Part 4 is here. Terlebih rajin pulak ni he he. Macam tak de kerje je kan. Saja je nak mencairkan otak yg dah nak tepu ni. Ha ha. Ok lets back to the topic. Kali ni cik Z nak berkongsi cerita tentang Blue Mosque ataupun Sultan Ahmet Camii yg terletak di Sultanahmet district. Masjid ini dibuka untuk lawatan pengunjung setiap hari kecuali pada waktu solat.
Pintu gerbang besi menyambut kami sebelum masuk ke Blue Mosque.
Lepas tu kena naik tangga-tangga ni pula.
Mengikut sejarahnya, masjid ini dibina dari tahun 1606 hingga 1616 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ahmet I di bawah empayar islam Turki Uthmaniah. Legasi Sultan Ahmet I dikenang hingga sekarang sehinggakan namanya diabadikan sebagai nama kota lama ini yang kini dikenali sebagai Sultanahmet district. Pengalaman berada di sekitar Sultanahmet dan mendengar sayup-sayup azan dari Blue Mosque, sangat mengharukan. Perasaan sayu dan bangga bercampur gaur.
Hujan turun agak lebat semasa kami tiba disini. Walaubagaimanapun, pengunjung tetap ramai, malah ada yg sanggup beratur didalam hujan menunggu giliran masuk ke dalam masjid. Jom tengok dulu senibina bahagian luar masjid ini. Memang mengkagumkan.
Zoom sikit kat ukiran atas siling.
Dah sampai kat sini rugilah kalau tak masuk ke dalam ye tak? Boleh dikatakan pengunjung nonmuslim lebih ramai berbanding muslim. Lama kami menunggu peluang untuk masuk, rupa2nya kalau kita muslim boleh masuk je terus tak payah beratur. Mujurlah ada seorang muslim yg baru keluar tegur kami san tanya tgh tunggu apa. Oh syukur Alhamdulillah. Sebelum masuk kena ambil 1 plastik dan masukkan kasut kita kat dalam tu dan jangan lupa pegang ke mana2 jangan sampai tercicir. Yang bukan muslim plak kena pakai penutup kepala.
Masuk je kat dalam, Subhanallah, speechless sekejap. Bila masuk ke tempat bersejarah macam ni tak semena-mena terasa goose bumps. Meh tengok apa yg kami nampak.
What do you think? Seluruh ruang solat ini dipenuhi dengan ukiran-ukiran kaligraphi pelbagai motif. Ada ayat Al-Quran, ada juga yg seakan-akan ukiran bunga. Lampu-lampu seakan pelita tu tergantung unik di tengah2 ruang solat. Kubah utamanya sangat tinggi. Terfikir sejenak, apa jenis teknologilah yg diorang gunakan masa bina masjid ni dulu. Rasanya masjid ni dinamakan Blue Mosque sebab banyak gunakan marmar berwarna biru. Kalaulah dapat solat berjamaah disini alangkah indahnya.
Kami tinggalkan Blue Mosque dengan perasaan yg sukar ditafsirkan. Rasa macam nak je tunggu waktu solat kat sini. Secara peribadi, cik Z tak berapa faham keperluan membina sebuah masjid yang sebegini besar pada zaman tersebut sedangkan Aya Sofya pada ketika itu juga digunakan sebagai masjid. Jarak antara Blue Mosque dan Aya Sofya ni sepelaung je kot. Tak pe la mungkin mereka lebih tahu. Dan, siapa sangka kini hanya Blue Mosque yang masih berfungsi sebagai masjid.
Bercerita tentang masjid, bilangan masjid kat Turki ni kan tak terkira banyaknya. Kalau tengok dari udara tu rasa kagum tengok, bersepah2 dekat2 plak tu. Yang kecik banyak yg besar pun banyak. Kebanyakkan masjid yg besar2 dibuka untuk pengunjung/pelancong luar untuk melihat keindahan senibinanya. Ya tak dinafikan seni arkitektur Turki sememangnya halus dan unik.
Tapi ada juga rasa sedikit sedih dan kesal bila seorang peserta conference dari Malaysia bercerita tentang kosongnya masjid pada waktu subuh. Subuh pertama di Istanbul, cik Z dah rasa pelik sebab Subuh masuk pukul 3.30 pagi. Tapi pukul 4.30 pagi baru terdengar bunyi azan. Siap risau betulke apa yg kami dengar sebab dah solat baru dengar azan. Esoknya tu, kawan kami duk citer dia pi masjid nak solat subuh, tunggu punya tunggu tak de orang dah 4.30 baru ada org datang azan. Pastu nak solat pun masih tunggu lagi. Habis solat tengok kat luar dah cerah. Tapi kami bersangka baik, mungkin waktu Subuh diorang awal sangat kot. Apa pun sedihlah bila masjid yg dibina dikagumi kerana kecantikan senibinanya melebihi segala2nya. Harap senario ini tidaklah berlaku di Malaysia.
Ini saja perkongsian kali ini. Jumpa next entri, Part 5. Wassalam.
No comments:
Post a Comment