Saturday 21 December 2013

My Istanbul's Diary Part 8: Istanbul Archeology Museum, Gulhane Park, dan Istanbul Museum of Science & Technology in Islam


Rabu, 5 Jun 2013. Selepas Aya Sofya, itenary kami yg seterusnya ialah Istanbul Archeology Museum, Gulhane Park, dan Istanbul Museum of Science & Technlogy in Islam. Its Museum Day. Ha ha ini gara2 ada Museum Pass, makanya nak tak nak kenalah pergi kan. Kalau tak pergi takut menyesal la pulak nanti. Walaupun sebenarnya cik Z ni bukanlah penggemar museum dan agak selective kalau nak pergi ke museum. Biasanya, kalau museum yg berkaitan sejarah barulah cik Z berminat nak masuk. 

Istanbul Archeology Museum ni terletak dalam kawasan Topkapi Palace. Kalau dari Aya Sofya dalam 10-15 minit jugaklah jalan kaki baru sampai. Perut sebenarnya dah mula nak bunyi2. Jadinya kami singgah beli jagung rebus kat satu stall yg ada betul2 kat tepi jalan sebelum masuk ke pintu gerbang masuk ke Topkapi Palace. Tapi yg tak bestnya masa kami nak bayar tu remaja yg tukang jual tu mintak kami bayar TL5 sebiji. Padahal dah sah2 harganya TL1.5 jer terpampang kat papan tanda. Lagipun kami dah pernah beli kat stall lain. Bila kami kata kami tak jadi beli dia plak marah tak boleh pulang..o boleh plak macam tu ye.. buat spoil mood kami jer. Dengan tak ikhlasnya kami bayar kat dia. Tak baik tau menipu pelancong. 

Rasanya boleh naik kereta ni utk ke Archeology Museum, tapi kami segan nak tanya dan org yg jaga tu pun buat tak tau jer. Akhirnya kami jalan je la.


Sebelum sampai ke bangunan utamanya, kita dah dapat lihat serpihan2 batuan yg pastinya hasil pencarian arkeologi di Turki. 

Ada beberapa bangunan dalam kawasan Istanbul Archeology Museum ni. Sekali pandang macam kecil jer tempat ni. Tapi bila dah masuk, ha ha tak larat nak tengok semuanya. Penat berjalan, turun naik tangga lagi. Pelbagai artifak dipamerkan disini dan disusun mengikit kronologi sejarah Turki. Jom kita tengok apa yg ada disini.




























Dari bahagian kanan Istanbul Archeology Museum, kami melalui satu laluan kecil yg sangat redup dan tenang. Dari sini sebenarnya kita dah boleh nampak Gulhane Park yg menghijau dibahagian kanan kami. Cuma pintu masuknya yg tak pasti kat mana. Rupa2nya senang jer. Jalan terus hingga ke hujung pastu nampak satu pintu gerbang. Itulah dia pintu masuk ke Gulhane Park.

Menuju ke Gulhane Park.

Gulhane Park dilihat dari Istanbul Archeology Museum.

Pintu gerbang Gulhane Park.

Kami jatuh cinta dengan keindahan dan ketenangan taman rekreasi ini sebaik saja kami melangkah masuk ke Gulhane Park. Cemburunya melihat org Istanbul duduk bersantai atas rumput sambil membaca buku dan berkelah. Seronoknya kalau dapat belajar di Istanbul. Istanbul Museum of Science & Technology in Islam terletak dalam kawasan Gulhane Park. Bangunan museum ini boleh dilihat sebaik sajer kita masuk dalam taman ini. Tapi sebelum masuk ke museum tu kami sempatlah ronda2 sekitar Gulhane Park dulu. Jom kita tengok apa yg kami lihat di sekitar Gulhane Park.

Istanbul Museum of Science & Technology in Islam boleh dilihat kat belakang tu.


Uniknya pasu bunga ni.

Berangan jadi student kat Istanbul University.


Lautan bunga ros.


Kalau ikut hati nak jer ronda2 ke seluruh kawasan Gulhane Park yg besar ni, tapi sebab dah pukul 3 ptg jadi kami sempat ronda2 bahagian yg dekat2 dengan museum tu jer. Lepas tu terus masuk ke dalam Istanbul Museum of Science & Technology in Islam. Masa ni kan sebenarnya kami dah letih sangat. Kaki pun macam dah nak tercabut. Tapi gagahkan diri jugalah tengok2 apa yg dipamerkan. Mujurlah Museum ni taklah besar mana. 30-40 minit dah boleh habis. Apa yg dipamerkan dalam ni sangat bagus dan informatif. Kalau ada anak2 kecil/remaja memang bagusla kalau dapat bawa ke sini.  

Peta dunia ciptaan pengkaji muslim.

















Yang uniknya bangunan museum ni diperbuat daripada kayu. Kat tingkat atas tu, ada tingkap ala2 rumah kampung plak. Cik Z tinggalkan entri ini dengan gambar kat salah satu tingkap tu yer.. Feeling2 model ha ha. Insyaallah entri terakhir trip ke Istanbul akan menyusul selepas ini. Jumpa lagi. Wassalam.




3 comments:

  1. Bestnya Istanbul! one of my wish list. hihi.. rindu cik z

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Istanbul sangat best. rindu nak ke sama lagi. ridu awak jugak....kalau aku kaya....

      Delete