Summer Trip Europe DAY 2 Part 1: London [Victoria Station - Buckingham Palace - Westminster Abbey - House of Parliment - Big Ben]
Jumaat 7 Jun 2013. Misi kami hari ini ialah jelajah London dalam masa 1 hari. Ini kisah bahagian pertama misi kami untuk hari kedua ini. Oleh sebab kami dah terbuang setengah hari semalamnya dengan tidur tak ingat dunia, jadinya untuk hari kedua ni kalau boleh kami nak cover seberapa banyak tempat tarikan penting di kota London supaya tak menyesal plak nanti. Tapi seboleh2nya tak nak lah paksa diri sangat. Jadinya aim kami ialah berhenti bila dah tak larat nanti. Apapun, route dan itenary yang kami rancang hari ini bolehlah dijadikan panduan untuk rakan2 yg nak ke London tapi cuma ada 1 hari jer masa nak berjalan2.
Tarikan pertama yg kami tuju pagi ini ialah Buckingham Palace. Ini dah semestinya destinasi wajib yg mesti masuk dalam senarai setiap orang yg nak ke London. Almaklumlah, teringin gak nak tengok istana Ratu England kan. Dari Hammersmith Underground Station, kami ambil District Line (warna hijau) dan turun di Victoria Station. Kami sengaja keluar lambat sikit sekitar jam 9 pg untuk elakkan kesesakan. Dari Victoria Station ni kami cari penunjuk arah ke Buckingham Palace. Kat London ni nampaknya tak susah nak mencari arah sebab kita boleh jumpa bersepah peta yg menunjukkan kedudukan semasa kita macam gambar kat atas tu. Ikut jer arah yg ditunjukkan, confim tak sesat.
Antara bangunan yg boleh dilihat sepanjang jalan menuju ke Buckingham Palace. Kelihatan juga deretan taxi menanti penumpang. Comel dan unik sekali.
Jalan menuju ke Buckingham Palace ni sebenarnya agak sunyi. Terasa aura persekitaran istana kat sini. Tak banyak kenderaan yg lalu lalang. Hanya sesekali adalah bas merah 2 tingkat meluncur lalu memecah kesunyian. Kami tersenyum sesama sendiri setiap kali ternampak bas merah 2 tingkat dan pondok telepon merah yg selama ni hanya dilihat dikaca tv dan gambar. Ha ha bukan jakun cuma macam tak sangka dah jejakkan kaki di kota London. Oh ya, ada banyak souvenir shop dengan dekorasi yg menarik di sepanjang jalan ni. Seronoklah nak cuci2 mata.
Semakin menghampiri Buckingham Palace, kami menemui satu keluarga berpakaian formal lengkap dengan topi berhias bunga2 atas kepala. Terdetik di hati, ada majlis apalah agaknya pagi2 ni. Kagum sekejap dengan yg perempuan tu sebab boleh plak dia berskirt dalam cuaca sejuk berangin macam ni. Rupa2 nya 4 sekeluarga ni nak ke Buckingham Palace juga. Sah memang ada majlis rasmi kat istana pagi ni. Jarak perjalanan antara Victoria Station ke Buckingham Palace ni adalah dalam 800 meter. Oleh sebab kami jalan macam kura2 lajunya, dalam 20 minit kot baru sampai.
Sampai
kat kawasan istana dah boleh nampak deretan tetamu berpakaian formal
tengah beratur masuk ke dalam istana. Yg bawa kereta pulak, ada pegawai
keselamatan yg buat pemeriksaan luar dan dalam kereta. Pelancong memang ramai kat sini. Semua pun macam kami juga tertanya2 majlis apalah agaknya yg berlaku kat dalam istana pagi ni. Kami juga menemui lebih 3 kumpulan pelancong dari Malaysia kat kawasan ni ajer. Jom tengok gambar2 yg kami snap di sekitar Buckingham Palace ni.
Kalau
ikutkan hati nak juga tunggu sehingga jam 11.30 pagi kat sini sebab boleh
tengok changing of guard ceremony. Tapi sebab tak nak buang masa kami
pun terus jer bergerak menuju ke tarikan seterusnya iaitu Westminster Abbey. Senaman kaki bersambung semula he he. Mujur semalam dah puas berehat kan. Perjalanan masih jauh, jadinya sekali lagi kami jalan macam kura2 jugak sebab tak nak lah paksa diri sangat. Cuaca sejuk berangin sangat membantu. Jadinya tak der la rasa penat sangat berjalan. Seronok sebenarnya bila berjalan kaki di negara orang. Sebabnya kita boleh rasa dan lihat sendiri suasana dan gelagat penduduk asal negara tersebut. Sesuatu yg hanya boleh dilihat dan dirasai dengan hanya berjalan kaki. Pengalaman unik yg buat cik Z jadi ketagih nak melancong lagi.
Berikut antara gambar bangunan yg boleh dilihat sepanjang jalan menuju ke Westminster Abbey. Rekabentuk bangunannya sebenarnya tak banyak beza pun antara satu sama lain.
Selepas 30 minit berjalan akhirnya sampaila kami di Westmister. Banyak tarikan utama kota London ada di sini. Wajah2 pelancong dari Asia memang la bersepah2 kat sini. Kami jumpa sekurang2nya 2 kumpulan besar pelancong dari Malaysia kat kawasan ni juga. Semuanya pakat kagum tengok kami jalan berdua jer. Lagi2 bila nampak kami bawak tripod. Yang kelakarnya semua ingatkan kami ni pelajar Malaysia di UK. Mungkin sebab cara kami berpakaian kot. Okay jom kita tengok pula gambar2 di sekitar Westmister Abbey. Ada juga gambar bersama beberapa pelancong dari Malaysia tadi.
Dari Westmister Abbey, kami menuju ke House of Parliament dan Big Ben. Sebenarnya semua tempat ni terletak sebelah menyebelah jer.
Agak lama kami menghabiskan masa di sini. Seronok memerhatikan keletah dan gelagat orang ramai yg lalu lalang. Sejujurnya, cik Z cemburu bila tengok bangunan2 lama ni semuanya masih tersergam indah dan menjadi tarikan jutaan pelancong ke London.
Okaylah ini saja untuk kali ini. Nantikan entri selanjutnya selepas ini, bahagian kedua one day trip to London. Jumpa lagi, wassalam.
Semasa di Buckhingham Palace dulu, saya sanggup tunggu untuk tgk 'changing of guard'. Duduk la tersadai kat area water fountain tue sambil habiskan masa.
ReplyDeleteBest tak? Ikut plan asal memang nak tunggu sebenarnya.
Delete