Summer Trip Europe DAY 2 Part 2: London [Big Ben (A) - Trafalgar Square (B) - Covent Garden Market (C) - Covent Garden Underground Station (D) - Tower Hill Station - Tower of London]
Jumaat, 7 Jun 2013. Puas bersantai di sekitar Westminster Abbey dan House of Parliament, kami meneruskan lagi senaman kaki, kali ini menuju ke Trafalgar Square di Charing Cross. Tengok map sekali lalu, konfiden. Nampaknya senang jer ni nak cari. Jalan terus je sampailah kat Trafalgar Square tu nanti. Jaraknya sekitar 800 meter. Melintasi menara jam besar Big Ben, kedengaran suara loceng berbunyi nyaring. Mendongak ke atas jarum jam menunjukkan tepat pukul 11.30 pagi. Ha ha yg kelakarnya perut kami pun dah mula bunyi2 juga. Aim kami, cari makan kat Charing Cross nanti. Harap bersabar ya perutku.
Jalan raya menuju ke Charing Cross ni agak sibuk trafiknya. Bas merah dua tingkat bersusun menanti penumpang. Ralit kami memerhati kiri dan kanan jalan mencari sudut menarik untuk diabadikan sebagai kenangan. Lupa kejap perut yg lapar. Kat sepanjang jalan ni kami jumpa beberapa patung/tugu/monumen yang di bina khas untuk memperingati tokoh sejarawan/perang Britain.
Menghampiri Charing
Cross, keadaan trafik nampaknya makin sibuk. Kami juga menemui beberapa
kumpulan kanak2 sekolah yg datang membuat lawatan sambil belajar. Oh
comel2 belaka. Akhirnya sampailah kami kat penghujung jalan yg ada roundabout besar. Tengok je ke depan dah nampak dah Trafalgar Square dan National Gallery tersergam kat situ. Tengok jam, 12 tghr. Alhamdulillah tak rasa penat pun. Nak melintas jalan ke Trafalgar Square ni memang mencabar minda sebab sesak dgn umat manusia tempat ni. Nasibla ada traffic light.
Tengah
sibuk2 nak melintas tu tetiba kami terperasan ada bendera Malaysia kat
belah kiri jalan betul2 berhadapan dengan Trafalgar Square. Melintas kat
depan bangunan tu, rupa2nya ada Tourism Malaysia Truly Asia kat
bangunan ni. Wahh... giler la kan. Entah berapa sewa bulanan bangunan
dengan lokasi strategik ni ya. Kalau nak tahu, ada satu exit ke Charing
Cross Underground Station, betul2 terletak kat depan bangunan ni.
Seterusnya jom kita lihat apa yg ada di sekitar Trafalgar Square yg menjadi tumpuan pelancong ni ya. Memang syok melepak kat sini sebenarnya. Buat lah apa saja aktiviti santai yg dirasakan menarik. Kami perhatikan, ramai gak pengunjung yang berkelah sambil makan2 kat sini. Art performance pun ada gak. Memang cool la tempat ni. Tapi kan kalau winter season, ada ker orang nak melepak kat sini yer? Kemudahan tandas awam pun ada gak, jadinya kalau nak melepak lama2 kat sini memang tak jadi masalah la rasanya.
National Gallery
Jika anda punya banyak masa, jangan lepaskan peluang untuk masuk ke dalam Bangunan National
Gallery dan National Portrait Gallery ya. Masuknya Free of Charge je
pun. Kami tengok kat luar je la. Serius seronok melepak kat sini.
View dari National Gallery
Sekumpulan kanak2 sekolah berkelah makan tengahari
National Portrait Gallery
Puas lepak2, seterusnya kena la layan perut pulak kan. Episod jalan jalan cari makan pun bermula. Dari National Gallery, kami melintasi National Portrait Gallery dan mencari arah ke Covent Garden. Kat kawasan belakang National Gallery ni rupanya penuh dengan bangunan2 kedai dan juga restaurant pelbagai jenis. Tapi yg paling banyaknya restaurant fish and chips la. Mata kami melilau mencari kedai makanan halal. Alhamdulillah jumpa pun. Tapi maaf la yer lupa nak snap nama dan rupa bentuk kedai. Yang pasti pemiliknya orang Turki. Dah sampai London tak kan nak makan kebab kan, so kami pilih menu english hari ni. Apa lagi kalau bukan set fish and chips serta burger king size. Harganya 11GBP 1 set beserta orange juice. Sila jangan convert ke RM ya.
Set Fish and chips
Set Burger daging
Perut dah kenyang, masa untuk mencari cenderamata kenang-kenangan pula. sambung lagi berjalan cari arah ke Covent Garden Market. Menariknya, semakin jauh kita berjalan menghampiri Covent Garden Area, semakin banyak persembahan seni jalanan yg dapat kita jumpa dan lihat. Ada macam2 cara yg diorang gunakan untuk tarik perhatian porang ramai. Ada yg pakai kostum pelik2, ada yg bermain silap mata, ada juga yg mnyanyi dan bermain alat musik. Serius cool la tempat ni. Oh ya high end restaurant dan branded item shop pun banyak juga.
Covent Garden Market
Akhirnya sampailah kami ke Covent Garden Market. Dalam market ni ada macam2 cenderamata yg boleh dicari dari harga serendah GBP1. Cik Z cuma beli FM jer. Harganya GBP5 untuk 4 FM.
Keadaan Underground Station.
Dah
puas cuci mata dan meronda, kami pun berjalan ke Covent Garden
Underground Station pula. Destinasi kami yg seterusnya ni ialah Tower of London.
Memang tak mungkin nak berjalan kaki dari Covent Garden. Kalau tak
silap kami tukar train sebanyak 2 kali dan akhirnya turun di Tower Hill
Station. Dari Tower Hill Station kena jalan kaki kira2 10 minit barulah sampai di Tower of London.
View dari Tower Hill Station. Kena lalu laluan terowong yg kat bawah tu untuk sampai ke Tower of London yg kat belakang sana tu.
Hujan gerimis menyambut kami di Tower of London. Kami lepak2 kat bahagian luar ni jer sebenarnya. Tak masuk ke dalamnya pun. Tapi jangan risau masih boleh snap beberapa keping gambar yg menarik. Okay jom kita tengok apa yg ada di sekitar Tower of London ni.
Sedap sangat ice cream ni. Harganya GBP1.
Puas melepak kat sini, kami terus ambil keputusan balik ke hostel. Nampaknya kaki dah tak larat nak melangkah lagi dah. Lagipun gerimisnya makin lebat plak. Nak balik ke hostel, kami naik train juga dari Tower Hill Station ke Hammersmith.
Berakhir sudah one day trip kami di London. Untuk mereka yg sukakan cabaran serta rajin berjalan kaki bolehlah ikut cara dan route yg kami cadangkan ini. Secara kasarnya kami telah berjalan kaki sekitar 4-5 km sepanjang hari ini sahaja. Wah kalau hari2 macam ni boleh kuruslah jawabnya kan. Kalau ada banyak masa mungkin boleh cuba naik bas hop on off kot. Untuk trip di London ni kami hanya keluarkan duit untuk hostel, makan, cenderamata, dan Oyster Card sahaja. Semuanya sekitar GBP95 sahaja. Ini saja untuk kali ini. Jumpa lagi dalam Summer Trip Europe DAY 3 Part 1: London-Paris selepas ini.
No comments:
Post a Comment