Wednesday 12 November 2014

Selangkah ke dunia PHD: Antara realiti dan fantasi

Melangkah ke hari-hari terakhir sebelum berakhirnya tempoh cuti belajar, cik z rasa ada baiknya cik z buat entri-entri khas berkaitan dunia Phd untuk rakan-rakan yang bakal dan sedang melanjutkan Phd. Sharing is caring, ye tak? Untuk kali ini, cik z ingin senaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum kita melangkah ke dunia Phd dan sebaik saja kita memulakan Phd. Apa yang cik z kongsikan ini adalah hasil pemerhatian cik z semata-mata. Lain orang mungkin lain pula pendapatnyanya kan. 

Kenapa cik z gunakan istilah dunia Phd? Sebabnya, sebaik saja kita mendaftar masuk sebagai pelajar Phd, kita sebenarnya dah pun masuk ke dunia atau dimensi yang lain. Dunia yang penuh cabaran. Mental dan fizikal. Cik z percaya, semua orang yang pernah berada dalam dunia ini pasti akan pernah menangis sekurang-kurangnya sekali. Dan.. sebaik saja melangkah keluar dari dunia yang aneh ini, seseorang itu pasti akan berubah menjadi seseorang yang baru dan berbeza. Tak percaya? Jom cuba sendiri he he...


Antara Master by Coursework & Research dan Master by Research

Sengaja cik z mulakan diskusi ini dgn topik yg ini. Percaya atau tidak, cara/mode pengajian master kita sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara kita bekerja dalam dunia PHD. Contohnya, cik z dulu ambil master by coursework and research. Kelebihannya, cik z dapat banyak ilmu baru yang pelbagai. Jadi bila nak buat research tu ada banyak juga pilihan topik, he he tapi ada masanya sampai tak tahu pula nak pilih yang mana. Cumanya masa untuk buat research tu singkat sangat jadinya research yang kita buat tu tak terlalu in depth. Kesannya bila kita nak pilih tajuk untuk buat phd, err mulalah blur. 

Dari pemerhatian cik z, rakan-rakan yang ambil master by research pula mereka ni lebih fokus masa memula nak buat phd. Biasanya diorang akan buat topik yang sama untuk Master dan Phd. Ramai juga yang terus je sambung phd dengan sv yang sama. Mungkin sebab diorang ni dah ada aim topik apa yang nak difokuskan. Maksudnya dari awal master lagi diorang dah tahu hala tuju perjalanan research diorang. Dari segi pengalaman, dah semestinyalah mereka2 ni lebih berpengalaman dalam selok belok research. Kiranya bila buat phd tu macam "kacang" kot. 

Tapikan, kalau ada peluang balik semula kedunia master pun, InsyaAllah cik z tetap pilih master by coursework and research sebab cik z memang suka belajar sesuatu yang baru. Dan semuanya tu memang sangat berguna dan membantu pada masa-masa tertentu.


Dari Master, shortcut terus ke PHD?

Jika anda perasanlah, akhir-akhir ni ramai sangat pemegang Phd yang muda-muda belia. Bawah 30 an kebanyakannya. Ada yang belum pun 25 tahun dah pun dapat Phd. Tahukah anda, yang sebenarnya kita boleh convert Master to Phd? Ini memang short cut yang betul-betul shortcut tau. Caranya ialah, selepas setahun buat Master kita boleh mohon untuk convertkan Master kita tu ke Phd tanpa perlu habiskan Master. Macam biasa adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Tapi rasanya tak berapa susah nak dapatkannya sebab cik z dah saksikan ramai adik-adik junior yang berjaya buat permohonan ni. 

Tapi secara peribadi, cik z tidak begitu menyokong kaedah shortcut sebegini. Kenapa? Sebabnya cik z dapati ada adik-adik ni macam tak berapa nak "berdiri sendiri". Nampak masih terkial-kial gitu. Jadi pada pandangan cik z la ada baiknya kita dapatkan Master dulu barulah sambung ke Phd. Sebab sepatutnya bila kita di dunia Phd ni kita jadi independent dan dah tahu apa yang patut kita buat. Bayangkanlah kalau nak cari journal paper atau references pun masih nak tanya orang, tak ke tak bagus tu. Dunia Master tu sebenarnya sangat penting. Seolah-olahnya sebagai jambatan untuk kita mematangkan diri. Masa ni la kita belajar macam mana nak buat research dan menulis thesis. Start from zero. Jadinya pengalaman tu lah yg kita akan bawa pula semasa buat Phd nanti.


Kerja dulu VS terus sambung PHD

Topik ni memang banyak pro and cons nya. Dulu-dulu ramai yang akan kerja dulu beberapa tahun lepastu barulah sambung Phd. Tapi zaman sekarang ni memang ramai (hampir kesemuanya kot) akan terus sambung Phd sesudah tamatnya Master. Ye lah sekarang ni banyak pilihan sumber kewangan (contoh mybrain 15). Masa cik z mula-mula buat Phd dulu, agak terkejut juga bila ramai yg panggil kita kakak. Eh muda belianya lah kan semua orang.

Dalam kes cik z yang bekerja dulu baru nak sambung Phd, cabaran utamanya ialah masa nak cari topik dan mencari sv. Bayangkanlah dah bertahun-tahun kita tinggalkan dunia research, maka dah tentulah kita akan rasa sangat sukar. Teaching dan Research adalah dua bidang yang berbeza. Bukan mudah nak tukarkan momentum mengajar kepada dunia Research pula. 

Tapi jangan tak tahu yg sebenarnya ada banyak juga kebaikan bila kita dah kerja dulu ni. Kelebihannya ialah kita akan rasa lebih fresh dan bersemangat. Sebab kita tahu kita sedang memulakan kehidupan yang baru. Lagi satu kalau kita dah terbiasa dengan rutin bekerja, secara tak langsung bila mula buat Phd pun kita masih juga akan terbawa-bawa habit dan rutin yang sama. Contoh macam cik z sendiri, masih juga datang ke uni setiap hari dan sentiasa ada jadual kerja (research plan). 

Hasil pemerhatian dan soal selidik cik z ke atas rakan-rakan yang terus sambung Phd pula agak berbeza. Secara asasnya, diorang ni memang bermula dengan banyak kelebihan. Macam cik z nyatakan kat atas tadi, biasanya diorang ni akan sambung Phd dengan topik Research yang sama. Tapi percaya atau tidak yang ramai antara mereka-mereka ni tak berjaya nak habiskan Phd on time. Antara sebab yg diorang nyatakan ialah, hilangnya semangat nak buat research secara tetiba. Mungkin sebab tak ada rest kot. Eh buat research ni penat giler tau. Memerah otak hari-hari. Jadinya sesaper yang berjaya habiskannya secara on time tu memang hebat giler kot.


Memilih topik, Supervisor dan Universiti

Aduh.. ni memang step yang paling sukar kot. Serius boleh buat otak stress dan jammed. Kalau kita dah bekerja dengan mana-mana uni, lagilah stress. Sebabnya kita perlu juga ikut permintaan uni kita tu. Macam uni cik z, topik utama research pun tak boleh sama dengan orang lain kat dalam satu fakulti. Pastu kalau boleh mesti kena pilih uni luar negara pula. Dah pilih topik, sv, uni semua tu siap kena interview pula tu kat peringkat uni. Cik z ni kira miracle kot berjaya meloloskan diri buat kat UM ajer. Dalam hal ni, rakan-rakan yang tak de terikat dengan mana-mana uni mungkin lebih beruntung la kot.


Ada yang kata buat Phd ni lebih kepada "luck". How lucky we are. Dalam kes cik z, mungkin cik z ni berada dalam kategori "lucky" dari segi topik dan sv. Sebabnya walaupun cik z langsung tak kenal kedua-dua sv sebelum ni tapi bertuahnya cik z dapat sv macam diorang ni yang sangat membantu dari pelbagai sudut. Dari segi topiknya pula, walaupun cik z bermula zero knowledge, tapi Alhamdulillah berjaya juga menyelesaikannya. Masih terkenang-kenang lagi macam mana susah payahnya cik z nak menulis research proposal 4 tahun dulu. Dari segi uni pula, he he kalau boleh habis on time bila buat kat UM ni, memang miracle kot. Jadi pasrah ajerla yer.

 

Sepanjang berada dalam dunia Phd ni, cik z dah melihat dan mendengar bermacam-macam kisah jerih payahnya ramai orang. Ada yang tak bernasib baik dengan research yang diusahakan. Ada juga yang tak bernasib baik dengan sv. Jadinya cik z harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya cik z hanya diuji dengan kesukaran nak menghantar thesis.


Basic Knowledge in Research Area

Jangan takut cuba sesuatu yang baru. Believe me. Yang penting tanya hati apa niat kita yg sebenarnya. Kalau kita ikhlas nak mencari ilmu, InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalannya nanti. Tapi bila kita dah tahu apa yg nak buat tu, jangan la pula dah daftar masuk baru nak mula sepenuhnya. Ataupun saja bermalas-malasan dulu sebulan dua baru nak mula buat kerja ya kawan-kawan. Memang betul, kalau kita dah ada basic knowledge in the research area, dah tentulah perjalanan Phd kita akan lebih mudah. Tapi, tanpa usaha tak ke mana juga.

Sedikit tips untuk yang bermula dari zero, sebelum bermulanya semester pertama, cubalah cari sebanyak-banyaknya journal paper yang berkaitan dengan research area kita tu. Cari ajer dulu. Tak baca tak apa. Sekurang-kurangnya kita dah jimatkan sedikit masa mencari reference bila dah masuk nanti. Dan paling penting step ni akan bagi kita sedikit idea/gambaran tentang apa yang kita nak buat nanti.

 

Tips lain, bila masuk jer, cari pula semua buku-buku berkaitan di library atau rakan-rakan Phd lain. Boleh tanya juga kat sv. Please..., jangan sesekali minta sesuatu references tanpa kita usahakan untuk carinya terlebih dulu. Lepas tu, janganlah terus jump nak buat research atau terus je nak buat programming tanpa cuba memahami semua ilmu-ilmu asas berkaitan research area kita tu. Peruntukkan sekurang-kurangnya 2-4 minggu untuk baca dulu dan ambil tahu semua ilmu-ilmu asas ni dulu. Kalau rajin cuba senaraikan dan buat summary dulu.

Mencari References

Kemahiran mencari references ni memang penting juga. Cara paling asas dah tentulah google. Cara paling efektif pula ialah dengan menggunakan library database. Tapi macam biasalah kekadang tak semua paper yang kita nak cari tu ada kat database yang disediakan oleh library. Ada juga yang kena bayar pula. Bila dah cari-cari tak dapat barulah kita cuba tanya kat orang lain atau boleh juga minta tolong rakan-rakan dari uni lain tolong carikan pula. 

Lagi satu, kekadang kita hilang punca tak tahu nak cari apa dah. Makanya, cuba lihat senarai references yang orang-orang lain guna. Dan apa lagi.. carilah semua paper yang disenaraikan tu. Dah tu apa nak buat dengan references yang banyak-banyak ni? InsyaAllah next entry cik z akan kongsikan satu cara membuat summary literature reviews.


Programming Knowledge + Computer Knowledge

Setiap bidang research, sudah tentunya akan ada added knowledge yang perlu kita mahirkan. Sebagai contoh, programming knowledge. Sebelum mulanya semester pertama, pastikan dulu programming language or software apa yang kita nak pakai nanti. Tahap kemahiran kita menulis programming sangat mempengaruhi cepat atau lambatnya kita nak capai sesuatu objektif research. Sebaik-baiknya peruntukkanlah dulu sedikit masa 2-4 minggu pertama semester untuk bermain-main dengan programming language yang kita nak pakai tu.

Untuk computer knowledge ni pula, macam biasa kemahiran microsoft office word, excel, dan power point tu memang penting sangat. Dan lagi satu dari awal semester pertama lagi, teruslah decide nak writing thesis menggunakan medium apa iaitu samada nak guna word atau latex. Mulalah menulis seawal yang mungkin.


Spoon Feed VS Independent

Seboleh-bolehnya jadilah seorang yang independent. Cuba buat, fahami, dan selesaikan dulu setiap masalah tu sebelum pi tanya kat orang lain. Latihlah diri untuk berdiri sendiri dalam setiap topik. Sambil-sambil tu catit dan senaraikan apa yang kita tak tahu. Janganlah sesekali pi jumpa sv atau senior atau kawan kita tanpa persediaan. 


Comfy Workplace + Istiqamah

Ruang kerja yang selesa tersangatlah penting. Bayangkan, sekurang-kurang 3 tahun kita nak buat kerja kat situ. Kalau boleh biarlah tempatnya kekal, ada meja, kerusi, pc, fail2 dan buku bagai. Buat macam rumah sendiri pun tak per. Letaklah bunga ke, bantal ke. Janji selesa dan sejahtera. Bila dah ada tempat nak buat kerja (workstation), kenalah rajinkan atau wajibkan diri untuk datang dan buat kerja secara Istiqamah. Cari waktu terbaik untuk buat kerja secara berkala dan berterusan. Adatlah kalau tetiba rasa malas kan. Tapi kalau kita ada tempat kerja yang selesa, InsyaAllah rasa best jer nak datang dan buat kerja walaupun sedikit.


Persediaan mental: Be positive

Buat Phd ni kekadang kita akan rasa dalam "a lonely battle of war". Jadinya mental yang kuat dan positive juga sangat penting. Bila rasa stress carilah kawan untuk mendengar dan jangan tinggalkan research kita tu terlalu lama. Sebab kalau kita tinggalkan dia, ambil masa lama pula nanti kita nak cari mood balik dan nak recall semua perkara yang kita dah buat tu. Be positive. Kalau tak berjaya nak selesaikan sesuatu, cuba dan cuba lagi. 


Hobi + Masa rehat

Don't overwork. Relax-relax ajer. Cari hobi. Dan yang paling penting cari masa untuk rehat-rehatkan minda. Kalau waktu siang rasa macam dah banyak buat kerja, malam tu rehat-rehatkan diri ajerlah yer. Jangan paksa diri sangat. Nanti otak crammed.



Amacam pembaca semua. Boleh bayangkan tak macammana gayanya hidup dalam dunia Phd ni ya? Oh ya, keguguran rambut juga antara masalah yang biasa di hadapi oleh pelajar Phd. Cik z pun apa kurangnya. He he he. Side effect kot. Apapun, untuk yang sedang berfikir-fikir atau mencari-cari peluang menyambung pelajaran ke peringkat Phd, good luck cik z ucapkan. Bermulalah dengan semangat dan azam yang positive. InsyaAllah hasilnya positive juga nanti.



38 comments:

  1. Ala. ...saya master pon blom lagi..
    Sedih lah. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur bukan penghalang... kalau ada semangat dan kemahuan InshaAllah boleh..Jgn sedih2 ye cikgu shieda (opps betul ke cikgu eh)

      Delete
  2. ishh..SERAM pulaj dgr..byk betul cabaran..hanya orang mampu sahaja boleh hadapi nya..JM? berfikir berpuluh kali..nak sambung MASTAR pun...bercinta..dapat panggilan pendaftaran MASTAR di UITM tak pergi hati berbelah bagi huhhu

    Sekarang ni pun rambut dh gugur byk ..kalau ambil PHD...boleh BOTAK jadinya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sayangnya, kenapa tak pergi? Err macam seram ke story ni he he. Jangan ada yg terbaca artikel ni terus tak jadi sambung master n phd dah la yer...

      Delete
  3. alaaa.. rasa rindu lak nak study...... lebih2 lagi bile tngok gamba meje study tu! hihihi.. tapi.... nak study free bole tak..?? kikikikiii =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi ... life pun a learning process juga kan...

      Delete
    2. =) hahahaha... absolutely...

      Delete
  4. assalamualaikum..stumble on your blog. sekarang ni saya tgh final sem master. Ade terfikir nk buat PhD. tapi masih blur2 lagi..macam sayang nk tinggal keje kat industri. tapi sayang jugak kalau tak sambung. terima kasih atas perkongsian. nnt boleh la tanya2 kat cik z. lagi-lagi nk prepare research proposal

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome... kalau tgh bersemangat baiklah diteruskan ajer... sekarang ni senang ada mybrain15 kalau x silap monthly dpat rm2300

      Delete
  5. Assalamualaikum Cik Z a.k.a Dr Ct Zanariah to be,
    Tulisan Cik Z yang holistik mengenai Journey PhD ne sangat dekat dengan saya. Alhamdulillah, Cik Z dan sampai ke 'finish line' dalam PhD dan akan mula 'new race' dalam dunia akademik.
    Saya pula akan sambut baton untuk 'start race'. Teruskan menulis kerana tulisan Cik Z sangan berinspirasi.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah cik z passkan baton ni... Get set .. Ready....
      Agak risau juga nak mula new race dlm academic line. Harap semangat yg lama masih membara. Dah nak kena asah balik teaching style hhi hi.

      Delete
  6. terima kasih atas tulisan ini. sy sedang mencari semangat yg hilang..;p ...memang kengkadang nangis sensorang. sy tdk bernasib baik dr segi supervisor. rs mcm tak ada supervisor. .huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan usaha. InshaAllah pasti ada jalan keluar. Yang penting keep on positive. Good luck k.

      Delete
    2. Supervisor saya plak kejar saya macam hape.sampai saya stress. Transition period 6bln antara master dengan phd tu pun saya xlarat.Pergi pagi, balik malam..last2 cakap dengan mak, xnak sambung phd.x jadi

      Delete
    3. Mmg antara masalah utama phd ialah sv sbb kita bergantung pada dia sampailah grad nanti.. X pe nanti bila dtg semangat balik sambunglah phd dan cari sv yg blh sekepala dgn kita.. Goodlucks

      Delete
  7. TAHNIAH Cik z...hebatla...statistik tu subjek xsuka sgt masa uum dulu...hihihihikkk...arghhh...dah xde dlm kamus hidup nak study balik...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhukss... biasa2 jer tak hebat mana pun

      Delete
  8. Sangat sangat membantuuu..... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tq sudi membaca.. Moga bermanfaat

      Delete
  9. tq kak .. rasa inpirasi in a lonely battle of war:)

    ReplyDelete
  10. Cik z..sy baru konvo master semalam..naik pentas tetiba dtg aura nk smbg phd..berminat tu mmg minat tp tang viva tu mcm serun la plk...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrats.. Tgh bersemangat ni baiklah teruskan.. All the best

      Delete
  11. Cik Z...akan Ana ambik inspirasi itu...Mood baru tamat Master d Uia

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum... saya farah dari pascasiswazah.com
    saya tertarik dengan penulisan Cik Z.. Di sini saya ingin minta kebenaran untuk kongsi artikel ini di website kami.. kami akan kreditkn kepada Cik Z..

    ReplyDelete
  13. saya sedang stress nak habiskan phd nie.rasa banyak sangat2 nak kena buat dan fikir sendiri..sv pun tak banyak membantu...sedihnya.dah sem 6 dah .progress slow sangat2.betul kata cik Z, awal2 ada scholarship rasa senang hati.tak perlu pikir nak bayar yuran dan duit untuk sara diri. tapi terikat pulak dengan GOT.rasa macam dah tak capable lagi nak teruskan nie..doakan saya berjaya tempuhi fasa sukar nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Mrs lavender keep on positive and not give up ya. Buat PhD ni memangla tak mudah. Setiap orang pasti ada cabarannya. Tak pe biar slow tapi berjaya. Nanti bila da balik bekerja lagi macam2 masalahnya. Jadi jika boleh cuba sedaya upaya untuk siapkan research sekurang2nya sebelum naik bekerja. Atau paling teruk pun mungkin the last objective. Writing nanti slow2 la.
      Apapun goodluck and all the best. Mrs lavender boleh.

      Delete
  14. Tq...ada sedikit panduan utk sambung PHD. Mcm seram2 sejuk saja nak sambung PHD ni.

    ReplyDelete
  15. Tq miss z...sangat membantu..saya sedang pikir tajuk pun dah mcm pening2..haha

    ReplyDelete
  16. Tq..nampak gambaran phd.. ada niat nak sambung phd tapi takut...

    ReplyDelete
  17. Sedikit perkongsian pengalaman saya yang xseberapa ni...

    Saya degree di uum, bidang pengurusan pembangunan.. Kira managementlah... Skg master sem 3 bidang yg totally different... Pendidikan psikologi... Sebab saya lihat bidang ni unik dan mengkaji ttg kemanusiaan, target habiskan cpt2 amek phd dlm bidang yg sama... Ramai ckp tindakan saya xbetul, tapi why should i care??? Korang ke yg tolong buat kopi utk aku mlm2 time bersengkang mata buat asgmnt... Lantak la... Tekad, istiqamah dan doa... Itu shj yg kita perlukan.. Allah tu maha baik.. Mintala tlg drpadanya... Insyaallah semua bnda akan dimudahkan... Niat dlm hati aku belajar sebab kau suruh ya allah, mudahkanlah.. Aku nak tingkatkan ekonomi.. Sebab aku target nak jadi lecturer... Moga allah izinkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya pendapat. Saya master dari mass communication. Sekarang rasa nak buat phd in psychology. Apa saranan dan nasihat untuk orang yang nak pergi ke field baru ni? Please bagi sikit pendapat dan semangat.

      Delete
  18. Assalamualaikum cik z

    Esok ni sy nk pg register phd, innshaAllah akan start pengajian pada 17 sept ni.. tp tu la persediaan tu dah de la buat skit2.. search journal2, cr buku2 berkaitan.. sv pn alhamdulillah mmg kena dgn topic yg sy nak.. tp xtaula tiba2 rasa takut.. risau semua ada.. xstart pun lg.. hihi blh ke sy habiskan pengajian ni.. mudahan perjalanan phd xmenakutkan sy..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Cik Z,

    terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Sekurang-kurangnya ia memberi motivasi dan semangat buat saya. In Sya Allah, sedang dalam proses untuk membuat tambah baik proposal Phd.

    ReplyDelete
  20. Sangat informatif seklai artikelnya, Fashion Wanita Paling Diminati, untuk yang ingin memulai bisnis

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas perkongsian, sangat infomatif. Insyaallah saya pun akan daftar sebagai pelajar PHD september ni setelah hampar 2 tahun habis master, rasa perlu teruskan lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana memikirkan banyak fanafaat pada diri sendiri dan orang lain..rugi kalu tak sambung, apapun ada jugak rasa gementar bila dekat dengan tarikh pendaftaran ni..maklumlah nak ambil bidang yang agak lari sikit dari bidang asal dari nursing kepada psikology child yang spesifik berbanding dengan sebelumnya..apa2 keputusan telah dibuat..just follow the flow, harap mendapat SV yang baik dan segala masalah boleh diatasi.Insyaallah.

    ReplyDelete