Akhirnya selepas 5 bulan berlalu, barulah punya kesempatan nak berkongsi kisah cik Z di Istanbul. Maaflah kalau ada yg tertunggu-tunggu he he... Alhamdulillah 1-5 Jun 2013 yang lalu, cik Z berkesempatan terbang ke Istanbul atas tujuan menghadiri seminar ICAAMM2013 (International Conference on Applied Analysis and Mathematical Modeling). Rombongan kami seramai 7 orang berlepas dari KLIA pada 1 Jun 2013 jam 10.30 pagi dengan Qatar Airways. Malangnya kami semua terpaksa duduk jauh2 sebab semua seat full book, bosan giler beb 7 jam 30 minit tak de kawan nak bercakap sampailah ke Doha. Cik Z pula dapat seat depat sekali makanya nak tengok video pun tak de privacy. Bayangkan punya jauhnya seat kami sebab salah sorang kawan cik Z iaitu Fizz, seat dia kat belakang sekali, dah la besar giler flight ni.
Transit di Doha tak sempat nak duduk2 pun sebab 1 jam je then sambung balik naik another Qatar Airways selama 4 jam 30 mint lagi barulah samapi ke Istanbul. Nasib jugak dalam flight yg ni dapat seat sebelah2 terus kami borak tak hingat dunia macam dah setahun tak jumpa. Tapi lepas tu kami terus layan kmovie. Best tau Qatar Airways ni sebab dia ada koleksi filem2 terbaru worldwide. Untuk Kmovie je pun masa tu ada dalam 6 filem. Tapi yg tak boleh lupanya sebab cik Z tengok citer "Miracle in Cell no. 7". Sedih sangat citer ni sampai dapat meal pun makan sambil nangis. Fizz yg kat sebelah pun jangkit nak tengok jugak. Orang lain turun flight mata sembab sebab tidur kami plak sebab nangis. Memang kenangan sungguh he he.
Kami tiba di Istanbul jam 6.30 petang. Sebab kami ada 7 orang, so kami naik van ke Grand Anka Hotel yang terletak di Findikzade. Tapi kan bila nak balik tu baru kami tahu kalau naik yellow cab lagi murah hanya 35TL (Turkish Lira) per ride by meter sampai ke airport berbanding naik van ni yg kalau tak silapa kami bayar >100TL. Kami duduk disini pun sebab kami dijanjikan perkhidmatan bas percuma untuk pergi ke conference venue di Yildiz Technical University. Keadaan bilik ok selesa walaupun bilik kami utk 3 orang. Lokasi hotel pun okay not bad. Ada beberapa kedai makan berhampiran. Taxi/cab sangat senang nak dapat. Tunggu je tepi jalan. Cuma pastikan diorang pakai meter kalau tak kena cekik darah nanti sebab kami ada terkena masa first day nak ke conference venue (masa ni tak tahu lagi kat mana nak naik bas percuma). Kalau nak naik tram pun senang sangat sebab stationnya hanya kat seberang jalan depan hotel. Tapi untuk kawan2 yang tujuannya nak jalan2 di Istanbul, baiklah cari hostel/hotel sekitar Sultanahmet area ya sebab tram cost agak mahal juga 3TL per ride.
Grand Anka Hotel, kami jumpa ramai Malaysian and Singaporean kat sini sebab hotel ni jadi pilihan tourist agency yang bawa jemaah umrah ziarah.
Sebenarnya masa kami pergi ni kebetulannya tengah ada strike (Gezi Park Strike) kat Istanbul. Walaupun lokasi hotel kami ni agak jauh dari Gezi Park tapinya masa malam pertama kat sini dan keluar cari makanan, kami sempat terserempak dengan sekumpulan penunjuk perasaan ni tengah melaung-laungkan ketidakpuasan hati mereka kat kawasan hotel kami. Masa nampak tu kami tak faham lagi ingatkan diorang celebrate apa sebab semuanya macam urban type je. Bila balik bila baca news semua barula sedar. Terus kami tak berani nak keluar malam2 lagi. Malam kedua kami kat sini, boleh dengar bunyi ambulan tak henti2 lalu (kawasan hotel ni pun memang ada beberapa hospital/klinik). Rupa2nya malam tu ramai yg cedera disebabkan strike ni tapi mujurlah kejadian tu bukan kat kawasan hotel ni. Seram juga lah sebenarnya.
Sekumpulan penunjuk perasaan.
Balik ke cerita asal, dalam entri pertama ini cik Z hanya akan bercerita berkenaan ICAAMM2013.
Ini merupakan international Conference ke-2 yg cik Z sertai di luar
negara. Jadinya kali ni rasa berdebar dah kurang. Lagipun kali ni slide
presentation sempat disiapkan sebelum pergi. Jadi lega sebab ala2 macam
well prepared gak kali ni. Ikut jadual asal, giliran presentation cik Z
dan Sv adalah hari terakhir. Kawan2 lain pulak dapat hari ke-2 dan ke-3.
Ye la bidang kami semuanya lain2. Jadi agak payah juga kami nak
memikirkan bila masanya nak pergi jalan2, yelah takkan nak duk kat dewan
conference je kan dah datang jauh2 ni.
Kat depan hotel sementara menunggu shuttle bus ke Yildiz Technical University.
Nasib
juga masa hari pertama tu cuma ada pendaftaran, keynote speaker, dan
cocktail dinner. So kami cuma datang waktu petang. Jauh juga sebenarnya hotel kami ni dengan Yildiz Technical University yang terletak di Davutpasa. Dalam 30 minit gak la jaraknya. Yang kelakarnya kami
semua ingat ada dinner la rupa2nya cuma ada air dan dessert je sambil menonton persembahan tradisional turki kat lobi dewan. Uihh layan je la. Orang2 Turki ni memang cantik2, handsome, dan tinggi2 belaka.
Masa
hari kedua tu cik Z dan Sv dapat tukarkan giliran presentation kami ke
hari ke-3. So semua orang lega. Lagipun sebenarnya giliran asal tu macam
tak berapa ok slotnya sebab tak de pun topik statistik pada haritu. Hari kedua ni kami dapat jumpa beberapa orang lagi peserta conference dari Malaysia. Oh barulah tahu ramai orang Malaysia yg datang ni.
We are from.... reunion di Istanbul.
Suasana conference ni rasanya tak
semeriah conference yg cik Z hadir di Qatar Disember lepas. Entah dimana
silapnya tak ramai peserta yg kelihatan di sekitar venue. Sekretariat
pun tak berapa nak flexible. Contohnya, dia nak juga ikut waktu slot
presentatation yg ditetapkan walaupun semua org dalam slot sebelumnya dah habis present.
Antara lain yg unik, dalam banyak2 conference yg pernah cik Z hadir sebelum ni, inilah kali pertama kami dihidangkan makan dalam tray/dulang. Semua orang dapat makanan yg sama je sebab ada yg tukang serve macam kat asrama tu. Cuma mungkin makanan kat asrama lagi hebat kot. Mula tengok tu memang terkejut la. Kat sini lunch kami hanya dihidangkan nasi (rasanya macam nasi dagang) dengan ayam 2 ketul (bakar/goreng berempah), kuah dalca, roti sebungkus, air mineral dan air pure yogurt. Dalam2 banyak2 tu cuma nasi dan ayam je yg kena dengan tekak Malaysia he he. Orang Turki ni memang favorite diorang air yogurt. Masalahnya yogurt yg diorang minum ni non-flavor. Minum pagi/petang pulak diorang sediakan kek marble pelbagai perisa yg dah siap2 bungkus dalam plastik dan air panas tea/coffee.
Lunch at conference venue.
Turkish Coffee.
Cubalah Turkish Coffee, rasanya... sepahit2 kopi yg pernah dirasa seumur hidup.
Ramai peserta dari Malaysia dapat
giliran hari ke-3. Walaupun berlainan bilik dan topik, tapi rasa macam
buat conference kat Malaysia plak. Giliran cik Z sekitar jam 4 kot. Orang pun dah tak berapa nak ada. Most dah balik la ye tak dah petang kan. Alhamdulillah selamat dah present. Lepas sudah tanggungjawab datang jauh2 ni. Mungkin sebab dah petang sangat jadinya tak de saperpun yg dapat soalan masa sessi petang ni. Tapi apapun ia satu pengalaman yg berharga dan menarik juga.
Dewan utama.
Presentation time.
Terima kasih kepada pihak KPT yang sudi menaja perbelanjaan cik Z ke ICAAMM 2013. Untuk semua pemegang biasiswa SLAB/SLAI anda boleh memohon untuk hadir ke mana2 international conference sekali sepanjang pengajian. Pastikan hantar borang permohonan selewat2nya 2 bulan sebelum tarikh conference. Macam biasa dah balik baru boleh claim. Jadinya macam kami yg tak berapa nak ada duit ni terpaksalah pilih flight dan hotel yg paling murah je.
Wassalam, jumpa lagi dalam diary seterusnya di Istanbul. Cik Z akan kongsikan apa yg menarik di Istanbul pula selepas ni. Tunggu...
Cik z,
ReplyDeleteWahhh rindu tengok gmbr turki. Saya tak sempat lagi nak tengok gmbr sn, maklumla xde gmbr. Tak sbr nk g kl nk tgk gmbr turki nih hehehe
bila la tu yer? akk pun baru je tgk balik ni.
Deletecik z.. tahniah dah present paper. u r my idol :)
ReplyDeletethanks..idol? seram jer bunyinya. ambik yg baik2 je tau.
Deletesalam kak..sy fariha..nk ke UK attend conference guna duit kpt tu..sy ada few soalan kt akk..blh akk tlg whatsap sy?0122766693,,hrp sgt akk dpt bantu.tq sis
ReplyDelete