Wednesday, 27 August 2014

Iklan Merdeka and Malaysia Day 2014 by PETRONAS

Salam Rabu. Tahun ini nampaknya sambutan hari merdeka ke 57 negara hampir tak dirasai langsung. Suram dan hambar. Dalam tempoh 57 tahun, barangkali inilah antara tahun paling menyedihkan buat Malaysia. Kita semua diduga dengan bermacam-macam dugaan yang tak terjangkau dek akal fikiran. Semua orang pun tahu.

Hari ini cik z berkesempatan menonton iklan Merdeka and Malaysia Day 2014 by PETRONAS yang bertajuk "Walk Through Time". 



Kurang 3 saat, iklan ini dah pun berjaya menarik perhatian cik z untuk menontonnya hingga ke akhir minit ke-3.28. Dah lama rasanya tak tonton iklan sebegini. Apa yang dipaparkan memang berjaya membuatkan cik z mengimbau kenangan lampau. Idea time traveling dua orang kanak-kanak lelaki Melayu dan China yang sangat kreatif. Antaranya pengishtiharan kemerdekaan, 31 ogos 1957, pengishtiharan hari Malaysia 16 September, P Ramli zam zam ala kazam, proton saga, piala thomas 1992, bas mini dan berakhir dengan kepesatan Kuala Lumpur tahun 2014.

Good Job dan tahniah buat mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan ini. Ya memang betul iklan PETRONAS sememangnya ditunggu-tunggu oleh ramai orang setiap tahun, tapi untuk tahun ini cik z bagi extra kredit untuk yang ini. Well done dan pengisian yang sangat tepat dengan situasi terkini Malaysia. 

SAYA SAYANG MALAYSIA.

p/s: Apa pula pendapat pembaca yang lain?



Saturday, 23 August 2014

Pindah lagi

Salam semua. Tetiba plak Cik Z banyak cerita yang nak dikongsikan disini.  Alkisahnya, Isnin lalu 18 Ogos 2014, cik z dan rakan-rakan sebilik di uni telah dikejutkan dengan notis berikut.


Notis ini kami temui elok tertampal didepan pintu bilik kami pada pagi Isnin. Surprise gitu kan. Mahu tak terkejut. Tak de angin tak de ribut tetiba kami kena pindah keluar. Atau lebih tepat lagi kami sebenarnya dah kena halau. sob sob sob. Sedih kan. Tak baik tau menganiaya pelajar. Kami bayar yuran tau.

Nak lagi haru, rupa-rupanya notis yang sama telah pun ditampal di pintu kami ni minggu lepas. Tapi oleh sebab semua ahli research group kami tiada di uni (termasuklah sv) kerana terlibat dengan ISM-II di Kuantan, makanya tak de sesaper pun yang tahu. Minggu ini pula sebenarnya minggu yang super sibuk untuk group research kami. Ini kerana kami semua perlu berjumpa, berbincang, dan melakukan macam-macam perkara dengan Prof Tamu yang datang dari US.

Lagi ralat, salah seorang ahli research group kami dah nak pun balik ke Bangladesh minggu depan, dan 3 orang antara kami dijangka habis Disember ini. Ikut logik akal, tak kan lah tak boleh beri budi bicara kan? Nak tak nak terpaksalah juga berpindah. Malas nak bertekak dah. Bermulalah minggu double busy kami.

Hampir 3 tahun kami disini. Bilik yang menjadi saksi banyak kenangan pahit manis.

Petang Isnin, bermulalah pencarian bilik baru. Bunyi macam pelik kan. Dah suruh pindah kenalah ada alternatifkan sepatutmya? Realitinya kami kena mengemis plak ni mencari bilik baru. Doa kami termakbul. Mujur masih ada insan-insan yang baik hati. Hasil pencarian kami temui beberapa bilik kecil yang sesuai. Bermaksud kali ni kami tak boleh dah duduk reramai dalam satu biik. Kena pecah-pecah dah kami. Tak pelah kan janji ada bilik. Dan yang paling best ialah, bilik baru kami ni ada rak buku yang cantik, ada outside view yang ohsem dan hanya muat 2 orang sahaja. Sound great kan. So kali ni kami akan dapat so much privacy. 

Hari selasa, kami mula mengemas dan packing. Hari Rabu, pindah memindah angkat mengangkat pun bermula. Oh ya untuk lebih keselesaan kami dah pun buat major renovation untuk bilik baru kami ni. Apa yg kami buat ialah menukar 100% kedudukan perabot dalam bilik yg baru ni. Oleh sebab kami suka tengok view luar, jadinya kami pindahkan meja kerja kami ke bahagian tepi tingkap dan kami juga buat satu ruang khas untuk solat. 


Semua kerja-kerja berat ni kami buat sendiri ajer. Seorang rakan yg datang melawat siap terkejut dan tak percaya macam mana kami boleh pindahkan kedudukan semua perabot dalam bilik baru ni. he he... jawapannya kami superwoman ha ha. Almaklumlah dah banyak kali pindah memindah jadi memang expertla kan. Oh ya kalau nak tahu ini bilik ke-3 sepanjang 3 tahun cik z di sini, manakala roommate cik z ni pula dah masuk yang ke-6 sbb dia ada disini sejak zaman master lagi. Kami juga sama-sama banyak pengalaman pindah rumah. Tu la sebabnya kami dua-dua boleh ngam dan sekepala he he.
 

Hari Khamis barulah kami mula kerja-kerja mengemas semula. Untuk bilk baru ni kami siap mop lantainya dan bentang karpet. Best sangat dah jadi macam rumah. Sesaper nak masuk kena buka kasut. Dan hasilnya adalah seperti berikut.

Semua barang kami sumbat dalam almari baru. nampak kemas dan cantik ajer kan. Bahagian belakang almari tu kami buat ruang solat dan pantry.

Flower pot cik z ni dah 3 kali pindah. Kecian dia. Moga-moga bertambah gemuk di bilik yang baru ni. 

Ruang kerja kami yang baru. We love it too much. 

Ini pemandangan luar dari tingkap bilik baru kami. Sangat tenang dan damai. Siap boleh nampak monyet-monyet berlompatan dari pokok ke pokok.

Kesimpulannya, ada banyak hikmah yang kami dapat dari peristiwa yang tak dijangka ini. Antaranya sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama dengan orang-orang yang teraniaya. Selain tu, berhijrah itu memang bagus dan Allah pastinya tahu apa yang terbaik buat kita. Alhamdulillah. Semoga kami semua dapat menghabiskan PhD kami disini dengan jayanya. Terima kasih buat semua yang terlibat memudahkan urusan kami sepanjang minggu ini. Semoga Allah memudahkan urusan kalian juga.

Wassalam.

Friday, 22 August 2014

Selamat pulang ke Penciptamu

Salam semua. Cik Z percaya hari ini kita semua rakyat Malaysia berkongsi perasaan sayu dan hiba mengenangkan nasib mereka yang terlibat dalam tragedi nahas MH17. Syukur sebahagian mangsa telah selamat kembali ke Malaysia pagi ini. 

Ikutkan hati nak ajer Cik Z cuti duduk rumah tengok tv yg bersiaran langsung. Tapi masih ada tugas menanti di uni yang tak boleh dielakkan iaitu kena membawa Prof Tamu kami menguruskan hal-hal terakhir sebelum berangkat pulang malam ini.

Ada sebab kenapa Cik Z merasa extra terkilan dan sedih. Ini kerana Cik Z mengenali salah seorang mangsa nahas yang dibawa pulang hari ini iaitu Elisabeth Ng Lye Ti yg lebih kami kenali sebagai Lisa. Walaupun hanya pernah berjumpanya sekali sahaja, tapi beliau sangat rapat (best friend) kepada dua orang rakan yg juga sama-sama melanjutkan PhD disini. Jadinya agak terasa juga kehilangannya.

Apapun, takziah untuk ahli keluarga dan rakan-rakan rapat mangsa yang terlibat. Terutama untuk Bong dan Siti, harap terus tabah meneruskan kehidupan. We will always remember this difficult moment forever.

Wassalam. 

Saturday, 16 August 2014

Diari ISM-II Kuantan 2014: Reunion with old friends + meeting new friends


Salam semua. Cik Z telah telah selamat kembali ke KL. Ha ha macamlah jauh sangat Kuantan tu ya. Walaupun tak berapa jauh, tapi penat ber"conference" masih belum hilang selepas 3 hari. Nampaknya dalam banyak-banyak conference yg cik Z pernah sertai inilah conference yang paling memenatkan badan dan minda. Kenapa ya agaknya? 4 hari 3 malam di Kuantan terasa begitu lama sebab terlalu banyak peristiwa yang berlaku.

Isnin, 11 Ogos 2014

Ikut perancangan asalnya, cik Z nak memandu sendiri ajer ke Kuantan. Antara sebabnya ialah konon2nya nak cari cat untuk rumah di Kuantan selain nak jalan-jalan sekitar Kuantan dan Terengganu dengan Fizz. Almaklumlah dah 3 tahun tak jejakkan kaki di Kuantan. Memang rindu sangat. Tempat jatuh bangun lagikan dikenang inikan pula tempat bermain.

Dua hari sebelum pergi, tetiba sv call. Nak ajak carpool sesama katanya. Antara sebab utamanya ialah sv cik Z kena bawa dua orang peserta conference dari luar negara iaitu seorang Prof dari Pakistan dan seorang Dr dari Bangladesh. Kedua-duanya perempuan dan akan tinggal di hotel yang sama dengan kami nanti. Dan masalah paling utamanya ialah kami sama-sama tak pernah jumpa pun kedua-dua org ni dan telah diamanahkan oleh 2 orang prof tamu yg kami kenal untuk menjaga kedua-duanya. Wahh tak ke haru tu? Kiranya macam kena jadi personal escort la kami ni.

Dipendekkan cerita, cik Z bercarpool la ber-4 ke Kuantan. Kami bertolak sekitar jam 1.30 petang dan sebelum tu cik Z kena dulu bawa kedua-dua orang kawan baru kami ni jalan-jalan sekitar UM.  

Bersama Dr Sharmina dari Bangladesh dan Prof Soleha dari Pakistan.

Sepanjang perjalanan memang penat jugalah nak melayan kawan2 baru kami ni berborak. Almaklumlah diorang ni pertama kali ke Malaysia jadinya banyaklah persoalannya. Kami tiba di Gambang sekitar jam 5 ptg. Sangat terharu sebab sv cik z sanggup singgahkan ke satu kedai cat dan menunggu cik z beli cat hampir setengah jam lamanya. Pastu tolong pulak pi hantarkan cat-cat cik Z ni ke rumah. Terima kasih sangat-sangat.

Jam 6++ kami dah pun sampai ke bandar Kuantan. Tapi ada masalah besar. Nampaknya 3 tahun bukanlah singkat. Banyak perubahan yang berlaku. Paling ketara ialah penanda arah jalan yang hampir kesemuanya dah berubah menjadi jalan sehala. Grand Continental yang dicari dah pun kat depan mata tapi tak boleh nak pergi? Akhirnya terpusing-pusing la kami tawaf kat situ. Jam 7 barulah kami dapat masuk parking dan check in.

Jam 8, cik Z dan sv jalan kaki kejap ke MS Garden untuk jemput kawan se "lab" kami iaitu Dr Mamun yg dah sampai lebih awal. Nasiblah 4 minit je jaraknya. Jam 8.30 kami pi makan malam pula. Alkisahnya walaupun jauh di hati kami nak sangat makan ikan bakar tapi terpaksalah dilupakan saja sebab salah seorang kawan baru kami ni request utk makan makanan dia. Akhirnya terpaksalah kami makan kat kedai mamak. Sedih kan.

Lepas makan, kami temankan pula mereka ke Megamall untuk cari simcard baru. Dah dapat simcard dan jalan-jalan sikit kami pun balikla ke hotel. On the way nak balik tu, terserempak la pulak dengan geng-geng dari UPM termasuklah Prof tamu kami iaitu Prof Imon yg juga merupakan Keynote Speaker bagi ISM-II. Maka apalagi, bersidailah kami kat tepi jalan tu buat mesyuarat jalanan. Boleh gitu?

Kebetulan malam ni ada fenomena supermoon iaiatu bulan berada tersangat hampir dengan bumi. Memang cantik sangat. Terang benderang satu Kuantan.

Akhirnya jam 11++ barulah sampai semula ke bilik hotel. Macammana ni belum mula berconference badan dah pun penat. Malangnya pula walaupun penat sangat tapi cik Z langsung tak boleh tidur malam tu. Memang cik Z ni ada masalah nak tidur bila kat tempat baru. Tapi tak derla samapi tak boleh tidur langsung biasanya. Yang kali ni memang luar biasa.

Ini hasil tangkapan waktu menjelang subuh. Besar sangat bulan tu macam ada spotlight kat atas langit.


Selasa, 12 Ogos 2014

Conference Day. Jam 7.30 pagi kami dah pun turun bersarapan dan ke conference hotel untuk pendaftaran. Agak berdebar-debar nak pi mendaftar sebabnya dah 3 tahun cik Z tak jumpa dengan ramai orang.  Oh ya lupa nak beritahu yang conference ini dianjurkan oleh fakulti cik Z di UMP. Jadi kebanyakan urusetia yang terlibat tu memangla cik Z kenal. 


Dipendekkan cerita, semua orang terkejut tengok cik Z sebab lain sangat katanya. Almaklumlah kali ni cik Z dah tak pakai cermin mata dan semakin berisi. Ha ha macam segan plak kan. Tapi perasaan akward tu kejap ajer pun. menjelang petang, cik Z dah pun kembali bergelak ketawa dengan diorang semua.

Jadual presentation cik Z ialah hari ini jam 4 petang. Kesan tak dapat tidur langsung malam tadi nampaknya dah tak dapat ditahan-tahan lagi. Nasib baik sv sporting. Dia kata balik je la ke hotel tidur kejap, jangan sampai pukul 4 tak bangun dah ler. Maka apa lagi tengahari tu lepas lunch terus ajelah cik Z balik dan tidur. zzzzzz. Nasiblah lepas tu selamat present dengan jayanya.

Petang tu lepas habis conference, kami semua ke Teluk Cempedak. Suka sangat semuanya sampai request nak pergi lagi tengok sunrise pula esok pagi. Hujan lebat turun sebaik saja kami melangkah keluar dari pantai. Kelam kelibut kami berlari ke kereta.


Malam ni ada dinner dan majlis perasmian plak. Kami tiba agak lambat sebab hujan. Oleh sebab sv cik Z salah seorang VIP majlis makanya terpaksalah cik Z duduk bersama-sama 2 orang kawan baru kami tu melayan diorang. 

UMPians

Circular and Eiv Researh Group

Istanbul reunion

UPM and UM delegation



Rabu, 13 Ogos 2014

Pagi-pagi lagi kami dah pun ke Teluk Cempedak. Nak tengok sunrise kononnya. Tapi tak berapa jelas sebab awan tebal sangat. tak pa la tak de rezeki. Tetiba juga salah seorang kawan baru kami ni tak berapa sihat. Pening kepala, muntah-muntah dan sakit perut katanya. 

Oleh sebab sv cik Z ada meeting ISM dan perlu bersedia untuk presentation untuk sessi pagi, makanya cik Z mendapat tugas baru, kena plak carikan ubat untuk kawan kami tu dan hantarkannya semuala ke hotel. Mujurlah berjaya cari.


Sebelah petang tu pula cik Z dan sv terpaksa ke Teluk Cempedak lagi. Kali ni kami kena temankan geng2 dari UPM pula. 


Lepas Maghrib cik Z keluar makan dengan Fizz pula. Dan bila balik ke hotel lepas makan semua orang tak der dihotel. Rupa-rupanya diorang semua pi main bowling kat Megamall. Dipendekkan cerita cik Z pun pi join sama main bowling juga ha ha ha.

Balik bilik dah tengah malam, kelam kelibut pi kemas beg sebab esok pagi-pagi kami dah nak checkout. zzzzz.


Khamis, 14 Ogos 2014


Ikut perancangan asalnya, kami nak balik awal ke KL sebab nak elakkan traffic jem masa petang. Tapi nampaknya sv cik Z tetiba plak kena bagi ucapan penutup bagi pihak ISM. Akhirnya lepas lunch jugalah baru kami bertolak ke KL semula. Dan sampai semula di UM tepat jam 5. Hujan lebat sangat haritu, tu yang jadi lambat sampai.

Malam tu memang cik Z pengsan. Sakit semua seluruh badan. padahal bukan cik Z pun yang drive. Esoknya Jumaat, kalau boleh memang malas nak pi uni tapi kena gak pi sebab ada short talk by Prof Tamu iaitu Prof Imon. Cik Z juga diamanahkan menjemput dan menghantar Prof Imon ke hotel penginapannya. 

Gitulah alkisahnya seminggu yang sangat panjang bagi cik Z. Untuk minggu depan, Prof tamu kami masih ada di UM dan masih banayk lagi schedule yang perlu di penuhi. Mudahan-mudahan cik Z dapat laluinya dengan sihat. Amin.

Okaylah dah panjang lebar sangat cik Z bercerita ni. Harap tak der yang bosan membacanya. Wassalam. Jumpa lagi.


Sunday, 10 August 2014

Ini baru raya?


Sedar tak sedar dah pun masuk minggu ke-2 bulan Ogos. Harapnya masih belum terlambat untuk cik Z ucapkan salam syawal buat semua pembaca blog ini, he he. Macammana dengan sambutan raya kalian semua? Untuk cik Z, biasa-biasa ajer tak der yang istimewa.


Rutin biasa cuti raya untuk cik Z bermaksud masak dan mengemas a.k.a bibik sepenuh masa. Dan jangan tak tahu sejak semua adik beradik cik Z berumahtangga dan punya anak-anak kecil, rutin wajib ini nampaknya menjadi bertambah banyak dan memenatkan. Sampaikan bila hari raya pertama tu, cik z yang anak dara ni la yang jadi orang terakhir pakai baju baru.  Nak ambik-ambik gambar dengan baju raya? Sila lupakan. Rasanya dah lebih 5 tahun tak sempat langsung nak bergambar di pagi raya. Sedangkan yang ada anak-anak kecik boleh pulak best2 bergambar kan. Aishh macam mana tu?

Tahun ni pula buat pertama kalinya tak de sesiapa pun yang balik awal menyambut malam raya di kampung. Yang ada cuma Kak Long sekeluarga dan cik Z sajer. Jadi boleh bayangkan tak macammana kelam kelibutnya kami menyiapkan hidangan raya untuk dijamu dipagi raya dan dihantar kepada jiran tetangga. Sampaikan abah cik Z yang tak berapa sihat tu pun sanggup mencemar duli tolong potong daging dan potong bawang. Serius memang dah lama abah cik Z tak memegang pisau. Risau dia tengok kami buat tak siap-siap agaknya. Hidangan wajib orang Johor dah semestinyalah ketupat yang dianyam sendirikan. Memang tak terkatalah penatnya. Dalam pada tak cukup kakitangan tu macam tak percaya dapat juga kami menyiapkan rendang daging, ayam masak merah, sambal, kacang, sambal goreng jawa, dan kuah lodeh.  

 
Ayam masak merah dan rendang daging.

Sambutan raya di Johor biasanya diserikan dengan marhaban dari rumah ke rumah. Untuk kampung cik Z, marhaban 1 Syawal dikhaskan untuk kaum bapa dan lelaki, manakala 2 Syawal untuk kaum wanita pula. Rutin wajib ni memang menyeronokkan. Tiap-tiap tahun, Cik Z memang suka nak mengikut. Bukannya aper, cuma setahun sekali ni ajerlah cik Z dapat berjumpa kembali dengan jiran-jiran (yang rata-ratanya sekarang ni dah pun uzur). Dan biasanya juga kalau balik dari marhaban ni perut memang kenyangla he he he sebab macam-macam makanan dihidangkan di setiap rumah. 

Bersedia untuk bermarhaban. Marhaban peluang keemasan bagi anak-anak kecil mengutip duit raya... Bebudak dua orang ni dah tak sabar tu nak pergi.

Tahun ini juga cuti raya agak pendek bagi kebanyakan orang. Di Johor contohnya, cuma ada 6 hari sebelum cuti berakhir memandangkan hari Ahad ialah hari bekerja/bersekolah semula. Makanya setelah ditolak 2 hari raya pertama dan kedua yang sahih2 tak boleh beraya ke mana-mana sebab ada marhaban, hanya tinggal 4 hari yang free. Raya ke 4 dan ke 5 pula ada adik beradik cik Z yang dah mula bekerja. Raya ke-6 pula masing-masing dah sibuk nak menghantar anak-anak pulang ke asrama. 

Apapun,sempat jugalah cik Z berkonvoi raya bersama adik beradik yang ada pada raya ke-4. Seharian kami berkonvoi mengunjungi saudara mara, makcik dan pakcik sebelah abah dan arwah mak yang masih ada disekitar Parit Raja, Batu Pahat dan Rengit. Tahun ini nampaknya, semakin ramai yang semakin uzur. Sungguh menginsafkan. Ada juga yang tinggal sendirian kerana anak-anak sibuk bekerja dan tinggal jauh di KL. Lumrah orang tua, lebih selesa duduk dirumah sendiri berbanding mengikut anak-anak, katanya. Abah cik Z juga tak terkecuali. Mujur ada Kak Long yang sanggup berkorban pulang ke kampung bagi menemankan abah.

Di rumah satu-satunya adik abah yang masih ada iaitu cik Limah. Cik Nin suami cik Limah pun tengah sakit dan baru keluar hospital.

Di rumah salah seorang kakak arwah mak iaitu Wak Gayah. Satu-satunya kakak arwah mak yang mempunyai wajah hampir seiras dengan arwah mak.

Jumpa ferrari? Jakun semuanya.

Gembira semuanya dah dapat duit raya dari Atuk Gayah.

Di rumah Wak Long Mijah, kakak ipar arwah mak.

Walaubagaimanapun kegembiraan cuti raya keluarga kami tahun ni berakhir dengan tragedi. Alkisahnya, pada raya ke-5 iaitu Jumaat secara tiba-tiba ayah cik Z mendapat sakit mata. Dan tak semena-mena seorang demi seorang ahli keluarga kami terkena juga sakit mata ni.  Pada hari Ahad, 5 orang dah pun terpaksa mengkuarantinkan diri. 

Pada mulanya, cik Z rasa sangat bersyukur sebab tak terkesan dengan penyakit mata ni, dan berjaya pulang ke KL dengan selamatnya pada Isnin. Tapi nampaknya tiada pengecualian. Sampai je KL, tak semena-mena tengok mata dah pun merah dan bertaik mata. Esoknya bangun pagi ha ha mata dah tak boleh bukak, malah dah sepet juga. Nasib baiklah klinik dekat ajer (tak sampai 5 minit drive dari rumah). Makanya, terpaksalah cik Z menyambung cuti sambil mengkuarantinkan diri. Ini baru betul-betul cuti, ye tak? Memang makan tidur ajerlah jawabnya.

Rupa-rupanya juga, pada hari yang sama tu, cik Z dapat tahu dah 11 orang ahli keluarga cik Z mendapat sakit mata. Serius ramai kan. Nampaknya kami semua tak cukup cuti raya agaknya, jadi masing-masing dapat extra cuti almost seminggu lagi. Yang bekerja tak boleh gi kerja, yang bersekolah tak boleh pergi sekolah, yang duduk asrama terpaksa dijemput pulang.

Hari ini Alhamdulillah, nampaknya mata cik Z dah hampir sembuh sepenuhnya. Syukur sangat sebab esok nak kena travel ke Kuantan selama hampir seminggu sebab ada conference. Harap semuanya okay saja nanti. Bukannya apa risau juga kalau tetiba secara tak sengaja mennjadi pembawa kuman sakit mata ke Kuantan pula nanti. Selepas 3 tahun, ini kali pertama cik Z akan jejakkan kaki semula ke Kuantan. Untuk kawan-kawan di Kuantan, InsyaAllah ada rezeki kita jumpa nanti. Wassalam.

 
Note: Opps lupa pulak nak ucapkan terima kasih untuk blogger Jari Manis yang dah kirimkan cik Z kad raya hari tu. Siap dapat duit raya lagi he he. Semoga JM sihat selalu dan semakin bersemangat menulis di ruang maya ini.