Salam Rabu. Tahun ini nampaknya sambutan hari merdeka ke 57 negara hampir tak dirasai langsung. Suram dan hambar. Dalam tempoh 57 tahun, barangkali inilah antara tahun paling menyedihkan buat Malaysia. Kita semua diduga dengan bermacam-macam dugaan yang tak terjangkau dek akal fikiran. Semua orang pun tahu.
Hari ini cik z berkesempatan menonton iklan Merdeka and Malaysia Day 2014 by PETRONAS yang bertajuk "Walk Through Time".
Kurang 3 saat, iklan ini dah pun berjaya menarik perhatian cik z untuk menontonnya hingga ke akhir minit ke-3.28. Dah lama rasanya tak tonton iklan sebegini. Apa yang dipaparkan memang berjaya membuatkan cik z mengimbau kenangan lampau. Idea time traveling dua orang kanak-kanak lelaki Melayu dan China yang sangat kreatif. Antaranya pengishtiharan kemerdekaan, 31 ogos 1957, pengishtiharan hari Malaysia 16 September, P Ramli zam zam ala kazam, proton saga, piala thomas 1992, bas mini dan berakhir dengan kepesatan Kuala Lumpur tahun 2014.
Good Job dan tahniah buat mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan ini. Ya memang betul iklan PETRONAS sememangnya ditunggu-tunggu oleh ramai orang setiap tahun, tapi untuk tahun ini cik z bagi extra kredit untuk yang ini. Well done dan pengisian yang sangat tepat dengan situasi terkini Malaysia.
SAYA SAYANG MALAYSIA.
p/s: Apa pula pendapat pembaca yang lain?
Tak tgk lagi yg petronas tp ada tgk yg digi. Not bad gak...
ReplyDeleteJM x leh nk komen panjang sbb x pernah tgk lagi tapi yg pasti setiap kali PETRONAS buat iklan mmg tak pernah mengecewakan seperti IKLAN RAYA
ReplyDeleteLiza n JM, cik z baru perasan video kat atas tak appear kalau buka guna phone or tab pun mgkn jg.
ReplyDelete