Thursday 1 January 2015

Catatan pertama 2015


Pejam celik pejam celik.. dah pun menjelma mentari 2015. 2014 sememangnya tahun paling mencabar buat semua rakyat Malaysia. Cik z pun tak terkecuali juga. Jadi cik z percaya semua orang pun mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk tahun 2015 ni.

Sepanjang 2014 yg lalu, cik z langsung tak pergi travel kemana-mana destinasi luar negara. Nampaknya title travel blogger cik z memang dah tak boleh pakai dah. Passport pun elok je tersimpan rapi tak bersentuh. Harapnya untuk 2015 ni cik z akan berkesempatan travel kembali. Oh memang rindu sangat nak travel jalan-jalan lihat dunia. Err tapi bila dah kembali bekerja ni dah semestinya banyak faktor-faktor lain yg perlu diambil kira pulak. Moga-moga adalah peluangnya nanti.

Pencapaian peribadi terbaik cik z untuk 2014 ialah berjaya menyiapkan thesis. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya azam 2014 dah pun tercapai. 

Sebenarnya cik z juga banyak berdepan dengan situasi yg tak terjangkakan sepanjang tahun lalu. Walaubagaimanapun banyak juga miracle/keajaiban yg cik z alami. Syukur, dalam kepayahan ada juga sesuatu yg menggembirakan walau tak sebesar mana. Hoping for more happiness in 2015. Selamat tahun baru semua.


9 comments:

  1. slmt tahun baru cik z. tahniah sebab dah setel pengajian... *_*

    ReplyDelete
  2. Congrats!
    tahun dpn giliran saya pulak kot menarik status travel blogger...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh knp plak? Selagi ada peluang teruskan ajer.

      Delete
  3. Assalam cik Z...lama tul sis M x datang sini bukan x ingat tetapi tak sempat..byk lagi blog yg sis hutang blog walking huhuh

    Betul tu..setiap org semua orang mengharapkan sesuatu yg lebih baik tahun ini tetapi itu hanya harapan tetapi realiti nya hanya Allah sahaja yg tahu apa yg boleh kita buat doa yg terbaik sahaja

    Selamat tahun baru juga buat cik Z tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year JM, thanks n all the best. JM teruskn jd travel blogger ye, cik z tumpang baca je nanti.

      Delete
  4. Salam Cik Z,

    Tahniah...Semoga lebih berjaya di tahun 2015 dan dimurahkan lagi rezeki yg melimpah ruah olehNya...

    Doakan I yek Cik Z for this year.....

    Thank you so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yanti, i miss u... I doakan u cepat2 blk. Feels so lonely here. Everything seems so different.

      Delete
  5. Miss you too Zana, I feel you....InsyaAllah, Amin, Amin, Amin.....

    The last sentence sound scary and make me think how much is the different....Take care and Bertabah!!

    ReplyDelete