Selat Bosphorus dilihat dari Topkapi Palace.
Part 5 is here. Kali ini cik Z nak bercerita tentang Bosphorus Tour. Tak kan lengkap lawatan anda ke Istanbul jika tidak mencuba dan merasai pengalaman menaiki bot/cruise/kapal/ferry merentasi Selat Bosphorus. Pilih je lah mana2 tour yang berkenan dan sesuai dengan kemampuan. Apa yang istimewa sangat Selat Bosphorus ni ya? Kalau nak tahu, Selat Bosphorus ni ialah selat yang memisahkan antara benua Asia dan Eropah. Inilah dia salah satu keistimewaan Istanbul yang unik dan tak de di negara lain. Gambaran Selat Bosphorus adalah seperti di bawah ni.
Kedudukan Selat Bosphorus.
Terkenal sebagai antara selat tersempit dan terpenting di dunia, selain menghubungkan Eropah dan Asia, Selat Bosphorus juga menghubungkan Sea of Marmara/Aegan Sea dan Black Sea. Selain jalan air, kedua-dua benua Asia dan Eropah ini juga dihubungkan melalui beberapa jambatan merentasi Selat Bosphorus. Yang bestnya juga baru2 ni, fasa awal laluan keretapi bawah laut juga telah dirasmikan. Jadinya lepas ni kalau pi ke Istanbul bolehlah cuba laluan keretapi bawah laut yg merentasi 2 benua ni pula, wow satu2nya di dunia. Bila dah sampai disini dan tengok sendiri lokasinya yg strategik, kita boleh agak kenapa kota Istanbul ni menjadi rebutan kuasa besar dunia sejak zaman berzaman. Selat ini menjadi saksi sejarah kegemilangan pelbagai empayar termasuklah Byzantine dan Uthmaniah.
Jika anda seorang budget traveller, jangan risau masih ada tour yg boleh anda ikut dengan kos serendah 10Euro. Caranya, cari booth dibawah ni yg terletak di Aya Sofya Meydani Square. Kami jumpa tour ni pun kebetulan je masa lalu kat sini selepas berkunjung ke Blue Mosque. Masa mula2 tu kami agak risau sebab macam tak percaya ada tour yg murah macam ni. Yelah kami dah search beberapa tour yg lain memang agak pricy jugak. Dah la yg ni siap boleh tawar2 harga lagi. Memula dia mintak 15Euro. Lama2 kami dapat 10Euro.
Cari papan tanda ni ya. Kelakar bila mengingatkan keselambaan kami pakai topi plastik beg kat atas tu sebab tak de payung. Nak beli tetiba kat situ memang tak berbaloi sebab berganda2 mahalnya.
Peta laluan Bosphorus Tour oleh Bezak Travel.
Kami diminta berkumpul di Aya Sofya Meydani Square tepat jam 12 tghr. Oh lega bila tengok ramai pelancong yg sama2 menunggu. Lebih 50 orang rasanya. Mula2 ingatkan nak kena naik bas, sekali tu tour guide kata sila ikut dia berjalan kaki terus sampai ke bot. Wah biar betulkan? Rombongan kami seramai 7 orang berada di belakang sekali. Agak jauh lokasi bot ni. Dalam 20 minit juga kami kena berjalan. Mujur pemandangan sepanjang perjalanan tu sangat cantik. Kiri-kanan jalan yg agak sempit dan curam ni dipenuhi dengan bangunan2, tembok, dan pokok2 yg bila kita tengok tu kita boleh tahu ianya berusia puluhan tahun. Makin turun bukit makin nampak laut, oh sungguh teruja nak naik bot dan melihat Bosphorus. Cumanya cuaca hari ni mendung dan sesekali gerimis, jadinya gambar2 semua kelam jer. Memang rasa nak repeat lagi ke sini.
Bosphorus kelihatan di hadapan.
Bot yang kami naik ni sebenarnya 2 tingkat. Tapi dah semestinya semua org nak duduk tingkat atas sebab ada open view. Ruginya kami jadi org terakhir, makanya tak dapatlah duduk belah tepi. Kecewa sikit. Tepat jam 12.30 tghr bot pun bergerak. Kita akan bermula dari Sultanahmet area (Europe side) yg menghadap Marmara Sea, masuk ke Golden Horn, patah balik ke Bosphorus di bahagian Eropah terus melintasi Bosphorus Bridge dan akhirnya patah balik semula ke starting point sebelum Fatih Sultan Mehmet Bridge. Dianggarkan tour ni akan memakan masa selama 2 jam. First half akan nampak Europe disebelah kiri, second half akan nampak Asia pulak kat sebelah kiri.
Keadaan dalam bot.
1
jam pertama kami sangat teruja melihat pemandangan sepanjang tour. Tapi
payah sikit nak dapat gambar yg cantik sebab lokasi tempat duduk kami
tak berapa best kan. Sampai rasa macam sakit leher duk tengok kiri
kanan. Masuk
je jam kedua, semua orang rasanya dah tak larat. Ramai dah mula turun
ke bawah. Kami pun tak habis2 menguap. Bila gerimis mula turun lagi, oh
sejuknya tak terkata terkena angin bayu laut. Mari kita tengok
sebahagian gambar yg sempat kami snap. Walaupun ada tour guide in
english tapi kami tak berapa dengar suara dia sebab agak bising kat
dalam ni. Jadinya ada a few gambar tu yg sampai ke sudah kami tak tahu
apa dia.
Aya Sofya
Blue Mosque.
Topkapi Palace.
Topkapi Palace.
Salah sebuah masjid yg besar di Istanbul. Kapal Cruise memang ada bannyak kat sepanjang laluan Selat Bosphorus ni. Yang kat gambar ni kecil je, ada lagi beberapa yg memang besar gedabak.
Ada 2 masjid kat dalam gambar ni. Satu kecil satu besar.
Galata Bridge, maksudnya sekarang ni kita kat Golden Horn pula.
Masih di Golden Horn. Sampai kat jambatan kedua ni kita patah balik menuju ke Bosphorus.
Galata Tower.
Last point, Maiden Tower. Yang kat belakang tu Europe side.
Memang ada perbezaan antara Europe side dan Asia side. Bangunan-bangunan kat sebelah Europe lebih banyak, padat, kemas, cantik dan teratur. Kat belah Asia plak memang kontra. Mungkin lebih ramai yg lebih suka duk kat belah Europe kot. Lagipun memang most attraction ada kat belah Europe.
Jika berpeluang pergi lagi, harap cuacanya elok dan cerah pula macam gambar first kat atas sekali tu yg kami ambil dari Topkapi Palace. Serius rindu dengan Istanbul bila tengok2 balik gambar-gambar ni. Walau lawatan kami sekejap je sambil terkejar2 plak tu tapi the sweet experience and memory remains. Banyak lagi yg ingin cik Z kongsikan selepas ini dalam entri2 seterusnya. Tunggu ya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment