Friday 16 November 2012

LCCT – Incheon Airport – Gimpo Airport– Jeju Island

Cik Z kembali lagi. Kali ni cik Z nak kongsikan pengalaman pertama kali tidur di airport. Dua bulan sebelum terbang ke Korea, cik Z telahpun membuat booking air ticket untuk ke Jeju island. Plan asal kami ialah untuk terus terbang ke Jeju Island sebaik saja sampai ke Incheon. Tapi rupa-rupanya tiada penerbangan terus dari Incheon ke Jeju. Untuk ke Jeju melalui udara, penumpang perlu berlepas dari Gimpo airport.  Lebih malang lagi, penerbangan pertama bermula jam 6 pagi dan berakhir jam 9 malam. Akhirnya terpaksalah cik Z beli Jeju Air tickets jam 6.55 am 19/6/2012. Untuk ticket murah ke Jeju, Jeju Air bukanlah pilihan terbaik kerana harganya lebih mahal berbanding Easter Jet. Malangnya cik Z tak berjaya untuk beli ticket Easter Jet kerana semua ticket dari jam 6 pagi hingga 1 ptg 19/6/2012 telahpun sold out. Nasib baiklah cIk Z dapat beli tiket Jeju Air dengan harga discount 70%. 

Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pun tiba. Untuk jimat kos kami hanya bawa 1 beg luggage 20 kg dan bacpack 7kg seorang. Yang kelakarnya beg luggage kami tu 80% isinya makanan aje. Cuba tengok gambar kat bawah ni.

 

 
Berat beg luggage kami. Nasib baik cukup-cukup je.


6 jam dalam flight sangatlah letih dan membosankan. 1 minit pun cik Z tak boleh tidur. Untuk hilangkan bosan, habis 1 majalah Air Asia tu cik Z baca dari kulit ke kulit. 

Pre order meal, nasi lemak rendang ayam. Lepas 2 jam terbang baru dapat meal ni, sangatlah lapar licin terus cik Z makan.

Sunset.
10.25 malam waktu korea kami selamat tiba di Incheon Airport





Di Incheon Airport, semua penumpang perlu naik shuttle train untuk ke kaunter imegresen seterusnya ke baggage claim.


Keadaan dalam shuttle train. Semua penumpang bersesak-sesak. Masa ni barulah kami perasan warga Malaysia yang ada dalam flight kami sebenarnya boleh dikira dengan jari sebab kami pergi ke sana bukan semasa peak season tourist from Malaysia.  
Jam 11.30 malam barulah kami keluar ke arrival hall. Anehnya semua penumpang yang bersesak-sesak tadi hilang sekelip mata. Rupa-rupanya most penumpang bergegas ke airport railroad untuk mendapatkan subway yang terakhir jam 12 malam.   
   
Suasana Incheon airport jam 12 malam. The world Best Airport 2012 ni memanglah terbaik. Sangat selesa dan bersih. Banyak kerusi disediakan. Toilet dan air mineral percuma pun banyak.


Perkara pertama yang kami buat ialah ke convenient store untuk beli T-Money. Harganya 2500w. Air mineral pun cik Z beli dgn harga 1000w, mahalkan? Yang kelakarnya lepas beli tu barulah perasan air mineral free disediakan di hadapan toilet. Lepastu kami ke kaunter pertanyaan untuk pastikan jadual train yang pertama untuk ke Gimpo Airport. Waktunya 5.20 pagi. Makanya, bermulalah malam pertama kami di South Korea di atas bangku di Incheon International Airport.

Kami kelaparan, nasib baiklah ada beli burger McD di LCCT. Dah lapar kan apa saja pun licin.
Port lepak kami. Atas kerusi tulah cik Z baring tegak-tegakkan badan. Tapi tak boleh tidur nyenyak pun sebab pekerja airport, pramugari, & pilot asyiklah lalu lalang. Yang peliknya tukang mop lantai akan mop lantai sepanjang masa walaupun tak ramai orang. Patutlah bersih semacam kan?  Cik Z pun tak ragu-ragu untuk solat je sebelah kerusi tu.

Jam 4.30 pagi barulah kami bergerak ke airport railroad. Sampai kat sana kaunter pun tak buka lagi. Nasiblah mesin top up T-Money disediakan. Cik Z top up 30000w. Tepat jam 5.15 gate pun dibuka dan first subway sampai tepat jam 5.20 am seperti yang dijadualkan. Memang efficient. 

AREX (subway khas untuk laluan Incheon-Gimpo-Seoul Station), Besar dan selesa. Kalaulah Malaysia pun ada subway yang murah macam ni untuk laluan ke KLIA/LCCT, alangkah bahagianya.

33 minit dalam train, sampailah kami di Gimpo station. Keluar je dari train mcam lipas kudung kami berjalan dan berlari ke Gimpo Airport. Ingatkan dekat, rupanya 15 minit juga kami spend time. Bayangkanlah berapa jaraknya tu. Yang buat lagi lambat sebab kami kena panjat tangga yang tingginya macam bangunan 4 tingkat dan seterusnya jalan berbumbung sebelum sampai ke Gimpo Airport. Memanglah exercise di pagi hari.  Sampai je kat airport jam dah pukul 6.10 am. Flight kami jam 6.55 am. Bayangkanlah betapa takutnya kami masa tu.

Kaunter Jeju Air di Gimpo Airport. Staf yang bertugas sangatlah efficient dan laju kerjanya. Masa kami sampai ada lebih 10 orang kat depan kami tengah beratur. Tapi kami hanya ambil masa tak sampai 10 minit untuk dapat boarding pass.

6.23 pagi di Gimpo Airport. Nampak tak kat tingkap luar tu, dah terang benderangkan?


Tepat jam 6.55 pagi kami pun berlepas ke Jeju Island. 1 jam perjalanan, 1 jam jugalah cik Z tidur. Ha ha macam balas dendam plak kan?  Penat tak terkata. Jadinya tak der lah gambar dalam Jeju Air masa ni.   Okaylah dah panjang sangat entry ni rasanya. Cik Z sambung cerita di Jeju di entry yang lain pula yer. Anyeong.

11 comments:

  1. thanks for the info.. sangat2 membantu... suka baca blog ni.. inspiring...

    ReplyDelete
  2. Hi. Macam mana you dapat Jeju air discount 70%? You ada tahu tak source mana pasal sale Jeju air (sebab i fly from Busan to Jeju).

    Please email i balik judeliax@gmail.com

    Thanks cik z sbb i google memang keluar your entry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan ada discount masa beli tu. Nak cari tiket murah cuba search guna kayak.com

      Delete
  3. mmg kene naik tangga je ke...xde escalator ke...sbb bwk anak2 kene la angkut jugak naik tangga ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti ada ke tak sebab kami memang tak nampak lift tu. Tangga tu eskalator sebenarnya. Serius tinggi eskalator ni. Tapi ada juga sesetengah station tak de eskalator.

      Delete
  4. Assalam,

    nak tanya, macam mana nak beli tiket jeju air ye? sebab saya sangkut kat make payment. nak kena pilih credit card atau foreign card use? saya nak beli guna citibank. bila dah isi semua detail no card dan exp date dia tulis card tak boleh guna sebab tak register 3D.. mohon bantuan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun beli pakai credit card tapi maybank. Rasanya masa beli tu tak der kena register apa2 pun. Tak pasti pula 3D tu apa dia.

      Delete
  5. Good info..tgh mencari2 apa yg perlu di bawa utk ke obesi..

    www.noormelah.com

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing... seronok bace pengalaman org ke korea ni.. insha Allah nk pegi bln 10 ni.. tpi x prepare apa pon lgi.. mcm hebatkn x penah pegi nk jln sendiri.. takut pon ada..

    ReplyDelete