Friday 4 January 2013

Souq Waqif

Bertemu kembali dalam ruangan jalan-jalan. Kali ni cik Z nak bawa pembaca semua ke Souq Waqif yang terletak di Doha Qatar. Souq bermaksud pasar. Jadinya Souq Waqif bolehla dikatakan pasar waqaf gitu, he he agaknya lah kan. Kalau anda ke Doha, tempat wajib kena pergi semestinya Souq Waqif. 


Walaupun namanya pasar tapi rekabentuknya memang mengkagumkan. Seluruh kawasan ni bersimen batu jadi kalau tetiba hujan tak payah risau lecak ke aper. Bangunannya juga diperbuat daripada batu dan nampak tradisional dengan deretan kedai-kedai yang tak terkira banyaknya (1000 lebih kot). Ada banyak bangunan dalam kawasan ni dan susun atur bangunannya sedikit memeningkan sebab macam maze. Kalau masuk sini kena ingat mana jalan masuk sebab nanti sesat tak balik-balik. Bermacam-macam keperluan ada dijual di Souq Waqif daripada pakaian, perhiasan, wangian, barang dapur, rempah ratus, makanan, sorviner, peralatan rumah, peralatan dapur, peralatan bertani, haiwan ternakan, mainan kanak-kanak, restaurant malah money changer.  Kedai-kedainya disusun mengikut jenis jualan.  Maksudnya kalau nak cari rempah ratus semua kedai rempah ratus ada dalam satu kawasan khas. dan boleh pergi setiap kedai untuk pilih dan compare harga. Pendek kata sebut je nak apa semua boleh cari di Souq Waqif. Cuma perlu sediakan duit je. 

Kali pertama kami pergi ke Souq Waqif adalah pada malam ketiga di Doha iaitu pada 20/12/12. Masa ni kami baru je habis present paper pada siang harinya.  Memang lega yelah dah tamat tugas wajib barulah boleh pikir nak jalan mana kan. Macam biasa sampai hotel dah nak Isyak. Maghrib kat sini awal dalam pukul 5. Jadi bila conference habis je dah pun dengar azan Maghrib.  Lepas Isyak je kami pun bersiap-siap ke Souq Waqif. Punyalah semangat nak jalan padahal dah ngantuk dah sebab 2 hari sebelumnya kami tidur 7 malam sebab masih lagi terbawa-bawa waktu Malaysia. Jarak dari Fuda Hotel ke Souq Waqif lebih kurang 1.8 km. Boleh tahan gak tu jauhnya sebab kami gi jalan kaki je sebab serik nak naik taxi based from bad experience masa arrival hari tu. Nasib baik juga kat sini tengah winter so cuaca agak sejuk dan berangin macam duk dalam air con je. So jalan jejauh pun tak berpeluh dan berbau. Kiranya malam tu je kami jalan dalam 6km termasuk dalam area Souq Waqif.

Sebenarnya kami tak tahu pun kat mana kedudukan sebenar Souq Waqif ni. Sebelum pergi dah tengok kat Google Maps tapi bila dah pergi tu macam pelik juga sebab yang kami jumpa sepanjang jalan adalah kedai-kedai dan shoping complex kecil macam kat Jalan Tar. Cuba tengok gambar kat atas ni antara kedai yang kami jumpa. Sempat jugalah kami tengok-tengok harga jubah kat situ. Wow nak tercekik harganya paling murah yang plain je pun QAR240.

Sebenarnya kami dah nak berputus asa, tapi tetiba ternampak menara ni dan ramai juga orang berjalan dari arah menara, so kami pun pilah ke area tu barulah nampak 1 signboard tulis Souq Waqif di seberang jalan besar betul-betul bertentangan dengan menara ni.

Waktu malam di Doha, jalan rayanya sangat sibuk. Kebetulan juga malam tu ialah malam Jumaat so esok cuti, apalagi memang macam pesta la. Bersusah payah gak la kami melintas jalan besar tu. Sampai je kat Souq Waqif, wah ternganga kami kekaguman sebab barulah rasa macam pi negara Arab. Kiri kanan orang ramai tak terkira semuanya memakai jubah hitam (perempuan) dan putih (lelaki). Tambah-tambah bila ada konsert music kat situ. Sebenarnya diorang ni masih lagi meraikan bulan kemerdekaan gitu sebab 18/12 adalah hari kemerdekaan Qatar.

Di celah-celah orang ramai di Souq Waqif

 Pelancong pun ramai juga

Ruang dalaman Souq Waqif sangat selesa dan kemas

Rempah ratus

Rempah ratus lagi, kat belah dalam tu ada jual bermacam jenis kekacang

Kedai wangian

Deretan kedai menjual pakaian dan kain pasang. Pakain lelaki dan perempuan di jual di kedai berlainan ya.

Sempat posing lagi. He he macam penyanyi nasyid pulak kan.

Sampai ke sudah kami tak tahu buah apa yang dijual ni.

Lama jugalah kami pusing-pusing kat Souq Waqif cuci mata dan pikir-pikir nak beli apa. Sudahnya kami tak beli apa-apa pun. Serious tak tahu nak beli apa sebab semuanya macam mahal je. Contohnya harga termurah yang kami tanya bagi sehelai T-shirt Qatar saiz M ialah QAR35, serban paling simple pun QAR25, dan Fridge Magnet QAR10.  Tapi kami tak risau sebab esok pun kami akan ke sini lagi ikut conference tour.

Oh ya lupa nak cerita, kat Qatar ni masjid memang banyak. Dalam kawasan Souq Waqif ni je ada lebih 2 masjid. So kalau nak solat tak de masalah ye. Esoknya kami ke sini lagi naik bas conference tour. Oleh kerana masa yang diberikan hanya 1 jam 30 minit jadinya kami hanya sempat beli FM. Nasiblah jumpa kedai yang murah sikit so dapatlah QAR8 dan QAR5. Yang kelakarnya kami boleh sesat nak keluar ke kawasan parking sebab hari ni lebih sesak dari semalam dan boleh pulak kami tak nampak menara penunjuk arah tu. Nasib baiklah bas tak tinggalkan kami.

Hari terakhir di Doha, kami decide untuk pergi ke Souq Waqigf semula untuk beli kekacang. Kali ni kami pergi watu siang selepas Zuhur dan lunch. Sampai kat sini dalam pukul 2pm, kawasan lengang yang ada hanya pelancong. Rupa-rupanya semua kedai yang ada dalam bangunan masih tutup dan hanya buka selepas Asar.  

Panas dan lengang.

Sebahagian restaurant sahaja yang telah dibuka 

Kedai tutup

Lorong ni ada burung, arnab, ayam, hamster. Memang jadi tumpuan kanak-kanak. 


Port lepak selama 2 jam. 

View dari port lepak kami. Tu dia menara penunjuk arah kami.



Kedai barangan kraft ni memang melambai-lambai je. 4 kali kami keluar masuk kedai ni dan akhirnya terbeli carpet buatan syria berharga QAR100. Pekerjanya warga Indonesia.

Akhirnya selepas Asar kedai-kedai pun buka. Bila buka je terus kami gi kedai jual kekacang dan kira budget. Ha ha yang sebenarnya kami tak de duit QAR pun, so lepas kira baru pi money changer tukar  then beli dan balik ke hotel. 

OKay habis sudah cerite tentang Souq Waqif. Lepas ni cik Z akan kongsikan pula dua lagi tarikan lain iaitu Katara dan Corniche. Jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment