila2 masa yang kita suka. Ataupun masa weekdays tu pergi je lah window shopping kat mana2 yang berkenan. Itu je lah kot. Tak de sape pun nak marah. Yang penting kerja mesti jalan ya. Bila masa nak buat tu ikut suka la. Janji buat.

Dalam entri ini juga cik Z nak kongsikan beberapa tips untuk rakan2 semua. Mana2 yang rasa bersesuaian tu bolehlah diikut.

1. Komitmen itu penting. Cari masa dan tempat paling selesa untuk kita buat kerja2 research. Bila sesekali rasa malas, cik Z selalu mengingatkan diri yang cik Z ni sambung belajar menggunakan wang orang lain. Ya wang biasiswa yang diperuntukkan oleh KPT yang diambil hasil titik peluh orang lain. Jadi ada satu rasa tanggungjawab kat situ. Lagipun bukan senang nak dapat hadiah cuti belajar ni, so bila dah dapat baiklah digunakan sebaik2nya semoga tak menyesal nanti. 

My workplace.

2. Sentiasalah berfikiran positif. Jangan cepat putus asa. Dah nama pun research sudah tentulah kena ulang2 selalu kan. Ungkapan "You can do it" kalau kita cakap hari2 kat dalam hati Insyaallah akan meningkatkan lagi motivasi diri.  Kaedah try and error memang sangat2 membantu. Idea akan datang kalau kita tak henti2 mencuba dan berani berfikir di luar kotak. Contoh terbaru dalam kes cik Z, hanya selepas 3 minggu mencuba tanpa henti barulah cik Z dapat cari kaedah untuk dapatkan expected length yang comparable dengan method sedia ada. Ya memang stress tapi kena kuat semangat la ye. Lagipun cik Z bukan genius, so kalau tak rajin berusaha manalah nak berjaya kan.

3. Jangan terlalu ambitious atau berharap kita akan dapat result yang best atau hasil kajian yang bagus2 je. Always expect the worst case scenario dan bersedia dengan pelan idea yang lain sekiranya apa yang kita rancang/buat tak berjaya. 

4. Cepat2 tulis apa saja perkara/idea yang terlintas difikiran. Kadang2 satu masalah yang besar boleh diselesaikan dengan hanya menukar satu nilai tertentu pada satu parameter. Tiada istilah idea cikai atau bodoh. Selagi boleh cuba, cuba je lah. 

5. Walau sesibuk manapun kita, kalau ada rakan2 yang minta tolong berkenaan research, luangkan sedikit masa untuk membantu atau sekurang2nya mendengar. Mudah2an sedikit masa yang kita luangkan dan ilmu yang kita kongsikan itu Allah pulangkan dengan pertolongan yang memudahkan perjalanan PhD kita pula.

6. Kalau ada masalah berkenaan research, jangan simpan. Kongsikan dengan orang lain seperti rakan2 sebilk di uni dan juga jangan lupa jumpa sv cepat2. Kalau simpan nanti lama2 jadi makin besar pula masalahnya. Nanti makin stress pula jadinya. Kadang2 bila kita tengah bercerita dengan orang lain tu lah idea baru datang. Seolah2nya kita tengah buat brainstorming.

7. Pastikan sentiasa cuba dulu model/approach/method yang kita bangunkan/propose dengan beberapa real data set sebelum kita uji/test menggunakan simulation study. Kalau kita buat macam ni kita akan dapat idea atau tanggapan awal apa yang bakal kita dapat dalam simulation result nanti. Jadinya tak de la kita terkejut kalau2 resultnya tak memberansangkan. Lagipun dalam peringkat ini kita masih boleh cuba tukar apa2 yang patut. Tapi kan adakalanya dah buat macam ni pun masih juga kena ulang semula simulation study. Contohnya dalam kes cik Z sendiri, Ada satu topik ni masa mula2 buat setahun yang dulu memang dapat result yang agak memberansangkan dan comparable dengan method sedia ada. Selepas setahun semasa topik yang baru sedang dalam proses penambahbaikan, cik Z jumpa satu lagi nilai parameter yang lebih bagus untuk model tersebut dan dengan curiousnya cik Z pun cubalah kaedah yang baru ni kat topik yang dah siap tu. Bila test je, wah terkejutnya cik Z bila tengok result yang baru dapat ni rupa2nya lebih bagus daripada yang dapat sebelum ni. So terpaksalah kita run semula simulation study yang dah siap tu. dah la masa buat dulu 3 bulan baru siap. Hu hu bertabah je la ye. 

8. Lagi satu, kena juga rajin2 tanya orang lain berapa lama tempoh masa yang diambil untuk siapkan sesuatu topik ataupun untuk capai objektif tertentu dalam research kita. Bermaksud kita kena juga ambil tahu apa yang orang lain sekitar kita dah buat dan cuba sesuaikan dengan apa yang kita tengah buat. Contohnya, seorang kawan cik Z membangunkan satu model A dan membuat simulation study tertentu yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Model B yang ingin dibangunkan oleh cik Z pula lebih kompleks berbanding model A, jadi secara logik akalnya masa yang diperlukan untuk cik Z siapkan simulation studynya nanti sudah tentulah lebih lama kan? Itu belum lagi kita ambil kira tempoh kecederaan ataupun tempoh membangunkan model dan sifat2nya kan. Bila kita ada idea tentang tempoh masa ini, makanya kita boleh buat perancangan masa yang lebih baik dan cuba sesuaikan dengna thesis planning kita. 

9. Multitasking. Sementara nak tunggu simulation study, luangkan sedikit masa tulis atau draft kan theoritical part of that topic dalam bentuk thesis. Kaedah ini sangat membantu kita mengenalpasti ruang2 kosong yang masih belum disentuh atau terlepas pandang sebelum ini. Secara tak langsung, kita dapat menambahbaik research kita. Tapi kan kalau masa nak tulis code programming ataupun membuat testingnya janganla pulak kita terlebih rajin pi baca journal ke apa masa menunggu tu, boleh pecah kepala dibuatnya nanti.  

10. Think like examiner. Maksudnya kat sini cuba bayangkan kalau kitalah yang jadi penilai thesis kita apa agaknya yang kita harap atau apa yang kita nak tengok. Sebagai contoh, adakah objektif kita telah tercapai? Kalau tercapai, bagaimana kita buktikan yang ianya dah tercapai? Kalau kita buat model/method baru, adakah model yang kita bangunkan itu benar2 bagus atau setara dengan yang sedia ada. Atau apa justifikasi yang kita gunakan untuk mengatakan yang result kita ni sangat bagus dan efision. Ya memang kita tak kan tahu apa yang akan bermain difikiran examiner kita nanti tapi sekurang2nya kita telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Tak rugi kan.

11. Sediakan back up file sekerap yang mungkin. 

12. Senarai semak kerja. Update selalu.


13. Berhenti mencari alasan. Yang nak dapatkan PhD ni ialah diri kita sendiri bukan orang lain.  90% daripadanya datang dari usaha dan kekuatan diri kita sendiri. Kalau kita tak tunjukkan usaha, tak de siapa yang nak tolong atau nampak usaha kita.


Wahh panjang berjela plak karangan cik Z hari ni. Kalaulah nak menulis thesis pun macam ni punya banyak ideanya kan bagus kan he he. Tapi apapun, selamat berjuang buat semua rakan2 yang sedang mencari ilmu. InsyaAllah jumpa lagi di ruang yang lain pula. Wassalam.




3 comments:

  1. cik z.. nice entry. semoga sy dpt ikut jejak langkah cik z. See u at the top! hehe..

    ReplyDelete
  2. yup....200% agree with nora...hope, boleh jadi mcm you juga cik Z...InshaAllah...

    ReplyDelete
  3. done follow sini no. 10
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete