2013 berakhir sudah. Wow setahun dah berlalu. Bermakna umur pun berganjak setahun lagi. Ironinya, perkara pertama yg terlintas difikiran cik Z pagi tahun baru 2014 ini ialah Dalja's Spring.
"Dalja's Spring' is the story of Dalja, a 33-year old single at a crossroad of whether to remain single or get married before she gets older. The drama aims to comically and candidly portray the reality and undying pursuit of romance of a thirty something single woman. The drama also highlights the life and work of women in their thirties through Dalja who is a talented managing director at a home shopping channel."
Oh tidak... KDrama yg cik Z tonton 5 tahun tiba2 mengingatkan cik Z tentang realiti. Realitinya, kurang 11 bulan lagi umur cik Z akan berganjak ke 33 dan I'm single. Suratan atau kebetulan? Aghhh i'm dying here.
2013 = sibuk. Satu2nya perkataan yang mampu menggambarkan kehidupan cik Z sepanjang tahun 2013 yg lalu. Benar2 sibuk atau menyibukkan diri? Dua2 pun mungkin ya. Selain sibuk dengan research work, cik Z juga sibuk berjalan, update blog dan menonton Kdrama/Kvariety.. ha ha. Tapi bila difikirkan lebih mendalam 2013=roller coaster juga. Bukan semua hari yg dilalui atau perancangan yg dah dirancang berjalan lancar sebenarnya. Paling menduga tahun lalu ialah pengalaman cermin kereta rosak, abah sakit, dan research work tak menjadi. Alhamdulillah semuanya berjaya dilalui dengan sabar dan no regrets.
2014 juga bermakna the D-Day cik Z semakin hampir. Hanya tinggal 9 bulan lagi sebelum cuti belajar berakhir. Seram dan menakutkan. Anehnya ada juga rasa tak sabar nak habis. Serius rindu nak mengajar semula dan yg paling penting rindu nak jumpa kawan2 yg pernah berkongsi kisah jatuh bangun di Kuantan. I really miss u all. Jika ada yg bertanya apa yg rasanya paling sukar semasa membuat pHd. Jawapan cik Z dah semestinya, living alone and have no friends to share with at a certain time.
Walau apapun, 2014 baru saja bermula. Yg pastinya ini tahun yg mencabar bagi semua rakyat Malaysia. Azam cik Z tahun ini, kurangkan pembaziran dan tingkatkan kerajinan. Aja aja fighting. Selamat tahun baru semua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment