Sunday 28 April 2013

Siem Reap Day 3: Cultural Village

 

Isnin, 4 Mac 2013. Hari ketiga di Siem Reap. Jadual perjalanan kami hari ini nampaknya tidaklah sepadat 2 hari sebelumnya. Semalam, kami dah pun membuat temu janji dengan tuk tuk untuk pergi ke Cultural Village pada pukul 1.30 petang. Jadinya sempatlah kami mencari kain di Old Market sementara menanti tengahari. Kami berjalan kaki je ke Old Market, tapi bila balik terpaksa plak naik tuk tuk sebab tak larat nak angkat kain2 yang dibeli  he he.

Macam semalam, driver tuk tuk kami memang selalu je datang awal. Belum pun kami pi lunch dia dah pun sampai. Lepas lunch di Kedai Haji Musa, kami pun bertolak ke Cultural Village yang terletak kira-kira 20 minit dari GH kami. Entrance fees yang dikenakan ialah USD15. Untuk hari weekdays persembahan kebudayaan bermula pada pukul 12.30 hari sehingga 8.30 malam. Semua persembahan dilakukan di tempat/lokasi yang berbeza tetapi dilakonkan oleh pelakon yang sama. Setiap persembahan mengambil masa dari 30-40 minit. Semasa kami sampai 2 persembahan dah pun berlalu. 

Kat Cultural Village ni ada 14 tarikan yang boleh dikunjungi iaitu Wax Museum, Millionaire House, Farm Village,  Cham Village, Chinese Village, Kola Village, Kroeng Village, khmer Association Village, Khmer Village, Miniature, Floating Village, Mini Theater, Phnorng Village, dan Big Theater. Keseluruhan tempat ni tidaklah sebesar mana dan kalau kita pi sini tanpa melihat persembahan, tak sampai 2 jam dah boleh cover semua. 

Wax Museum.

Penceritaan semula pembinaan Angkor Watt.

Floating Village.


Kami sempat menyaksikan 4 persembahan iaitu di Millionaire House, Chinese Village, Kola Village, dan Kroeng Village. Dalam setiap persembahan pasti ada pengunjung yang dipilih secara rawak untuk sama2 berlakon.

Traditional Khmer Wedding di Millionaire House. Seorang penonton lelaki terpaksa menjadi pengantin lelaki, manakala 2 orang lagi penonton menjadi ibu dan ayah pengantin.  Persembahan yang menghiburkan tapi tak faham apa yang diorang cakapkan.


Di hadapan Millionaire House.

Persembahan di Chinese Village.

Menanti salah satu persembahan bermula, kami sempat bergambar dengan pengunjung berbangsa muslim cham.

Persembahan Pallin Peacock Dance di Kola Village. Yang baju hijau tu pun pengunjung gak kena berlakon jadi puteri raja.


Persembahan Choosing The Fiancee di Kroeng Village. Satu budaya pelik masyarakat Kroeng tetapi dipersembahkan dengan begitu menarik dan kelakar sekali.

Kesimpulannya, bila kami berkunjung ke Cultural Village secara tak langsung kami dapat memahami dan mempelajari kepelbagaian budaya masyarakat Cambodia yang sebenarnya juga berbilang kaum dan agama. Untuk trip hari ini kami bayar USD12 kepada driver tuk tuk kami. 

Pada sebelah malamnya, kami pergi lagi ke Night Market dan Old Market untuk mencari T-shirt dan Fridge Magnet. Tapi sebab kami dah survey harga dan tahu kat kedai mana yang murah, so senanglah kerja kami dan tak perlulah berlama2 menyopping.

Night Market.

Berakhir sudah cerita trip kami di Siem Reap. Lepas ni kita sambung pula cerita2 di Phnom Penh dan Ho Chi Minh. Jumpa lagi. Wassalam.


2 comments:

  1. Cik Z, good info tentang cambodia. nak tanya kalau gi situ x ambik tour guide ok ke.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je sebab driver tuk tuk yang tolong bawa ke mana2 attraction yg kita nak gi. Kalau ambil tuk tuk yg pihak hotel organizekan lagi selamat.

      Delete