Part 6 is here. Ini kisah hari ketiga kami di Istanbul iaitu petang Isnin 3 Jun 2013. Sepanjang 5 hari disini, hari ni lah yg paling sejuk sekali. Tak semena-mena suhu hari ni menurun sehingga 17-23 degree. Mujur langitnya cerah, menyebabkan kami bersemangat menggagahkan diri ke Topkapi Palace di Sultanahmet. Kami tiba di pintu gerbang utama laluan masuk ke Topkapi Palace sekitar jam 1.30 petang. Masa kami sampai ni, kami bertembung dengan banyak kumpulan pelancong yg dah nak keluar. Oh rasa lega sangat kami pergi waktu petang. Kali ni kami pergi bertiga ajer.
Topkapi Palace (Tokapi Sarayi) menjadi saksi kegemilangan empayar Turki Uthmaniah sejak 1465 lagi. Di istana inilah, sultan-sultan serta ahli keluarga mereka tinggal dan bersemayam serta mentadbir negara. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniah pada tahun 1923, istana ini ditukar menjadi museum pada tahun 1924. Peluang melihat sendiri istana yang besar ini sangatlah bermakna kerana kita dapat rasakan betapa hebat, kuat dan berpengaruhnya empayar Turki Uthmaniah sepanjang lebih 400 tahun berkuasa.
Masa mula-mula masuk pintu gerbang yang besar tu kami ingatkan kami dah berada di dalam Topkapi Palace. Rupa-rupanya belum lagi ya kawan-kawan. Rasa-rasanyalah kita kena jalan lebih 15 minit dulu sebelum sampai ke ticket booth dan pintu gerbang yang sebenar. Jauh okay. Sebenarnya ramai juga pengunjung yang tak masuk pun ke Topkapi Palace dan hanya jalan2 kat sekitar kawasan luar ni ajer.
Pemandangan
kawasan ni sangatlah best dan menarik. Ada beberapa bangunan lama,
pohon merimbun yg besar dan tinggi, rumput menghijau, bunga-bunga ros
berwarna warni, serta laluan pejalan kaki yg selesa. Malah kita boleh
juga nampak Marmara Sea/ Bhosporus dari sini. Semua sudut memang serius cantik sangat. Cuba bayangkan, puteri-puteri raja dulu-dulu ambil-ambil angin kat sini. Wahh memang superb la lokasi Topkapi Palace ni. Sebenarnya segan gak nak letak gambar kami bertiga banyak2 dalam ni tapi serius suka sangat dengan gambar2 ni semua, so maafkanlah kami yer.
Akhirnya kami pun sampai kat ticket booth. Asalnya kami cuma nak beli ticket masuk ke Topkapi dan Harem jer, tapi bila dah kat sini kami diberitahu kalau beli 3 Days Museum Pass lagi berbaloi sebab kami boleh gunakannya di lebih 10 Muzeum sekitar Istanbul termasuklah Aya Sofya. Harganya 72TL. Jadi kami pun beli lah Museum Pass ni. Untuk yang berminat, antara muzeum yg terlibat ialah Chora Museum, Hagia Sophia Museum, Topkapı Palace Museum and *Harem Apartments, İstanbul Archaeological
Museums, İstanbul Mosaic Museum, **Museum of Turkish and İslamic Arts, Galata Mevlevi House Museum, Yıldız
Palace Museum, Museum for the History of Science and Technology in Islam.
Ticket Booth.
Ini dia pintu gerbang masuk yg sebenar.
Bila nak masuk ke dalam ni, pengawal keselamatan akan tengok dulu barang yg kita bawa. Kami bawa tripod, so yg ni barang larangan. Makanya kami kena tinggalkannya kat pintu masuk ni dulu baru boleh lepas masuk ke dalam. Masa beli ticket tadi kami tak de dapat apa2 templete makanya kami redah je lah berjalan dari bahagian yg paling kiri sekali. Bukan semua bangunan dalam kawasan istana yg besar ni dibuka untuk lawatan pelancong. Yang menjadikan kita lama kat sini ialah bilamana kita kena beratur nak tunggu giliran masuk ke setiap bangunan/ruang yg dibuka utk tontonan. Bukan sikit2 orang tau yg datang sini.
Bangunan pertama yg kami nampak, kalau tak silap kat bhgn kanan. Kami masuk ke sini last sekali.
Dari sebelah kiri ni, kita akan menemui Harem, yg dulunya menempatkan rumah/apartment yg mengandungi bilik-bilik peribadi Sultan serta ahli keluarganya termasuklah bilik-bilik gundik serta dayang istana. Ruang apartment ini tersangatlah besar. Lebih satu jam habis masa kat sini ajer. Dikatakan ada lebih 400 bilik dalam kawasan ini yg saling bersambungan oleh beberapa laluan khas. Hampir keseluruhan bilik/rumah/apartment malah laluan dalam kawasan ini mempunyai dinding marmar yg dihiasi dengan pelbagai jenis ukiran kaligrapi serta ayat2 AlQuran. Jom tengok apa yg ada di Harem.
Welcome to Imperial Harem.
Mengkagumkan kan? Sayang sekali kerajaan ini tak bertahan lama. Walaupun kawasan ini dipenuhi dengan ayat Al-Quran tapi ada satu yg pelik sebab ada satu laluan tu katanya laluan khas dinamakan Golden Road (kat gambar kecil yg ada cik Z tu) untuk gundik-gundik raja lalu dan kutip duit emas yg ditabur oleh sulatan semasa perayaan/keraian. Sungguh aneh ritual ni.
Keluar dari Harem, kami blur sebab tak tahu nak ke arah mana sebab masuk dan keluar jalannya lain2. Tapi apa yg kami jumpa selepas tu memang tak mengecewakan. Ada pelbagai bangunan dengan pelbagai fungsi. Antaranya library, treasury, dan bangunan pentadbiran tempat sultan berjumpa dengan menteri atau diplomat asing. Most memang tak boleh masuk tengok bahagian luar je. Tapi lanskap sekitar istana ni memang syok la.
Beratur panjang nak masuk ke Treasury.
Salah satu bangunan yg dibuka untuk lawatan ialah bangunan Treasury. Ada beberapa bilik dengan pintu masuk berbeza serta tema berbeza. Namapun treasury kan, jadinya dilarang sama sekali mengambil walau sekeping gambar. Antara koleksi yg boleh kita lihat ialah potret2 Sultan dengan cap mohornya, jubah dan pakaian keluarga Sultan, senjata, peralatan memasak dan makan, pinggan mangkuk, perhiasan barang kemas, batu permata, jam pelbagai saiz, serta puluhan hadiah yg diterima oleh Sultan dari serata dunia.
Semua peninggalan sejarah ini menjadi saksi betapa kaya, gah dan hebatnya kerajaan Utmaniah ni. Bayangkan, sudu, garpu, pinggan, cawan semua daripada emas. Sampaikan jam pun dihiasi batu permata. Terdetik dihati, mungkin juga kerajaan yg gah ini akhirnya jatuh untuk menjadi peringatan kepada kita org2 terkemudian untuk sentiasa beringat yg kekayaan dunia ni tak kan kekal dan seharusnya dikongsikan bersama.
Oh ya, ada satu bilik tu menempatkan sebahagian harta peninggalan Rasulullah dan para sahabat. Antara yg dipamerkan ialah janggut nabi serta pedang. Kat bilik ni juga sentiasa akan ada seseorang yg membaca AlQuran. Secara live bukan kaset/cd.
Ada satu bangunan pula bila kita masuk kat dalam tu akan ada balkoni. Dari balkoni tu kita boleh nampak pemandangan Selat Bosphorus/Marmara Sea macam kat gambar bawah ni.
Bunga-bunga ros kat Topkapi Palace ni saiznya memang besar-besar belaka. Pokoknya ajer pun lebih besar daripada kami. Ada beberapa potret sultan digambarkan sedang memegang bunga ros ataupun sedang berdiri di kelilingi oleh pohon2 ros yg berbunga lebat sambil melihat Bosphorus.
Sebelum
balik, kami sempat duduk bersila diatas rumput dan dibawah pohon hijau
yg banyak kat kawasan taman yg kat luar tu. Ada je pengunjung yg baring2
atas rumput ni. Macam best je kan.
Keseluruhannya kami habiskan masa lebih 3 jam kat Topkapi Palace ni. Memang tak menyesal dan berbaloi masuk ke sini. One of the best attraction in Istanbul. Kami tinggalkan Topkapi Palace dengan perasaan kagum. Satu peninggalan empayar islam yg begitu unggul. Cuma yg tak berapa bestnya, most tourist yg datang sini ialah non-muslim. Dari Korea dan Japan pun ramai. Kalau ada yg bercadang ke Istanbul tapi teragak-agak nak masuk ke Topkapi Palace ke tak, jangan lupa singgah ke sini ya. Percayalah, ia bukan sekadar museum dan istana.
Ini saja untuk entri ini yg rasanya entri paling banyak gambar setakat ini. Jumpa lagi next entri, Insyaallah selepas ini kita akan ke Aya Sofya pula. Wassalam.