Friday 6 December 2013

December blues

Minggu pertama Disember 2013 dah pun berakhir.  Oh I need a break. A real break.  Serius otak rasa crammed. Badan pun penat. Rasa-rasanya lah sejak September lalu, cik Z dah gunakan terlalu banyak otak dan tenaga untuk macam2 perkara. Dari personal life, Phd ke family. Too many things happen. Dalam tempoh 3 bulan  ni jugak rasanya ada 5-6 kali ulang alik KL-Johor. Bila penat dan tak cukup rehat penyakit pun cepat datang. Demam pun rasanya 2-3 kali jugak. Kali terakhir kena demam-batuk-selsema, 2 minggu lepas.  Musim hujan ni pulak selalu terperangkap dalam jem dan selalu kelam kelibut balik rumah mengelakkan hujan lebat. Sangat menguji kesabaran.

Sepanjang September-October lalu cik Z sibuk menghabiskan research utk topic confidence interval serta mencari idea untuk topik baru. Agak stressfull sebab masa yg tinggal kurang 1 tahun utk tempoh cuti  belajar habis. SV pulak bagi kebebasan untuk pilih antara 2 topik iaitu missing value atau outlier detection serta kena pastikan boleh siapkan topik  ni dalam masa 3 bulan sahaja. Pening memikirkan topik mana nak dipilih. Susah okay. Seolah2 berada di penghujung jalan nak pilih kiri atau kanan. Kedua2nya pun ada pro and cons. Kedua2nya pun tak tahu apa pengakhirannya. Boleh buat ke tak boleh buat. Kedua2nya pun kena mula dari zero. Tak kan nak kena baca dua2 topik dulu pastu baru pilih kan?

Akhirnya apa yg cik Z buat ialah tanya pendapat org lain yg dah pernah buat kedua2 topik ini. Antara 2 topik ni nampaknya hanya outlier detection jer yg kelihatan macam boleh diselesaikan dalam tempoh minimum 3 bulan. Lagipun cik Z fikir, mungkin untuk topik ni cik Z akan lebih cepat faham berbanding topik missing values sebab kebetulannya masa master dulu cik Z buat topik Multiple Outlier Detection for Linear Regression Model.

Macam yg cik Z ceritakan dalam entry sebelum ini di sini, penambahan topik baru ini menyebabkan thesis outline cik Z berubah sama sekali. Kalau nak tahu tajuknya pun berubah. Bila outline berubah bermakna keseluruhan cerita dalam thesis turut berubah.

Bila dah pilih topik baru masalah lain plak muncul. Sebenarnya topik outlier detection utk circular data ni dah terlalu banyak disentuh oleh researcher lain. Ada 2-3 kaedah yg diorang ulang2 guna kat model2 berlainan. Jadi SV request utk cari satu kaedah baru yg lain. Caranya kena screen mana2 kaedah dalam linear model yg mungkin bersesuaian utk circular model. Bermakna kat sini cik Z ada double triple kerja nak kena buat.

1. review semua research2 berkaitan outlier detection utk circular data/model.
2. senaraikan kaedah2 yg dah sedia ada.
3. review sebanyak mana yg boleh research2 berkaitan outlier detection utk linear data/model.
4. pilih kaedah baru yg sesuai.
5. mulakan pembangunan kaedah baru utk circular model (theory, simulation study, analysis, application)

Awal November lalu cik Z dah mula mencari bahan untuk topik baru ni.  Oh sangat mencabar. Untuk perkara 1 dan 2 je cik Z spend dalam 2 minggu. Dah macam robot jadinya. Waktu siang cari paper. waktu malam buat summary dalam bentuk table. Idea nak buat dalam bentuk table ni pun datang tiba2 je sebab buntu tak tahu macam mana nak cepat faham. Akhirnya saja2 lah buat table dalam word file dan letak maklumat2 penting dalam tu ikut kategori.  And.. its really works. Please cuba kaedah ni ya kawan2 yg tgh nak buat literature review. Contoh macam kat bawah ni.

Author/
year
Model
statistical test/ TEST of discordance
simulation study details information
data used for application

Outlier detection ni kan sebenarnya satu topik yg besar. 1 topik ni ajer boleh buat satu thesis.  Jadi bayangkan macam mana cik Z nak menyelitkannya dalam thesis cik Z ni. Tak pasal2 terpaksa mengkatamkan master disertation berkali2 nak bagi faham. Tengah2 cari bahan utk perkara 3, nasiblah teringat cik Z dulu ada 1 file penuh dengan journal paper yg berkaitan. Kalau tak silap ada lah 50% kot paper2 yg berkaitan yg pernah guna masa master dulu ada dalam ni. Selebihnya tersimpan dalam disket yg dah tak tahu duduk letaknya kat mana dan kalau jumpa pun tak tahu nak buka macam mana. Giler nostalgia ni. File ni ada kat dalam stor rumah yg disewakan di Kuantan plak. Maka terpaksalah cik Z buat panggilan kecemasan pada penyewa rumah mintak tolong carikan file tu. Uihh lega nasib jumpa. Terima kasih tak terhinggalah pada Kusaimah yg sudi membantu.  Sekurang2nya bila dapat file ni kuranglah sikit bahan yg nak kena cari.

The only problem now, what procedure to chose and use?  Alhamdulillah Buat masa ni cik Z dah pun ada idea. Tapi tak pasti boleh digunakan atau tidak.  Nampak macam boleh tapi kenalah buat kajian yg lebih mendalam lagi. 1/3 masa yg diberikan oleh SV dah pun berlalu. Risau tapi kena positifkan diri. Bulan Januari ni pulak dah nak kena candidature defend. Oh tak tahulah masa tu dah setakat mana topik yg baru ni tercapai objektifnya.  Tak berani nak predict. 

Sebenarnya kan, nak tulis sikit jer tapi tak sangka plak panjang berjela ni. Dah jadi macam kaunter aduan pulak ni.  Doakan cik Z agar diberikan kesihatan dan kekuatan menempuh perjalanan yg mencabar ini ya. May Allah bless u all too. InsyaAllah.






2 comments:

  1. Pheww.. dpt bayangkan kesibukan cik z, terkejar ke sana ke mari. Literature review masa master? Method asal mungkin boleh rujuk tapi saya cadangkan mungkin cik z boleh cari literature review terbaru, mana tau ada org dah buat something similar. ok good luck. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the idea. Memang belum sempat cari yg baru utk linear model tu sebab paper2 yg sedia ada ni pun belum katam habis he he. Tapi memang nak kena tgk gak kan.

      Delete