Tuesday 12 February 2013

Seoul DAY1: Gimpo-Hyehwa-Changdeokgung-Bukchon-Gwanghwamun-Cheonggyecheon-Insadong-Hyehwa



Setelah agak lama terperap, akhirnya cik Z kembali dengan siri Korea sekali lagi. Untuk siri kali ini cik Z akan ceritakan perjalanan sekitar Seoul selama 5 hari pula. Entry ini adalah sekitar suka duka perjalanan hari pertama di Seoul dari kaca mata cik Z. Enjoy. 


Khamis 21 Jun 2012, seawal 7 pagi kami telah pun bertolak ke Jeju airport menggunakan taxi dari Seogwipo. Tempoh perjalanan adalah 1 jam dengan jumlah bayaran sebanyak 37000w. Semua taxi di Korea menggunakan meter, jadinya harga yang dikenakan memang telus dan tepat. Flight kami berlepas ke Seoul jam 9.35 pagi dan tiba di Gimpo airport jam 10.35 pagi.  Seterusnya kami terus ke subway station airport line menaiki AREX menuju ke Seoul Station. Dari Seoul Station, kami sepakat untuk menaiki taxi terus ke WindRoad GH yang terletak di Hyehwa untuk jimatkan tenaga dan masa. Macam mana nak dapatkan traxi? Senang je. Keluar dari subway cari mana2 exit ke main road, lepastu confirm akan nampak ramai orang beratur tunggu taxi kat tepi jalan. Semua taxi di Seoul ada machine english interpreter dan GPS. Cuma masalahnya cara sebutan kita/slanga yang agak sukar difahami oleh pemandu taxi. Ada 2 cara guna machine tersebut, 1) kita sebut tempat nak pergi nanti dia detect, 2) tulis nama penuh tempat yang dituju. Cara paling senang ialah berikan full address ataupun nama tempat nak pergi dalam bahasa hanggul kepada pakcik taxi. 

Pengalaman pertama naik taxi di Seoul agak menarik dan mendebarkan. Mulanya kami spend hampir 10 minit untuk explain ke driver taxi tempat tujuan kami. Untuk ke Windroad GH kami perlu turun di Sungkyunkwan University Main Gate. Masalahnya machine tak faham sebutan kami dan address yang kami ada pun dalam english language. Selepas bersusah payah menyebut berulang kali akhirnya barulah driver faham kami nak ke Sungkyunkwan University. Seperti di KL, jalan raya di Seoul juga sesak walaupun jalannya besar.   Cara pemanduan di Korea adalah sebelah kiri jadinya rasa confuse dengan cara penggunaan jalan rayanya. Penggunaan artis sebagai model sangatlah berleluasa, Toleh kiri kanan nampak muka artis kat mana2 je. Kat badan bas, kat tepi jalan, kat stesen subway, kat kedai2 dll. Sebelum sampai kami dah pun melaui beberapa tourist attraction seperti Namdaemum, Dongdaemun, Bukchon, dan Gwanghamun. Wah memang teruja tak sabar nak pi jalan2. 

Taxi kami tidak melalui main gate Sungkyunkwan University tetapi lalu pintu belakang. Jadinya kami minta driver taxi berhenti kejap dan kami pun try tanya student2 kat situ. Yang bestnya student2 ni tahu kami dari Malaysia dan siap cakap selamat datang dalam bahasa Melayu. Mungkin sebab dah biasa tengok kot. Dengan bantuan seorang student yang tolong explain kat driver arah ke GH akhirnya kami pun sampai ke jalan masuk GH. Harga taxi kami ialah 9400w sahaja. Dari jalan besar kami jalan ke GH lebih kurang 3 minit. Selepas Check in, kami tak buang masa terus solat dan lunch roti+maggi. 
  
12.30 tghr, perjalanan hari pertama kami di Seoul pun bermula. Destinasi pertama kami hari ni ialah Changdeokgung Palace iaitu salah satu daripada 5 palace yang terdapat di Jongno Seoul (Palace lain ialah Gyeongbokgung, Changgyeonggung, Gyeonghuigung, dan Unhyeongung). Jongno ni merupakan pusat pentadbiran Seoul (full map Jongno ada kat atas sekali tu) Changdeokgung Palace ni sebenarnya sangat dekat dengan GH kami dan boleh je kalau nak pi jalan kaki. Tapi kami yang pemalas ni (sebenarnya nak simpan tenaga sebab dah tahu lepas ni semua tempat kena jalan kaki) pi sana naik taxi he he. Cara nak tahan taxi senang je. diri je kat tepi jalan besar (area depan Dunkin Doughnut) pastu tahan je mana2 taxi yang lalu. Thanks pada passerby yang baik hati tolong explain kat kami macammana nak dapatkan taxi. Area GH kami ni mostly orang2 muda sebabnya area ni ialah kawasan university dan art. Dapat je taxi, macam tadi gak kena sebut betul2 kali ni kami sebut sepatah-sepatah macam baru nak belajar cakap. Then driver kata dekat je ni kat seberang sana he he pelik dia kat kami sebab dekat pun nak naik taxi. Dekat2 pun 5 minit gak nak sampai. Harga taxi 2400w. 

                         
Main Gate Changdeokgung Palace


Map dan detailed explaination tentang Changdeokgung palace

Entrance Fees yang dikenakan ialah 3000w. Ada juga tiket harga 10000w yang boleh cover semua 5 palace di Jongno termasuk boleh masuk ke Secret Garden di Changdeokgung. Antara sebab kenapa kami pilih untuk ke Changdeokgung palace ialah kerana palace ini yang paling dekat dengan GH, selain satu2nya palace di Seoul yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Sites pada tahun 1997, juga kerana palace ini merupakan shooting location untuk drama Rooftop Prince (dalam kawasan Secret Garden).  Tapi kami tak bernasib baik untuk masuk ke Secret Garden sebab kami tak beli joint ticket (kengkonon nak jimat kos) so plannya nak beli ticket kat gate Secret Garden je. Rupa2nya gatenya agak jauh ke tengah kawasan Changdeokgung. Dalam pukul 2.10 gitu baru kami sampai ke gatenya dan dah pun tutup untuk entry pukul 2. Rupa2nya juga kalau nak masuk ke Secret Garden ni ada waktu2 tertentu je dan setiap kali masuk cuma 100 orang yang boleh masuk. Oh ya, sebelah gate secret garden ni adalah main gate untuk ke Changgyeonggung Palace.  Tapi apa2pun kami enjoy je jalan2 kat dalam kawasan istana ni berbekalkan pemplate yang dibekalkan dalam bahasa inggeris.

Laluan tengah ni yang biasa kalau dalam cerita saeguk raja akan lalu berarak ke balai utama.


Dalam gate ada gate untuk ke balai utama Injeongjeon


Injeongjeon, the throne hall


Rekabentuk dalaman Injeongjeon


Takhta raja




Tempat raja menerima kedatangan tetamu


Ceiling dalam istana






Satu-satunya istana yang tidak berwarna.
  

Changdeokgung Palace mula dibina pada tahun 1405 dan merupakan istana kedua selepas Gyeongbokgung Palace. Kawasan istana ini agak luas dan mengandungi pusat pentadbiran Joseon Dynasti serta pernah dimusnahkan oleh Jepun sekitar 1592-1598 dan dibina semula, dan dimusnahkan sekali lagi juga oleh Jepun (1940-1945). Selain balai utama dan pusat pentadbiran terdapat juga istana raja, istana permaisuri, serta istana2 ahli keluarga raja, perpustakaan diraja, dan hospital.

Tembok batu yang mengelilingi Changdeokgung Palace.

Destinasi kami yang seterusnya ialah Bukchon Hanok Village, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Changdeokgung Palace dan dipisahkan oleh tembok batu. Perkampungan tradisional ini berada di tengah-tengah antara Changdeokgung Palace dan Gyeongbokgung Palace (istana pertama dan terbesar di Jongno). Terdapat lebih 900 rumah tradisional korea di kawasan ini yang majoritinya masih didiami oleh ahli keluarga raja dan pembesar zaman Joseon Dynasti. Selebihnya dijadikan Guest house, galeri, dan museum mini.  Kawasan ini juga terkenal sebagai shooting location untuk drama dan filem. Tarikan utama disini ialah 8 photo spot yang dikatakan tempat paling menarik jika diambil gambarnya di Bukchon.  

 
Treasure Hunt di Bukchon. Cari 8 tanda ini di sekitar Bukchon untuk photo terbaik.

Kali pertama cik Z tahu tentang Bukchon Hanol Village ialah melaui 2Day1Night Season 1 dalam episode Jongno Special. Masa tengok tu rasa pelik sebab apsal la Jong Min susah sangat nak cari semua 8 photo spot ni siap sesat2 padahal dah pegang map. Bila dah datang dan rasa sendiri, wah baru tahu. Kawasan perkampungan ini sebenarnya sangat luas malah lebih luas daripada kawasan Changdeokgung Palace. Bentuk muka buminya pula berbukit bukau dengan puluhan lorong2 kecil yang kelihatan lebih kurang sama. Mana tak sesat kan. Ha ha kami pun sesat barat jugak. Yang bagusnya, ada volunteer bertshirt merah yang setia berdiri di sesetengah kawasan untuk membantu tourist mencari photo spot. Kalau cari2 tak jumpa cari volunteers ni ya.  

First photo spot: Panoramic View of Changdeokgung Palace


Second photo spot: Wonseo-dong Gongbang-gil


naik bukit selepas second photo spot.


Kedai jual sourviners KPop.


Photo Spot 3: 11 Gahoe-dong Area


Salah sebuah rumah tradisional di Bukchon.


Photo Spot 4: Hillside Area at 31 Gahoe-dong


Photo Spot 5: Downward alley in Gaheo-dong


Photo Spot 6: Upward alley in Gaheo-dong


Photo Spot 7: 31 Gahoe-dong


Photo Spot 8: Stone Steps in Samcheong-dong

Pemandangan Samcheongdong Street dari Bukchon.

Memang agak lama kami terpusing-pusing di Bukchon Hanok Village. Rasa nak give up pun ada. Penat tapi berbaloi sebab view kat sini memang cantik menawan.  Rasa-rasanya kalau Kampung Baru di KL di upgrade jadi tourist location dengan photo spot macam ni pun mesti best.  Turun je dari photo spot 8, kami dah pun berada di Samcheongdong Street yang dipenuhi dengan deretan galeri, butik designer, dan museum. Rasanya orang2 kaya je shoping area ni.

Dari Samcheongdong kami menuju ke Cheong Wae Dae (Blue House, rumah peresident). Jalannya cantik dengan pokok2 besar di kiri dan kanan jalan cumanya agak mendaki.  Mana taknye Cheong Wae Dae di terletak di kaki gunung Bugaksan. Bayangkan kalau lalu jalan ni masa spring mesti penuh dengan bunga dan kalau lalu masa auturm mestinya penuh dengan dedaun warna oren. Wah mesti cantik kan. Yang tak bestnya bila dah sampai kat dekat area Cheong Wae Dae tersangatlah ramai polis/askar yang berkawal. nak ambil gambar pun di larang sama sekali.  Jadinya kami pun terus jelah jalan menuju ke Gwanghwamun. Sebelum sampai ke Gwanghamun, kita akan melalui The National Folk Museum of Korea dan juga Gyeongbokgung Palace.   

Tembok batu yang memagari Gyeongbokgung Palace.


Dongsipjagak.

Plan asal kami ingat nak singgah juga ke Gyeongbokgung Palace tapi tak sempat sebab masa lalu kat tepi tembok pagar dia yang panjang tu dah pun pukul 5 petang. Bayangkan dah 4 jam kami jalan kaki tanpa henti dari Changdeokgung. Dari Cheongwaedae kami ambil masa lebih kurang 20 minit jalan kaki untuk sampai ke Gwanghwamun Gate, pintu masuk ke Gyeongbokgung Palace.

Gwanghwamun Gate.


Dari Gwanghwamun Gate, kami berjalan terus ke Gwanghwamun Square yang letaknya betul2 bertentangan dengan Gwanghwamun Gate.  Gwanghwamun Square ini merupakan laluan lurus sepanjang 550m dan 34m lebar yang dijadikan tempat beriadah warga Seoul. Laluan ini dihiasi dengan bunga2 berwarna warni, water fountain, dan 2 statues figura sejarah terkenalk korea iaitu King Sejong The Great & Admiral Yi Sun Sin.  Selepas penat berjalan, memang sangat berbaloi dapat duduk2 berehat di Gwanghwamun Square. 


Gwanghwamun Square dilihat dari Gwanghwamun Gate.



King Sejong The Great

Pameran padi.


Kanak2 riang bermain di Water Fountain, seronok sangat rasa macam nak joint jer. Orang2 muda + tua pun ada gak yang main2 kat sini.


Admiral Yi Sun Sin

Berjalan terus hingga ke hujung Gwanghwamun Square, kami menemui Cheonggye Plaza tempat bermulanya Cheonggyecheon Stream. Masa ni hari dah pun hampir gelap dan pengunjung nampaknya makin ramai walaupun pada hari Khamis. Cheonggyecheon Stream sangat popular sebagai tempat tarikan pelancong kerana disini terdapatnya laluan sungai semulajadi sepanjang 5.84km dari Gwanghwamun ke Dongdaemun yang telah di baikpulih dan dipulihara. Airnya jernih dan sejuk siap boleh nampak ikan2 berenang. Sepanjang sungai kita boleh duduk2 berehat sambil bermain air. 


Bermulanya laluan Cheonggyecheon Stream











Alang2 berada disini kami pun tak lepaskan peluang main2 air jugak. Di sini kami duduk betul2 kat sebelah pelancong warga Indonesia yang kami jumpa semula masa ke Nami island. Sepanjang laluan ini juga ada 22 jambatan yang dibina serta berpuluh2 lagi laluan batu yang disuusun bagi memudahkan pengunjung menyeberangi sungai. Bayangkanlah kalau Sungai Klang kat KL ni dibaikpulih seperti ini, mesti best kan boleh lepak2 macam ni.

Jam 7 malam, hari makin gelap jadinya kami decide untuk terus berjalan ke Insadong. Dari Cheonggyecheon, kami naik ke Gwanggyo Bridge (jambatan yg ke 3 dari Cheonggye Plaza) dan belok kekiri berjalan terus ke Insadong. Sebelum sampai di Insadong, kami melalui Bosingak, Subway Jonggak Station, dan Jongno Tower.  Sempat juga singgah kat satu farmasi tepi jalan untuk beli ubat hilangkan sakit otot dan badan sebab satu badan dah rasa sakit semua terutama kaki. Pharmachist yang jaga kedai tu siap cakap eh awak kan muda lagi tak kan dah sakit otot hu hu malu gak lah. Tapi dia tak tahu yang kami ni dah berjalan selama 4 hari naik bukit turun bukit. Insadong Street dipenuhi dengan kedai2 buku, kraftangan, art antiques dan pelbagai jenis galeries tradisional Korea yang menggambarkan budaya masyarakat Korea.


Street shops


Kedai Kraftangan

Seronok juga cuci2 mata melihat budaya masyarakat Korea.  Banyak sourviner terjual disini tapi sebab dah penat kami tak de perasaan nak beli. Kebetulan juga terjumpa 2 orang pelajar dari Malaysia dan mereka suggestkan untuk pergi ke Dongdaemun kalau nak beli sourviner yang murah.  Lepas habis satu street tu kami pusing2, kami pun tahan taxi untuk balik ke GH. Kali kami tunjukkan business kad GH je, senang dan tak banyak soal.  Oh ya masa kat Insadong tu kami ada beli Cafe Latte kat 1 kedai tepi jalan ni harganya 2500w sedap tak terkata teringat2 sampai balik Malaysia.  Harga taxi dari Insadong ke GH ialah 6000w. Kami sampai di GH pukul 8 malam, bermaksud kami dah pun berjalan kaki selama 7 jam sepanjang hari ni. Rasa kagum sekejap dengan diri sendiri. 

Berakhir sudah cerita hari pertama di Seoul. Jumpa lagi dalam next entry.  Hope dapat siapkan semua entry tentang Seoul sebelum March nanti sebab lepastu mesti lah nak cerita tentang trip ke Cambodia & Vietnam pula kan. Okay wassalam anyeong.





2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Cik Z pegi Korea masa summer ye? Saya akan ke sana bulan 6 2014, insyaAllah. Nak tanya (kalau betul cik z pegi masa summer) kat sana masa tu cuaca macam mana? Panas yang sedang2 ke. tak perlu bwk baju sejuk ke?

    Last time saya ke sana masa autumn, pemandangan mmg cantik tp saya kalah dgn cuaca sejuk, huhu.. Teringin juga nak masuk secret garden, changdeokgung, sbb last time dah pegi gyeongbokgung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Summer kat Korea sangatla panas. Lebih panas dari Malaysia kot. Kalau pi Jeju lagila panas. Topi wajib ada kalau tak nak sunburn. Baju sejuk memang tak perlu langsung, macam cik Z bawak gak tapi buat berat beg je rupanya tak pakai langsung.

      Delete