Tuesday 13 May 2014

Summer Trip Europe DAY 11 Part 2: Athens (Roman Agora & Acropolis)

 
Langit petang Summer di Athens dari puncak Acropolis.

Salam semua. Kurang 3 minggu lagi genap setahun sudah Summer Trip Europe cik Z ni berakhir. Tapi masalahnya ceritanya pun tak habis2 tulis lagi. Makanya, bulan May ni cik Z ada misi penting iaitu mesti habiskan semua kisah berkaitan trip ini sebelum Jun menjelma nanti. Err harap2 berjaya la yer. Ok tak mau buang masa jom kita sambung semula perjalanan kita mencari Acropolis. Opps sebelum tu nak mintak maaf sikit sebab dalam entry kali ni cik Z ada banyak gambar yg ada muka tuan punya blog. Sebabnya cik Z dah pening nak pilih gambar mana nak letak kat sini memandangkan untuk sepanjang ptg tu jer kami dah snap gambar hampir 500 keping. Dan kebetulannya ada beberapa latarbelakang gambar yg kami ambil guna tripod tu tak der yg tak der muka kami. Jadi maafla yer kalau ada yg terdetik dihati "err aku nak tgk view Acropolis jer". 

Terpanjang sudah intronya. Jom kita mula balik. Ahad, 16 Jun 2013, 3.15 ptg. Sebelum sampai ke Athens, kami ingatkan Athens Ancient Cities ni senang jer nak mencarinya. Jadinya kami dah ambil mudah, tak study betul2 pun setiap Ancient Cities yg ada. Sebab utamanya kami ingatkan kalau jumpa Acropolis tu nanti mesti yg lain pun boleh jumpa juga. Tapi bila dah beli Ancient Cities Pass barulah kami rasa nak ketuk kepala. Bayangkan dalam senarai tu hanya Acropolis jer yg kami tahu. 

Makanya lepas beli Ancient Cities Pass tu kalut-kalut la kami buka peta mencari semua tempat yg tertulis kat tiket tu. Dalam pada kami blur tu, pakcik yg jaga kaunter tiket bagi 1 info penting kat kami iaitu, Ancient Agora tutup awal (sblm pukul 5 ptg dah tutup). Jadinya kami tak kan sempat nak cover semua kawasan Ancient Agora kalau kami nak pergi juga ptg ni. Dan dia cadangkan kat kami ptg ni pi cover Acropolis ajer sebab ikut kata dia kami perlukan sekurang-kurang2nya 30-45 mnt utk sampai ke Acropolis. Err tapi betul ker 45 minit?

 
Kedudukan Ancient Cities yg terdapat dalam Ancient Cities Pass. 6 daripada 7 Ancient Cities yg tersenarai (Acropolis, The North Slope of Acropolis, The South Slope of Acropolis, Ancient Agora, Roman Agora, dan Olympeion) ada dalam peta diatas. Kedudukan yg satu lagi iaitu Kerameikos jauh sikit daripada semua kawasan2 ni. Turutan nombor 1-9 yg cik Z letak kat atas ni ialah laluan yg kami lalui dari Library of Hadrian ke Acropolis sehinggalah tamatnya perjalanan hari ini di no 9. Apa yg kami buat kat no 9 tu, sila scroll sampai habis entry ni yer.


Satu masalah di Athens ni ialah kurangnya papan tanda penunjuk arah ke Ancient Cities. Dari Library of Hadrian nak ke Acropolis, pakcik jaga kaunter kata lalu jer mana-mana jalan menuju ke puncak Acropolis. Uihh ini dah macam cari harta karun. Kiranya pandai-pandailah kita guna instinct cari jalan yg mana yg macam nak naik ke bukit. Dan yg pasti mmg kita tahu dah Acropolis tu kat mana cuma jalan mana nak ambik sila cari sendiri. Dan sebenarnya jugak tengok peta pun tak membantu sangat. Makanya jom ler tengok kat bawah ni antara pemandangan yg sempat kami snap sepanjang jalan menuju ke puncak Acropolis.

Bermula dari Library of Hadrian disebelah kiri, kami berjalan terus kehadapan dan secara tak sengaja menemui satu kawasan arkeologi yg berpagar besi. Bila tengok peta rupa2nya ini ialah Roman Agora. Tak pasti plak celah mana pintu masuk utamanya sebab kami cari-cari tak jumpa. Tapi sebenarnya kalau tak masuk kat dalam ni pun tak per kot sebab kawasan Roman Agora ni macam tak berapa besar sangat dan bila kami ikut jer jalan kat sebelah kawasan berpagar tu dah boleh nampak jelas apa yg ada kat situ.

Antara monumen penting yg ada dalam kawasan Roman Agora ini ialah Fethiye Mosque  yg dibina sekitar tahun 1456/1458 semasa pemerintahan Empayar Uthmaniah.

Roman Agora. Satu lagi monumen penting yg ada ialah Tower of the winds (bangunan putih tu). Dikatakan ianya dibina seawal kurun ke-2 BC dan terdapat alat mengukur arah matahari serta angin disini. Dari kedudukan ini, kita boleh nampak jelas puncak Acropolis diatas sana.

Kami susuri pagar-pagar besi Roman Agora ke arah sebelah kiri, pastu macam pusing sikit ke atas dan jumpa anak panah ini menuju ke Athens University History Museum. Makin lama jalannya semakin mendaki.


Akhirnya jumpa juga penanda arah ke Acropolis. Kami lalu celah-celah rumah orang jer ni.

Masih kat celah-celah rumah orang. Macam bestnya duduk kat Athens ni. Suasananya aman dan damai ajer.

Nampak anak-anak tangga yg banyak tu. Tarik nafas panjang-panjang dan kita klik-klik dulu he he.

Masa lalu kat sini kami teringatkan pengalaman yg sama masa kami pi ke Ihwa Village, Hyewa Seoul dulu.

Akhirnya sampai kat depan Athens University History Museum. Kami lepak-lepak kat depan ni ajer. Dari sini kami ambil laluan terus ke sebelah kanan tu dan jumpalah beberapa anak-anak tangga lagi.

Err confuse tak tengok tangga ni? Betul ker boleh lalu ni? Rasa2nya ada jer laluan tangga lain yg lebih ok berbanding yg ni. Tapi kami dah malas nak cari so kita redah jer.



Yeh... Alhamdulillah kami telah berada di kedudukan yg betul. Lepas naik tangga tadi tu kami jumpa laluan pejalan kaki ini. Kiri(atas) dan kanannya (bawah) berpagar besi. Dari kedudukan ini kita boleh pilih samada nak ke sebelah kiri atau kanan. Kedua-duanya akan membawa kita ke Acropolis. Kami pilih ke sebelah kanan sebab nampak lebih ramai org lalu situ. Tapi sebelum tu kita tengok dulu apa yg ada dicelah pagar-pagar besi tu.

Ini kawasan berpagar sebelah kiri bukit. Nampak tak macam ada bekas tembok-tembok batu. Ini semuanya ialah kawasan Acropolis.

Ini pula pemandangan yg kita boleh nampak bila lihat ke arah bawah celah pagar. Bahagian bawah tu ialah Ancient Agora. Yg jauh tu dah semestinya kota Athens.

Dari kedudukan tadi, kami teruskan berjalan dan akhirnya sampai di Areopagus Hill. Kami simpan dulu Areopagus Hill dalam senarai sebab tak tahu sempat singgah ke tidak. Dari Areopagus Hill ni kita dah boleh nampak entrance gate ke Acropolis. Tengok jam err dah pukul 4++ ptg. Wahh.. ini baru separuh perjalanan. Nasib juga kami pakai kasut sarung hari ni. Ini jungle tracking namanya bukan suka-suka punya travel. Air mineral yg dibawa pun dah nak habis diminum.

Sebelum masuk kami duduk-duduk kumpul tenaga dulu. Makin ke petang nampaknya makin panas terik. Muka kami pun dah bertambah warna gelapnya. Agak terkejut bila kami dibenarkan membawa masuk tripod. Laluan yg lebih mencabar bermula disini.

Laluan naik dan turun kat dalam Acropolis ni berasingan. Laluannya bermula dari kanan ke kiri. Jadinya view yg kita nampak sudah pastilah berbeza kan. First stop kami ialah kat bawah pokok ni.  Gigih kami turun kebawah batu-batu dan pokok-pokok ni untuk dapatkan view yg kat belakang tu. Kat belakang tu ialah Herodium (Odeum of Herodes Atticus).

 
Dari kedudukan yg tadi tu kami dapat ambil gambar ni. Agak seram nak ambil gambar ni sebab ianya bukanlah laluan yg dicadangkan. Nampaklah jelas sikit Herodium dari sini. Mengikut sejarahnya, monumen ini dibina pada tahun 161 AD oleh Herodes Atticus untuk mengingati memori bersama isteri kesayangannya. Tempat ini digunakan sebagai tapak konsert dengan kapasiti 5000 tempat duduk. Kini ianya digunakan sebagai tapak Athens Festival setiap tahun.

Kat belakang tu ialah laluan untuk turun ke Herodium. Err tapi bile dah kat atas memang tak sanggup rasanya nak pi turun anak-anak tangga ke bawah tu pulak. Nak turun  ok lagi, tapi dah tentulah kami kena naik semula nanti kan. Jadi kita cancle out. Ambik gambar jer la kenang-kenangan.

Jom teruskan lagi berjalan ke hadapan.

Tada, akhirnya kita sampai sudah ke destinasi yg kami cari-cari. Inilah dia anak-anak tangga yg akan membawa kita masuk ke dalam kota Acropolis.

Sebelum tu kita tengok dulu lakaran Acropolis pada zaman kegemilangannya yg dikatakan bermula sekitar 2500 tahun yg dahulu. Acropolis ini letaknya dikedudukan 150 meter dari aras laut Athens dan sebenarnya ialah pusat keagamaan terpenting bagi orang-orang Greek dahulu kala.

Jom kita lihat apa yg masih ada di Acropolis. Berada di atas anak-anak tangga yg diperbuat daripada batuan marble ini saja sudah cukup mengkagumkan. Tapi kena extra careful sebab ianya agak licin dan curam.

Tiang-tiang besar kat atas tu asalnya ialah pintu masuk utama ke Acropolis.

Inilah dia Propylaea, pintu masuk utama ke Acropolis. Pintu masuk ini dibahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk laluan turun dan naik. Masa ni muka kami ialah muka paksa senyum. Tapi masih gigih juga setup tripod kat situ he he.

 
Melepasi Propylaea. Ramai tourist lepak-lepak kat sini melepaskan lelah dan berlindung dari panas matahari. Inilah satu-satunya tempat yg kita boleh berlindung dari cahaya matahari sepanjang berada di puncak Acropolis. Lama juga kami duk melepak kat sini. Semput beb. Ikut hati rasa macam tak sanggup jer nak melangkah ke depan lagi dan lagi.

Dari Propylaea pandang ke sebelah kiri, kita akan nampak Erechtheion (temple). Inilah kawasan yg di katakan North Slope of Acropolis.


Dari Propylaea pandang ke sebelah kanan, kita akan nampak Parthenon pula. Ini juga sebuah temple dan ianya merupakan monumen paling penting yg terdapat di Acropolis. Kerja-kerja pembaikan nampaknya sedang giat dijalankan.

Antara kesan runtuhan yg terdapat di UNESCO Acropolis.


Gambar dari bahagian tepi Parthenon. Terjumpa female solo traveler dari India ni. Kagum sekejap kami.


Herodium (Odeum of Herodes Atticus) full view dilihat dari puncak Acropolis.

 

 
Pathenon dilihat dari sudut berbeza. Monumen ini antara harta peninggalan Ancient Greeek yg paling popular di Greece.

Kerusi ni khas untuk touirist dapatkan kedudukan gambar latarbelakang Pathenon. Berkerut-kerut muka kami menahan panas.

Lycabettus Hill dilihat dari Acropolis.


Sudut paling hujung di Acropolis, terdapat satu monumen kecil dengan bendera Greece berkibaran.
  
Jom kita pi kat bendera tu dan lihat pemandangan athens dari sudut paling hujung di Acropolis.

Saujana mata memandang. Yg kat tengah-tengah tu ialah Hadrian's Arch dan Temple of Olympion Zeos iaitu salah satu Ancients Cities yg terdapat di Athens.

Kita zoom sikit. Hadrian's Arch jelas kelihatan disini.

Lagi Athens view dari puncak Acropolis. Kota Athens nampak bercahaya akibat pantulan matahari keatas rumah-rumah batu warna putih yg banyak dan rapat-rapat semuanya tu.


 
 Erechtheion.

 
Gambar kiri ialah Erechtheiondan gambar kanan ialah Propylaea.

Masa untuk turun pula.


Nak turun pun semput juga. Jom kita lepak kat sini dulu. Banyak lagi anak tangga nak kena lalu ni.

Love this picture. Dari pintu ke pintu.

Berjaya sudah menjejakkan kaki ke puncak Acropolis. Satu pengalaman yg mengkagumkan. Tak sangka pula kami kena mencdaki dan mendaki sepanjang hari ini. Terasa hilang sikit lemak-lemak dalam badan. Sampai kat bawah dan keluar dari entrance gate, kami teringat plak kat Areopagus Hill yg kami lalu tadi. Tak nak menyesal so kami pun decide untuk pi la juga kat situ. Nak naik Areopagus Hill ni agak mencabar juga sebab kena panjat tangga-tangga besi khas yg dipasang untuk laluan pelancong. Areopagus Hill ini bermaksud bukit batu. Ya memang betul tak der apa pun kat atas ni cuma batu jer.

Ini lah dia sebb utama pelancong ke Areopagus Hill. Spot wajib untuk bergambar iaitu Acropolis view dari Areopagus Hill.

Jom balik. Air semua dah habis. Tekak plak gatal nak air sejuk+manis. So kami belilah air perisa buahan2an yg macam ice blended ni. Sepanjang summer di Italy dan Athens memang bersepah kedai jual air2 macam ni. Harga di Acropolis 2 kali ganda lebih mahal berbanding di Monastiraki.

Kalau tak silap laluan ni namanya ialah Dionissiou Areopagitou.

Ada banyak tempat lepak sepanjang Dionissiou Areopagitou. Kat belakang tu dah semestinya Acropolis.

 
Sambil jalan-jalan kat Dionissiou Areopagitou, tetiba kami ternampak anak panah ke Herodium. Kena panjat beberapa anak tangga yg tak kurang banyaknya dan akhirnya kami jumpa ini. Ok rupa2nya ini ialah bahagian depan Herodium yg kita nampak dari atas Acropolis tadi.

Kami masuk semula ke laluan Dionissiou Areopagitou dan terjumpa kawasan berpagar yg kat atas ni. Ini ialah The South Slope of Acropolis.

Masa ni dah hampir jam 6++ dan kami rasa kaki macam nak tercabut dah. So kami ambik keputusan untuk cari jalan balik ke hotel ajer. Tempat lain2 tu kita sambung esok pulak.

Kami berjalan terus ke penghujung Dionissiou Areopagitou. Oleh sebab kami dah hampir tak der tenaga nak berjalan maka sebulat suara ialah kami pilih untuk naik taxi ajer balik ke hotel. Tapi malangnya ada tragedi lain plak menanti kami. Ingat lagi peta yg cik Z letak kat atas tadi? Kat point no. 9 tu lah kami tahan satu taxi kuning. Kami rasa konfiden nak naik taxi sebb berdasarkan pengalaman hari sebelumnya, kami dapati taxi kuning kat athens ni pakai meter.

Taxi memang senang nak dapat sebab bersepah-sepah. Masuk jer taxi kami terus tunjukkan alamat SOHO Hotel. Driver taxi ni pakai GPS. Selang beberapa minit cik Z perasan yg driver taxi ni asyik-asyik duk tukar lalauan dalam GPS dia. Eh pelik ni. Pastu bila tengok kat luar kami dapati laluan yg bawak kami lalu ni jalannya macam highway/jalan besar. Sedangkan kami tahu yg hotel kami ni tak der la jauh mana pun. Dah tentulah tadi kami jalan kaki kan. Dan dah sahih-sahih kami pegang peta dan jalan yg kami lalu ni memang laluan jauh. Nampak sangatlah driver ni nak tipu kami. 

Maka dengan beraninya cik Z tanyalah driver tu apa yg berlaku. Pastu agaknya driver ni macam sedikit gabra sebab kantoi kan, jadinya dia cepat-cepat tukar laluan yg betul semula. Tapinya dia turunkan kami dijalan yg salah. Gilerlah driver ni. Habis kami terpusing-pusing kat situ lebih 10 minit duk tanya orang sana-sini. Memang sungguh tempat yg dia turunkan kami ni masih jauh lagi nak ke hotel kami. Pengalaman buruk sungguh. Nasiblah berdua. Hotel tak sampai Euro11 melayang free-free.

Untuk dinner malam kedua di Athens, kami dapat beli nasi beriani lauk ayam goreng rempah kat satu restaurant halal milik orang Bangladesh yg letaknya betul-betul kat depan SOHO Hotel. Harganya super murah Euro4 ajer. Kami kongsi 1 set nasi dan 2 ketul ayam goreng rempah. Nasib beli kongsi sebab kuantitinya memang banyak. Cuma yg tak menahannya owner restaurant ini over peramah la pulak lebih-lebih lagi bila tahu kami dari Malaysia sebab dia pernah tinggal dan kerja kat Malaysia masa tahun 90an dulu. Siap suruh kami cadangkan kat PM bagi kerakyatan Malaysia kat muslim seluruh dunia untuk tinggal kat Malaysia. Amboi-amboi terlebih sudah.

Gitu gini nampaknya pukul 8 juga kami samapi kat hotel. Penat giler. Habis sudah hari ke 11. Kemana pula arah kami untuk hari ke 12? Tunggu entry seterusnya nanti InsyaAllah. Jumpa lagi wassalam.






6 comments:

  1. Cik Z,
    Memang betul la..pengalaman kita sama... Dari Hadrian Arch tu memang Syieda ikut instinct aje untuk sampai ke Acropolis. Nasib baik lalu plaka. Sempatlah cuci mata. Secara peribadi... Syieda suka sangat Athens walaupun hanya kota batu. Syieda mmg dah nekad nak repeat Greece ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma bezanya syieda dari plaka, cik Z plak dari monastiraki. Kiranya syieda dari sebelah kiri, cik Z plak dari tgh. dan ke kanan.

      Delete
  2. Cik Z ni ke partner travel yg dh kawin tu :-)
    Byk betul tangga yg perlu daki ek mahu longgar kepala lutut huhuh
    Tak pe byk muka tuan tanah tu x mencacatkan gambar tp nampak lebih berseri
    Acropolis bandar peninggalan sejarah kan wlupun hanya tggal batu tp view tetap ohsemCi

    ReplyDelete
    Replies
    1. O bukan yg ni. Yg baru kahwin tu yg sama2 pi qatar, sri lanka, cambodia, vietnam, & HK. Dalam banyak2 tempat singgah kat Europe hanya Athens jer yg kami tak terserempak dgn org M'sia. Maybe tak ramai yg minat dgn korta batu kot.

      Delete
  3. jari manis....hehe yang kawen tu sorang lagi. Saya belum kikikiki :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikss..klau mcm tu cik Z still ada travel partner lah ye...tak per..in shaa Allah nanti turn cik Z dan Fizz pulak Aminnn

      Delete