Perfect Hostel to Basilique du Sacre Coeur (950m by walk)
Sabtu, 8 Jun 2013, 4 ptg. Sekejap jer dah petang pun. Untuk waktu yg singkat ni kami decide untuk jalan2 sekitar Montmartre area. Destinasi utama yg kami tuju ialah Basilique du Sacre Coeur. Tengok peta kat atas nun, senang jer penunjuk arahnya. Jarak perjalanan lebih kurang 950 meter dari Perfect Hostel. Perut dah bunyi2 mintak diisi. Kami belum lunch lagi. Jadi kami plan untuk singgah jer kat mana2 kedai makan yg diyakini halal dengan harapan adalah jumpa sepanjang jalan nanti.
Melangkah keluar dari Hostel, kami ambil arah kiri. Nampaknya kami kena mendaki sebab keadaan jalannya berbukit. Kurang 100 meter, betul2 kat simpang empat yg pertama, kami nampak ada satu restaurant kecil dengan tanda halal. Oh syukur Alhamdulillah. Terus jer kami menyinggah kat situ. Kat sini juga kami nampak ada satu convenient shop, oh double syukur. Sebabnya cik Z dah tertinggalkan toiletries set kat Abercorn House Hostel London pagi tadi. Tak pasal2 kena beli set yg baru.
Pilihan makanan kat restaurant ni agak variety. Harga pun okay. Kalau nak makan kat sini kena turun tangga ke bawah. Dekorasinya macam kat dalam bar. Kami ambil set rice with kebab. Harganya Euro9.5 beserta sebotol air coke. Portionnya memang besar dan rasanya serius sedap.
Selesai mengisi perut, kami teruskan perjalanan ke Basilique
du Sacre Coeur. Cuaca hari ni sangat cerah. Panas tapi berangin.
Seronok berjalan santai sambil cuci2 mata. Melintasi Metro Station
Anvers, kami menyusuri pula satu lorong kecil yg dipenuhi dengan deretan
souvenir shops. Sempat kami keluar masuk beberapa kedai sambil survey2 harga. Tak de beza pun, sama jer kat setiap kedai. Yg beza cuma mungkin dari segi pattern nya sajer.
Berjalan hingga kehujung jalan. Tersergam didepan kami destinasi yg kami tuju. Nun tu dia kat atas bukit, Basilique
du Sacre Coeur yg kami cari berdiri megah. Dari jauh, kelihatan ratusan pengunjung memenuhi sekitar basilica ini. Ada yg berdiri, ada yg duduk di tangga, ada juga yg duduk santai berkelah diatas rumput. Pemandangan musim panas di Eropah yg biasa dilihat dalam gambar.
Apa agaknya yg menarik pengunjung kesini ya? Cuba mencari jawapannya, kami decide apa kata kita naik kat atas bukit tu dan tengok sendiri apa yg best kat atas tu. Boleh tahan tingginya bukit ni. Semput gak nak sampai kat atas tu. Cemburu tengok diorang bersantai baring2 atas rumput hijau tu, kami pun apa lagi jointlah sekaki. Walla best okay duk kat sini. Dengan angin bertiup sepoi2 bahasa, sekali dah duduk rasa tak nak bangun pulak. Jom tengok view yg sempat kami snap dari tempat kami duduk ni.
Seterusnya, kami panjat tangga ke atas lagi. Wah lagi atas lagi ramai rupanya. Tetiba nampak orang ramai berkerumun kat satu tiang lampu. Semua pakat sibuk pegang kamera berebut ambik gambar. Kami pun apa lagi, sibuk ler menyelit sama. Oh rupa2nya ada sorang mamat ni dia buat persembahan main bola sambil manjat tiang lampu tu. Tercengang kami melihatnya. Kat bawah tiang lampu tu dia letak bakul untuk kutip sumbangan. Macam2 aksi stunt yg dia buat. Sebahagiannya ada kat bawah ni. Kalau tengok kat gambar ni ada yg dia pakai baju dengan tak pakai baju kan? Sebenarnya salah satu aksi yg dia buat ilah bukak baju dia sambil lambung bola kat atas tu. Hebat betul.
Dari atas bukit ni kita boleh nampak pemandangan kota Paris. Kami tercari2 Eiffel Tower. Tapi tak nampak pulak dari sini. Ada ramai juga warga kulit hitam yg jual souvenir kat atas ni. Diorang main bentang kain jer dan susun barang yg nak dijual kat atas tu. Ada jugak yg jual beg imitation dan cold beer. Tapi yg pastinya diorang ni jual secara illegal kat sini sebab bila diorang dengar bunyi siren polis jer cepat2 diorang kemas dan lari.
Kami cuma berjalan2 di sekitar basilica ini saja. Suka tengok senibina bangunan kat sini. Cantik dan berseni. Jadi apa lagi kami pun buatlah photo-shoot session ha ha. Sebahagian hasilnya boleh tengok kat bawah ni.
Cuba tengok kereta polis ni jenama apa?
Seterusnya kami jalan kaki pula ke arah Place du Tertre. Tempat ni letaknya kat arah sebelah kiri basilica. Dari kawasan ni kami boleh nampak Eiffel Tower tapi kecil sangat ditambah dengan langit yg kelabu terus jadi tak jelas dalam gambar. Place du Tertre, Montmartre ni sebenarnya sangat popular dikalangan pelancong terutama dikalangan peminat seni. Kami jer yg tak berapa tahu. Kat sini kami dapat jumpa ramai pelukis jalanan dan deretan restaurant dengan dekorasi unik.
Tiba
masa untuk balik ke Hostel. Kami jumpa satu tangga yg seriusly tinggi.
Kat sebelah tangga ni ada cable car station, untuk sesiapa yg tak larat
nak mendaki tangga. Sebelum berjalan pulang kami singgah beli FM dulu. Dapatlah 4 keping dengan harga Euro10. Pastu singgah pulak ke convenient shop beli toiletries. Sampai kat depan hostel, hari dah pun gelap. Masa untuk berehat secukupnya untuk hari esok yg pastinya lebih mencabar.
Jumpa lagi untuk entri seterusnya Summer Trip Europe DAY 4: Paris. Wassalam.
besarnya portion makanan dia . boleh berkongsi makan
ReplyDeleteSerius besar memang boleh share jer. Kami makan tak habis pun masa tu.
Deletebeapa lama cik z kat paris?
ReplyDelete2 hari jer (1 half day, 1 full day), memang tak cukup lah nak cover 1 Paris. Better spend 3-4 days kat sini. Paris memang best. Harus kena pi lagi lepas2 ni he he. Yg tak best cuma part banyak pencuri jer.
Deletenape cik z? ada experience kena curi pape ke?? menakut kan pulak..
DeleteAde, boleh baca kat entri ni. http://hairanazitis.blogspot.com/2013/06/kerana-19-euro-kami-merasa-makan-nasi.html . Satu lagi pengalaman lain nanti cik Z share kat entri2 seterusnya
Delete