Monday, 6 January 2014

Summer Trip Europe: London DAY 1


Khamis 6 Jun 2012. Summer Trip Europe kami bermula secara rasminya hari ini. Teruja dan tak sabar rasanya nak memulakan "our dream journey", pengalaman baru menjelajah 4 negara Eropah dalam masa 12 hari. Seawal jam 6 pagi kami dah pun menaiki teksi kuning bermeter dari Grand Anka Hotel, Findikzade Istanbul menuju ke Istanbul Atartuk International Airport. Trafik lancar. Dalam 30 minit dah sampai pun. Harga teksi TL35. Lebih murah dari apa yg kami bayangkan.  

Sampai awal di airport memang membosankan. Istanbul Airport ni tak berapa besar dan biasa2 ajer. Flight kami, British Airways akan berlepas jam 8.50 pagi. Lepas check in sempat lagi kami duduk2 makan bekal roti dan minum air yg di bawa. Ada sorang pakcik businessman dari Bangladesh ni plak terlebih peramah duk borak2 dgn kami sambil ceritakan pengalaman dia menghadiri pelbagai jenis conference kat Istanbul selama sebulan. Err pelik kan, ada gak org macam ni. Hasilnya dia dapat banyak pen dan dia sedekahkan beberapa batang kat kami. Ha ha org dah bagi ambik je la ye tak. Kalau nak tahu pen2 dia tu selamat kami gunakan sepanjang perjalanan sebab asyik tercicir jer pen entah kat mana2. Ada juga hikmahnya kan.

Flight ke London penuh. Kat dalam flight, lagi sekali kami dapat seat asing2 sebab majority dah check in online kami jer tak sempat buat. Hasilnya kami dua2 dapat seat kat tengah2 di apit 2 org mat saleh yg besar2. 4 jam 10 minit kat dalam tu sungguh membosankan dan agak tak selesa. Tak sabar rasanya nak sampai. Kalau tak silap lepas 2 jam penerbangan baru diorang serve breakfast meal. Yang kelakarnya, org sekeliling kami semua makan laju sekelip mata dah habis. 

Jam 11, Alhamdulillah kami selamat sampai di London Heathrow Airport. Yang bestnya, keluar je dari perut flight terus boleh nampak travel map dan fliers berkaitan London diletakkan dekat rak2 yg disediakan. Senang, mudah dan cepat. Tak perlu cari2 atau tanya lagi. Lepas tu kami kena jalan lebih kurang 10 minit baru sampai ke kaunter imigresen. Beratur kat kaunter ni agak lama jugak sebab ramai la sangat umat manusia nak masuk London macam kami. Kami perasan agak lama juga setiap sorang nak lepas masuk. Sampai giliran kami, kami pergi sama2 sekali. Rupa2nya pegawai bertugas akan  tanya dulu apa yg kita nak buat kat UK. Siap tanya duduk kat mana dan nak melawat apa? Nasib la dah ambik fliers tadi, he he tunjuk ajerlah mana2.

Balai ketibaan London Heathrow Airport.

Keluar balai ketibaan, perkara pertama yg kami buat ialah cari money changer. Lepas tu kami terus cari arah ke tube station. Agak mengelirukan sebab ada beberapa cara nak ke Central London seperti Heathrow Express train, Heathrow Connect Rail Service, Tube, bus atau taxi.  Lokasi Hostel kami ialah di Hammersmith, jadinya yg paling sesuai ialah dengan menaiki Tube Piccadily Line dan turun di Hammersmith Underground Station. Walaupun kami dah buat sedikit research tentang transportation utk ke hostel, tapi bila dah kat sini kami boleh confuse plak sebab banyak pilihan kan. Mujur ada information centre dengan stafnya yg sangat membantu tolong explain kat kami. Information centre ni agak luas ruangnya siap ada full map laluan train terpampang kat dinding. 


Seterusnya kami naik lif ke tube station. Sebelum naik train kami beli Oyster Card bernilai GBP20 anggaran utk 2 hari. Lebih kurang 30-35 minit perjalanan kami pun sampai di Hammersmith. Masalah kami bermula disini. Keluar jer dari train kami terus melilau cari lif. Sebabnya kami pakai beg tarik seberat 20 kg seorg. Dari hujung kehujung kami berjalan, rupanya bila tanya langsung tak wujud lif kat underground station ni. Maka dengan menarik nafas yg panjang terpaksalah kami mengusung beg 20 kg tu mendaki anak2 tangga yg tak kurang banyaknya. Semput nak sampai ke atas. 

Sampai kat atas, masalah kedua menjelma. Kesan angkut beg berat, tetiba kami macam hilang arah. Kalau ikut tunjuk arah yg hostel bagi, kami kena keluar ke pintu utama pastu ambil arah kanan, terus sampai jumpa traffic light pastu melintas dan ambil jalan kecil yg pertama selepas traffic light. 5 minit jer dah sampai katanya. Cari punya cari, kami nampak ada satu eskalator, so kami naiklah. Sekali keluar2 tu kat bahagian tunggu2 bas pulak. Nasib la ada kaunter tiket bas, kami tanya kat situ rupanya kami dah pergi arah bertentangan. So kami kena turun balik eskalator dan pergi arah yg kami keluar asal tadi. Pintu utama yg kami kena cari tu rupa2nya jalan terus je ke depan dari tangga tadi, tak payah pun belok kiri/kanan. 

Keluar dari pintu utama underground station, baru rasa angin sejuk London. Terkejut gak, ingatkan pergi masa summer tak sejuk dah. Mujur juga masa nak cari hostel tak sesat barat lagi. Cumanya, kami jalan kaki lambat macam kura2. 15 minit baru sampai kot. Nama hostel kami ialah Abercorn House Hostel. Masuk2 je kat dalam ni kita akan bau hospital. Sebabnya hostel ni asalnya ialah bekas sebuah klinik. Tapi jangan risau, keadaan dalamnya sangat selesa sekali.  Kemudahan pantry dan laundry pun ada. Jom kita tengok suasana bilik dan sekitar dalaman hostel.


Lobi hostel.
 
 Peti sejuk kecil pun ada juga.

Dua katil single dengan comforter yg tebal. Ada almari cermin dan laci juga.

Pantry. Siap ada microwave dan oven. Giler best kan.

 Laundry Room dengan mesin basuh yg besar. Bayarannya pun tak mahal sangat. GDP 5 satu kali basuh sampai kering tinggal lipat jer.

 
Keadaan dalam bilik air. Luas dan selesa.

Pinggan mangkuk, cawan sudu garpu semua disediakan kat bilik.

Kami sangat berpuas hati dengan suasana hostel ini. Dengan kedudukannya yg sangat dekat dengan Underground Tube Station, ini memang pilihan terbaik dan murah berbanding tempat lain. Untuk 2 hari di sini kami bayar GBP118.  The best hostel ever. Bilik kami pun dekat aras bawah je dan dekat dengan pantry dan laundry. Sampai jer kat bilik terus kami kumpul baju kotor dan pi laundry. Estimate time 2 jam untuk kering. Sambil2 tu kami alas perut dengan makan maggi. Penat menunggu, kami pun baring2 atas katil. Rasanya bilik ni tak de heater. Sejuk semacam. Apa lagi berselubung la atas katil. Memang syok ler jawabnya. Terus kami tidur tak ingat aper dah. Sekali bangun2 dah pukul 7.30 mlm. Rosak semua plan kami ptg tu. 

Nasib la summer kan. Hari terang benderang lagi. Lepas solat dan ambil baju kat laundry, kami pun bersiap2 untuk jalan2 sekitar Hammersmith. Tujuan utamanya nak cari kedai runcit/makan. Perut kami pun dah start bunyi2 ni. Walaupun hari masih terang, tapi sebenarnya dah malam. Suasana kat sekitar Hammersmith senyap sunyi jer. Jalan raya pun clear. Wah semua org dah kat rumah ker? Oh yer Hammersmith ni sebenarnya kat pinggir kota London kedudukannya. Jom kita tengok suasana sekitar Hammersmith. Sangat aman dan damai sekali.    














Mungkin sebab dah hampir jam 9, kedai2 banyak dah tutup. Akhirnya kami terfikir, why not cuba masuk dalam Underground Station yg besar tu. Alhamdulillah kedai2 kat dalam ni semua buka lagi. Kat dalam ni keadaannya agak meriah sebenarnya. Kedai2 pun banyak macam shopping complex. Tu yg kami boleh tersesat masa sampai tadi.  Ada beberapa kedai makanan halal. Sempat la kami survey2 harga. Masa jalan2 tu ternampak pulak tesco. Yg bestnya banyak pulak makanan halal jual kat dalam ni. Harga pun agak murah. Makanya kami pun beli bekalan makanan untuk 2 hari. 

Our Dinner. Kami tak pandai guna microwave ha ha habis hangus fish fillet tu. Nasib baiklah yg potato bake kat bawah tu sempurna masaknya.

Nak tunggu Maghrib dan Isyak kat London sungguhlah mencabar. Maghribnya jam 9.15. Isyaknya 11.20 mlm. Subuh plak 2.20 pg. Takut terlepas subuh yg awal sungguh waktunya tu, terpaksalah cik Z berjaga. Nasib la tadi dah tidur lama kan.  Sambil2 tu kami pun buat plan baru untuk hari esok memandangkan plan kami nak jalan2 hari ni dah burn sebab over slept. Hari ni jugak currency dalam purse kami dah bertambah 1 jenis lagi. Puas nak menyesuaikan diri dengan currency yg baru pulak. 

Ringgit Malaysia, Turkish Lira, Euro, dan Pound.

Berakhir sudah perjalanan hari pertama di London. Jumpa lagi seterusnya dalam entry yang lain pula. Moga2 siri Summer Trip Europe ni tak la tersadai lama sangat nanti. Wassalam.


5 comments:

  1. Salam..

    Boleh mintak itinerary? hehee..nak tunggu awk abiskan entry maybe take time kan..i need it urgen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer, cuba tengok dulu entry yg ada full itenary kat sini http://hairanazitis.blogspot.com/2013/06/18-days-trip-to-europe-full-itenary-and.html

      Delete
  2. Saya ni tak berkesempatan lagi nak travel ke europe. Ingat nak buat la tp nak try B chapter dulu sebab suka sangat nak p Greece :)

    Btw, do visit my blog. Orang baru dalam liga travel blog ni kena p menghadap senior2 la :)

    Thanks

    Hafiz Azmi
    fellow blogger
    sifusempoi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam, jauh x dari abercorn nak ke london city centre? Kalau balik lewat ke hostel tgh2 malam dari town selamat x?

    ReplyDelete