Saturday 14 December 2013

Bila Prof Tamu datang

Kali ni cik Z nak kongsikan kisah Prof Tamu kami yang datang dari Pakistan. Prof Hanif namanya. Prof Hanif ni orangnya sangat kritikal+punctual+agak cerewet+detail. Jadinya bila kami semua dapat tahu dia akan datang lagi ke Uni kami bulan Disember ni, wah semua dah start rasa seram+cemas. Almost everyone among us ada sedikit pengalaman menakutkan dengan Prof Hanif. "takut" sebab kami semua pernah buat salah dengan dia dan kena tegur he he. Oh ya lupa nak bagitahu yg Prof ni dah beberapa kali datang ke Uni kami.  Yang bagusnya Prof ni walau dah berumur 77 tahun tapi ingatan dia kuat. Dia memang ingatla muka2 kami semua ni termasuk nama panggilan. Dan selalunya dia layan kami ni macam anak2 dia jer.

Macam cik Z ni biasanya dia akan panggil Double Siti sebab ada 2 orang pangkal namanya Siti kat group kami. Ini pengalaman kali ke-3 cik Z bertemu Prof Hanif. Kalau nak tahu pertama kali jumpa kat JB September 2012, cik Z dah pun kena marah dengan dia hu hu.  Kisahnya, ada sedikit miscomunication antara Prof, cik Z dan SV. Masa ni kami semua attend International Conference kat JB.

Prof pulak dia dah datang seminggu kat KL dan dah jumpa semua student postgraduate lain dalam group kami utk discussion. Yang belum jumpa memang tinggal Cik Z ajer sebab conference tu tarikhnya betul2 lepas raya, jadinya cik Z tak balik KL terus. Kat JB, SV dah set kan masa yg sesuai utk jumpa Prof dan discuss tentang research iaitu hari kedua selepas slot keynote speaker. Nak dijadikan cerita, slot tu habis lewat plak dan kami tak tahu yg Prof ni dah tunggu kat luar. Bila keluar jer apa lagi...faham2 je la kan. Ha ha kelakar plak bila ingat2kan balik. Such a huge lesson learn. 

Kali ke-2 jumpa kat Qatar Disember 2012 masa attend ICCS-12. Bila jumpa kat Qatar, rasa agak berbeza sebab masa tu SV kami tak ikut sekali. Jadinya Prof ni banyak gak bantu kami, maybe kecian kot kami terkontang-kanting. Tapi rasa takut+seram masih ada la kan.

Tahun ini, Prof akan berada di Uni kami selama sebulan. Jadinya awal2 lagi SV kami dah pesan kat semua orang, jangan beli tiket utk melancong ke mana2. Wah... nampak sangatlah semua student dalam group kami ni suka jalan kan he he.  SV kami pun nampaknya terpaksa berkorban sama. Dah la cuti sekolah. Kiranya semua orang kena berada dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga. Ala2 "Ops Prof Tamu" la ni namanya.

Minggu lepas Prof dah pun sampai. Jadual Prof kat sini memang padat. Hari2 ada individual meeting dengan kami semua. Oleh sebab Prof duduk kat Hotel di luar Uni, jadinya kami semua ni kena makesure jemput dan hantar Prof pergi balik Hotel ikut jadual dan temankan Prof beli makanan. Ada juga yg kadang2 kena jugak teman Prof buat beberapa urusan rasmi di chancellori dan bank, serta jalan2 ke shopping complex. O ya Prof ni agak cerewet dalam hal makan dan minum. Dia hanya suka minum air teh O tanpa gula atau air mineral. Jadinya memang wajibla kena belikan air ni utk Prof.  Kalau makan plak dia nak beli makanan Pakistan dan bungkus bawak balik hotel utk makan sama2 wife dia. Nasib baiklah kat Uni ni ada makanan tu.

Untuk minggu pertama, Prof banyak kena urusan official lain jadi tak ada banyak free time utk individual meeting dengan postgraduate student. Cuma sorang je yg ada terselit dalam jadual sebab dia dah siap full thesis. Untuk berlaku adil bagi minggu kedua dan ketiga ni, sebelum SV kami buat jadual individual meeting, SV tanya dulu tarikh/hari yg kita prefer.  Prof Hanif request utk tengok something dalam bentuk thesis/chapter supaya senang dia nak beri komen. Most dalam group kami ni dalam writing process ataupun dah siap research. Dan diorang kalau boleh nak lambat2 sikit sebab nak get ready kan. Macam cik Z ni research masih ongoing dan bila tanya SV, katanya tunjuk thesis outline je cukup. Jadi dengan konfidennya cik Z pun menawarkan diri utk jumpa awal, hari Selasa.

Minggu kedua pun bermula. Pagi Isnin, tetiba SV datang cari dan bagitahu Prof tak nak la kalau tengok thesis outline je. Dia nak tengok objective, chapter 1, result, chapter yg dah siap jugak walaupun research belum selesai. Dan kalau boleh dia nak printed version sehari sebelum atau lebih tepat lagi hari ni sebelum pukul 12 sebab pukul 12 ni dia dah nak balik hotel. Wahh mau tak terkejut kan... Masa tu dah pukul 11 pagi. 

Mujur sangatlah cik Z memang dah ada chapter yg dah ditulis, cumanya fresh from oven la ya. Bayangkan SV pun tak pernah tengok lagi ni. Makanya dengan berat hati bagi je lah apa yg ada. Chapter 1 memang tak ada sebab thesis outline baru je tukar so tak sempat nak buat cerita yg baru lagi. Yang ada cuma objective, outline dan chapters yg researchnya dah siap. Kira memang first draft la ni.

Kalau ikut jadual, cik Z kena jemput Prof tepat jam 9.30 pagi kat Hotel. Petang Isnin cik Z pun call Prof untuk pengesahan. Oleh sebab area rumah cik Z ni suka jem, jadi cik Z agak risau terlambat sampai. Lagipun baru je dapat info dari student yg dia jumpa pagi tadi, Prof sangat punctual dan dia lambat 3 minit je pun dah kena tegur. Hu hu seram kan. Masa call tu cik Z try nego dengan dia dan inform ada kemungkinan akan sampai lambat sikit sebab traffic jem kan. So dia kata dia bagi masa antara 9.30-10am.

Pagi Selasa cik Z dah tak senang duduk. In fact, dari malam dah tak lena tidur. Takut terlambat.  Keluar rumah lebih awal dari biasa. Tak sangka sampai kat lobi hotel betul2 jam 9.30. Oh super lega. Tapi bila call Prof, dia plak yg terkejut dan kata bukan ke cik Z kata pukul 10? Uihh confuse kejap.  Tapi tak pe la kan kita yg menunggu. Kat area lobi tak de parking makanya terpaksalah pusing2 4-5 kali kat situ sampai Prof turun.

Masuk je kereta, Prof terus jer mula bagi beberapa komen tentang chapters yg cik Z bagi semalam sambil tanya beberapa soalan. Wah seram kan. Macam mana nak fokus ni. Telinga kena fokus betul2 apa yg Prof cakap, nak kena translate dalam kepala plak kan. Mata plak nak kena fokus ke jalan. Dalam hati dah dub dab dub dab risau takut tersilap respon. Masalahnya jalan nak ke Uni tu bukan tegak je banyak simpang nak kena belok2 dengan traffic light, kereta banyak lagi. Akhirnya kan cik Z dah tak mampu bertahan, tak boleh nak fokus dah. Terpaksa lah say sorry to Prof, tak boleh dengar dengan jelas apa yg dia tanya. Memang pengakuan berani mati ni. Tapi nasiblah Prof tetiba macam sedar dan dia pun cakap sorry gak dan kita sambung kat Uni nanti. Uihh lega.

Maka bermulalah discussion kami. Prof Hanif mamang sangat kritikal. Within one day tu rupanya dia dah habis baca semua chapters yg cik Z bagi. Kalau tengok printed paper tu memang penuh la conteng sana sini. Its expected tapi tetap rasa sesuatu kan. Tapi yg bagusnya dia akan terangkan apa yg salah dan bagi idea cara yg terbaik atau betul.

Cumanya sebelum dia bagi idea dia akan tanya atau suruh kita terangkan dulu apa yg kita cuba sampaikan. Kalau dia tak puas hati dengan penerangan kita, dia akan suruh terangkan sampai dia faham. Lagi satu kalau dia tengah cakap, tanya atau terangkan sesuatu baiklah dengar sampai habis dan fahamkan betul2.  Sebabnya dia suka tanya dari mana kita dapat sesuatu equation ni ataupun kenapa kita kata apa yg kita buat tu bagus.  Yang ni memang menakutkan. Rasa macam sel2 dalam otak bekerja lebih keras dari biasa. Ada satu chapter tu memang habis kena ketuk. Redha je la.

Ada beberapa perkara baru yg cik Z belajar hari ni berkaitan penulisan thesis dan bagaimana nak tarik perhatian examiner. Antaranya:

1. Tajuk thesis dan tajuk setiap chapter mesti eye catching serta menggambarkan contribution yg kita dah buat. Kalau ada perkataan "New ..." tu lebih baik. 

2. Janganlah anggap Examiner akan baca semua benda yg kita tulis dari chapter 1 hinggalah ke akhirnya. A-Z ikut turutan. Kekadang dia lompat2 jer. Bagi setiap sub-topik/chapter kena pastikan apa yg kita tulis tu ada penerangan atau reference yg lengkap. Contohnya, "equation 3.5 is derived from equation 2.4". Dan kena bagi tahu jugak macammana kita dapat sesuatu perkara tu. Jangan main letak je macam ni, "Suppose ..." Kena bagitahu kenapa dan bagaimana. Yg ni memang kesilapan yg Cik Z selalu buat. Banyak kali ok kena tegur sampai rasa malu sangat. Contohnya bila Prof tanya macammana dapat ini/itu cik Z cakaplah dari chapter 3. Jumpa part lain lagi sekali jawapan yg sama dari chapter 3 juga.  Sampai Prof terkeluar banyak kali ayat ni, " Listen here my daughter, u can't do that, u should..." Aduh mesti dia rasa budak ni tak faham2 ke..eee malunya.

3. Pastikan kita faham sepenuhnya apa yg kita buat dan tahu A-Z apa yg kita tulis. Kalau kita sendiri pun rasa susah nak faham apa yg kita tulis apatah lagi examiner. Bayangkan yg examiner ni tak tahu apa2, jadi kita mesti fikirkan cara penulisan terbaik yg boleh buat examiner faham apa yg kita buat. Ada beberapa kali gak cik Z terkena dengan Prof pasal ni. Dia suruh tunjukkan dari mana cik Z dapat satu equation ni, sekali cik Z cari2 tak jumpa, ..ee malu lagi. Sebenarnya cik Z kan tak sempat nak tengok balik betul2 chapters yg tunjuk kat Prof ni ye lah kan ke tetiba je kena bagi kat dia. Ada pulak kerja yg dah ditaip setahun yg lalu, mana nak ingat kan. Seriusly kena asah ingatan bab ni.

4. Tulis/letak perkara yg perlu/penting/digunakan sahaja. Setiap apa yg ditulis mestilah ada sebabnya. 

5. Contribution kena jelas. Kalau result yg kita dapat sama dengan method sedia ada tak pa asalkan ada contribution factor yg kita boleh highlight seperti masa yg lebih baik/singkat ataupun formula yg digunakan lebih mudah/ringkas. Kalau tak de contribution factor ni memang akan bermasalah la kita nanti. Ada satu topik yg cik Z bermasalah tentang ini, dan Prof pun berulangkali tekankan soalan ni, "What ur contribution here?, Can u sell ur work?" Aduhh seram sangat. Oh what should I do? Speechless ok.

Lama juga kami punya discussion. 2 jam nonstop. Puhh macam ambik exam. Sepatutnya lepas personal discussion pastu ada joint discussion dengan SV. Tapi hari ni SV mintak tolong hantarkan Prof buat beberapa urusan kat chancellori dulu. Lepas tu baru jumpa SV. Masa joint discussion ni Prof highlightkan semula beberapa point yg perlu di tambah baik. Pastu ada plak dia tanya satu lagi topik yg tengah buat ni bila boleh siap, kalau boleh dia nak tengok sebelum balik. Ha ha kami gelak je sebab memang tak mungkin boleh siap sebab baru je buat literature review dan tak sempat lagi nak betul2 buat topik tu. 

Lepas tu kan tetiba plak dia suruh cik Z tunggu kat luar sebab dia nak further discuss something personally dengan SV. Oh terkejut cik Z. Macam VIVA la plak. Adalah dalam 10 minit kot. O dah tak larat nak berdebar. Masa tu jam dah 1 lebih. Kesian wife prof dah kelaparan tunggu kat hotel agaknya so cik Z pun cepat2 hantar Prof beli makanan kat satu fakulti ni. Kat sini ada jual roti nan kegemaran Prof. 

Masa dia beli tu cik Z perasan yg dia bercakap satu language yg pelik dan lain. Then cik Z tanya la dia cakap bahasa apa kan. Rupa2nya dia cakap bahasa urdu dan penjual roti nan tu orang Pakistan. Oh Malaysia ku.  Tak pernah sangka penjual ni orang Pakistan sebab dia fasih jer cakap melayu. Pastu kan tiba2 Prof panggil cik Z dia cakap org yg jual ni nak explain something. So cik Z pun beria2 la dengar. Sekali tu cik Z pening sebab tak faham satu patah pun yg org tu cakap.  Agaknya bile nampak muka cik Z dah berkerut2, barulah dia tanya cik Z, "Eh u orang Melayu ke?" La, dia ingat cik Z ni orang Pakistan ker? Sungguhla peliknya. Ada muka Pakistan ke cik Z ni? Muka jawa ada la ha ha. Aduh.. Memang lawak antarabangsa la ni.

Rupa2nya penjual tu nak pesan yg dia dah tak jual lagi kat situ starting minggu depan dan dia suruh pi satu tempat yg lain. Nak balik Pakistan katanya. He he apa2 la kan. Bila citer balik kisah ni kat kawan segroup research semua pakat gelak tak hingat dunia. Kelakar sangat ok.

Ada satu lagi lesson learn yg cik Z dapat hari ni iaitu adakalanya kita kena puji seseorang untuk menaikkan motivasi dia. Contohnya, masa perjalanan balik ke hotel tu, tetiba Prof cakap macam ni kat cik Z. "Congratulations. You did very well. I know u work very hard day and night. Keep it up. Make sure u can graduate next year. Be a good PhD holder, back to work and buy new car" Tak tahu nak respon apa, sebab baru je tadi dia komen macam2 kan. Kiranya yg ni betul2 pujian ke apa ye? Apapun cik Z ambilnya secara positif. Maybe ini cara dia untuk naikkan motivasi kita. Lagipun kalau nak tahu dia keep on mention nama kawan kitorang yg dah siap thesis tu sebab dia siapkannya dalam masa 4 semester jer. Oh memang kami tak terlawan la.

Lepas hantar Prof, cik Z terus balik rumah. Oh rasa badan penat giler. Mungkin jugak sebab otak pun penat sekali. Ada lagi 2 minggu sebelum Prof balik ke Pakistan. Walaupun individual meeting cik Z dah pun lepas tapi masih ada lagi beberapa event yg kami kena datang seperti Research Talk dan Group Lunch. Kena sentiasa bersedia kat Uni sebab kekadang ada je unexpected event yg kami kena entertain utk Prof. Selama ni cik Z tak pernah tahu pun gini rupanya kalau ada Prof Tamu datang. Maklum lah tak pernah terlibat secara langsung.

Sekali lagi cik Z buat entri tak sedar diri panjang berjela ni. Terima kasih la kepada sesiapa yg sudi membaca hingga ke akhirnya. Harap2nya dapatlah sambung entri tentang trip ke Istanbul sebelum berakhirnya Disember ni.  Okaylah jumpa lagi. Wassalam.


3 comments:

  1. Cik Z patut habis phd bulan berapa tahun depan? cuak ah baca cerita cik z ni. lawak pun ada. hihi.. keep updating your blog ok. suka baca. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal September 2014 sepatutnya Insyaallah. Awak pun lebih kurang sama kan?

      Delete
    2. aah. in sya Allah blh grad on time kalau ada rezeki. skg dlm tempoh struggle yg amat sgt. doakan sy kak :)

      Delete